20100419

If i were in 1950, u might find me in Communist

Bila kita menyebut perkataan komunis, perkara yang terlintas, yang pertama adalah kekejaman para-para ahli Parti Komunis Malaya. Maka dengan itu, kita akan menlabel, komunis itu zalim, komunis itu kejam dan pelbagai caci maki ke atas mereka. But, kenapa orang melayu ada yang terpengaruh dengan gerakan ini?

Sebelum apa-apa, ingin aku memberi peringatan yang lembut-lembut cam jeli 30sen yang beli kat benggali roti bahawa post kali ini belum lengkap. Aku akan bercakap dari segi yang ringkas, dan dari pandangan aku. Kalau nak bergaduh pasal fakta, tunggu lepas exam.

Komunisme, Communisme, berasal dari Commute. Communicate, Community. Doesnt it make any sense? Apa ingat Karl Marx ikut suke-suke letak nama apa ke? Dari definisi ni sendiri kita boleh nampak apa yang ingin ditegaskan ialah kesamaan seperti didalam satu kommunit yang sama, yang mempunyai hubungan banyak hala antara pemimpin dan rakyat serta saling bantu membantu yang bukan kemut.

Dari apa yang aku faham ialah, komunisme adalah satu ideologi yang memperjuangkan golongan pekerja, yang membantah penguasaan orang-orang politik, membantah doktrin kapitalisme. Contoh terbaik, tak perlu la pergi jauh, kita tengok sendiri kat negara. Adakah betul orang yang kuat berusaha mampu menjadi orang yang kaya? Kalau tanya sekitar 1960, 1970 aku boleh terima. Memang politik itu kotor tapi belum sekotor longkang Lorong Haji Taib. In fact, lorong itu pun bukannya kotor sangat. Ia masih disucikan oleh Golongan yang terpaksa buat kerja kotor demi survival dalam kapitalisme.

Nowdays, dalam perniagaan, apa yang penting adalah kabel. Oh, tak perlu tengok jauh. Even institusi pengajian yang sepatutnya menjadi Pusat Pengembangan Moral pun dah dicalit dengan sisa itu ini. Dan, kenapa pelajar dilarang politik? Ini adalah mematuhi AUKU. Kenapa AUKU ditubuhkan? Kerana pelajar perlu belajar, bukan bermain politik.

Does it make any sense? Habis tu siapa yang patut menjadi ahli politik? Pelajar dibekukan otak supaya melupakan politik. Apa yang penting, yang menjadi keutamaan ialah penghasilan produk-produk tenaga kerja yang hanya fokus terhadap ekonomi negara. Kalau nak terlibat dalam politik, tunggu masa anda di rekrut oleh mana-mana parti.

Kita harus sedar, nak tak nak, kita juga yang akan ambil alih. Kita perlu ambil tahu akan semua ini. Komunisme itu adalah antara ideologi yang perlu dihormat dan dipelajari kerana isi dalamnya adalah suci. Namun begitu, sama seperti agama, terdapat anasir-anasir yang menyeleweng fakta dan mempergunakan demi kepentingan sendiri. Itu adalah apa yang berlaku didalam PKM.

Komunisme ada persamaan dengan politik yang diunjurkan oleh  Islam. Tidak patut wujud parti dibawahnya. Pemilihan ketua berdasarkan perbincangan dan persetujuan ahli masyarakat. Keseimbangan ekonomi, bukan mengejar kemajuan dengan keterlaluan sehingga menghakis nilai manusia.

Jadi, jangan salahkan mereka yang pernah menyertai parti komunis, kerana mereka tahu akan kapitalisme itu telah wujud dan telah pun menular ketika itu.

It'll be nice if u take ur time and understand this. Ill add up in future.

It feel good to write what u keep in mind for a long time.

10 comments:

milah hasan said...

aku pening bab2 komunis nih.. kalo aku, aku prefer bintang tiga.. psl logo die ade 3 bintang.. bukan 1, tapi 3~ hehe.. :)

Myth said...

bek ko amik america...50 bintang kowt.
bukan 1, bukan 3, tapi LIMA PULOH!

AkU said...

hmm..agreed with ur entry..*nood..*..

Myth said...

gracias~~

ily said...

walaupun aku tak berapa paham sgt, tp aku rasa mcm seronok.

Myth said...

ape yg seronok? for me to discover a new philosophy is interesting. Sbb, aku pelik gak, kenapa ada student2 luar negara yg menyokong komunism? then, pengaruh hishamudin rais mmg kuat r kat aku..haha. the best phrase is, jangan panggil saya komunis,saya belum layak lagi kerana komunis adalah orang yang saya sgt kagumi.

Anonymous said...

helo myth,

gua hormat pendapat lu. tapi masalahnya, yang gua tengok skang, kenapa kuasa komunis macam Rusia jatuh terbungkang, tunduk pada kapitalis skang? Kalau komunis ideologi yg berjaya mesti negara komunis jauh lebih maju, membangun berbanding kapitalis.

anyway, i'm not capitalist @ communist. I've my own ideology. Peace, adios!

Myth said...

well anon, hye.

malangnya kuasa komunis bila jatuh pada tgnyang salah, orang yang memeintah memang akan menguasai segalanya.

aku xsuka nak kaitkan, tapi kita tgk la sendiri Islam. Bila yang memerintah bukan penganut yang baik, apa yang ko nampak dsini? sistem kapitalisme memang akan melonjak naik sebab mereka berTuhankan duit dan memang senang untuk menganut ajaran DUIT.

in the better way of communist, aku nak kaitkan dgn sustainable developement.
pembangunan bukan perkara yang baik dalam konsep biocapcity.

Anonymous said...

"pembangunan bukan perkara baik dalam konsep biocapacity"

bergantung kepada cara pengurusan jugak. macam yang kau maksudkan kat atas jugak, kalau orang yang menguruskan pembangunan tu baik, berfikiran matang, ambil kira kesan jangka panjang, then development will not become a burden, kalau masih jadi beban sekali pun, mungkin jadi beban yang masih tolerable.

aku separuh setuju dengan apa yang kau tulis, penganut yang baik akan memerintah dengan cara yang baik, tapi ideologi pun, yang jadi fundamental pun kena baik juga. Kalau fundamental dah kacau, sebaik mana pun pengamal dia nanti takkan menjadi jugak.

Secara terus terang, aku sokong Islamic ideology, yang pure. Tapi kalau nak amalkan Islamic pure, based on Sunnah and Al Quran, semua teori2 dan hegemoni Barat terpaksa ditolak (demokrasi, liberalisasi, republic). Cuba tengok macam mana Islam bertahan sebelum kecundang? Sebab cuma ada satu Khalifah. Sedangkan seluruh dunia dah diasuh, disumbatkan dalam kepala dorang, demokrasi, dan segala macam doktrin dari Barat adalah yang terbaik. Sistem Khalifah dengan mudahnya akan dilabel sebagai totalitarianism atau diktator.

Anyway, i'm aware about your mother. I'm praying she'll be fine.

Sebenarnya, aku masih mencari diri juga, dalam kekalutan dunia sekarang.

Myth said...

fundamentally for communist to me is something yang baik, of coz cara Islam tak perlu dipertikaikan lagi.
For communist, diorang mempertahankan daulah golongan pekerja. And of coz, macam Islam, diorang gak menggunakan sistem 1 pemerintah. But macam ko cakap, kalau pemerintah tu memang rosak, semuanya hancur.

Secara amnya, kita dah tewas pada pembangunan sebab kebanyaknnya bukan lagi pada keperluan,tapi kehendak. Memang pada pengurusan yang bagus, semua ni dapat di reduce. Tapi pada tahun 1970 camtu, kita dah melintasi garisan biocapacity, literally increasing twice per year. It actually almost impossible untuk kita berpatah balik pada limit yang betul. Nanti aku akan buat entry pasal biocapacity. Cuma now xsempat sbb bz dgn exam.

preview: semua ni bermula bila Newton menganggap semua tindak balas kat dunia ni adalah mesin,digerakkan oleh gear dan disebabkan oleh gear yang lain (aku tak tau gear dalam bm apa...). and lastly, dia berpunca dari 1 source yg muktamad, Prime Mover yakni Tuhan. Namun, orang telah salah interprete, so menganggap bahawa dunia ini adalh mesin yang boleh digunakan sepenuhnya oleh manusia. Man-centre view. Then, as perlumbaan teknologi berterusan disertai peluang untuk keuntungan, the sustainable development decrease, vanish. Benda ni masih berterusan, the worst part is bila sekolah, universiti mengamalkan sistem mekanistik dan mengabaikan holistik. Disini,pelajar diajar menjdai produk, bukan 'manusia yang berfikir'. So, just imagine budak2 yang mengambil akaun,bisnes. They wont think abaout this thing because they were set as a product. Unless segelintir yang ada kesedaran untuk menukar arus ini. Tapi xramai..

Berbalik pada ideologisme, pegang la pada ajaran mana pun. kalau orang tu tak amalkan dengan hati, memang xda 1 pun cara yang selamat bagi sesuatu negara. Bagi aku, ideologisme apa pun xpenting. sebab kita kena selamatkan hati seseorang itu dulu.


Thanx dude/sis (aku xtau jantina ko...) apa2 yg besar psl dia mmg aku akan update lagi.

kenapa ko pakai anon..xseronok ah camtu..

nyway, its good to discuss like this.