Showing posts with label teori perubatan. Show all posts
Showing posts with label teori perubatan. Show all posts

20110121

Dilema penagih nikotin

Saya adalah salah seorang perokok.



Suatu ketika dahulu, aku telah berjumpa dengan beberapa orang doktor. Doktor yang bertauliah, yang dapat sijil halal. Bukan dokter chenta, dokter haiwan, dokter bawah jambatan ataupun dokter gigi yang berniaga ditepi Central Market, diragui kelulusan dan kewarganegaraan apatah lagi kebersihan sebab 'klinik'-nya terlampau open air.

Lazimnya semasa memeriksa kesihatan, doktor mesti akan tanya;

"Awak ni gay?"
"Awak hisap rokok tak?"

Nak tipu doktor, masalah juga. Lain la kalau nak tipu PTPTN supaya layak menerima pinjaman penuh, itu memang perlu la kalau nak menipu. Ala, macam tak biasa dulu masa sekolah menipu pihak sekolah supaya dapat pinjaman buku teks. Tipu la kalau korang tak goreng. Lain la kalau parents korang memang kaya kan?

Bawa Mercedes pun masih nak minta pinjaman buku teks. Langsi!



"Haah doc"

"Berapa batang awak hisap satu hari?"

"It depends, kadang-kadang satu hari tujuh. Kalau nak exam, atau ada assignment, mau sepuluh atau dua belas. ikut keadaan dan ekonomi"

"Awak nak mampus ke?!"

"Banyak sangat ke doc?"


"Tujuh kotak tu dah terlampau banyak. Dah melebihi paras yang badan boleh terima. Lain la kalau awak ni mutan. Kalau dua kotak sehari, itu dah nama perokok tegar. Dan kalau dah cecah tahap tu, awak kena berhenti. Tapi ni dah tujuh kotak sehari."


"Eh, doc, batang la, bukan kotak la..."

Kesimpulannya, kalau aku masih di tahap 7-8 batang sehari, sebenarnya itu belum ada apa-apa sangat. Yang digembar-gemburkan adalah orang yang di tahap tegar. Dua kotak sehari. Beb, aku kalau lebih kuota dalam sehari, memang rasa nak pecah jantung dengan paru-paru. Cuma yang aku risaukan ialah cara diorang ukur sejauh mana ketagihan rokok ni ialah bila seseorang tu bangun tidur.

"Wa mana boleh tahan kalau bangun awal-awal pagi, gua nak memerut tapi takda rokok bhai.. Boleh pengsan gua masa tengah beron-beron.."

Kenapa di pilih lepas bangun tidur?

Sebab badan dah berpuasa selama 6jam puratanya dari merokok. Kalau tak tidur? Memang harapan tinggal harapan.

How ever, walaupun aku memperuntukkan untuk diri aku  2 hari setengah untuk 20 batang, dah macam rasa berat gak perbelanjaan. Memang yang terbaik ialah berhenti terus. Tapi entah la. Sel-sel otak aku masih belum berkembang sepenuhnya untuk mengosongkan diri dari kepulan-kepulan tar. Sel-sel ini masih dahagakan nikotin. Paling aku tak tahan kalau tengok orang laik merokok. Memang tangan, bibir, lidah dan janggut gatal gila la nak ikut sama merosakkan sistem badan.

Mungkinkah aku akan berhenti?

Ayah aku dah berhenti lepas disahkan kecacatan jantung. Well, dia punya sakit jantung tu bukan salah dia pun. Dah memang dari lahir. Tapi sebab rasa jantung masih lemah, dia berhenti. Harap-harap untuk selamanya, bukan sekadar menunggu masa untuk pulih seperti sedia kala dan sambung aktiviti lama.

Boys will be boys.

Nak cakap kat aku rokok tu haram?

1. Rokok tu haram! Sebab mebazirkan duit kau!
Ah ye la. Yang kau shopping beli benda-benda mahal yang takda signifikan dalam hidup kau tu tak membazir?
Macam bila kau beli baju, seluar jeans harga ratus-ratus, ada kau guna semua tu untuk solat?
Yang kau pergi bercuti jauh-jauh, happy sana sini siap tayang gambar kat facebook, tak pernah aku pertikaikan. Kau nak cakap ni untuk kepuasan diri? Aku merokok untuk apa?



2.Rokok tu haram! Sebab membahayakan kesihatan kau!
Aku rasa baik kau pergi jumpa doktor dan tanya sendiri. Penat aku nak ulang.


3. Rokok tu haram! Sebab membahayakan kesihatan orang lain!
Aku bukan orang yang hisap rokok depan orang lain. Aku duk jauh-jauh dar non-smoker. Aku tak de la kejam sangat nak bawak diorang ke liang lahad sekali  dengan aku. Aku paham juga la kehendak diorang. Infact, aku senidi tak suka bau rokok. Kalau ada orang lain hisap rokok dekat-dekat dengan aku, aku gi jauh-jauh atau aku join sekali dengan dia. Baru dia tau bukan dia sorang je boleh. Bersaing la sapa paling banyak hembus. Aku perokok berhemah beb.

...


Jap, aku sendiri tak paham macam mana aku boleh sampai ke tahap macam ni. Tadi rasanya tak da isi apa pun. Demn I like to write when the word just flow.


Saya isap rokok
Saya ok, kot

20101005

Tricuspid effect

Kenapa jantung memerlukan dua jenis injap yang berbeza?

Trikuspid dan bikuspid.




Now, untuk analisis perbezaan ini, kita kena tengok manusia as a whole, secara keseluruhan, bukan tertumpu hanya pada jantung. 

Now, dengan normal, jantung berdenyut dengan design yang optimum untuk pengedaran darah. Salur darah dalam badan manusia kalau dibentangkan, ia boleh mencapai sehingga lebih dari ratusan kilometer. So, just imagine dengan jantung yang sebesar 1.5 penumbuk anda digunakan untuk pam darah sejauh tu?
Do you believe in evolution? Dont ask my opnion,yet. But jantung yang ada sekarang dah pun dispesifikasikan se-optimum yang boleh untuk penggunaan manusia yang normal. Jantung manusia tak sama dengan jantung Cheetah untuk memburu pada halaju 110km/j, jantung kita bukan untuk penyu Galapagos untuk hidup 200tahun.

Kenapa jantung ada dua jenis injap? The secret lies in their shape. At first, bayangkan kita ada satu aliran darah haid. untuk menghasilkan darah yang mempunyai tekanan tinggi supaya ia mampu bergerak jauh sepanjang salur darah dalam badan manusia,kita perlukan satu kawasan yang ada isipadu, dan satu tiub yang kecil secara relatif


Lets take rocket exhaust for example. Untuk meningkatkan daya tujah roket,hanya satu modifikasi ditambah dan daya tujah roket meningkat berkali-kali ganda. That is let the outport to be small. Sama dengan jantung, dari chamber jantung ke salur darah, kita boleh nampak perbezaan yang ketara mengenai saiz dia.

Dengan konsep yang sama, sebab itu terjadinya bikuspid dan trikuspid. Now, tengok balik rajah kedua injap tu. Bayangkan terdapat satu aliran darah yang melalui kedua injap. Untuk trikuspid, ia hanya perlu buka sedikit sahaja dan aliran darah yang terhasil akan jadi kosentrated, dengan halaju dan pressure yang tinggi. Berbeza dengan bikuspid, design dia memang untuk mengurangkan tekanan darah. design yang menyerupai satu garisan akan menyebabkan darah tersebar,dispersion supaya darah dengan kurang tekanan akan kembali ke dalam jantung sebelum dipam kembali.

So, in my dad case, of of his bicuspid were forming into bicuspid. Untuk memastikan tekanan darah cukup supaya sampai ke ujung jari kaki, jantung kena mengepam dengan lebih kuat. Seperti yang dinyatakan awal tadi, jantung adalah optimum untuk manusia sahaja,manusia yang normal. Bukan untuk orang yang terlebih tinggi atau terlalu rendah. Yes people, bukan bias, bukan rasis, bukan diskriminasi, but thats the fact. Orang-orang begitu sebenarnya perlu lebih menjaga kesihatan diri.

Faham?


p/s: dah nak jadi blog medic aku rasa dah ni...mana leh budak fizik tulis pasal ni.

20101001

He has no tricuspid

"Nurse, bila saya boleh jumpa doktor"
"Hah? Tadi kan dah jumpa?"
"Em..i know. Tapi diorang tak tanya details. I wanna ask something, and a full brief if the doctor are free"
"Ok..wait arr...i find the doctor"



Babah masuk OT kul 12 tengah hari, hari khamis (lewat 5 jam. tak pe la, mana tau ada patient yang lagi kronik) dan keluar dari OT sekitar 5petang. The first few people yang masuk dalam ICU is aku, mama and nenek. Baru seminit tengok dah kena halau sebab hanya 2 pelawat yang dibenarkan. Haha. tak kisah la.

"Arr...Encik arr... Doktor sudah balik la. Dia kata kalau you nak jumpa dia, esok pagi la pukul 7"
"...serius 7pagi?'
"Haha..I know it was too early, but time tu je doctor available"
"Ok, Ill be here"

Masa tengok dia time tu, condition dia sama dengan pesakit lain yang baru lepas operate. Tak dapat tengok badan dia sebab dah dilitupi dengan selimut dan belon udara panas. Dekat leher ada kesan jahitan. Probaly due to Endo-what-was-it-i-cant-recall-damnit. Ala...procedur yang masukkan camera dalam  salur darah utama untuk tengok keadaan jantung.

And he was sleeping like a dreaming baby. Macam mengigau pun ada.

And, today, seperti yang dijanjimelayukan, aku sampai tepat 7pagi, dapat jumpa doktor kul 7.30pagi. And he explain everything.

" Your father actually, memang agak kritikal. Jantung dia dah lemah sangat sebelum operation. Normal person punya keadaan jantung yang boleh dianggap sihat ialah 65% functional. But your father, sebelu m operation semalam, dia punya jantung hanya 32%. Memang dia sangat lemah, and dia terpaksa stay lama sikit dekat ICU

"Actually, semua ni sebab jantung dia bekerja dengan sangat kuat for the rest of his life. One of injap kat your father punya jantung, ada abnormality. Let say injap tu macam pintu. And pintu tu ada 3 daun pintu. now, your dad, sejak dia lahir, dia hanya ada 2 daun pintu sahaja. So his heart dah kerja keras for the rest of his life






Bukan jantung ayah saya, confirm! But this is how the valve should be look like

"Now kami dah buang injap tu dan ganti dengan injap mechanical, dari fibre glass. But still, jantung dia kena banyak rehat and it'll takes month for him to recover normally"

Aku teringat pesanan babah pasal injap yang dibuang tu. Dia nak balik, nak buat souveneir,framekan tanam kat rumah. So, aku tanya la doktor tu....

"Ayok...kami sangat-sangat busy time tu. Keadaan sangat kritikal. You imagine la dengan penemuan baru ni, nak tukar and buang lagi. Sorry, tapi kami dah dispose injap tu"

Nada dia cakap cam pressure gila. tibe-tibe rasa aura ketakserasian antara physicist and medic. Entah kenapa memang medic dengn physicist takleh nak ngam kalau discuss. Gedik lebih masing-masing. bagi yang amik kelas Biofizik bawah Dr.Zulhazrin, ha, paham-paham la yer.

Then just untuk confirmkan balik, aku tanya confirm petang ni dia akan sedar@disedarkan. (Sedar lah kamu sebelum kamu disedarkan)

"Eh, your father dah sedar la. Pergi cakap dengan dia."

"Ek eleh...part ni tak nak postponed lak? Ingatkan janji petang nak sedar, nanti postponed lagi" for sure la aku cakap ni dalam hati. Kang kalau aku cakap depan-depan, dia cucuk aku dengan endorphin, mampus pecah jantung aku.

Yes he was awake. Hari ni dah boleh nampak tempat pembedahan since  belon tu dah dialahkan. Kat dada dia ada kesan dipotong, dekat tengah-tengah, tempat pertemuan tulang rusuk.  Kawasan tu tak dijahit, tapi di-selotape-kan. And betul-betul at the end of the cut area, ada 2 tiub besar jari telunjuk masuk ke dalam dada.

That was  MADNESS!!

Ngeri syial. Kalau takat IV kat tangan, normal lagi la. Dia dah sedar, tapi nak cakap tak leh. Dia minta kertas dan pen untuk comunicate.

Aku teringat Dr.Zul penah nasihat, 
"Most patient jantung yang baru lepas opration mungkin akan dapat paru-paru berair. So, akan kena tebuk lagi kat dada untuk keluarkan air tu"

Memang aku senyapkan jela hal ni. Kang kalau dapat tau, masalah besar lak kat emosi patient.

P/S:I MIGHT heir something from my parents in the future. But I DEFINITELY will heir the ancestor disease. You see, it was a goddamn list. Heart, abnormality of heart,cancer, high pressure, migrain, and a lot of things. 

P/s/s: For 52 years he live, no one know he has this abnormality. Check your heart, you might hit the jackpot.

20100927

Hey doc! What's Your condition?



Hari ni aku bangun dengan penuh semangat walaupun ngantuk gila sebab semalam tengok "Into the Universe With Stephan Hawking". Bukan la semangat sebab bapak aku nak operation, tapi nak tak nak, ada banyak tangungjawab menanti, dan aku kena positive. Kalau tak, kang bersepah tepi jalan terlanggar side mirror.

Aku turun je bawah lepas siap2 pakai baju semua, tengok mma ada kat bawah. Aik, kata kerja dulu baru gi ofis? So, found out yang rupanya surgery operation kena postpone hari khamis ni kul 7.30am.

Apahal?

"Maaf incik, pakar bedah yang patut bedah Incik hari ini demam. Kita postponed hari khamis ni kul 7.30 pagi ye"

Aku paham doctor ni juga manusia....diorang pun leh sakit gak. Mana ada manusia yang imun perfek...
Cuma mungkin kita perlu ada polisi something, dont we?

Cuba imagine kat tempat aku. Mindset dah baik punya, dah siap bagi-bagi wasiat, kira pertemuan yang penuh emosi. Cuma tak nangis guling-guling. kang ada yang kena defibrillator walaupun tak pengsan lagi.

So, aku terlepas kelas solid, tapi sempat pergi biofizik. Mechanic? Sori la Dr. Malik, gua penat r hari ni scooter-thon 1 KL. Pastu lak hujan petang.

Sekian~~

p/s: Oh ya, operation tu ada 3 prosedur. Jangan tanya aku ape benda alah tu. Then, the main thing is to change the valve with something like fibre glass. Cool eh? tapi Dr.ZulHazrin mamac terkejut gila bila aku cakap. And dia cakap jangan datang kelas hari Rabu ni. Amacam? Best tak lecturer camni? haha

20100920

Let the sugar run through your vein, or die.

Saturday
18th September 2010



"Alaf, mama rasa nak pitam.."

Masa tu mama baru lepas zohor. Its been ages she have to solat on a chair. Aku ada kat sebelah. Well, rumah aku takde la besar macam rumah arwah Sosilawati. Due to lack of space, komputer terpaksa letak disebelah port mama solat. But this is good, atleast orang yang leka tengah pakai komputer sedar sikit bila dah masuk waktu solat.

I was online, download lagu.

"What? Ma? Ok tak?"

Dia baru balik dari hospital. Baru lepas kimoterapi. Usually lepas kimoterapi lately, dia start rasa kebas-kebas,numb. Sebab bahagian yang target kimo tu akan bengkak sedikit, then implies to nerve yang kawal sensor tangan. its lucky since it was hand. Kalau kaki, mau tak boleh jalan. Kalau dia nak pergi toilet, masalah jugak.

Lepas dia panggil aku, dia mula mamai. Mata dia asyik pandang ke kiri. Aku panggil dia banyak kali. Sekejap dia sedar dan pandang aku, kemudian pandang ke kiri lagi.

Kepala dia terhangguk-hangguk, kemudian lentok ke belakang. Nafas dia kedengaran keroh (betul ke ayat ni?). Mata dia terbeliak. Aku panggil dia banyak kali, aku pegang pergelangan tangan dia, cuba cari nadi. Well, now aku rasa bodoh sebab nadi adalah terbaik cek kat leher.

Masa tu babah tengah tidur kat ruang tamu. I cant blame him since patient jantung memang susah sangat nak tidur malam. Dia jarang tidur malam.

Aku pegang lagi tangan mama, lengan dia lembik. Nadi masih tak jumpa.

Keadaan kelihatan sangat kritikal. Aku bimbang kalau dia mula lumpuh, atau worst, MATI.



Babah terjaga lepas aku panggil mama banyak kali. Kelam kabut dia berlari ke arah kami. He start to sound very wet and croaky. Aku panggil jiran sebelah. Bila dia sampai, dia pun sama. Masing-masing suruh mama mengucap.

Aku call doctor. Dia pun sama kelam kabut. Dia cakap tadi masa check up, mama kurang gula. It is the best to bring her to hospital.

Kami angkat Mama pergi ke tilam. Mama mula sedar-sedar sedikit (ok, belum nak mati). Bagi dia minum air gula, and glukosa (nasib baik jiran ada Glucose). Then mama sambung tido.



She was having a Hypoglycemia. Kekurangan gula dalam badan. For the information, dalam masa 3-4bulan lebih ni, kalau dikumpulkan balik nasi, lauk and apa-apa yang dia makan, aku berani jamin tak cukup pun satu pinggan. Dia susah nak telan makanan dan juga ada batuk yang kuat. Semua ni adalah side effect kimoterapi. She was lucky Id say sebab kimo tu effect kat leher, Kalau effect kat mata, ada kes yang terus jadi buta.

Since then, dia selalu depend pada Susu kambing, kan ada produk yang terus bancuh tu. And kebetulan baru in the same day doc supply kan dengan susu nutrien yang memang khas lengkap serba serbi untuk patient yang tak boleh nak makan.

Everything and everyone still dalam keadaan terkejut. Baru first time. Lain la kalau memang dah ada sejarah kurang gula dalam badan, atau orang yang ada kencing manis sedang mengawal pengambilan gula.

Sebenarnya memberikan pesakit gula is a good thing, tapi jangan banyak. Sebab dia still take times. Amount yang ideal is around 20g gula. Biarkan dia hadam dulu gula tu. Yang terbaik juga adalah gula ringkas. nak suap nasi dengan roti boleh, tapi sapa nak tolong kunyah?

But still, yang terbaik is hantar ke hospital after that sebab takut kalau ada implikasi lain atau kandungan gula yang diber tidak betul. Tapi mama degil, oh well. Now dia dah getting better.

Let this be a lesson for all of us.

By the way, aku blame cerita melayu lately. Sebab suka masukkan elemen mati. My subliminal mind have been intercept with your faulty script, you dumbass director. masa tu memang aku tak fikir apa melainkan dah nak mati. Cerita melayu banyak yang bodoh.



And I blame my dad sebab suka sangat tengok cerita melayu bodoh.

P/s: Killing time , Pop Shuvit
  People always ask me "How you do it Mr. Moots?"
I said "I put my mind on it and work it your fool"
Now now you said you cant handle the pressure,
You gotto gotto learn to keep it together.

20100824

Kemuncak penyelesaian

"So what is the best solution for mama?"


"She's going to do another chemotherapy after this, includes radiotherapy"


But for God sake, She IS IN CHEMOTHERAPY treatment period now!






P/s: Chemotherapy ialah cara dimana sejumlah bahagian kimia akan dimasukkan ke dalam patient kanser untuk membunuh sel-sel tumor,kanser. 


Radioterapi pula adalah dimana sejumlah wave akan dihantar sacara tepat yang boleh dengan dos yang mencukupi.


Thge contradiction here is, ubat-ubat kimo tu memang disalurkan terus ke kepala. Maybe bukan ke seluruh otak. Tapi, kawasan dimana keluarnya tumor baru tu dekat je dengan tempat lama. So, maknanya, ada treatment ke, takde ke, its like the same. 


Tensen kot.


But, we need to believe. We need to hope. 


But hope can give 2 thing, glory or despair.


hence?



20100818

Perihal Gigi Bijaksana sini situ

Do you know wisdom teeth?

Yeah, its a least pain in the ass bila dah besar. Usually gigi geraham bongsu ni akan keluar around umur 20an. And their appearence can be epic.

Secara normal, gigi akan keluar tegak, tak menganggu mana-mana gigi. Dan selalunya memang sakit sebab gusi nak terbuka dan mengeluarkan gigi. Kalau ada yang kena, selalunya dokter akan buat satu belahan kat gusi supaya gigi tu keluar.

Thats for normal people. Who cares? Bosan gila nak bercakap pasal orang yang normal. 

What interesting is for case like me. 

U can say it was almost like this


..by X-ray definition..

..And other which is not like me but still worse and sucks!


Yes dear, my wisdom tooth are like this. So with my daddy and my mummy. I start to think this is genetic malfuncion.

How ever, not really. Banyak depend pada cara permakanan kita.Sebagai contoh, macam gigi Fatin Malim, Aliaa Syazni, Nooradian..Ala, gigi yang kurang tersusun, macam ada yang kebelakang sikit, kedepan sikit. Double layer.

 Nope, bukan jongang
Aku tak tau nak cakap camner, tapi paham la kan maksud aku gigi yang camne? The point is, mostly gigi tu adalah berpunca dari pengambilan gula yang banyak masa kecik. Kes ni di akui oleh gelpren pedo.

So, secara teori, kita boleh katakan yang wisdom tooth bergantung pada cara makanan kita. 

Cara terbaik dalam menangani kes macam ni hanyalah satu. Cabut. takde kaedah lain. Tak kisah la gigi mana kau nak cabut, yang terbaik ialah wisdom tooth. Tapi kalau ada gigi lain yang rosak, gigi tu boleh dicabut supaya ada ruang untuk wisdom tooth keluar. 

Kalau tak buat apa-apa, kemungkinan akan jadi macam abang Sidik (dia yang cakap gigi dia jadi camtu sebab tak cabut gigi bongsu dan kes dia sama macam aku).

Hasil dia, gigi-gigi depan akan jadi terlalu rapat, and it dont look very nice. I wish I can share it with you guys.

But still, aku macam tak puas hati. Kenapa dia keluar sampai macam tu sekali? Ngeri syial. 

Tak pe la. Asalkan gigi tak macam kat bawah ni.

Pikir gak nak cium ke tak awek camni.


Dah buka puasa boleh mencarut. silalah mencarut.



P/s: Aku suka tengok orang yang gigi terabur sikit, macam Aliaa, Adian and Izzati (awek pedo). Entah apahal.

Pra Prosedur sebelum baiki jantung

Cabut gigi.

And we do it extremely. Couse we are born to be extrimist.

Yes, cabut gigi. Memang semua yang nak bedah jantung kena buat treatment gigi, yang terbaik ialah cabut terus mana-mana gigi yang bermasalah.

Kalau sekadar tampal, di khuatiri mungkin ada lagi bakteria yang tersangkut tak lepas dan terus ditempek dengan bahan-bahan menampal. Hey, ubat gigi pun bagi rekemen 99%. Pernah kau lihat ubat gigi yang bagi gerenti bersih surci murni takde kuman 100 persen?

Alat nya macam ni. takde alat tambahan. Memang bila cabut gigi, maknanya cabut. 


Kenapa hanya jantung je yang kena? Kalau bedah appendiks, bedah otak, kenapa lak tak payah buang gigi?

Dari segi logiknya, darah yang mengalir kat gusi takkan pergi ke otak, ke buku lali, atau ke pundi kencing anda. Darah-darah yang membawa semua bahan kumuhan, mungkin membawa sekali kuman-kuman yang anda ternak secara tidak sengaja ke jantung dahulu sebelum dibawa ke buah ginjal untuk di cuci. Nope, takde campur serbuk FAB. Nanti jadi macam Mahsuri, darah jadi kaler putih. Kau nak?

Will forever be a nightmare

20100812

Falsafah urut mengurut

Apa yang berlaku semasa kita mengurut?

Sila rujuk juga di sini, ada pandangan dari ahli biologist, di SEKSyen komen.

Mengurut boleh dikatakan seperti kita membantu otot untuk bergerak. Why do we want the freakin muscle to move? Merujuk pada post sebelum ini, merujuk pada properties vena, adalah perlu untuk mengurut jika anda jenis malas bergerak.

Tapi kalau anda rajin bergerak, golek-golek turun naik bukit, senang cerita seperti anak kucing yang tak reti duduk diam la, tak perlu la anda nak mengurut kalau lenguh, melainkan sakit itu adalah sakit yang berpanjangan. Sesetengah orang ngada-ngada, lenguh sikit nak mengurut. Lebih-lebih lagi kalau di ajak pergi rumah mengurut kat Jalan Pasar.

Mengurut adalah sama dengan kita bergerak, quite a tips kalau ada orang yang malas gerak tapi nak melancarkan aliran  darah, bertujuan nak mengeluarkan sisa kumbahan dan juga lapisan-lapisan lemak yang terpecah sewaktu urut mengurut dijalankan. Urut batin gua tak tau apa yang pecah dan apa yang keluar. Jangan tanya, aku masih suci.

Bila kita mengurut, kita mengerakkan otot supaya menduplikasikan kejadian otot mengecut dan mengendur. Kejadian ini la yang akan menduplikasi jantung di bahagian otot dimana ia akan megepam darah untuk kembali ke jantung. So its the same as we get up and move.

Ada beberapa pencanggahan berlaku bila kita berbincang mengenai urutan:

1. Ke arah mana kita mengurut?
Lazimnya, tukang urut, jika mengurut tangan dan kaki, mereka akan mengurut ke arah hujung jari. Dari segi logiknya, supaya angin-angin itu akan sampai ke hujung jari dan jejari jemari itu di letupkan menggunakan C4 (ala..yang buyi krup krap rangup enak mengerikan tu..).

But is it true?

As we known, meletupkan jejari jejari anda kan menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat penyakit radang tulang sebab perbuatan itu akan menghauskan lapisan lemak yang bertindak sebagai alas di antara tulang. Dan memakan lebih banyak lemak tidak akan menggantikan lemak di antara tulang. Kata Dr.Zulhazrin, Haram dari segi agama. Aku tak tau la hukum ni. Kalau camtu, hidup kat bandar pun haram la sebab kita selalu sedut debu, umpama air yang jernih didalam bekas yang berdebu. Just imagine the lung condition. Bulu hidung anda bukan seperti filter ikan ye, melainkan anda bernama Dr. Raymond.

Selain itu, dari segi fiziknye, seperti gambar di atas, kita nampak yang salur darah semakin lama semakin kecik semakin kita ke hujung. So now, kata la anda ada choki-choki la kan, anda gigit at one end, then anda akan push choc dari hujung. Apa akan jadi jika kalau anda bagi force yang besar untuk mengeluarkan choc tu?

 Bersepah.

And now just tengok pada berbezaan diameter antara arteri, vena, dan kapilari. Kalau rasa kurang paham, you can do this simple experiment. Sila amik getah paip, pasang air. Rasa tekanan air yang keluar, kemudian kecikkan mulut getah paip tu. Tengok camner air yang keluar, bersepah dan tekanan lagi tinggi.



By logically, kita menyebarkan darah pada hujung jari. One might said, yang in the same time darah kotor, karbon dioksida turut terbawa ke hujung dan oleh kerana sikap osmosis, telap and ape benda entah, karbon dioksida tu akan keluar dari situ. Tambah pulak bile letup-letupkan jari dengan rangup.

Maybe, but in the same time anda juga merosakkan tulang, kapilari darah dan sel. Congratz.


2. Betulkah angin dari pesakit akan pergi ke tukang urut?

Ha! Yang ni memang bonus.

Tak, angin tak mengalir ke badan pengurut. Ya..anda dan saya silap. Sebenarnya angin yang keluar dari pengurut itu adalah milik pengurut itu sendiri.

Dari segi logiknya tadi, bila kita banyak bergerak, kita akan melancarkan pergerakan darah dan sekali gus mengeluarkan kita punya angin. Just imagine gerak badan orang yang mengurut. Sungguh tegang badan-badan mereka..otot-otot pejal dan urat berselirat begitu mengerikan sebab kebiasaanya mereka berbadan terlalu kurus. Nampak bagaimana mereka menggunakan hampir semua otot anggota semasa mengurut?

Dan, kita boleh nampak. Kalau Indon yang urut, sakit + sedap tapi dia tak keluar angin. Tapi kalau melayu, agak susah nak jumpa yang macam indon. Kita tengok pula pekerjaan Indon tu apa waktu siang. Mana tak badan takde angin..selamba je angkat guni simen tengah matahari atas kepala.


So, falsafah mengurut? Sila berhati-hati dan kawal diri. Kalau tak mahir urut, jangan semangat sangat nak urut. Kalau gatal, jangan pergi rumah urut takde lesen.

20100809

Menceritakan jantung untuk ayah

So, updating my father condition.

Hari ni dia pergi hospital selayang, kalau tak silap aku sebab nak dapatkan surat untuk masuk ke IJN. Hopefully dia dapat masuk, aku sangat-sangat berharap. Aku bukan manusia kejam sangat. Aku macam korang gak...bila pressure dah menimbun, ko akan paham. Paham sangat-sangat lubuk hati aku.

Kenapa IJN?

Last monday camtu dia dah bua ECG, Xray  and bla bla bla test, found out that all of this massacre was due to injap bermasalah.. Seriously, the paru-paru berair, the lenguh-lenguh badan, then the angin-angin-angin satu badan sampai kepala dia selalu angin je (this is literally and metafora) adalah disebabkan masalah jantung. No wonder people said once you got heart mulfunction, it caome up with a package to change all of your life.

Life begin at 40. Ok, 40++.

Why the heck it connect to Jantung?

Based on assumption and study in BioPhysics from Dr.ZulHazrin. The problem now is injap jantung dia dah tak elastik,hence aliran darah dah tak lancar. Due to that, jantung dia bekerja lebih keras untuk memastikan darah-darah tu sampai ke hujung kapilari dan selamat tiba kembali ke jantung melalui vena. Itu punca dia rasa sesak nafas dan paru-paru berair, plus sebab dia selalu kerja and mandi malam. Damn, aku pun camtu.

Pengaliran darah yang lambat juga akan mengurangkan potensi untuk darah kembali ke jantung setelah melalui tapisan di kapilari. You know the physics here right?



Ok, darah dari arteri adalah pada tekanan yang tinggi. Tinggi macam mana? Honestly, lebih kurang air pili bomba. Then oleh kerana ia mempunyai diameter yang lebih besar dari kapilari, apabila darah mula masuk dalam kapilari darah akan tersebar ke sel-sel disekitar untuk saling berdagang makanan, oksigen dan juga bahan perkumuhan. Sel darah kemudiannya akan tertarik ke vena setelah ditolak oleh seldarah yang baru tiba dari arteri, dan juga tarikan tekanan rendah dari vena.

Dari pada permasalahan ni, aku jangka kan yang injap yang rosak adalah yang pada Aorta atau area situ, atau bahagian yang bawa darah beroksigen la. Mana aku hafal nama-nama bahagian ni, aku budak fizik.

So, dengan aliran yang lemah, banyak karbon dioksida dan juga bahan perkumuhan sel akan tersekat pada kawasan kapilari dan vena. dari situ timbul perbagai jenis penyakit sebab bahan perkumuhan tak terurus.

Maybe ada yang pelik, kan dengan tekanan yang menurun mendadak setelah melalui kapilari, macam mana dia boleh kembali ke jantung?



Untuk manusia yang normal, di sepanjang vena ada injap, membahagikan vena kepada jutaan bahagian supaya bila volume decrease, pressure yang rendah masih boleh mengalir. Kemudian, injap-injap ini paling berkesan bila kita selalu bergerak sebab otot-otot badan akan bertindak sebagai 'jantung' yang mengepam kembali darah ke jantung. Thats why we must  move people, move your fat ass...

Sekian dahulu untuk pengaliran darah.

Sebentar lagi, paru-paru berair dan juga kesan urut mengurut pesakit jantung.


p/s:
Some said my writing are too long. Fine.
I stop now and sambung lain.
Buat banyak part.
Lantak haku la.

P/s/s: Yes..budak-budak fizik kata aku sombong tak join futsal..then ahad baru ni tak dapat pergi rumah raihan untuk Majlis Cukur jambul..and aku miss Mock Trial Tahun ni. 
Kenapa?
Sebab last 2 week, bapak aku masuk hospital selayang, and aku menjaga pada hujung minggu. Then on that saturday, my mum jatuh, kepala dia terhantuk kepala pada meja kaca. Thank God meja tak pecah dan kepala dia hanya berdarah. Tersagat mungkin. Aku bersyukur meja tak pecah sebab kalau meja pecah, banyak kompilasi lain, mungkin kaca berceracak kat tengkorak dia, sapa nak jawap? Then time tu pulak aku kat hospital, mama cakap jangan bagitau babah. Best gila emosi.


Then,on last week, after mama kimoterapi, bila balik rumah je, tangan dia start paralyzed. I was like what the fuck up? Lama aku mengurut dia. Lepas urut sorang, urut lagi sorang. Run house errand, pergi sana sini, beli lauk and bla bla bla. You see,the weekend just burn before my very eye. Dengan assignment melimpah ruah, proposal lagi. Aku takda mood nak buat apa-apa kerja sekarang. Kalau Dr.ZAmri nak marah pun, marah lah. Aku pasrah. Aku punya hidup, aku sendiri evaluate.


Serius aku penat sangat. Takda mood lansung nak pergi kelas.


I lose many things, but i dont want to lose the greatest thing. Bersabarlah sikit lagi...tabah sikit lagi. Walaupun bulan puasa dah dekat. Dah nampak kena ulang alik umah and UM lagi. Haish....