20101218

MYC 11-12-10

Mungkin post yang terakhir sebelum fieldwork monday. Tak janji nanti dapat post atau tak. Sementara tu, feel free untuk baca.

Post ini ditaja 80% oleh Cik Mimie.
Lipstik bermanja-manja dengan Mimie yang nak belanja wayang


Pada 11hb Disember yang lalu, seperti yang dijanjikan dari post sebelum ini, kami telah menganjurkan satu perjumpaan. Berlokasikan di Times Square, berjanjikan melayu bandar,kebanyakan yang tiba lewat hampir sejam. Satu peningkatan yang baik berbanding janji-janji sebelum ini. Walaubagaimana pun, janji Cik Mimie  bukan janji melayu. Terima kasih kepada beliau kerana membayarkan tiket-tiket wayang kami semua.


Perjumpaan kali ini adalah bersempena meraikan tamatnya musim perperiksaan dan juga sempena kehadiran Cik Lipstik yang datang bertendang bertandang di Kuala Lumpur. Cik Lipstik kini sedang lanjut usia melanjutkan pelajaran ke Ijazah di USM,Pulau Pinang. Bukan senang nak Cik Lipstik ada di sini.


MYC 11-12-10

Hadirin pertama yang tiba ialah Myth bersama pasangannya. Mengikut janji melayu,sepatutnya ada 4 ahli yang tiba dahulu pada jam 11pagi yakni Zarul, Miera, Lipstik dan juga Myth. Zarul telah ditugaskan untuk jadi drebar Lipstik pada jam 10, akan tetapi, sekitar 11.30pagi barulah dia mengambil Lipstik. Zarul memang melayu tulen.


Sekitar 2.15petang, janji-janji melayu semuanya ditepati. Nama-nama yang hadir pada 11hb Disember, mengikut kronologi;

1. Miera 

2.Myth bersama pasangan
 (Myth sampai awal, tapi sebab takde orang, dia pergi belasah Nasi Ayam Tanjung)

3. Zarul bersama pasangan.

4. Lipstik

5. Paan
 (patut awal lagi, tapi dia merendek kat Low Yat)

6. Cik Mimie 

7. Aust
 (baru balik kerja)

8. Who
 (baru balik kerja di Tasik Permaisuri)

9. Luth


Aktiviti pertama kami ialah makan tengah hari di Food Court Times Square tingkat 10. Dan kami sekali lagi memilih meja dan kerusi keramat yang direstukan oleh Who pada suatu ketika dahulu. That's is another story, long story.

Makan~~ Gincu Siyes lapar~~


Tidak lengkap kiranya aktiviti makan-makan tidak disertakan dengan aktiviti gosip-menggosip, bergurau senda, sedikit mengumpat dan juga terselit kisah-kisah politik serta bola sepak. Puak Naga didalam MYC turut mengambil kesempatan meluangkan masa sesama sendiri walaupun dicerca oleh oleh ahli MYC yang lain. Steady bro,nyawa tu.


Kami mengambil masa selama 30minit semata-mata bergaduh dalam memilih wayang apa yang ingin ditonton bersama.






 Pergaduhan ini adalah harus bagi mengelakkan kejadian tersilap pilih wayang seperti yang berlaku pada pertemuan lalu. Akibatnya Who mula menyamar menjadi Deejay Radio merangkap pencaci wayang di dalam panggung wayang. Mana-mana wayang yang Zarul nak tengok juga telah ditolak awal-awal kerana beliau dah tengok hampir semua wayang yang ada di pasaran pada ketika itu. Gila apa,Orang jual tiket wayang pun tak tengok semua wayang.


Oleh kerana kekangan masa yang dihadapi oleh Paan, ZarulMyth dan juga Aust, kami sebulat suara memilih wayang Hantu Kak Limah Balik Rumah. Miera dengan tegasnya menyatakan tak nak tengok cerita Melayu sebab nanti Raya dapat tengok di Televisyen. Serentak dengan itu beliau telah ditujah dengan Ilmu Tuju-Tuju Tanpa Hala Tuju oleh Who, Myth, Zarul dan juga Aust. Lipstik dan Mimie pun tak dapat bantu beliau, padan muka beliau.



"Aktivis perfileman Melayu adalah diakui slow dan membosankan, namun begitu, beberapa pengarah dan penerbit harus diberi perhatian atas bakat dan idea mereka. Dengan menonton hasil mereka di Pawagam, ini akan mendorong mereka untuk menghasilkan lebih banyak cerita. Dengan lebih banyak cerita, ini akan beri lebih variasi dan ruang untuk mereka mebaiki cerita-cerita mereka ke suatu tahap yang lebih baik!"


Who yang kuciwa sebab tiket takde




Semasa di kaunter tiket, kami mengahadapi krisis tiket. Tempat duduk yang ada akan memecah-belahkan kami kerana lokasi yang bersepah sana sini. Aust dengan kepakaran IT,Who dengan kepakaran Penghotelan, Paan dengan kepakaran Kejuruteraan dan Zarul dengan kemahiran Karenah Birokrasi Kerajaan telah memujuk, mengugut dan memanipulasikan pemahaman Abang Jual Tiket mengenai kedudukan tempat duduk dan juga penjualan tiket wayang secara telefon atau Online. Namun begitu, Abang Jual Tiket itu tetap kukuh dengan pendiriannya, mempertahankan polisi GSC.

Tibe-tibe happy balik sebab yakin dapat tiket
Abang jual tiket


Persetujuan telah dicapai, yakni kami dibenarkan membeli tiket wayang yang di-reserve-kan kepada pembeli Online dengan syarat kami menunggu sehingga 30minit sebelum wayang bermula. Kami beramai-ramai menunggu disebelah kaunter sambil membuat muka bengis ala-ala GayBoy Tasik Permaisuri seperti yang diajar oleh Zakie.

MUka paling wanted sebab ghairah gile nak
 cium Abang Jual Tiket


Setelah 10minit menjadi penunggu, akhirnya kami dapat membeli tiket wayang yang dihajati. Kaunter tiket menjadi kecoh seketika bila Ahli MYC yang lelaki cuba cium pipi Abang Jual Tiket.
Tiketx~~~


















Kan dah kate. memang tableyh blah


Penunggu tiket
hasutan Zakie tasik permaisuri
Keseronokan menonton wayang bersama Ahli MYC memang tidak dapat digambarkan. Gelak tawa WHo, Paan dan Myth adalah kombinasi dan ramuan yang tidak dapat dipertikaikan. Kelakar didengar dan sedikit mengundang perasaan malu. Who bakal dinobat sebagai komentar wayang paling takbleyh blah, suatu hari nanti. Gelak sakan sehingga selipar beliau hilang.


Saya tidak dapat menulis kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan suasana ketika menonton wayang bersama-sama Ahli MYC. Anda perlu sertai kami untuk mengetahuinya sendiri.


Setelah tamat wayang, Luth tiba ke Times Square. Beliau tersangat la lewat sebab bas yang dinaiki beliau pancit. Beliau telah melafazkan ikrar bersaksikan kami untuk tidak akan naik bas lagi selepas ini. Kami agak terkilan kerana baru berjumpa kira-kira 5minit, beberapa ahli terpaksa mengundur diri atas sebab urusan masing-masing,termasuk saya.

Muka tak bleyh blah semua sebab tak tahan nak pergi toilet pas wayang

Ahli-ahli yang tinggal, meneruskan aktiviti lain, seperti shopping, makan dan bergosip. nasib baik ahli lain dah takde. Tak dapat la dosa kering kami semua.


Apa-apa pun , aktiviti kali ini memang hebat dan menyeronokkan. Bagi yang tidak dapat hadir, sure rasa rugi kan? Takpe, masih ada lain kali. Aktivit terbaru yang diuar-uarkan bakal berlansung pada 25hb Disember. Notis akan diberitahu tak lama lagi. Sebarang persoalan, sila hubungi saya. Soalan exam tidak akan dilayan sama sekali walaupun anda merayu-rayuan.


Sekian, dilipur larakan oleh Myth.


Link asalan



20101211

Another hiatus and about MYC

Aku dah habis exam, tapi aku rasa..keadaan belum izinkan lagi aku untuk menulis. Hadoi..penat gak jadi mak orang ni. Tambah plak, nak kena siapkan kerja kat lab, plus field work 2 minggu. Aku rasa sampai new year, mungkin aku akan hiatus dari menulis. 

Sementara itu, kalau ada sesiapa yang singgah sini, sila la baca  post kat bawah ni. Aku baru start jadi team member blog MYC and ni post pertama aku. Kat situ, aku menulis ringan sikit. Sekadar reporter je kot. Apa kebenda MYC ni? Ah, baca dulu.

Aku akan update bila ada kesempatan.



"Saya baru diberi akses untuk menghancurkan, mem-virus-kan sesiapa yang ter-singgah dengan sengaja atau pun secara tidak sengaja ala-ala "Omak-I-tertokan-lak-butang-ney". Sepatutnya saya dah start menulis semenjak minggu lepas, tapi saya rasa baik saya fokus untuk menulis jawapan untuk perperiksaan semester saya.

Saya mulakan carutan coretan pertama saya di sini.

Sebelum ini saya diberitahu oleh Mama MYC (read: Arenisah) yang dia telah menerima banyak email cinta yang bertanyakan bagaimana hendak menyertai kumpulan ini. Selain itu, terdapat juga jemputan-jemputan bagi menyertai pelbagai aktiviti lain. Mengenai menyertai aktiviti lain itu sebenarnya adalah satu masalah yang agak berat untuk kami. Sebab aktiviti kami sendiri selalu terjejas dek kekangan masa masing-masing.

Siapa sebenarnya MYC?
Seperti dalam penerangan pada header blog..ok, penerangan itu hebat hanya dari segi linguastik, kami belum pun capai tahap camtu. 

Kami sebenarnya adalah sekumpulan orang yang bertemu, berkenalan dibawah mazhab takdir. Awal-awal pertemuan adalah di dalam Forum Malaysian Teenager di mana kami bertukar-tukar pendapat mengenai banyak isu. Dari isu yang remeh seperti 

"Boyfriend I Lupa Annivesarry, patut tak I break dengan dia? Benci!!!"

Sehingga lah ke isu-isu semasa seperti

"Apa pendapat korang mengenai isu Sumpah Saiful Bukhari?"

Melalui pertukaran pendapat seperti itu, kami mengenali masing-masing dengan mendalam sehingga mewujudkan satu ikatan persahabatn yang kukuh. Pendapat-pendapat yang dilontarkan adalah tulus suci, tak main-main tau. Ini adalah kerana kami tidak lansung mengenali sesiapa, maka tiada pendapat perlu ditapis bagi menjaga hati sesiapa.

Mungkin juga kami memang adalah orang-orang yang terpilih untuk berhubung antara satu sama lain. Masing-masing bagaikan banyak persamaan. Masing-masing memang selalu perangai macam budak tadika, tapi pada masa yang sama, matang secara betul mengikut masa dan tempat yang sesuai. Persahabatan yang terjalin memang sangat menarik sebab masing-masing datang dari latar belakang yang berbeza.

Kadang-kedang, persatuan ni lebih kurang juga dengan PEKIDA, 3-LINE. Namakan sahaja mana-manapertubuhan sosial yang kau tahu. Modus operandi kami adalah hampir sama. Cuma kami tak kutip duit bulanan, kami tak pukul orang.

Pertubuhan ini menawarkan satu rangkaian persahabatan di mana setiap ahli masing-masing mempunyai keistimewaan masing-masing dalam bidang yang tersendiri. Ahli-ahli kumpulan ini juga terdiri dari lingkungan umur 17tahun sehingga 25tahun. Tapi disini, pergi mati sama umur. sesiapa sama sahaja asalkan dia mampu berkawan serta mengeluarkan pendapat masing-masing.

Sebenarnya dalam kehidupan, antara yang penting adalah telinga untuk mendengar masalah sendiri, kawan yang ada semasa kita memerlukan sokongan moral, serta minda yang terus menerus bekerja dengan cara berdebat supaya minda tak tidur dan mati, beku sebab tak pakai.

Separuh dari kami adalah pelajar (dah nak grad pun), dan separuh sudah bekerja. Bidang masing-masing juga adalah agak bertentangan dengan masing-masing. Walaupun begitu, perbezaan lah yang membuat kami lebih rapat sebab saling menghormati pendapat masing-masing.

Perbezaan pendapat bukan bertujuan untuk bergaduh, tetapi adalah bagi meluaskan skop pandangan, membetulkan masing-masing jika ada salah dan silap. Dan disebabkan bidang yang kontra ini jugalah, lingkungan kemahiran kami adalah agak luas.

OK, dah macam MLM. Jangan risau, kami bukan along bukit beruntung. Kami tak jual gelang magnet.

Dengan alasan-alasan diatas, maka sebahagian dari matlamat kumpulan ini telah pun tercapai. Kami tidak akan membiarkan minda anda mati. Kami sentiasa meransang antara satu sama lain dalam menjadi manusia yang lebih baik dan juga mencapai cita-cita masing-masing.

Jika anda berminat untuk menyertai rangkaian kami, add sahaja mana-mana ahli tertinggi kami, dan PM untuk menyatakan niat suci tulus mulus kudus anda. Kami sentiasa menerima dengan tangan yang terbuka"