20100614

Persoalan urut mengurut

Sorry, bukan post mengenai Pusat Urut Haram mahupun halal. Urut batin atau zahir juga tidak ditekan kan.



Aku hairan la..kenapa bila sesetengah orang bila dia mengurut kan, later dia akan rasa sengal-sengal badan and dia rasa macam angin tu dah pindah kat dia?

Aku adalah antara orang yang macam tu. Bila mengurut orang, memang rasa nak muntah sebab rasa banyak gila angin,then sendawa tak henti-henti.

Ia jadi lagi teruk kalau orang tu memang betul-betul ada angin kat dalam badan.

Bukan kepala angin.
Urut memang sedap bhai..tapi kalau orang yang mengurut tu rasa apa lak?
(aroi maksudnya sedap dalam Thailand, ok,thanx to Nikorm)

Can someone explain, Please~~ nanti aku bagi choki-choki, kalau jawapan memuaskan la.





BUkan takat hilang angin macam ni..

8 teori kamu sendiri:

Neko D. 13 said...

weh aku pun alami situasi angin2 pindah tu..

milah hasan said...

aku pon separa alamilah...kalau org yg aku urut dlm kodisi terok, aku pon kne angin tuh...tp aku x sendawe2, aku kentot2..huhu..malunye bt confession kt sni..haha...btw, knp ia berlaku, aku pon x taw....mungkin ko kne tny pakar urut di bali. welkam tu bali~ :D

Myth said...

haha~~milah, rasis, aku pown kentut...auw, malunya.
ok, kawan aku dah bagi jawapan, tp kurang memuaskan ...kat fb..

"well..aku boleh explain kenapa bila diurut, kita keluar angin..tapi ko tanya tentang tukang urut kan?

pada pandangan aku la..masa mengurut tu, tangan kita panas sebab tangan bergesel dengan kulit orang yang diurut..dari segi fizik, friction kat tangan tu memanaskan tapak tangan. haba dari geseran tu berpindah ke beribu kalipari yang memang bersepah kat tapak tangan.

receptor-receptor saraf yang bertanggungjawab untuk detect temperature, pressure, sakit, dan sentuhan plak kebetulan terletak dekat pada permukaan kulit..so bila kapilari panas, darah akan panas (bukan panas macam air mendidih, maknanya temperature meningkat..kah kah kah).

Kepanasan merangsang receptor haba dan sentuhan..this explains why kita rasa sengal lepas urut orang..kerana darah yang dipanaskan tu dipam oleh sistem peredaran darah, mengalir ke urat-urat darah di tempat lain, then merangsang receptor-receptor saraf yang lain. so, kita rasa satu sensation yang macam disentuh-sentuh..macam rasa sengal..

tentang angin, aku rasa lebih berkonsep fizik. haba membuatkan isipadu gelembung-gelembung udara yang mikro dalam sistem darah bertambah. apabila bertambah, angin akan terkumpul dan dipaksa keluar apabila darah melalui organ-organ seperti perut, or body cavity (yes, badan kita ada ruang udara). bila angin berkumpul di perut, kita akan sendawa or kentut.

pening-pening pulak beprunca kerana udara dalam salur darah mengganggu peredaran darah, sama macam sistem hidraulik yang akan terganggu apabila ada udara dalam sistem bendalir..oleh kerana otak kita sangat manja dan memerlukan bekalan oksigen yang cukup, aliran darah yang terganggu disebabkan oleh udara terkumpul mengganggu oxygen intake otak (jangan confuse..otak tak bernafas..walaupun ada gelembung udara, otak kita menerima oksigen yang terlarut dalam darah. apabila otak tak cukup bekalan oksigen, kita akan pening.

harap dapat explain..kalau ada salah, boleh dibetulkan.."

ini kata2 dia...

milah hasan said...

o~ soooooooooooo unclear~ btw, tq ;p

Myth said...

ak pun x clear sgt...hahaha~~

hellioz said...

lu xblaja jurus naruto
dia ade jurus pindah2 angin
nanti xde la lu rase nak muntah lagi
gyahahahahahah~

Myth said...

haah la..camne aku leh lupa sifu aku ni..

leh gak bg futon rasengan kat ko...

Anonymous said...

aku baru kawin, kebetulan urut wife aku belakang dia sakit... lepas dia sendawa - lega.

then esoknya experimenting lagi.. pasal urut sendawa.. yg pelik aku urut kat badan aku, then aku letak tangan yg urut ke tapak tangan dia.. dia boleh sendawa. mcm transfer ke dia utk di keluarkan udaranya. secara spontan.

aku mmg tak boleh sendawa bila mengurut atau diurut. tapi pada experiment ke 3, aku lalukan tapak tangan atas tempat yang sakit pada badan wife aku dia boleh sendawa pulak. padahal tak sentuh pun kulit.

lagi satu.. sendawa ada byk jenis bunyi, kekuatan, panjang suara dan sebagainya. wife aku kata sendawa dia sendiri lain dengan sendawa bila mengurut aku.

now aku pun tak tau kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku.

- sekadar kongsi pengalaman