20120611

Cubaan pemecahan hiatus

Everybody ask me to get back on blogging instead of wasting my fucking time in twitter.

Twitter is fast. Twitter is like a kampungchat back then in the 90's. All of the idea flow through the timeline but nobody keep track on it.

Some want to know things that i've been working for the fast few year. The pace of timeline disagree.

So, hit me, if you read this, what you interest to know.
Find me at @mytheorem and send me a request.
For a comeback. I think I'll start about the radio astronomy.

Give me a day.

Sorry for the long Hiatus.

I'm not even sure if I have time to get back on blogging. But promise, is a promise.

20110201

Oh..Lupa nak cakap...

Ada 3 draft post dalam rupa yang mentah berdarah belum siap diproses.

Pemprosesan mengalami agenda-agenda gendala kerna mikropocessor menerima command-command yang disertakan dengan peringatan bahawa ianya adalah top priority. Koman-koman!

JIka ada sebarang ketidak puas hati, sila jilat ibu jari dan calit bawah hidung.

Hiatus ini tidak disangka-sangka menyinggah sekali lagi. Susah kot nak publish paper. Gampang!!

Maka, sabar la sikit lagi. Mungkin sebelum limau mandarin dirumah kehabisan stock.

20110123

Pengisian Beg Udara

Kelmarin, akhirnya, AKHIRNYA KERAJAAN AKAN MEWAJIBKAN PEMASANGAN BEG UDARA PADA SEMUA KENDERAAN BARU kecuali pacuan empat roda.
Beg Udara secara Umum
Sebelum ini, kerajaan TERPAKSA MENJALANKAN KAJIAN MENGENAI KEBERKESANAN PENGGUNAAN BEG UDARA untuk Malaysia.
                                                                                                                            .:Sumber:.



Wau. Aku sangat kagum dengan usaha kerajaan. Untuk satu kajian yang pasa Beg Udara actually nak kena makan banyak duit, nak-nak lagi kena pakai kereta untuk crush test kan? Cuba la anda, pakcik-makcik, tok-nek bayangkan ye. Nak uji kena amik berapa jenis kereta ada kat Malaysia ni, test satu demi satu untuk tengok sama ada berkesan tak pasang Beg Udara ni kalau kat Malaysia.

Cube bayangkan ye, bukan main bayang-bayang, satu company kereta ada berapa banyak model kereta kat Malaysia ni. Parah nak beli satu-satu. Tu yang kita amik hampir 30 tahun untuk test satu-satu.

Bayangkan Kerajaan terpaksa jalankan ujian ni dengan kadar yang rendah dan sangat berhati-hati supaya tak menggunakan duit rakyat dengan terlebih bagaikan Stacy, Ops, terlebih sudeyhh.... Bayangkan la Najib yang buat camtu, tak ke rasa nak muntah dengan gaya yang nak jadi comel camtu?

You guys caya tak dengan ape yang I cite ni? Caye tak? Caye la you... Caye la...Tolong la caya cayang~~



Yeah, lepas Beg Udara dah tercipta dari tahun 1952, it takes until now untuk kerajaan sedar akan kepentingannya. Berbaloikan? Dan kat US pun dah jadi mandatori since 1997. Aku rasa kerajaan nak tengok dulu berapa ramai pengguna jalan raya yang terkorban. Mana la tau kan tiba-tiba tahun ni kadar kematian dalam kemalangan jalan raya akan menurun dengan drastik.

Instead Kerajaan wajibkan beg udara, kenapa Kerajaan tak cipta azimat dengan tangkal atau panggil Winchester Family untuk halau malaikatul maut dari datang kat jalan raya?



Kajian ke atas Beg Udara. Baru sekarang nak buat?  Kenapa tak buat 2013 je? Atleast buat masa tu maknanya kita dah survive la dari 2012 kan? Kang kalau kiamat 2012, membazir je buat kajian tu sekarang. Duit kajian tu leh bagi kat orang-orang atasan sebagai elaun dan bagai-bagai. Penghalalan duit yang haram.

Memang beg Beg Udara ni ada kemungkinan untuk sebab kan kematian. Tapi itu terjadi kepada orang-orang yang tak paham bahasa dengan peraturan dan cara penggunaan Beg Udara dengn betul. Alright, cool, why not kita ban je pisau? Lepas ni kalau nak potong daging, sayur kat dapur tu kita pakai gigi je. 
Safety first:Safety Check

Oh no. Mungkin gigi juga akan di ban. Setiap rakyat mesti la dicabut gigi mereka. Kuku? Batu? Anything, you name it.



Kepentingan Beg Udara nampaknya baru disedari. Begitu juga dengan kebahayaan plastik bag. Tu pun baru kerajaan nak sedar. Walhal kat luar negara, diorang dah lama tau pasal ni dan dah pun mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Well, jangan la pandang kat Negara Dunia Ketiga. Lihat pada negara-negara maju. Kan Malaysia adalah Negara maju, Kan?

Tak percaya juga? Tengok la anak-anak muda. Pakaian dari atas ke bawah memang membuat anda terasa anda kat Jepun, New York. Wohoo!! "What's Ya Name Shorty?"  "You can call me Rogue, niggaz. But Ma Mama call me Rogayah"

Berbalik pada topik Beg Udara, tak ke benda macam ni memaparkan lagi kelemahan negara? Cakap cukup dah gebang. Macam esok dah boleh tenyeh-tenyeh Korea Utara. Realitinya, dengan New Zealand pun kita tak mampu nak saing.
Air Bag I'd Love to have


P/s: Find me on my better days, To lose it once again, In a way but I seem to find better ways to consciously pretend

20110121

Dilema penagih nikotin

Saya adalah salah seorang perokok.



Suatu ketika dahulu, aku telah berjumpa dengan beberapa orang doktor. Doktor yang bertauliah, yang dapat sijil halal. Bukan dokter chenta, dokter haiwan, dokter bawah jambatan ataupun dokter gigi yang berniaga ditepi Central Market, diragui kelulusan dan kewarganegaraan apatah lagi kebersihan sebab 'klinik'-nya terlampau open air.

Lazimnya semasa memeriksa kesihatan, doktor mesti akan tanya;

"Awak ni gay?"
"Awak hisap rokok tak?"

Nak tipu doktor, masalah juga. Lain la kalau nak tipu PTPTN supaya layak menerima pinjaman penuh, itu memang perlu la kalau nak menipu. Ala, macam tak biasa dulu masa sekolah menipu pihak sekolah supaya dapat pinjaman buku teks. Tipu la kalau korang tak goreng. Lain la kalau parents korang memang kaya kan?

Bawa Mercedes pun masih nak minta pinjaman buku teks. Langsi!



"Haah doc"

"Berapa batang awak hisap satu hari?"

"It depends, kadang-kadang satu hari tujuh. Kalau nak exam, atau ada assignment, mau sepuluh atau dua belas. ikut keadaan dan ekonomi"

"Awak nak mampus ke?!"

"Banyak sangat ke doc?"


"Tujuh kotak tu dah terlampau banyak. Dah melebihi paras yang badan boleh terima. Lain la kalau awak ni mutan. Kalau dua kotak sehari, itu dah nama perokok tegar. Dan kalau dah cecah tahap tu, awak kena berhenti. Tapi ni dah tujuh kotak sehari."


"Eh, doc, batang la, bukan kotak la..."

Kesimpulannya, kalau aku masih di tahap 7-8 batang sehari, sebenarnya itu belum ada apa-apa sangat. Yang digembar-gemburkan adalah orang yang di tahap tegar. Dua kotak sehari. Beb, aku kalau lebih kuota dalam sehari, memang rasa nak pecah jantung dengan paru-paru. Cuma yang aku risaukan ialah cara diorang ukur sejauh mana ketagihan rokok ni ialah bila seseorang tu bangun tidur.

"Wa mana boleh tahan kalau bangun awal-awal pagi, gua nak memerut tapi takda rokok bhai.. Boleh pengsan gua masa tengah beron-beron.."

Kenapa di pilih lepas bangun tidur?

Sebab badan dah berpuasa selama 6jam puratanya dari merokok. Kalau tak tidur? Memang harapan tinggal harapan.

How ever, walaupun aku memperuntukkan untuk diri aku  2 hari setengah untuk 20 batang, dah macam rasa berat gak perbelanjaan. Memang yang terbaik ialah berhenti terus. Tapi entah la. Sel-sel otak aku masih belum berkembang sepenuhnya untuk mengosongkan diri dari kepulan-kepulan tar. Sel-sel ini masih dahagakan nikotin. Paling aku tak tahan kalau tengok orang laik merokok. Memang tangan, bibir, lidah dan janggut gatal gila la nak ikut sama merosakkan sistem badan.

Mungkinkah aku akan berhenti?

Ayah aku dah berhenti lepas disahkan kecacatan jantung. Well, dia punya sakit jantung tu bukan salah dia pun. Dah memang dari lahir. Tapi sebab rasa jantung masih lemah, dia berhenti. Harap-harap untuk selamanya, bukan sekadar menunggu masa untuk pulih seperti sedia kala dan sambung aktiviti lama.

Boys will be boys.

Nak cakap kat aku rokok tu haram?

1. Rokok tu haram! Sebab mebazirkan duit kau!
Ah ye la. Yang kau shopping beli benda-benda mahal yang takda signifikan dalam hidup kau tu tak membazir?
Macam bila kau beli baju, seluar jeans harga ratus-ratus, ada kau guna semua tu untuk solat?
Yang kau pergi bercuti jauh-jauh, happy sana sini siap tayang gambar kat facebook, tak pernah aku pertikaikan. Kau nak cakap ni untuk kepuasan diri? Aku merokok untuk apa?



2.Rokok tu haram! Sebab membahayakan kesihatan kau!
Aku rasa baik kau pergi jumpa doktor dan tanya sendiri. Penat aku nak ulang.


3. Rokok tu haram! Sebab membahayakan kesihatan orang lain!
Aku bukan orang yang hisap rokok depan orang lain. Aku duk jauh-jauh dar non-smoker. Aku tak de la kejam sangat nak bawak diorang ke liang lahad sekali  dengan aku. Aku paham juga la kehendak diorang. Infact, aku senidi tak suka bau rokok. Kalau ada orang lain hisap rokok dekat-dekat dengan aku, aku gi jauh-jauh atau aku join sekali dengan dia. Baru dia tau bukan dia sorang je boleh. Bersaing la sapa paling banyak hembus. Aku perokok berhemah beb.

...


Jap, aku sendiri tak paham macam mana aku boleh sampai ke tahap macam ni. Tadi rasanya tak da isi apa pun. Demn I like to write when the word just flow.


Saya isap rokok
Saya ok, kot

20110117

Kesamaan Perisai: Manusia dan Jasad Langit (upgrade 1.2)

Tau apa itu aurora? Injeksi-injeksi angin solar yang menyusup masuk ke dalam ozon bumi melalui ketidak sempurnaan rupa lapangan medan magnet bumi. Lihat rupa medan magnet, angin solar masuk melalui COrnet Polaire. SImple je.



Angin solar yang melepasi medan magnet yang tipis.di bahagian polar akan bertindak balas dengan ionosfera dan menghasilkan sirkit-sirkit cahaya yang mengagumkan. Tapi kita yang kat bahagian khatulistiwa ni jangan la sekali-kali minta nak tengok aurora kat sini. Kalau nampak, bawa-bawa mengucap dan taubat. Memang kiamat la jawabnya.



Sama seperti manusia. Perisai ketahanan dari gurau-gurauan,mesti ada kelemahan kat mana-mana. Mean,mesti ada certain part yang dia sensitif.

Itu normal.

Seperti planet,kita tak banyak beza. Semakin besar dan berat teras sesuatu jasad,semakin besar dan kukuh medan magnet yang melindunginya. Seperti jasad dilangit juga,semakin kuat putaran planet,semakin kuat medan magnetnya. Kalau lembab ko menepis gurauan,then terima je la tujahan-tujahan gurauan.

Orang gemuk,berbadan besar lagi kuat tahan di ejek berbanding mereka yang kurus?

Banyak benarnya.

Tapi tak juga. Teras. Apa teras manusia? Personaliti. Ok,ramai bantah,katanya iman adalah teras. Suka hati,aku tak nak menggolongkan diri aku dalam golongan ustard. Dah iman tinggi nanti,aku buka blog agama lak.

Masalah besar kalau jumpa orang yang macam bulan. Tiada medan magnet. Suka nak tacing-tacing.
Tak perlu bawa ke umum sebab ini akan menunjukkan kau macam meteorite. Kecil,tiada medan magnet dan statik. Bosan!

Make sense doesnt it?
Published with Blogger-droid v1.6.5

20110109

Thanks Doc

Thanx Dr.Zamri. Saya terpaksa sambung hiatus lagi seminggu.

RRRAAGGGGEEEE!!!!!!

Kena represent la lagi sekali data. Takpe-takpe...tarappahal la. Nak tak nak memang kena analisis pun. Cool. Pas ni dah leh start writing. Slow and steady.



Tapi skang tak leh bersabar sangat sebab stuck kat dalam rumah kat Rawang, susah nak keluar rumah dan merokok. 

FFFFFFFUUUUUU!!!

Parah bila sesetengah orang tak pikir pasal orang lain. Hidup kau dan aku memang berbeza. Tapi kau memang tak pernah nak paham kan hidup aku kan? Suka buat aku sakit hati kan?

20110106

Breaking the Hiatus

FINALLY!!



Field work dah lepas dengan pelbagai dugaan dan karenah. Presentation data dah siap present depan sifu-sifu. Tak lengkap pun. Mana tak nya, kerja yang patut perlukan 3minggu untuk siap, hanya diberi dateline selama 4hari. Pengalaman 3hari tidur kat depatment yang haunted. Dah la kena berjaga sebab tolong budak perempuan amik reading sampai ke pagi buta. 

Sumpah penat!!

Dah setle, dah boleh start balik blogging. Tapi takde idea plak. Haha~~

Tunggu la jap...bior teman memikiornye