Showing posts with label Teori Semasa. Show all posts
Showing posts with label Teori Semasa. Show all posts

20110123

Pengisian Beg Udara

Kelmarin, akhirnya, AKHIRNYA KERAJAAN AKAN MEWAJIBKAN PEMASANGAN BEG UDARA PADA SEMUA KENDERAAN BARU kecuali pacuan empat roda.
Beg Udara secara Umum
Sebelum ini, kerajaan TERPAKSA MENJALANKAN KAJIAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN BEG UDARA untuk Malaysia.
                                                                                                                            .:Sumber:.



Wau. Aku sangat kagum dengan usaha kerajaan. Untuk satu kajian yang pasa Beg Udara actually nak kena makan banyak duit, nak-nak lagi kena pakai kereta untuk crush test kan? Cuba la anda, pakcik-makcik, tok-nek bayangkan ye. Nak uji kena amik berapa jenis kereta ada kat Malaysia ni, test satu demi satu untuk tengok sama ada berkesan tak pasang Beg Udara ni kalau kat Malaysia.

Cube bayangkan ye, bukan main bayang-bayang, satu company kereta ada berapa banyak model kereta kat Malaysia ni. Parah nak beli satu-satu. Tu yang kita amik hampir 30 tahun untuk test satu-satu.

Bayangkan Kerajaan terpaksa jalankan ujian ni dengan kadar yang rendah dan sangat berhati-hati supaya tak menggunakan duit rakyat dengan terlebih bagaikan Stacy, Ops, terlebih sudeyhh.... Bayangkan la Najib yang buat camtu, tak ke rasa nak muntah dengan gaya yang nak jadi comel camtu?

You guys caya tak dengan ape yang I cite ni? Caye tak? Caye la you... Caye la...Tolong la caya cayang~~



Yeah, lepas Beg Udara dah tercipta dari tahun 1952, it takes until now untuk kerajaan sedar akan kepentingannya. Berbaloikan? Dan kat US pun dah jadi mandatori since 1997. Aku rasa kerajaan nak tengok dulu berapa ramai pengguna jalan raya yang terkorban. Mana la tau kan tiba-tiba tahun ni kadar kematian dalam kemalangan jalan raya akan menurun dengan drastik.

Instead Kerajaan wajibkan beg udara, kenapa Kerajaan tak cipta azimat dengan tangkal atau panggil Winchester Family untuk halau malaikatul maut dari datang kat jalan raya?



Kajian ke atas Beg Udara. Baru sekarang nak buat?  Kenapa tak buat 2013 je? Atleast buat masa tu maknanya kita dah survive la dari 2012 kan? Kang kalau kiamat 2012, membazir je buat kajian tu sekarang. Duit kajian tu leh bagi kat orang-orang atasan sebagai elaun dan bagai-bagai. Penghalalan duit yang haram.

Memang beg Beg Udara ni ada kemungkinan untuk sebab kan kematian. Tapi itu terjadi kepada orang-orang yang tak paham bahasa dengan peraturan dan cara penggunaan Beg Udara dengn betul. Alright, cool, why not kita ban je pisau? Lepas ni kalau nak potong daging, sayur kat dapur tu kita pakai gigi je. 
Safety first:Safety Check

Oh no. Mungkin gigi juga akan di ban. Setiap rakyat mesti la dicabut gigi mereka. Kuku? Batu? Anything, you name it.



Kepentingan Beg Udara nampaknya baru disedari. Begitu juga dengan kebahayaan plastik bag. Tu pun baru kerajaan nak sedar. Walhal kat luar negara, diorang dah lama tau pasal ni dan dah pun mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Well, jangan la pandang kat Negara Dunia Ketiga. Lihat pada negara-negara maju. Kan Malaysia adalah Negara maju, Kan?

Tak percaya juga? Tengok la anak-anak muda. Pakaian dari atas ke bawah memang membuat anda terasa anda kat Jepun, New York. Wohoo!! "What's Ya Name Shorty?"  "You can call me Rogue, niggaz. But Ma Mama call me Rogayah"

Berbalik pada topik Beg Udara, tak ke benda macam ni memaparkan lagi kelemahan negara? Cakap cukup dah gebang. Macam esok dah boleh tenyeh-tenyeh Korea Utara. Realitinya, dengan New Zealand pun kita tak mampu nak saing.
Air Bag I'd Love to have


P/s: Find me on my better days, To lose it once again, In a way but I seem to find better ways to consciously pretend

20100907

Let the hand talk, literally

Aku ada satu impian. Ku pikir ini adalah satu impian yang suci murni, tetapi berpotensi jadi haram jadah yang bila disakah guna memang best. Aku rasa cita-cita ni harus aku capai sebelum aku pecahkan dara orang khawin gitu..

Aku nak belajar bahasa isyarat tangan.



Yezza...bahasa isyarat yang digunakan oleh orang-orang yang bisu dan pekak. Bukan bahasa isyarat yang anda nampak di lapangan terbang which they use to direct the mumbo wumbo aircraft.

Bagi aku, bahasa isyarat yang digunakan oleh golongan-golongan ini adalah sangat cantik. Ia seolah-olah melambangkan konsep komunikasi yang sangat ideal, yang perlu diaplikasikan dalam mantra hukum komunikasi

Why?

Ok, one of the idealism in using the hand sign is silents. Walaupun ada dua pihak yang bercakap, tetapi kondisi yang kita dengar hanyalah sepi. Kalau bergaduh pun takdenye bertikam lidah...bertikam tangan guna garpu Tony Roma.

Bila bercakap dalam bahasa isyarat, both side kena pay full attention to each other. Salah interprete, naya kena repeat back. Penat kot nak rewind, sian la kat member yang dah berusaha sedaya upaya menunjukkan apa yang dia nak sampaikan. Kalau bercakap pakai lidah senang sebab takde tulang yang perlu digerakkan. Bendalir pelincir kat sendi pun tak kurang. kalau tak, jadi macam Pedo. Dah kena beli ubat untukl replace bendalir tu kat lutut kiri dia.

Then, kalau guna hand sign, hanya seorang sahaja dibenarkan  meluahkan isi hati dia sebelum disambung oleh manusia lain. Cuba kalau 3-4 orang buat camtu sekali, buat la, memang perhatian tetap hanya pada seorang dan pe'lihat' tak terganggu.

Cuba dalam situasi manusia yang lengkap dengan deria bercakap tapi  takde deria kesedaran sivik. Orang tu bercakap, dia menyampuk potong cerita. Orang tu baru nak bagi hujah, dia dah menangkan hujah dia dengan alasan yang entah haprak mana dia kutip. Pendengar setia pula confirm bingit tak tau nak dengar yang mana satu dulu.

Hoi, kalau aku, memang aku sepak sorang-sorang dulu. Macam kurang ajar kot semua berebut nak cakap. Kau ingat kau sorang ada mulut?

Aku rasakan adalah sesuatu yang mulia and sangat generous kalau kita yang normal ni tahu communicate dengan bahasa isyarat. Its shows respect and understanding to each other. And awek yang bisu kadang-kadang sweet gak sebab tengok kesungguhan dia nak bercakap. Yes, aku kagumi diorang.

Selain itu, dengan menggunkana bahasa isyarat juga kita boleh mengumpat seseorang tu depan-depan tanpa dia paham. Tak ke seronok? Ngumpat belakang-belakang dosa, Hah, amik ko caci hina umpat keji carca marba. Kalau belakang-belakang, mau dapat sebakul dua dosa kering.

Why the hell Im talking bout this?

Semalam aku keluar berbuka dengan family kat Taman Dagang. Then boleh pulak kat sebelah tu ada saloon. Dah dekat seminggu aku disuruh potong rambut, but you know what am I regarding this. Its a principe, bukan aku nak tiru kaum hawa bila berambut panjang. So, sementara menunggu waktu berbuka, aku disuruh la pergi saloon tu.

Masuk-masuk je, ada la 4-5 orang macam baru lepas bergosip. Tapi suasana sangat sepi, yang dengar hanya suara TV.

"Err..kak, potong rambut boleh?"

"Emm...oughkayh"

What? What ? Memang dah start rasa aura lain since orang yang ada kat situ stare kat aku semacam. Macam aku ni baru lepas isap rokok di tempat awam.

Rupanya semua yang dekat situ ialah oarang pekak dan Bisu. Well, ada yang bisu sahaj, go figure. Then yang bercakap dengan aku hanya seorang, itu pun dengan susah payah. She's cute, tapi macam dah khawin. Kecewa aku.

Due to lot of miscommunication, my hair sucks, and pendek. Nak blame siapa pun tak tahu. Tapi, salah aku sendiri sebab tak reti bahasa isyarat.

20100818

konspirasi kedai mamak

Ye!

Kalau anda beli makanan tapau di kedai mamak masa siang hari di bulan ramadhan, mereka akan bungkus pakai plastik hitam. Kedai Bukit Jalil depan SMKPI pun buat macam tu.

Memang rasa macam penjenayah.

Naseb baik takde pistol.

20100628

Jehan 'Kaya' buat saya gelak guling-guling, pastu saya terlanggar bucu kerusi, masih gelak dalam tangis


Gambar ni di ambil pakai handphone Nokia classic. Takde auto focus. Cukup lah anda nampak aksi dia, dia yang paling kanan.



Dan ini pulak pakai handphone sony Ericcson. Walaupun handphone ni dah umur lebih kurang 4 tahun lebih, tapi aku masih suka pada dia. 
Kenapa?
Sebab boleh tangkap gambar jelas camni. Sila baca pernyataan Jehan. Saya tak tipu. Ni memang ayat dia.

Korang rasa macam mana?
Dia hensem?
Terpulang lah kalau korang setuju.

Tapi kalau orang ru ngaku dia hensem depan orang ramai, memang loser gila.

Douche Bag!
Pinjam perkataan mantot. Sure dia suka post ni

20100626

Ada apa pada UPSR dan PMR?

Well, umum tahu (kalau tak tahu, baca sini, jangan malas buka paper) mengenai peperiksaan UPSR dan PMR diberi bayangan untuk dimansuhkan.

Dah baca?

“Di Malaysia, kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Umumnya sepanjang 11 tahun murid masuk ke sekolah ada tiga peperiksaan awam. Ada pihak berpendapat ini menyebabkan cara pembelajaran lebih menjurus usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan awam.
“Maka sebab itu di Malaysia selain di sekolah, ibu bapa hantar anak ke tuisyen sebab hendak keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti di peringkat SPM sahaja,”


Well, setelah beberapa puluh tahun baru nampak sedangkan perkara ini pernah dibincangkan secara serius dalam kelas aku 6 tahun yang lepas. And sebelum tu memang pernah dibincangkan dengan tak beberapa serius. But Anyway, its about time. Never too late.

Permansuhan ini akan membawa maksud baru, satu revolusi kepada sistem pembelajaran yang selama ini mengamalkan sistem Copy Paste dan mengagungkan siapa yang dapat menghafal paling banyak. Memang pelajar diajar untuk menghafal semua apa yang tertera dalam buku teks. Anda mahu short cut? Hafal soalan-soalan past year. Dude, it never failed.

Bukti? Aku benci belajar sejarah. Sebulan sebelum SPM sejarah, sekolah aku ada buat pra-SPM and aku dapat hanya 6% sahaja. But selepas menghafaz buku past year, koleksi soalan-soalan past year, I got A1. Bukan nak bangga, but thats the reality.



Never too suprise bila ada budak dapat sehingga 21A. Ingat kes Siti Aminah (dia kan?) yang sampai dihantar belajar ke luar negara? Aku dapat berita yang dia dah pun selamat pulang, dengan tangan kosong. Correct me if Im wrong.

What actually wrong with our system? We always attached to number as number was God. True, number always show something that we can rely on. Tapi kalau ia merujuk pada kertas soalan yang tak boleh dipercayai, adakah ia masih menjadi sesuatu yang relevan?

The examination itself was an epic. Ada teknik semasa menjawap, maka ia adalah lebih kepada satu disiplin, bukan penggunaan dan perkembangan otak. Sama macam kalau masuk pertandingan kawat kaki. It always the same step, tapi akan ada perubahan dari segi formasi untuk show which team is the the winner. Pengadilan diambil dari segi disiplin dan kreativiti. It much better dari peperiksaan UPSR dan PMR (juga SPM).

Literally, this is reality


Ada cadangan yang mengatakan markah peperiksaan perlu diubah agar tidak terlalu ditumpu pada kertas soalan sahaja. Correct, tapi kalau kita follow takwim yang sesak dengan silibus-silibus pembelajaran. Ini tidak ditambah dengan aktiviti kokurikulm yang bermacam-macam, camping sana-sini,  kem motivasi, hari sukan, hari kantin dan pelbagai sambutan hari-hari yang lain dimana pelajar akan mengambil masa untuk membuat laihan persembahan. Pertandingan dan bermacam-macam lagi ah. Tak termasuk sekolah yang nak menjual nama dengan menggalakkan pelajar buat pelbagai benda seperti Bendera Terpanjang, Nasi Lemak paling Besar.

Cara ini boleh dengan memansuhkan peperiksaan. Tapi cukupkah?


Timbalan Perdana Menteri pun baru nak mengatakan bebanan Ibu Bapa yang terpaksa membayar duit lebih untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Another Epic. Aku sendiri pernah menghadiri beberapa kelas tusyen, but doent mean anything to me. Sama macam apa yang dah belajar kat sekolah. Apasal nak repeat the same thing, and as bonus, anak-anak boleh buat sendiri kat rumah  kalau mereka ada kesedaran untuk berjaya dan untuk tidak memalukan Ibu Bapa.

Tak kisah la nak mansuhkan atau tidak peperiksaan pun dalam sistem pembelajaran kat Malaysia ni. Niat untuk memansuhkan demi menerapkan 'Holistik' dalam sifat pembelajaran itu dah betul, tapi mungkinkah dengan memansuhkan itu akan memberi peluang terhadap so-called 'Holistik'?

Do they even know the 'Holistic mean?

Secara ringkas, sistem kita sekarang adalah Mechanistic, dimana sekolah akan mengajar dengan satu matlamat, menghasilkan suatu produk yag dikehendaki oleh masyarakat. Silapnya kita adalah masyarakat yang diasuh dengan sistem Kapitalisme. Maka, tujuan sekolah adalah menghasilkan pelajar yang boleh bekerja dalam sesuatu pekerjaan yang mementingkan perkhidmatan, berbanding sesuatu pembaharuan yang mungkin dibawa oleh salah seorang dari pelajar.

Literally, this is Mechanistic. BUt Holistic maybe dia suh bina kapal selam dari benda alah ni~~



Holistik secara mudah bermaksud mempelajari sesuatu itu dengan sepenuh hati dan minat. Kemudian menggunakan pengetahuan itu untuk dikembangkan pada tahap yang lebih tinggi.

Minat. Anda minat tegok bola? Kenapa anda minat tengok bola? Kenapa anda tidak minat tengok sukan lain yang juga menggunakan bola? Kenapa anda tidak minat tengok budak main guli? Ia masih menggunakan item yang seperti bola.

Jadi dari sebenarnya minat kepada sesuatu perkara ini wujud?

  1. Persekitaran (masyarakat).
  2. Cara didikan penjaga
  3. Kematangan
  4. Kesedaran
Tell me, adakah benda-benda ini akan dapat dipraktikan walaupun UPSR dan PMR dimansuhkan? Aku tidak menyangkal. Bermakna murid akan ada masa untuk belajar dengan lebih banyak. But, adakah  para pengajar dan masyarakat mampu memberikan komitmen untuk menjalankan tugasnya kepada anak-anak ini?

Untuk menjawap persoalan mansuh atau tak mansuh, akan kena pada diri kita balik.

In fact, kurang ada kena mengena sama ada nak mansuh atau tak. But mentaliti masyarakat itu sendiri. Masyarakat akan menuding semuanya pada guru dan guru akan rasa terbeban ditambah dengan tugas-tugas lain yang bukan milik guru. Di sini masing-masing akan mengemukakan hujah masing-masing mengenai siapa yang betul dan siapa yang salah.

20100625

Utusan 24th June

Damn it...hari ni baik punya demam plak...
Memang satu badan stiff..

Ingat boleh la relax jap sambil  minum necafe...sekali buka paper semalam...perghh...
Ada dua benda aku rasa tak puas hati.


1.Anak lihat bapa maut digilis bas
Utusan Malaysia 24 Jun 2010, m/s 9.

Kisahnya seoramg ayah nak amik anak dia kat sekolah. Tapi sampai je kat sekolah, ada bas langgar dia. Accident occur daily, its something yang most of us dah rasa macam common. Yes it does. Maybe hari ni berlaku kat orang lain. Esok lusa berlaku kat kita pulak.

Cuma apa yang aku rasa sangat kesal is Utusan Malaysia paparkan gambar lelaki tu masih dibawah bas dengan anak dia di sisi,cuba kejut bapak dia. Sangat-sangat emosi. Just imagine apa perasaan anak dia time tu. Aku tak tau la niat dia apa sebenarnya nak letak gambar ni. Adakah sebagai peringatan kepada orang lain atau sekadar mahu meraih keuntungan.

Gambar ni sangat sensitif. Aku sebak bila tengok. Sedih sangat. Kalau aku kat tempat dia, mau gak aku lagi emo. I hope that they didnt buy Utusan.

Tapi dari perspektif lain, kita akan consider banyak faktor lain. Honestly to me, this is a beautiful picture, but unfortunately the subject is very sad. Gambar orang mati kot. Orang kena langgar siap ada anak kat sebelah tengah trauma dengan apa yang dia tengok.

Pendapat korang, is this picture are appropriate or not?

Bagi aku..entah la, mungkin niat Utusan baik (mungkinkah?!), sebagai peringatan, tapi pada sesetengah pihak?






2.Pendapat mengenai Pudu Jel
Masih terbaca pendapat orang-orang yang menyokong tindakan kerajaan dalam merobohkan Penjara Pudu. Penjara bukan sesuatu yang boleh dibanggakan sebab di situ menjadi transit kepada mereka yang melakukan jenayah. Tempat hukuman gantung, sebat dan pelbagai-bagai. Tempat keseksaan dan penyesalan.

Bagi aku itu adalah tempat yang mulia. Lagi mulia dari Parlimen yang dipenuhi dengan sisa-sisa ludah hipokrit so-called bangsawan,dermawan and pemikir negara. Parlimen yang menjadi medan berbincang perkara-perkara yang tak masuk akal seperti siapa Wanita Pertama Negara, berapa subsidi yang perlu ditarik dan bukannya bagaimana memberi peluang yang sama rata kepada golongan miskin.

Atleast Penjara Pudu menjadi tempat yang menukarkan orang disitu menjadi MANUSIA YANG SEBENAR berbanding Zouk yang menukar MANUSIA KEPADA HAPA BENDA ENTAH, berbanding Litar Sepang yang membazirkan PETROL demi memuaskan nafsu manusia melihat benda yang bergerak laju dan pelbagai-bagai lagi tempat yang katanya menjadi tempat manusia berlibur tetapi sebenarnya membazir terlalu banyak source.

Oleh kerana penjara itu berkumpulnya manusia yang dikatakan berdosa dan dihukum, maka mata yang memandang tempat itu adalah penuh dengan kehinaan. Tapi di tempat yang hina itulah terletaknya manusia yang lagi bersih, suci dan lebih manusia dari kebanyakan kita.

Tapi, apa pun yang nak didebatkan sekarang dah takada guna. Ia dah pun dirobohkan. It wont come back. It will never be the same, ever!

Let me ask something. Kenapa Kubu A'famosa masih kukuh berdiri?

Kubu itu dibina BUKAN UNTUK BANGSA MELAYU, kubu itu gunanya untuk MEMPERTAHANKAN TANAH MILIK PORTUGIS, bukan untuk kita. Kubu itu gunanya untuk MENYEKAT TANAH MELAYU DARI MENGAMBIL BALIK APA YANG DIMILIKINYA.

So why the fucking hell is that thing is still standing there? It doesnt make sense at all. Kalau nak roboh Penjara Pudu, robohkan sekali A'Famosa.

Cuba bayangkan kalaua A'Famosa berada di tengah Kuala Lumpur. Tak payah tengah, pinggir pun dah cukup. You'll see they use the same reason to make it gone. There's nothing bout history. Whats important is future.

20100622

Pudu Gaol (continued)

Aku baru balik...lalu dekat jalan Hang Tuah. Rasa sayu sangat pasal dinding dah mula dirobohkan. Great. Honestly great.

Later, aku balik umah, aku buka Utusan, memang sentap baca syial. Syial gila babi hanjeng laknat. Go utusan and malaysiakini


Dan ini dari jabatan penjara sendiri.


And suprisingly, here.



WTF?!

So bagi kerajaan, bangunan ini adalah sesuatu yang memalukan? And Im sorry for not realizing this 5years ago, since I was still noob in School, taking SPM.

Kita tengok balik PERANAN Penjara Pudu. Kalau takda Penjara Pudu, para-para banduan tu kita nak letak kat mana? Sewa bilik kat Federal Hotel? Tumpang kat masjid? 

Bagus gak cadangan tu, boleh banduan rasa insaf dengan kadar yang lagi cepat kalau kat masjid. 

Mural Penjara Pudu pernah dinobatkan dalam Guiness Book, adakah itu bukan sesuatu yang pernah berjasa pada negara? So dont be shock if anyone that use to make the country proud were lefted and forgotten unless that person is POLITICIAN.

Its true what. As I remember, the politician always been given priority in everything. Ok, aku tak tahu politik pada zaman dahulu, sama ada mereka bekerja untuk rakyat atau untuk duit. So Im not going to talk about them.

What else? Ok, sejarah mengenainya memang la tak bombastik seperti Stadium Merdeka, tidak gempak seperti Dataran Merdeka yang menjadi SAKSI KEPADA KEMERDEKAAN NEGARA, SEBAGAI BUKTI BAHAWA UMNO SEBAGAI PIHAK YANG MEMERDEKAKAN NEGARA.

Maka, Penjara Pudu tak layak mendapat tempat. Sama juga dengan kes Istana Negara yang selama ini juga menjadi trademark kepada Institusi Perlembagaan Beraja.

No wonder, nilai Istana negara pun tak dipandang dari segi warisan,tempat raja-raja. Inikan pulak tempat banduan yang dipandang hina oleh masyarakat.

Dimana silapnya? Nak kata rakyat malaysia tidak pandai menilai sejarah, lebih kurang 1000 orang berkumpul pada malam tadi semasa perobohan dinding Penjara Pudu. Ramai yang mengambil batu-batu disitu sebagai barangan kenangan. Maka, masih ada yang menyayangi Penjara Pudu.

Hishamudin rais juga hadir. Melaungkan syair kepada mereka yang belum sedar, menangisi kehilangan satu sejarah.. I present to you, from TukarTiub


Seribu Tahun Dari Hari Ini.
maka tembok tembok a farmosa itu pun diruntuhkan

satu demi satu dindingnya diletupkan

tuan farquhar melihat betapa bahaya kota ini

maka tembok tenbok itu wajib dirobohkan

yang ditingglkan hanya pintu 

untuk jadi ingatan kepada anak cucu




maka tembok itu pun akan dirobohkan

semenjak 1895 tegak berdiri

kini akan diruntuhkan pintu demi pintu

batu demi batu

satu demi satu





seribu tahun dari hari ini

anak kepada anak kepada anak kepada anak

kepada anak kepada anak kepada anak kepada akan

melihat bahawa kami yang berdiri dihadapan tembok ini

malam kelmarin ada sejarah





seribu tahun dari hari ini

maka anak kepada anak kepada anak kepada

anak kepada anak kepada anakan kepada anak

akan menangis hingga keluar air mata darah

maka menangislah mereka beramai ramai 

hingga lahir intan dan berlian

dari cucuran air mata





menangisi jejak sejarah 

waktu dan sejarah yang tidak akan berulang

detik detik yang pergi 

tembok tembok yang dihancurkan

hanyalah debu debu ingatan yang akan pudar





apabila tembok ini mula retak

zeus di kayangan bersama dewa dan dewi

melihat betapa angkuh dan bodohnya manusia

yang tidak mengetahui jalan cerita

yang tidak mengetahui makna sejarah bangsa

yang tidak mengethaui bahawa tembok itu adalah paku negara





malam kelmarin kami mendongak keatas langit

demi zeus

agar roh roh yang terkorban dalam tembok ini

akan tenteram dan selasa berkeliaran 

bersama angin subuh sejuk dan menyegarkan





berapa ramai yang telah gugur

ketika tembok tembok ini dibuat

berapa ramai yang tewas di gantung penjajah

berapa ramai nasionalis gugur saheed menuntut merdeka

berapa ramai gelandangan miskin digantung tanpa peguam





untuk mereka buta sejarah

untuk mereka yang tidak tahu menilai erti bangsa

untuk mereka yang tidak tahu melihat tanda dan makna

untuk mereka yang mata hanya melihat emas dan tinta

demi zeus seribu tahun dari hari ini

anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak mereka

akan menangis dan menyumpah betapa bebal ibu ayah keturunan mereka





demi zeus seribu tahun dari hari ini

kami tahu

kami yang berkumpul malam kelmarin di tembok itu

adalah sejarah yang tidak akan berulang lagi.





esok ketika kau buka mata

semua nya telah pergi

semuanya telah terlambat





dunia ini musnah bukan kerana

ramai orang jahat

tetapi kerana ramai orang baik

tidak mahu melakukan apa apa





seribu tahun dari hari ini

yang kau lihat nanti hanyalah gambar

dan puisi ini


Pudu Gaol, farewell.

Sewaktu kecil dahulu, aku selalu menggunakan perkhidmatan bas awam untuk ke area Bukit Bintang. 60C kalau naik rapid (dulu bukan rapid, hapa nama ntah) and 30 kalau Metro. memang naive gila time tu. Macam-macam ragam orang boleh nampak. Jumpa awek cute gila babi, MILF, macam-macam. Tapi lately, macam nampak ramai Indon pulak yang naik. Illiegal or legal, still kinda sore since diorang macam Kelantanese gak.

Anyway.
Malam tadi, setelah seratus lebih Penjara Pudu gagah berdiri menampung dan mengajar mereka yang terpesong di dunia ini...akhirnya ia dirobohkan untuk perlebaran jalan. Tetapi, menurut akhbar Kosmo pada hari ini. Bukan sahaja Dinding Mural itu yang dirobohkan, tetapi disertakan dengan bahagian-bahagian lain secara berperingkat-peringkat.



Sebab-musabab?




Maknanya bangunan yang bersejarah ni akan dirobohkan demi memajukan kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur. Selebihnya akan dibangunkan sebagai jalan bawah tanah bagi melincirkan pergerakan di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah. Read: Bernama



So..there you go. Adakah kamu rasa yang ianya memang untuk meluaskan jalanraya disitu? Atau sebenarnya untuk membuka lagi satu Gunung Emas? And kenapa hanya KOSMO! yang berani mengatakan bahawa kawasan itu akan dibangunkan kepada BBCC (Bukit Bintang City Centre)? 

Apa ada pada Penjara Pudu?

Bagi orang-orang yang memang lahir di Kuala Lumpur, membesar di Kuala Lumpur atau pun telah bermaustatin seegitu lama di Kuala Lumpur, Penjara Pudu merupakan suatu trademark yang tak mungkin dapat diganti dengan apa-apa bangunan lain. Ia sendiri adalah antara prasarana yang paling awal muncul di Kuala Lumpur.



Kadang-kadang semasa kecil, parents aku akan ugut aku and adik-adik untuk hantar kami ke penjara ni kalau nakal sangat. Its very nostalgic. Aku membesar dengan melihat penjara ni.

Sejarah mengenai Penjara ni tak perlu dipertikaikan. Design dia, mural dia, Blok Keramat D, dan pelbagai kisah yang panjang lebar..rasanya berbaloi ke kalau dirobohkan demi BBCC? Kalau untuk melebarkan jalanraya aku paham. Maybe kita boleh ATLEAST angkat Mural tu and place it somewhere else. Atleast, the Mural can be somewhat form yang kita boleh ingat tentang kewujudannya.

Tapi TIDAK!

It'll cost more and why the government, instead of using that money to move it? Its cheaper if we just demolish everything. We can sell the land and make it something for the tourist to come and spend their money. Its gonna give more money, to feed the minister.

Ada beberapa bekas banduan dan warden yang datang semasa perobohan itu. Masing-masing sebak sebab Penjara itu menyimpan pelbagai kisahnya yang tersendiri. But, disini siapa yang berkuasa?

Personnaly, aku rasakan adalah tidak patut Penjara Pudu dirobohkan. Ia adalah monumen negara. Ia adalah sebahagian dari negara. Ia adalh trademark, sejarah Kuala Lumpur itu sendiri. Adakah ia dipandang hina dengan statusnya sebagai tempat menyimpan banduan pada suatu masa ketika dahulu?

Bolehkah kita sebagai manusia mengecop sebagai tempat yang menempatkan banduan sebagai tempat yang dicerca dan disumpah?

Its equal as we cursed the inmate their-self. Shame. Kita sama-sama manusia ada buat silap. Kita sama-sama hidup dengan pelbagai sebab dan alasan. Kita adalah kita. Sama-sama manusia, sama-sama buat silap. 

Tapi sekarang semuanya sudah terlambat.

Penjara Pudu is too late to be save.

Memory will remain as memory.

Aku harap hantu-hantu yang ada kat Penjara Pudu akan lakukan tugas mereka sepanjang pembinaan BBCC. Yang baru tu aku boleh la faham lagi...

 P/s: Pasni kalau main Saidina, atau monoply versi Malaysia, dah tabley letak penjara Pudu. Sebab dah takde...huhuhu

20100621

KAPOWW!! Atoi the Ajaib Boy

As I hangout with Jamil and Chak, we went to watch this movie. All hail to Chak for not using his minority power and but using the multiracial spirit with us.

Secara peribadi aku rasakan movie ni berbaloi untuk ditengok. Walaupun masih ada bau-bau Antoo Fighters, tapi ia adalah lagi berbaloi.



Garapan Azizi 'Chunk' Adnan ada cara yang tersendiri. Cerita agak pantas walaupun ada ter'drag' sikit. But tidak lah keterlaluan. Beberapa spoof cuba dimasukkan dengan lawak bodoh yang memang sengal-sengal ubi, tapi cukup garam dan lada. Sepatutnya Azizi boleh bekerjasama dengan KRU Motion..aku rasa memang akan jadi lagi bagus untuk special effect. Bukan lah sebagus dengan filem luar negara, tapi boleh memperbaiki each other.



Memang duit adalah risiko untuk buat filem camni, tapi kalau takde pihak yang berani jadi frontier, sampai bila la kita pakai teknologi tahun 80an.

Pemilihan Zizan adalah tepat pada awal, tapi bila dah masuk bahagian yang bermain emosi, Zizan gagal. Zizan masih dibayangi dengan aura tak serius walaupun pada babak yang serius. You still have a long way to go , takpe..boleh usaha lagi..belajar dengan Afdlin and Harun Salim Bachik.





Lisa Surihani~~
Owh darling bebeh, you are the main reason Im watching this~~
Lakonan you seem better dear..Keep up the good work. And by the way, your ganu slang sucks a lot. Thats all sebab you punya lakonan tak banyak, walaupun you comel.



Deep inside, sedih jugak la sebab perlakon-perlakon yang otai hanya dapat jadi perlakon sampingan yang kurang sangat muncul. Awie, Afdlin, Harun Salim Bachik, (ada la lagi..malas nak mention). Ada kawan-kawan afdlin yang join..sape nama yang jadi Wira dalam Cuci-cuci? AKu blur ah nak hafal nama-nama ni. Nama rumus pun aku tak hafal. Maybe kebanyakan bajet diletakkan pada sinematografi dan effek.

This time, aku tak tahu la aku makin rabun ke apa, tapi kualiti gambar KAPOWW!! is much-much better then typical movie. Aku rasa macam tengok CINTA. Its a good quality, truly. The effek pun dia cuba minimumkan, tapi once dia buat, he'll tae the low risk yang cantik and berbaloi. Luckily memang dari awal dia cuba buat style comic, so the watcher can understand the flow.

Korang nak jalan citer ke? Tak payah la tau...for me walaupun dia tak ori, tapi masih boleh layan...

Its A worthy movie to watch. I give 3.69stars out of 5.

20100616

Judi itu halal.

Well...it takes me sometimes untill I tought about it. 

Ok, aku ada terfikir masa dekat INSTUN last 2 week gitu. Tapi sebab takde kemudahan untuk berlayar layar, aku pendam je dalam handphone chokia neyh.

So whats the big deal?

Judi?

Sejak dulu lagi dah halal. 
Kenapa?

Habis tu, macam mana boleh ada TOTO, Damacai etc etc?
Diorang buat bisnes tu takde lesen ke?

Once the give the Licence, its consider HALAL in this country.

Its not a big deal if the goverment nak tambah lagi lesen judi. Let it be.
Orang Islam dilarang berjudi. 
And aku rasa tak da agama lain yang kata judi tu halal (not touching Zionist)

Tak nak bagi lesen buat apa? Bullshit!
Kalau tak nak bagi, then tarik balik semua lesen perjudian yang wujud kat malaysia ni.

Doesnt it so ironic?
Even kalau dia bagi lesen pun,who cares  judi tu halal ke haram?
Umat Islam diharamkan berjudi. Kalau dia buat camera litar terbuka 20megapixel sekali pun untuk tahan mana-mana ISLAM yang berjudi, will make any different? 
There are too many flaw in that.

Seriously, aku rasa bangang bila baca paper Najib malu-malu nak bincang pasal judi secara terbuka.
Perkara yang paling bodoh! Paling tak masuk akal!
I repeat, kalau nak tarik, tarik semua sekali.

Sekali kan juga dengan lesen arak. 

Now,dah memang kerajaan bagi segala macam lesen (termasuk lesen gula, minyak masak, tepung) dari awal lagi. Memang kita dah masuk ke ISLAM sekular.
Hadhari? Dah lepas...
Sekarang 1Malaysia, maknanya 1ISLAM.
Apa orang bukan Islam buat, orang Islam pun boleh buat.

This is how our face was paint long ago. You can re-paint, but it may take awhile.

So, bagi aku, tak payah la kita nak bising-bising tak bagi lesen la,Vincent bagi derma la, Parti itu membantah, parti ini menyokong. It really make us look stupid. 

Kalau nak cakap pasal Islam, betulkan yang lama dulu.