Showing posts with label Teori IbuBapa. Show all posts
Showing posts with label Teori IbuBapa. Show all posts

20101112

My Last Wish

Bilakah masa yang sesuai untuk mati?

Its always being a variable to us. Hari ni kau kata kau nak mati dah esok. Sedangkan semalam kau mebuak-buak untuk mencapai cita-cita kelmarin. Dah memang manusia hatinya sentiasa berubah.

Bagi aku...aku dah fikir masak-masak. Aku nak mati bila anak-anak aku dah boleh survive, berdikari. Aku nak mati bila ahli keluarga aku dah selamat dengan hidup masing-masing.

Aku pasti arwah mak aku juga rasa macam tu. Aku kena tunaikan pandangan dia terhadap anak-anak dia.

Lagu ni aku kerap dengar sekarang. Cuba lah.
Bila aku dengar, aku rasa  mama ada kat sebelah aku. Lagu ni dicipta oleh James 'The Rev' Sullivan, few months before dia sendiri mati. Its a perfect song for those who wants to stands tall after the gone of someone important.


Now I think I understand
How this world can overcome a man
Like a friend we saw it through
In the end I gave my life for you

Gave you all I had to give
Found a place for me to rest my head
While I may be hard to find
Heard there's peace just on the other side

Not that I could
Or that I would
Let it burn
Under my skin
Let it burn

Left this life to set me free
Took a piece of you inside of me
All this hurt can finally fade
Promise me you'll never feel afraid

Not that I could
Or that I would
Let it burn
Under my skin
Let it burn

I hope it's worth it
Here on the highway, yeah
I know you'll find your own way
When I'm not with you
So tell everybody
The ones who walk beside me, yeah
I hope you'll find your own way 
When I'm not with you tonight

I hope it's worth it
What's left behind me, yeah
I know you'll find your own way
When I'm not with you
So tell everybody
The ones who walk beside me, yeah
I know you'll find your own way 
When I'm not with you tonight

20101025

20:10:2010

I dont want to brag this in a long way. Apa yang berlaku semuanya akan terlipat dalam lipatan sejarah. Masa itu adalah satu misteri Tuhan yang tak mungkin akan dapat dirungkai.

"Walaupun wujud fabrikasi masa atas ketidak-kesempurnaan semesta, namun untuk mengikuti arus pembalikan masa yang bersaiz quantum adalah sangat mustahil"
"Dan kiranya kembali ke masa lalu adalah mungkin, sila selesaikan paradox atuk kau"
-Stephan Hawking and The Universe

Hari rabu yang lepas, 20 Oktober 2010. Aku datang ke UM selepas 2 hari bercuti sebab hari isnin aku kemalangan berhampiran Istana Negara. Luka di lutut dan tapak tangan je. Jatuh sebab ada minyak diatas selekoh jalan raya. Kata orang ramai, memang ada yang sengaja tumpahkan minyak disitu. Kempunan makan duit haram.

Terpaksa amik cuti sampai 2 hari sebab sakit gila kot kat lutut. Sekarang pun belum pulih sepenuhnya. Dah la sakit,bak kata orang, sudah jatuh ditimpa scooter (saya tidak ditimpa scooter semasa kejadian). Dah lepas jatuh, hilang pening-pening sebab golek-golek untuk kurangkan momentum dan inersia, baru sedar yang MP3 Love tu dah dikebas orang yang membantu disitu.

Macam Celaka tak? Kan? Kan?

Tamat kelas solid oleh Prof Rasat, aku pergi jumpa lecturer-lecturer untuk explain apa yang berlaku sebelum ni. Tapi aku rasa sangat tak sedap hati. Aku tak tau kenapa. Kalau masak sweet sour, goreng tepung bersama sos barbeque pun camtu gak. Entah la...susah aku nak explain.

11.45am
Aku teruskan juga ke kelas biofizik. Semasa tengah-tengah kelas, aku dapat panggilan dari ICU Hospital Ampang Puteri.

"Encik, diharap encik boleh hadir ke hospital and baca apa-apa yang perlu. Keadaan emak encik semakin teruk"

Tapak tangan kanan aku masih berdarah. Aku tak boleh nak press laju-laju. And memang aku kena tenangkan diri. Kang tak pasal-pasal, tambah lagi satu masalah kat aku dan keluarga. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang.

Aku menggeletar naik ke ICU, kaki masih lagi bengkak. Masuk dipintu, ada seorang makcik tahan aku. Aku tak kenal sangat, tapi muka macam Kak Wani lab radioastro. Tak mungkin dia...tak mungkin lansung. Dia pun tak tau mak aku kat hospital.

"Bawak bertenang ye, bawak bersabar. Yang sudah tu, sudah la"

Haram jadah apa nak aku bersabar lagi time tu. Aku pandang memang aku rasa nak belasah dia suruh ke tepi. Lepas 2 minit dia cuba tahan aku, terpaksa la aku tolak dia. Tolak sikit je la. Kat pintu ICU memang aku dah tak boleh tahan. Polisi ICU Hospital Ampang Puteri memang kalau nak masuk tengok patient kat ICU perlu tekan Interkom, tunggu dia respon. Sial lama nak tunggu. Dekat 5minit jugak baru ada orang jawab.

Sampai kat katil mama, dia dah takde. Dia pergi pada jam 12.10 tengah hari. Aku tak sedar aku sampai pukul berapa. Mungkin aku terlewat dalam 5-10 minit. Aku salahkan juga makcik yang halang aku dan orang sial pukimak lancau yang pakai lif semata-mata nak turun satu tingkat.

Dia dikebumikan di Rawang atas permintaan Nenek, selepas waktu asar. Memang sebaiknya dikebumikan pada hari yang sama.

Memang pemergian ini dah dijangkakan. Memang dari dulu doktor pernah bagitau kemungkinan ini. Dan bukan dia suka-suka cakap. Memang aku pun boleh nampak since tumor kat kepala dia sesuka hati je membesar walaupun under kimoterapi.

Mama pun memang dah jangka..wasiat dah awal-awal disiapkan dan diupdate ikut keadaan..

Aku dah tak tau nak cakap apa dah. Aku rasa cukup la apa yang aku cerita kat sini. Yang lain-lain biarlah jadi memori aku seorang je. Terlalu peribadi untuk diluahkan.

Yang penting pengebumian dan semuanya berjalan dengan lancar tanpa cacat cela.

Untuk bacaan lanjut, sila la ke blog Sofwah, aku rasa ayat dia lagi sedih dari ayat aku. Entah, aku takleh nak sedih sangat kat sini. Macam tercalar ego aku.

Alfatihah

You might see me smile and laugh, but deep inside, it just too much pain to share

20101014

Quick notes

My mum is in Hospital Ampang Puteri 4th floor bed number 422

She is paralyzed on the right sight of the body, a stroke due to the brain tumor

We dont know whetehr she is awake or not. Either she know us or not

We need a miracle. Doc said this is serious case since not a usual stroke

Any info, contact at 0123610795.


20101005

Tricuspid effect

Kenapa jantung memerlukan dua jenis injap yang berbeza?

Trikuspid dan bikuspid.




Now, untuk analisis perbezaan ini, kita kena tengok manusia as a whole, secara keseluruhan, bukan tertumpu hanya pada jantung. 

Now, dengan normal, jantung berdenyut dengan design yang optimum untuk pengedaran darah. Salur darah dalam badan manusia kalau dibentangkan, ia boleh mencapai sehingga lebih dari ratusan kilometer. So, just imagine dengan jantung yang sebesar 1.5 penumbuk anda digunakan untuk pam darah sejauh tu?
Do you believe in evolution? Dont ask my opnion,yet. But jantung yang ada sekarang dah pun dispesifikasikan se-optimum yang boleh untuk penggunaan manusia yang normal. Jantung manusia tak sama dengan jantung Cheetah untuk memburu pada halaju 110km/j, jantung kita bukan untuk penyu Galapagos untuk hidup 200tahun.

Kenapa jantung ada dua jenis injap? The secret lies in their shape. At first, bayangkan kita ada satu aliran darah haid. untuk menghasilkan darah yang mempunyai tekanan tinggi supaya ia mampu bergerak jauh sepanjang salur darah dalam badan manusia,kita perlukan satu kawasan yang ada isipadu, dan satu tiub yang kecil secara relatif


Lets take rocket exhaust for example. Untuk meningkatkan daya tujah roket,hanya satu modifikasi ditambah dan daya tujah roket meningkat berkali-kali ganda. That is let the outport to be small. Sama dengan jantung, dari chamber jantung ke salur darah, kita boleh nampak perbezaan yang ketara mengenai saiz dia.

Dengan konsep yang sama, sebab itu terjadinya bikuspid dan trikuspid. Now, tengok balik rajah kedua injap tu. Bayangkan terdapat satu aliran darah yang melalui kedua injap. Untuk trikuspid, ia hanya perlu buka sedikit sahaja dan aliran darah yang terhasil akan jadi kosentrated, dengan halaju dan pressure yang tinggi. Berbeza dengan bikuspid, design dia memang untuk mengurangkan tekanan darah. design yang menyerupai satu garisan akan menyebabkan darah tersebar,dispersion supaya darah dengan kurang tekanan akan kembali ke dalam jantung sebelum dipam kembali.

So, in my dad case, of of his bicuspid were forming into bicuspid. Untuk memastikan tekanan darah cukup supaya sampai ke ujung jari kaki, jantung kena mengepam dengan lebih kuat. Seperti yang dinyatakan awal tadi, jantung adalah optimum untuk manusia sahaja,manusia yang normal. Bukan untuk orang yang terlebih tinggi atau terlalu rendah. Yes people, bukan bias, bukan rasis, bukan diskriminasi, but thats the fact. Orang-orang begitu sebenarnya perlu lebih menjaga kesihatan diri.

Faham?


p/s: dah nak jadi blog medic aku rasa dah ni...mana leh budak fizik tulis pasal ni.

20101001

He has no tricuspid

"Nurse, bila saya boleh jumpa doktor"
"Hah? Tadi kan dah jumpa?"
"Em..i know. Tapi diorang tak tanya details. I wanna ask something, and a full brief if the doctor are free"
"Ok..wait arr...i find the doctor"



Babah masuk OT kul 12 tengah hari, hari khamis (lewat 5 jam. tak pe la, mana tau ada patient yang lagi kronik) dan keluar dari OT sekitar 5petang. The first few people yang masuk dalam ICU is aku, mama and nenek. Baru seminit tengok dah kena halau sebab hanya 2 pelawat yang dibenarkan. Haha. tak kisah la.

"Arr...Encik arr... Doktor sudah balik la. Dia kata kalau you nak jumpa dia, esok pagi la pukul 7"
"...serius 7pagi?'
"Haha..I know it was too early, but time tu je doctor available"
"Ok, Ill be here"

Masa tengok dia time tu, condition dia sama dengan pesakit lain yang baru lepas operate. Tak dapat tengok badan dia sebab dah dilitupi dengan selimut dan belon udara panas. Dekat leher ada kesan jahitan. Probaly due to Endo-what-was-it-i-cant-recall-damnit. Ala...procedur yang masukkan camera dalam  salur darah utama untuk tengok keadaan jantung.

And he was sleeping like a dreaming baby. Macam mengigau pun ada.

And, today, seperti yang dijanjimelayukan, aku sampai tepat 7pagi, dapat jumpa doktor kul 7.30pagi. And he explain everything.

" Your father actually, memang agak kritikal. Jantung dia dah lemah sangat sebelum operation. Normal person punya keadaan jantung yang boleh dianggap sihat ialah 65% functional. But your father, sebelu m operation semalam, dia punya jantung hanya 32%. Memang dia sangat lemah, and dia terpaksa stay lama sikit dekat ICU

"Actually, semua ni sebab jantung dia bekerja dengan sangat kuat for the rest of his life. One of injap kat your father punya jantung, ada abnormality. Let say injap tu macam pintu. And pintu tu ada 3 daun pintu. now, your dad, sejak dia lahir, dia hanya ada 2 daun pintu sahaja. So his heart dah kerja keras for the rest of his life






Bukan jantung ayah saya, confirm! But this is how the valve should be look like

"Now kami dah buang injap tu dan ganti dengan injap mechanical, dari fibre glass. But still, jantung dia kena banyak rehat and it'll takes month for him to recover normally"

Aku teringat pesanan babah pasal injap yang dibuang tu. Dia nak balik, nak buat souveneir,framekan tanam kat rumah. So, aku tanya la doktor tu....

"Ayok...kami sangat-sangat busy time tu. Keadaan sangat kritikal. You imagine la dengan penemuan baru ni, nak tukar and buang lagi. Sorry, tapi kami dah dispose injap tu"

Nada dia cakap cam pressure gila. tibe-tibe rasa aura ketakserasian antara physicist and medic. Entah kenapa memang medic dengn physicist takleh nak ngam kalau discuss. Gedik lebih masing-masing. bagi yang amik kelas Biofizik bawah Dr.Zulhazrin, ha, paham-paham la yer.

Then just untuk confirmkan balik, aku tanya confirm petang ni dia akan sedar@disedarkan. (Sedar lah kamu sebelum kamu disedarkan)

"Eh, your father dah sedar la. Pergi cakap dengan dia."

"Ek eleh...part ni tak nak postponed lak? Ingatkan janji petang nak sedar, nanti postponed lagi" for sure la aku cakap ni dalam hati. Kang kalau aku cakap depan-depan, dia cucuk aku dengan endorphin, mampus pecah jantung aku.

Yes he was awake. Hari ni dah boleh nampak tempat pembedahan since  belon tu dah dialahkan. Kat dada dia ada kesan dipotong, dekat tengah-tengah, tempat pertemuan tulang rusuk.  Kawasan tu tak dijahit, tapi di-selotape-kan. And betul-betul at the end of the cut area, ada 2 tiub besar jari telunjuk masuk ke dalam dada.

That was  MADNESS!!

Ngeri syial. Kalau takat IV kat tangan, normal lagi la. Dia dah sedar, tapi nak cakap tak leh. Dia minta kertas dan pen untuk comunicate.

Aku teringat Dr.Zul penah nasihat, 
"Most patient jantung yang baru lepas opration mungkin akan dapat paru-paru berair. So, akan kena tebuk lagi kat dada untuk keluarkan air tu"

Memang aku senyapkan jela hal ni. Kang kalau dapat tau, masalah besar lak kat emosi patient.

P/S:I MIGHT heir something from my parents in the future. But I DEFINITELY will heir the ancestor disease. You see, it was a goddamn list. Heart, abnormality of heart,cancer, high pressure, migrain, and a lot of things. 

P/s/s: For 52 years he live, no one know he has this abnormality. Check your heart, you might hit the jackpot.

20100928

Unbalance Serebrum

Again, she fell again today. This time she fell in the toilet.

She always wear slipper to against the slippery the slippery toilet. But that wasnt enough precautions I think. Today she was resting at home. It must be a bang inside her head.

Today Ive settle everything, the bank, the hospital bill,the SOCSO letter, the every little and absurd thing.

Today, again , searching for a shop that capable in wielding and solder the aluminium. Sunway, Kelana Jaya, Pudu to buy Fatin Malim radio.

The aluminium is for Aliaa's antenna and Asyraf Discone. Off!

20100927

Hey doc! What's Your condition?



Hari ni aku bangun dengan penuh semangat walaupun ngantuk gila sebab semalam tengok "Into the Universe With Stephan Hawking". Bukan la semangat sebab bapak aku nak operation, tapi nak tak nak, ada banyak tangungjawab menanti, dan aku kena positive. Kalau tak, kang bersepah tepi jalan terlanggar side mirror.

Aku turun je bawah lepas siap2 pakai baju semua, tengok mma ada kat bawah. Aik, kata kerja dulu baru gi ofis? So, found out yang rupanya surgery operation kena postpone hari khamis ni kul 7.30am.

Apahal?

"Maaf incik, pakar bedah yang patut bedah Incik hari ini demam. Kita postponed hari khamis ni kul 7.30 pagi ye"

Aku paham doctor ni juga manusia....diorang pun leh sakit gak. Mana ada manusia yang imun perfek...
Cuma mungkin kita perlu ada polisi something, dont we?

Cuba imagine kat tempat aku. Mindset dah baik punya, dah siap bagi-bagi wasiat, kira pertemuan yang penuh emosi. Cuma tak nangis guling-guling. kang ada yang kena defibrillator walaupun tak pengsan lagi.

So, aku terlepas kelas solid, tapi sempat pergi biofizik. Mechanic? Sori la Dr. Malik, gua penat r hari ni scooter-thon 1 KL. Pastu lak hujan petang.

Sekian~~

p/s: Oh ya, operation tu ada 3 prosedur. Jangan tanya aku ape benda alah tu. Then, the main thing is to change the valve with something like fibre glass. Cool eh? tapi Dr.ZulHazrin mamac terkejut gila bila aku cakap. And dia cakap jangan datang kelas hari Rabu ni. Amacam? Best tak lecturer camni? haha

20100925

Maaf, saya mungkir janji

Aku moody lately.
Pasal yang preview aku kata aku nak sambung tu, aku dah hilang akal. Aku rasa kelakar gila event tu, tapi sekarang dah tak kelakar. Macam dah takde ape yang kelakar.

Honestly pagi tadi aku dah berkobar-kobar nak menulis. Last night aku stay up tengok
"Into the Universe with Stephen Hawking"
Poyo syial


Ada 3 perkara yang sangat menarik aku rasa aku nak mencarut, but dengan keadaan sekarang, entah la. Semua macam seronok sangat.

And, sekali lagi tarikh operation di tukar. Final date, 27th September. Tarikh ditukar sebab babah masuk CCU di IJN. Come on la, kalau patient yang dihantar ke IJN tu dah kira pesakit yang teruk , macam mana pulak pateint di CCU IJN?

Dan keadaan Mama pun tak seperti semakin baik. Aku kagum sebab dia masih kuat. Tadi dia jatuh lagi, dia kata sekali lagi macam nak pitam.

Esok, aku nak kena pergi IJN, nak uruskan hal bayaran surgery, dan selesaikan hal di Unit Taksiran Khas kementerian Kesihatan Malaysia. Monday masa operaion tu diadakan, aku nak kena settle hal di SOCSO. Hpefully layak dapat pencen.

Tapi kadang-kadang aku meluat sangat bila kita mencuba, kita berharap dan berdoa, kita dah usaha, tapi masih tak berjaya. Macam kes aku minta bantuan di Yayasan Pendidikan Selangor. Macam haram. Aku dah dapat rasa memang tak kan dapat,tapi stuill kena buat.

Then kes babah pergi berubat kat Banting. Last week, dia pergi ke Banting 3hari berturut-turut,untuk berubat dengan kaedah mengurut. Berbuih mulut aku cakap, tapi dia akan patahkan hujah aku dengan menggunakan hujah agama. Aku dah tunjuk bahawa mengurut tu tak baik untuk untuk jantung, plus yang problem ialah injap. 

Dalam diam, aku turut berharap keajaiban akan berlaku walaupun aku tahu ia adalah mustahil.

End up. hari Selasa lepas masuk Hosp Ampang, terus masuk CCU baik punya servis, and now dekat CCU IJN. Aku nak marah dia tak leh. Kang aku maki orang yang citer gebang tak hengat pasal bomoh kat banting tu, dah aku kena cop jadi keturunan derhaka kat Rawang.

Aku penat dengan semua ni.
Dan EM1 ada 2 asignment kena submit selasa ni. 
Tekanan tu dah macam makanan asasi kan?

20100920

Let the sugar run through your vein, or die.

Saturday
18th September 2010



"Alaf, mama rasa nak pitam.."

Masa tu mama baru lepas zohor. Its been ages she have to solat on a chair. Aku ada kat sebelah. Well, rumah aku takde la besar macam rumah arwah Sosilawati. Due to lack of space, komputer terpaksa letak disebelah port mama solat. But this is good, atleast orang yang leka tengah pakai komputer sedar sikit bila dah masuk waktu solat.

I was online, download lagu.

"What? Ma? Ok tak?"

Dia baru balik dari hospital. Baru lepas kimoterapi. Usually lepas kimoterapi lately, dia start rasa kebas-kebas,numb. Sebab bahagian yang target kimo tu akan bengkak sedikit, then implies to nerve yang kawal sensor tangan. its lucky since it was hand. Kalau kaki, mau tak boleh jalan. Kalau dia nak pergi toilet, masalah jugak.

Lepas dia panggil aku, dia mula mamai. Mata dia asyik pandang ke kiri. Aku panggil dia banyak kali. Sekejap dia sedar dan pandang aku, kemudian pandang ke kiri lagi.

Kepala dia terhangguk-hangguk, kemudian lentok ke belakang. Nafas dia kedengaran keroh (betul ke ayat ni?). Mata dia terbeliak. Aku panggil dia banyak kali, aku pegang pergelangan tangan dia, cuba cari nadi. Well, now aku rasa bodoh sebab nadi adalah terbaik cek kat leher.

Masa tu babah tengah tidur kat ruang tamu. I cant blame him since patient jantung memang susah sangat nak tidur malam. Dia jarang tidur malam.

Aku pegang lagi tangan mama, lengan dia lembik. Nadi masih tak jumpa.

Keadaan kelihatan sangat kritikal. Aku bimbang kalau dia mula lumpuh, atau worst, MATI.



Babah terjaga lepas aku panggil mama banyak kali. Kelam kabut dia berlari ke arah kami. He start to sound very wet and croaky. Aku panggil jiran sebelah. Bila dia sampai, dia pun sama. Masing-masing suruh mama mengucap.

Aku call doctor. Dia pun sama kelam kabut. Dia cakap tadi masa check up, mama kurang gula. It is the best to bring her to hospital.

Kami angkat Mama pergi ke tilam. Mama mula sedar-sedar sedikit (ok, belum nak mati). Bagi dia minum air gula, and glukosa (nasib baik jiran ada Glucose). Then mama sambung tido.



She was having a Hypoglycemia. Kekurangan gula dalam badan. For the information, dalam masa 3-4bulan lebih ni, kalau dikumpulkan balik nasi, lauk and apa-apa yang dia makan, aku berani jamin tak cukup pun satu pinggan. Dia susah nak telan makanan dan juga ada batuk yang kuat. Semua ni adalah side effect kimoterapi. She was lucky Id say sebab kimo tu effect kat leher, Kalau effect kat mata, ada kes yang terus jadi buta.

Since then, dia selalu depend pada Susu kambing, kan ada produk yang terus bancuh tu. And kebetulan baru in the same day doc supply kan dengan susu nutrien yang memang khas lengkap serba serbi untuk patient yang tak boleh nak makan.

Everything and everyone still dalam keadaan terkejut. Baru first time. Lain la kalau memang dah ada sejarah kurang gula dalam badan, atau orang yang ada kencing manis sedang mengawal pengambilan gula.

Sebenarnya memberikan pesakit gula is a good thing, tapi jangan banyak. Sebab dia still take times. Amount yang ideal is around 20g gula. Biarkan dia hadam dulu gula tu. Yang terbaik juga adalah gula ringkas. nak suap nasi dengan roti boleh, tapi sapa nak tolong kunyah?

But still, yang terbaik is hantar ke hospital after that sebab takut kalau ada implikasi lain atau kandungan gula yang diber tidak betul. Tapi mama degil, oh well. Now dia dah getting better.

Let this be a lesson for all of us.

By the way, aku blame cerita melayu lately. Sebab suka masukkan elemen mati. My subliminal mind have been intercept with your faulty script, you dumbass director. masa tu memang aku tak fikir apa melainkan dah nak mati. Cerita melayu banyak yang bodoh.



And I blame my dad sebab suka sangat tengok cerita melayu bodoh.

P/s: Killing time , Pop Shuvit
  People always ask me "How you do it Mr. Moots?"
I said "I put my mind on it and work it your fool"
Now now you said you cant handle the pressure,
You gotto gotto learn to keep it together.

20100824

Kemuncak penyelesaian

"So what is the best solution for mama?"


"She's going to do another chemotherapy after this, includes radiotherapy"


But for God sake, She IS IN CHEMOTHERAPY treatment period now!






P/s: Chemotherapy ialah cara dimana sejumlah bahagian kimia akan dimasukkan ke dalam patient kanser untuk membunuh sel-sel tumor,kanser. 


Radioterapi pula adalah dimana sejumlah wave akan dihantar sacara tepat yang boleh dengan dos yang mencukupi.


Thge contradiction here is, ubat-ubat kimo tu memang disalurkan terus ke kepala. Maybe bukan ke seluruh otak. Tapi, kawasan dimana keluarnya tumor baru tu dekat je dengan tempat lama. So, maknanya, ada treatment ke, takde ke, its like the same. 


Tensen kot.


But, we need to believe. We need to hope. 


But hope can give 2 thing, glory or despair.


hence?



20100821

And the bad news reveal itself,bit by bit

"Mama ada kanser baru. Kat Belakang, tengah-tengah kepala. Mama Takut sangat now. Dulu kat belah kiri, bawah kiri"
-Mama @ 5:05pm 21st August 2019

She go to hospital today for MRI since she doesnt feel good (and right) lately. The MRI is not a surprise. Just can feel it.

What else?

20100820

As Good News Always Tag Along With Bad And Worse News

"Mama sekarang cakap dah tak betul. Tu yang dia terpaksa ambil cuti hari ni. And kepala dia sakit"
-Babah @ 7.451pm 20 August 2010

This is nightmare that come to haunt unexpectedly. See guys, being optimist, lega, is not a good thing for me. Maybe Its time for me to live in paranoid.

This has occur before. Dulu, bila tumor dia dah mula menolak otak, selalunya bahagian komunikasi dia terganggu. Then yeah, dia akan rasa penat, pening-pening.

So, it come back. Just after i feel secure bout dad. And now, its time to be scare again. 

You know, selalu uztad, ustazah akan cakap. 

"Allah tak akan uji umatnya melebihi kemampuan kekuatan umatnya"

And, so with other unqualified preachers to me. Bagi aku, ok, aku assume ini betul, tak nak sanggah apa-apa. 

SOlution? Aku tak nak jadi tabah. Sebab bila aku tabah, dugaan akan keep on datang. Betul tak? Kalau aku masih kuat,maka ujian akan terus datang.

Haha. Memang loser ar kalau aku buat camtu.

Life is about solving problems. I dont really see the problems since what solution I can give? Bukannya aku boleh bawak diorang ni pergi hospital, sewa Operation theater pastu bedah diorang. Itu solution. Bersabar, jadi lagi tabah, itu bukan solution sebab itu namanya tak buat apa-apa.

What really I can do?

20100819

First Countdown to 27th September

The heart sugery has been set to a new date.

27th September 2010

Damn, kena sambut raya la pulak, aku dah hilang mood ni. Dengan kerja banyak, nak study lagi.
Boleh pulak Dr.Bijan Nikourovan tukar assigment, bertambah-tambah.
Hey orang tua ni...aku jual kat Tasik Permaisuri gak kang.

So, abang Khairi, InsyaAllah takde rintangan 31hb Ogos ni. Makan sampai pecah perut, pecah limpa, pecah pundi kencing.
Pecah Wallet tak boleh.

Walaupun tarikh untuk bermula belajar dengan tenang akan ditangguhkan, tapi lebih baik dari gantung tak bertali.

Apa yang penting, semua kembali normal.

Apa-apa hal, aku masih ada tanggungjawab yang lain.

Belajar.

20100817

It use to be Mother but yesterday (on so with the last 2 month), it was father. Part II



"Weh, hebat nampak hari ni? Relax je ek?" sapa Jay kepada aku.


"Abis tu selama ni aku macam mana?" balas aku yang bengang setelah diganggu mendengar lagu dalam MP3.

"Baca la note. Ada test la solid"

"Erk..aku nak balik la. Aku satu hapa tak baca lagi."
...

Tiba-tiba Prof Rasat masuk. Dia cakap ada lecture dulu sebelum test. Ok, so aku pasrah la duduk dalam lecture hall, selepas dipukul oleh Yam dan diikat oleh Jay.


Yes i need this ball. And pedo, forget your dumb medicine ball. Bwahaha.


Lagi 15 minit sebelum test habis, aku dapat call. Firstly unknown number. Kemudian pakcik aku call. Aku tak boleh nak angkat. Kemudian dia hantar mesej.

Damn it, aku tak sanggup nak tulis balik SMS tu.

But the main point from the massage was today my dad will undergo the endogram and the surgery.

 Apa kejadahnya?! Baru semalam cakap mau endo je.

So, dengan kertas jawapan solid yang kosong, aku pulangkan dekat Prof Rasat walaupun awal 15 minit. Orang lain aku tengok berpeluh menjawap, penuh kertas dengan tulisan-tulisan yang aku rasa sejibik dengan lecture note. Haha. Ok, time ni aku belum gelak lagi la. Aku tengah gabra. So aku cakap kat prof..

"Abang Rasat Prof, saya terpaksa pergi dulu, saya dapat panggilan dari IJN. Nanti kita chatting-chatting saya email kat prof regarding apa yang jadi."

Argh!! lantak la kertas jawapan kosong ke hapa! Peduli hapa haku!!

Hence..another epic of race against the time. Best kot berjemur masa bulan puasa.

Belah ar cibai


 Then, sampai-sampai je, babah cakap,


"Owh..Diorang kata postponed sebab nak buat dental dulu"
"Owh, ok"

Omaigod


Penat syial. So dia suruh aku gi beli air..buying water was cool. Dekat dalam hospital gak, who cares kau nak puasa ke tak. Orang paham. Mungkin kau pesakit walaupun tak pakai gelang nama. Mungkin kau menjaga patient dan kau penat. No one gonna blame you. Its a safe spot if you wanna ponteng puasa and makan di khalayak ramai.

Then tengah hari dia kirim lunch. Melilau aku meredah Kampung Baru mencari kedai yang jual makanan pada tengah hari, atau spesifiknya kedai mamak. Entah kenapa aku tak jumpa lansung kedai mamak yang buka. Orang bazar pulak dah start dirikan khemah. Ada 1 gerai ni dah siap bubuh bubur lambuk atas meja. Banyak gila. Tu baru kat depan gate rumah dia. Aku tengok kat dalam laman rumah....boleh buat kolam bubur lambuk. 

Aku takut tak jumpa kedai lain yang jual makanan, so aku rembat la sebungkus. Akak yang jual tu tersengih-sengih lak. Aku tak leh salahkan akak tu. Ye la, orang yang beli masih muda, then beli bubur lambuk di bazar ramadhan di kampung Baru pada jam 1.20tengah hari. Zohor pun belum masuk bhai!

"Esok datang lagi ya dikk?" 

"Esok akak nak saya datang kul brapa lak? Lepas waktu Imsak?"

Kata aku dalam hati. Kalau aku cakap camtu betul-betul, mau bermandi bubur lambuk pas tu. So, berjalan lagi, tiba-tiba nampak 1 kedai mamak yang tersorok sedikit dari jalan utama. Wah, memang strategik. Terbaik ah lu pilih lokasi kedai.

AHA! (buat suara cam Dr.Malik) ekau tak poso eh?


Dalam kedai tu ada beberapa pelanggan tengah makan. Bukan melayu la. Cina dan some Indian dude. Menu limited. Hanya ada nasi beriayani je. So, bungkus la sekian-sekian. Masa menunggu makanan tu disiapkan, aku rasa macam beribu mata tengah pandang kat aku. Aku tau aku tak buat salah but still pandangan orang tu macam..susah aku nak explain.. Macam duduk kat kandang tertuduh dalam mahkamah la. Haha. Aku belasah je macam kau pernah duduk dalam mahkamah kan? Mock Trial ada la.

And then, mamak tu bungkus makanan pakai plastik hitam. Wau!!! Memang lagi buat aku rasa macam pesalah yang nak buang anak. And the best part, masa tengah tunggu makanan tu siap, datang la seorang manusia ni...nampak macam pekerja buruh. Tapi aku tak nampak la mana-mana construction kat area tu. Dia bungkus, jeling kanan kiri, dapat je makanan, terus merempit laju gila.

Kalau lantai kat situ bersih, aku dah guling-guling dah.

Ramadhan kali ni memang lain.

So, now, the operation was postponed to next week untuk bagi laluan kepada rawatan gigi dulu. Hopefully ada space untuk pihak IJN next week. Kadang-kadang kena booking lagi...banyak hal gak. Now Babah dah kat rumah. Discharge untuk sementara. Bagi la peluang kat dia nak bermanja-manja kat rumah...hampir seminggu makan makanan hospital. And sian nurse melayan dia. Biar anak dia lak yang tanggung.

P/s: Next post, kenapa pesakit jantung yang nak operate kena buat rawatan gigi dulu?

20100811

Ramadhan: Day 1

" Weh, ko buka mana?"
"kat luar.."
"Nak ikut boleh?"
"Tak yah r..."
"Sombong siot...dah tak nak buka dengan kiteorang.."
"Ha...jom la kalau camtu"
"Maner?"
"IJN, tingkat 3, wad dahlia, katil 21"
"Ko ingat kelakar la?"
"Ko rasa aku nak buang pahala puasa aku ke awal-awal ni?"

P/s:
Yup, berbuka kat IJN, dengan kuih 2 ketul, 1 tin air dan 1 bungkus cachos perisa BBQ.


Post yang aku janji tu dah nak siap..ade kat draft. nanti la...aku takl cukup nafas lagi ni.

20100809

Menceritakan jantung untuk ayah

So, updating my father condition.

Hari ni dia pergi hospital selayang, kalau tak silap aku sebab nak dapatkan surat untuk masuk ke IJN. Hopefully dia dapat masuk, aku sangat-sangat berharap. Aku bukan manusia kejam sangat. Aku macam korang gak...bila pressure dah menimbun, ko akan paham. Paham sangat-sangat lubuk hati aku.

Kenapa IJN?

Last monday camtu dia dah bua ECG, Xray  and bla bla bla test, found out that all of this massacre was due to injap bermasalah.. Seriously, the paru-paru berair, the lenguh-lenguh badan, then the angin-angin-angin satu badan sampai kepala dia selalu angin je (this is literally and metafora) adalah disebabkan masalah jantung. No wonder people said once you got heart mulfunction, it caome up with a package to change all of your life.

Life begin at 40. Ok, 40++.

Why the heck it connect to Jantung?

Based on assumption and study in BioPhysics from Dr.ZulHazrin. The problem now is injap jantung dia dah tak elastik,hence aliran darah dah tak lancar. Due to that, jantung dia bekerja lebih keras untuk memastikan darah-darah tu sampai ke hujung kapilari dan selamat tiba kembali ke jantung melalui vena. Itu punca dia rasa sesak nafas dan paru-paru berair, plus sebab dia selalu kerja and mandi malam. Damn, aku pun camtu.

Pengaliran darah yang lambat juga akan mengurangkan potensi untuk darah kembali ke jantung setelah melalui tapisan di kapilari. You know the physics here right?



Ok, darah dari arteri adalah pada tekanan yang tinggi. Tinggi macam mana? Honestly, lebih kurang air pili bomba. Then oleh kerana ia mempunyai diameter yang lebih besar dari kapilari, apabila darah mula masuk dalam kapilari darah akan tersebar ke sel-sel disekitar untuk saling berdagang makanan, oksigen dan juga bahan perkumuhan. Sel darah kemudiannya akan tertarik ke vena setelah ditolak oleh seldarah yang baru tiba dari arteri, dan juga tarikan tekanan rendah dari vena.

Dari pada permasalahan ni, aku jangka kan yang injap yang rosak adalah yang pada Aorta atau area situ, atau bahagian yang bawa darah beroksigen la. Mana aku hafal nama-nama bahagian ni, aku budak fizik.

So, dengan aliran yang lemah, banyak karbon dioksida dan juga bahan perkumuhan sel akan tersekat pada kawasan kapilari dan vena. dari situ timbul perbagai jenis penyakit sebab bahan perkumuhan tak terurus.

Maybe ada yang pelik, kan dengan tekanan yang menurun mendadak setelah melalui kapilari, macam mana dia boleh kembali ke jantung?



Untuk manusia yang normal, di sepanjang vena ada injap, membahagikan vena kepada jutaan bahagian supaya bila volume decrease, pressure yang rendah masih boleh mengalir. Kemudian, injap-injap ini paling berkesan bila kita selalu bergerak sebab otot-otot badan akan bertindak sebagai 'jantung' yang mengepam kembali darah ke jantung. Thats why we must  move people, move your fat ass...

Sekian dahulu untuk pengaliran darah.

Sebentar lagi, paru-paru berair dan juga kesan urut mengurut pesakit jantung.


p/s:
Some said my writing are too long. Fine.
I stop now and sambung lain.
Buat banyak part.
Lantak haku la.

P/s/s: Yes..budak-budak fizik kata aku sombong tak join futsal..then ahad baru ni tak dapat pergi rumah raihan untuk Majlis Cukur jambul..and aku miss Mock Trial Tahun ni. 
Kenapa?
Sebab last 2 week, bapak aku masuk hospital selayang, and aku menjaga pada hujung minggu. Then on that saturday, my mum jatuh, kepala dia terhantuk kepala pada meja kaca. Thank God meja tak pecah dan kepala dia hanya berdarah. Tersagat mungkin. Aku bersyukur meja tak pecah sebab kalau meja pecah, banyak kompilasi lain, mungkin kaca berceracak kat tengkorak dia, sapa nak jawap? Then time tu pulak aku kat hospital, mama cakap jangan bagitau babah. Best gila emosi.


Then,on last week, after mama kimoterapi, bila balik rumah je, tangan dia start paralyzed. I was like what the fuck up? Lama aku mengurut dia. Lepas urut sorang, urut lagi sorang. Run house errand, pergi sana sini, beli lauk and bla bla bla. You see,the weekend just burn before my very eye. Dengan assignment melimpah ruah, proposal lagi. Aku takda mood nak buat apa-apa kerja sekarang. Kalau Dr.ZAmri nak marah pun, marah lah. Aku pasrah. Aku punya hidup, aku sendiri evaluate.


Serius aku penat sangat. Takda mood lansung nak pergi kelas.


I lose many things, but i dont want to lose the greatest thing. Bersabarlah sikit lagi...tabah sikit lagi. Walaupun bulan puasa dah dekat. Dah nampak kena ulang alik umah and UM lagi. Haish....

20100802

Returning step by step, like baby step, not step-mother

Today he was discharge from hospital. This time, the doc says it was his kidney. So, more medicine in our cabinet today. The scenery of chemical never was an eyesore as today.

He was back with a bang!

He just find out things bout Mama.

What happen to her?

Last saturday, when I was at hospital Selayang, taking care of him, she fall down. Not on face thank God. But she fall on her back and somehow her head was hitting the table.

Concussion? No, But they tell me she blood like hell. The wound was about 3cm long. Luckily not deep. 

They rush her to the hospital, after a few minutes,ok, it was more than 10minutes. As they arrive to the Ampang Puteri, they do an immediatie CT-Scan under Dr. Muin direction. They detect nothing. Then, they decide not to do any stitch.

Is it a big deal to fall down and bleeding on the head?

Well, if you are one healthy person, I dont mind. Please, go ahead. Wounds will make you stronger and wiser.

But she was 47..and she has tumor on her brain. Yeah. Done two operation removing the tumor in time of one year, now the tumor is back (its not now, its like, 5 months ago), bigger. The rest please go to the previous entry.

Today she had an appointment to the hospital. After check up, they call Dr. Muin again to do the stitch. I just wonder why now they decide to do it. I really wonder. And it must be Dr. Muin who do the stitch since he was like Mum's personal Doc. Cant fight that.

Today, seems like one of the longest day in my life.

Went to UM at 7.30am and reached there by 8.00am. Usually with the traffic and my egoistic of not using Federal Highway, Im using Bukit Bintang,continue in Jalan Kuching, continue in Jalan Bangsar before reach UM. But thanks to our goverment, they finally decide to use our money and build the flyover there. Hey, Im a tax-payer since 5years ago,dont mess it.

The flyover save me up to 10minutes of "scoot"-ering. I feel satisfied to see some of our money are used wisely. 1 step of wise thought may hide 1000 hideous mistake. How was that? Make the wise seems grand.

So, back to my story I was traveled with my almost decade scoot almost 100km today. Boleh kira musafir kot. 

From home to UM, then to Amcorp Mall, then to Kerinchi, Back to UM, straight to Ampang Puteri, go to Hospital Selayang, went back to home,then back in UM ( please add up 5minutes for salah jalan. I was tired, dont you judge me), then went back to home.

On the Sunday..from home to Rawang, to Selayang, to home. 

Some said, thats no big deal.

Have you really do that?

Try,it was a nice experience. And yeah, if your bike is about1,2 years old, thats disqualified. If you are pembonceng, you are disqualified. If you are on car, you are jack ass. 

No, i wasnt angry, seriously. I found that it was a great way to train your rempit skill. Do you know how fuck up is MRR2 on weekend? It never get old. Try on evening for maximum result.
Challange yourself, how fast can you be.

And some how it feel the engine sound smoother. I dont know why.






Let me start blogging back step by step dear. Wait for my revival. For now, maybe its personal. But let me restart it step by step..please..

20100714

Misadventure of Philosophy In Hospital Ampang

My dad was admitted into Hospital Ampang from 8th July until yesterday 13th July.

Hospital Ampang adalah hospital kerajaan. Agak lama aku tak masuk hospital kerajaan. Usually bila my mum masuk hospital, kami bernasib baik sebab pihak majikan akan menampung perbelanjaan perubatan, so we are off to private. 

Hell, memang best cuci mata kat private!

Hospital Ampang baru lagi ditubuhkan, around 4-5 years ago. Maka, luaran dia memang cantik, masih bersih.

Tapi dalaman?



Seperti yang kita suka menjadi tipikal, I know, majoriti akan condemn hospital awam sebab servis mereka. Tapi adakah memang mereka sengaja mahu berbuat begitu? Oleh kerana mereka dibawah lembayung kerajaan, mereka rasa selamat?

Aku bermalam setiap hari di hospital, teman ayah aku. Dia sakit jantung whereby jantung dia berdegup terlalu cepat. And therefore, doc tak bagi dia bergerak dengan banyak, tak boleh pergi toilet. So terpaksa pasang tiub itu dan ini.

"Itu la bah..isap rokok banyak sangat. Sekali nikotin stuck kat arteri sebab banyak sangat lemak tak tepu. Sekali lemak tu teruarai, berdesup nikotin masuk kat jantung. Tu yamg jantung jadi hiperaktif"
Everynight memang tak boleh tido. Sebab menjaga patient, then turut menjaga patient-patient yang lain, then karenah sesetangah patient lain macam gampang, then nurse BODOH borak kuat-kuat kat kaunter.

Later la aku buat entry lain pasal patient-patient yang aku kenal. But for now lets focus to the white so-called chick.

Honestly, kalau aku jadi nurse, mau aku jadi pembunuh pertama kat Malaysia yang pakai costum warna putih. Karenah patient kat sini bukan main-main. Mostly orang tua bhai, umur 50 ke atas camtu. Masing-masing ada fiil sendiri. Then, sebab ego yang tinggi (dan nyanyuk) mereka jadi lebih sukar untuk dilayan, di tenangkan.

And nurse pun bukannya ramai. Ada dalam 3-4 orang untuk kawal  30 patient gitu. Gila ke tak?
Here, we came to a court where each side blaming the others. Aku terpaksa cakap la. Sesetengah yang admit ke hospital awam is rakyat yang masih di takuk pemikiran dunia ke 3. Then mereka tak sihat, mestilah mereka nak perhatian. Dan mereka rasa mereka layak mendapat layanan yang sewajarnya sebab mereka antara pembayar cukai (mungkin).

Layanan nurse yang berjaga pada shift malam memang agak teruk. Diorang malas nak layan patient. Aku jadi sakit hati and tak keruan nak buat apa. Nak tolong, tak tau apa yang boleh tolong. 

Tapi kalau pada shift siang, jumlah nurse increase. Hence, memang dapat dilihat layanan yang makin baik dipersembahkan.

Honestly, memang macam nampak satu konspirasi. Haha. Bila siang, pelawat datang, so kena tunjuk side yang baik, tapi bila malam, biaq pi la.

Namun, aku tak nak cakap camtu. Sebab memang tak adil kalau aku cakap camtu. 

Cuma, aku rasa silapnya kat hospital Ampang, diorang patut sediakan lebih banyak nurse pada malam.

.
.
.
.
.
.
Well, im not done yet. Next thing, guard.

Hell!

Kawalan memang ketat. Ada je tanya 
"Nak pergi mana?"
"Melawat siapa?"
"Ward mana?"
What the most ironic is, 90% guard yang aku nampak ialah makcik-makcik tua umur 40 gitu. Honestly, WTF?

Adakah mereka reliable kalau terjadinya sesuatu ? Macam kes curi atau apa-apa? Bukan mengutuk, tapi nak tengok diorang jalan pun macam susah. Tapi perangai nak kerek je. Ada je nak sekat itu, sekat ini. Meghalau tak yah citer la. Banyak kali nampak pelawat kena halau bila waktu melawat habis.

Aku tak rasa diorang patut buat macam tu. 


Overall, aku rasa hospital ampang ok la...

20100706

Parenting 101: What Do's and Dont

Ok, kinda fakap, so kena la post something yang light.

Hopefully kalau ada orang baca and happy, so that aku boleh tumpang happy, semua orang happy, orang kat palestine happy, ibu bapa yang kena buang oleh anak-anak happy.

Happy tanpa batasan.

Lesson 1

Lesson 2


Lesson 3

Lesson 4

Lesson 5

Lesson 6

Lesson 7

Lesson 8

Lesson 9

Lesson 10

Lesson 11

Lesson 12

Lesson 13

Lesson 14

Lesson 15

Lesson 16

Lesson 17

Lesson 18

Lesson 19

Lesson 20

Lesson 21

Lesson 22

Lesson 23

THats al folks.

Aku serious takde mood, so, takde pandangan.
Malas jadi manusia jap.

credit to Sheyna