Angin solar yang melepasi medan magnet yang tipis.di bahagian polar akan bertindak balas dengan ionosfera dan menghasilkan sirkit-sirkit cahaya yang mengagumkan. Tapi kita yang kat bahagian khatulistiwa ni jangan la sekali-kali minta nak tengok aurora kat sini. Kalau nampak, bawa-bawa mengucap dan taubat. Memang kiamat la jawabnya.
Sama seperti manusia. Perisai ketahanan dari gurau-gurauan,mesti ada kelemahan kat mana-mana. Mean,mesti ada certain part yang dia sensitif.
Itu normal.
Seperti planet,kita tak banyak beza. Semakin besar dan berat teras sesuatu jasad,semakin besar dan kukuh medan magnet yang melindunginya. Seperti jasad dilangit juga,semakin kuat putaran planet,semakin kuat medan magnetnya. Kalau lembab ko menepis gurauan,then terima je la tujahan-tujahan gurauan.
Orang gemuk,berbadan besar lagi kuat tahan di ejek berbanding mereka yang kurus?
Banyak benarnya.
Tapi tak juga. Teras. Apa teras manusia? Personaliti. Ok,ramai bantah,katanya iman adalah teras. Suka hati,aku tak nak menggolongkan diri aku dalam golongan ustard. Dah iman tinggi nanti,aku buka blog agama lak.
Masalah besar kalau jumpa orang yang macam bulan. Tiada medan magnet. Suka nak tacing-tacing.
Tak perlu bawa ke umum sebab ini akan menunjukkan kau macam meteorite. Kecil,tiada medan magnet dan statik. Bosan!
Make sense doesnt it?
Published with Blogger-droid v1.6.5
2 comments:
beautifool!!
Indeed...how nature connect with us
Post a Comment