Bila kita menyebut perkataan komunis, perkara yang terlintas, yang pertama adalah kekejaman para-para ahli Parti Komunis Malaya. Maka dengan itu, kita akan menlabel, komunis itu zalim, komunis itu kejam dan pelbagai caci maki ke atas mereka. But, kenapa orang melayu ada yang terpengaruh dengan gerakan ini?
Sebelum apa-apa, ingin aku memberi peringatan yang lembut-lembut cam jeli 30sen yang beli kat benggali roti bahawa post kali ini belum lengkap. Aku akan bercakap dari segi yang ringkas, dan dari pandangan aku. Kalau nak bergaduh pasal fakta, tunggu lepas exam.
Komunisme,
Communisme, berasal dari
Commute. Communicate, Community. Doesnt it make any sense? Apa ingat Karl Marx ikut suke-suke letak nama apa ke? Dari definisi ni sendiri kita boleh nampak apa yang ingin ditegaskan ialah kesamaan seperti didalam satu kommunit yang sama, yang mempunyai hubungan banyak hala antara pemimpin dan rakyat serta saling bantu membantu yang bukan kemut.
Dari apa yang aku faham ialah, komunisme adalah satu ideologi yang memperjuangkan golongan pekerja, yang membantah penguasaan orang-orang politik, membantah doktrin kapitalisme. Contoh terbaik, tak perlu la pergi jauh, kita tengok sendiri kat negara. Adakah betul orang yang kuat berusaha mampu menjadi orang yang kaya? Kalau tanya sekitar 1960, 1970 aku boleh terima. Memang politik itu kotor tapi belum sekotor longkang Lorong Haji Taib. In fact, lorong itu pun bukannya kotor sangat. Ia masih disucikan oleh Golongan yang terpaksa buat kerja kotor demi survival dalam kapitalisme.
Nowdays, dalam perniagaan, apa yang penting adalah kabel. Oh, tak perlu tengok jauh. Even institusi pengajian yang sepatutnya menjadi Pusat Pengembangan Moral pun dah dicalit dengan sisa itu ini. Dan, kenapa pelajar dilarang politik? Ini adalah mematuhi AUKU. Kenapa AUKU ditubuhkan? Kerana pelajar perlu belajar, bukan bermain politik.
Does it make any sense? Habis tu siapa yang patut menjadi ahli politik? Pelajar dibekukan otak supaya melupakan politik. Apa yang penting, yang menjadi keutamaan ialah penghasilan produk-produk tenaga kerja yang hanya fokus terhadap ekonomi negara. Kalau nak terlibat dalam politik, tunggu masa anda di rekrut oleh mana-mana parti.
Kita harus sedar, nak tak nak, kita juga yang akan ambil alih. Kita perlu ambil tahu akan semua ini. Komunisme itu adalah antara ideologi yang perlu dihormat dan dipelajari kerana isi dalamnya adalah suci. Namun begitu, sama seperti agama, terdapat anasir-anasir yang menyeleweng fakta dan mempergunakan demi kepentingan sendiri. Itu adalah apa yang berlaku didalam PKM.
Komunisme ada persamaan dengan politik yang diunjurkan oleh Islam. Tidak patut wujud parti dibawahnya. Pemilihan ketua berdasarkan perbincangan dan persetujuan ahli masyarakat. Keseimbangan ekonomi, bukan mengejar kemajuan dengan keterlaluan sehingga menghakis nilai manusia.
Jadi, jangan salahkan mereka yang pernah menyertai parti komunis, kerana mereka tahu akan kapitalisme itu telah wujud dan telah pun menular ketika itu.
It'll be nice if u take ur time and understand this. Ill add up in future.
It feel good to write what u keep in mind for a long time.