20100427

Kertas pertama

Hari ini, 27 April 2010.
SFES 3317. Sains Dan Agama
Noorkhallaf Noorazlan
SEM 070031


Ketika itu, waktu cerah.
Matahari kelihatan indah, sebelum subuh aku melihat alam enak diulit mimpi,
Kedengaran siulan-siulan unggas bercengkerama di kala purnama hampir penuh,
Bunyi-bunyian salur pernafasan yang tersekat menyahut umpama Lontong di Gunung Tahan,
Ini adalah keindahan, Kesunyian, Kerinduan yang dicintai sufi.

Ibadah itu besar maknanya
Ilmu itu adalah ayat Tuhan!
Aku menyeru Roh Einstein yang masih butuh mencari ketuhanan di sebalik hukum fizik yang eksponential rumitnya
Aku menyeru mimpi Dawkins yang mengidamkan lobus portes ketuhanan,
Kamu tidak silap, kamu juga tidak betul
Namun kamu mempunyai semantik dan citarasa tersendiri
Anggun!
Kamu di Barat, Kamu di Timur, namun tidak bertempur
Ini juga keindahan, Ini adalah nikmat mengkaji ketuhanan Spinoza.

Debaran itu tidak terasa
Wajah manis dia mengubah semuanya
Namun dia masih mengigil
TIDAK!
Aku takkan izinkan perselisihan Galileo dan Gereja berulang
Aku takkan biarkan Socertes minum lagi racun lagi

Didalam dewan itu keras
Didalam dewan itu beku
Didalam dewan itu sunyi
Dan aku tewas kepada masa....

Macam celaka, bagi 7 soalan jawab 6, tapi 2jam je. Last year 7 soalan, tapi jawab 3. Memang majoriti xdapat kowt... Kebabian melanda hati.
Sian Nisa..dah la ada 2 paper hari ni..haish...

3 comments:

milah hasan said...

huhu.. sabor2.. btw.. good luck paper2 laen ye.. huhu

ily said...

aku nyer paper geologi lagi cam cilakak. 10 soklan, bahagian A n Bahagian B, either bahagian masing2 sila jwab 3.6 soklan 2 jam.wtf

Myth said...

milah: huhu..trimas atas dorongan anda

ily: eh,jom r gay sekali. ko buat gak sajak ko.