20110121

Dilema penagih nikotin

Saya adalah salah seorang perokok.



Suatu ketika dahulu, aku telah berjumpa dengan beberapa orang doktor. Doktor yang bertauliah, yang dapat sijil halal. Bukan dokter chenta, dokter haiwan, dokter bawah jambatan ataupun dokter gigi yang berniaga ditepi Central Market, diragui kelulusan dan kewarganegaraan apatah lagi kebersihan sebab 'klinik'-nya terlampau open air.

Lazimnya semasa memeriksa kesihatan, doktor mesti akan tanya;

"Awak ni gay?"
"Awak hisap rokok tak?"

Nak tipu doktor, masalah juga. Lain la kalau nak tipu PTPTN supaya layak menerima pinjaman penuh, itu memang perlu la kalau nak menipu. Ala, macam tak biasa dulu masa sekolah menipu pihak sekolah supaya dapat pinjaman buku teks. Tipu la kalau korang tak goreng. Lain la kalau parents korang memang kaya kan?

Bawa Mercedes pun masih nak minta pinjaman buku teks. Langsi!



"Haah doc"

"Berapa batang awak hisap satu hari?"

"It depends, kadang-kadang satu hari tujuh. Kalau nak exam, atau ada assignment, mau sepuluh atau dua belas. ikut keadaan dan ekonomi"

"Awak nak mampus ke?!"

"Banyak sangat ke doc?"


"Tujuh kotak tu dah terlampau banyak. Dah melebihi paras yang badan boleh terima. Lain la kalau awak ni mutan. Kalau dua kotak sehari, itu dah nama perokok tegar. Dan kalau dah cecah tahap tu, awak kena berhenti. Tapi ni dah tujuh kotak sehari."


"Eh, doc, batang la, bukan kotak la..."

Kesimpulannya, kalau aku masih di tahap 7-8 batang sehari, sebenarnya itu belum ada apa-apa sangat. Yang digembar-gemburkan adalah orang yang di tahap tegar. Dua kotak sehari. Beb, aku kalau lebih kuota dalam sehari, memang rasa nak pecah jantung dengan paru-paru. Cuma yang aku risaukan ialah cara diorang ukur sejauh mana ketagihan rokok ni ialah bila seseorang tu bangun tidur.

"Wa mana boleh tahan kalau bangun awal-awal pagi, gua nak memerut tapi takda rokok bhai.. Boleh pengsan gua masa tengah beron-beron.."

Kenapa di pilih lepas bangun tidur?

Sebab badan dah berpuasa selama 6jam puratanya dari merokok. Kalau tak tidur? Memang harapan tinggal harapan.

How ever, walaupun aku memperuntukkan untuk diri aku  2 hari setengah untuk 20 batang, dah macam rasa berat gak perbelanjaan. Memang yang terbaik ialah berhenti terus. Tapi entah la. Sel-sel otak aku masih belum berkembang sepenuhnya untuk mengosongkan diri dari kepulan-kepulan tar. Sel-sel ini masih dahagakan nikotin. Paling aku tak tahan kalau tengok orang laik merokok. Memang tangan, bibir, lidah dan janggut gatal gila la nak ikut sama merosakkan sistem badan.

Mungkinkah aku akan berhenti?

Ayah aku dah berhenti lepas disahkan kecacatan jantung. Well, dia punya sakit jantung tu bukan salah dia pun. Dah memang dari lahir. Tapi sebab rasa jantung masih lemah, dia berhenti. Harap-harap untuk selamanya, bukan sekadar menunggu masa untuk pulih seperti sedia kala dan sambung aktiviti lama.

Boys will be boys.

Nak cakap kat aku rokok tu haram?

1. Rokok tu haram! Sebab mebazirkan duit kau!
Ah ye la. Yang kau shopping beli benda-benda mahal yang takda signifikan dalam hidup kau tu tak membazir?
Macam bila kau beli baju, seluar jeans harga ratus-ratus, ada kau guna semua tu untuk solat?
Yang kau pergi bercuti jauh-jauh, happy sana sini siap tayang gambar kat facebook, tak pernah aku pertikaikan. Kau nak cakap ni untuk kepuasan diri? Aku merokok untuk apa?



2.Rokok tu haram! Sebab membahayakan kesihatan kau!
Aku rasa baik kau pergi jumpa doktor dan tanya sendiri. Penat aku nak ulang.


3. Rokok tu haram! Sebab membahayakan kesihatan orang lain!
Aku bukan orang yang hisap rokok depan orang lain. Aku duk jauh-jauh dar non-smoker. Aku tak de la kejam sangat nak bawak diorang ke liang lahad sekali  dengan aku. Aku paham juga la kehendak diorang. Infact, aku senidi tak suka bau rokok. Kalau ada orang lain hisap rokok dekat-dekat dengan aku, aku gi jauh-jauh atau aku join sekali dengan dia. Baru dia tau bukan dia sorang je boleh. Bersaing la sapa paling banyak hembus. Aku perokok berhemah beb.

...


Jap, aku sendiri tak paham macam mana aku boleh sampai ke tahap macam ni. Tadi rasanya tak da isi apa pun. Demn I like to write when the word just flow.


Saya isap rokok
Saya ok, kot

No comments: