20101127

hiatus

I wish I could write and write more for fun. Tapi,rona-rona oblongata ku dipenuhi dengan maxwell equation,newtonian dan juga sedikit kesesatan dalam brillouin zone.







Dan post pertama melalui xperia x10i.
Wohoo!!!!
Published with Blogger-droid v1.6.5

20101116

Peraturan Korban yang terlupa

Owh I should post this much much earlier. Ingat nak post-kan kelmarin atau semalam. Tapi terlajak sampai malam raya. Anyway, its never too late. Kalau ada salah silap, tahun depan jangan buat.




Jumaat lepas, khatib kat Masjid Al-Azim bagi khutbah mengenai Hari Raya Korban. Selalu khutbah jumaat bosan. Sangat-sangat bosan. Tapi nasib baik khatib kali ni bukan takat baca teks khutbah.

Mungkin ada yang tak tau atau tak jelas tentang beberapa tradisi yang biasa dibuat semasa korban dijalankan. Aku sendiri baru tau tentang ni masa jumaat lepas. Tima kasih banyak-banyak abang khatib. Tanpa anda, rasanya amasih ramai yang buat kesilapa yang sama.

Rasanya macam dah kebiasaan akan terjadi semasa Raya Korban camni;

"Eh Mail, esok kau datang la eh kat balai raya. Tahun ni ada dua ekor lembu, pastu tadi boleh plak Si Sayid saudagar gula tu tambah tiga ekor kambing. Tak cukup tangan kita nanti nak semelih. Nak lapah lagi. Nak makan tu takyah citer la, ramai yang takat datang bawak badan dan mulut je" pinta Bilal Rashid.


"Aaa.. boleh-boleh Lal. Tapi kalau boleh..aku nak minta arr ekor lembu sket. Tak dapat ekor, kepala ke... Dapat lidah pun cantik gak. Tapi paling best dapat 'torpedo' arr Lal. Aku selalu sejuk-sejuk badan. Boleh Lal?" ujar Mail sambil tersengih-sengih, memandang dengan mata yang kuyu ke arah Bilal Rashid.


"Haha. Kau ni Mail.. Baru 3 bulan nikah dengan Si Timah Janda tu tak kan dah kena cari 'torpedo'? Ish..ha, boleh la. Dua 'torpedo' besar aku leh bagi. Tiga 'torpedo' kecik tu aku tak pasti lagi la. Sayid tu dengarnya nak tambah masjid lagi. Kau paham-paham la kan?" balas Bilal Rashid. Geram pula dia memikirkan tentang si Sayid tu. Tak cukup tiga, nak juga juga ikut sunnah Nabi. Sunnah lain tolak tepi.


"La..jangan la camtu Lal. Betul la badan aku sejuk-sejuk. Apa-apa pun terima kasih la Lal, Nanti esok sebelum subuh aku datang ke balai. Satu pun cukup Lal. Mana la tau ada lagi orang kampung yang sejuk-sejuk badan" jawab Mail sambil berguling-guling di atas jalan raya untuk menutup mukanya yang kemerah-merahan.


"Sebelum subuh kepala hotak kau!. Kalau ye kemaruk pun, tunggu la lepas solat sunat. Aku potong torpedo kau kang"









Torpedo yang akan diterima oleh Mail itu adalah haram. Haram hukumnya memberi upah kepada tukang sembelih, tukang lapah, atau sesiapa yang bekerja pada hari itu jika membayarnya dengan mana-mana bahagian haiwan korban. Daging korban dan mana-mana bahagian haiwan korban tersebut harus diagih sama rata tanpa prejudis, tanpa mengenal kroni. Tak kisah la walaupun dia buat banyak kerja pun, kalau nak bagi upah, perlu diberi dengan duit atau apa-apa barang lain.

Aku sendiri pernah diberi upah dengan daging korban oleh orang masjid sebab tolong tekel lembu sampai jatuh lapah daging. Aku rasa benda ni memang ramai yang tak tau pasal ni. Takpe..kalau benda dah lepas, biar la lepas.

Seeloknya, bahagian-bahagian yang limited dan mantap elok dimasak dan dinikmati bersama-sama dengan penduduk sekitar. Adalah haram juga jika yang hadir ke majlis makan ringkas tu hanya orang-orang surau dan orang-orang yang terlibat dalam kerja-kerja sembelih dan lapah, orang-orang lain tak dijemput.

Sharing is caring bebeh.

Selain itu, satu lagi insiden yang ada info menarik;

"Dollah, kulit lembu yang korban siang tadi kami pihak surau ingat nak bagi kat kau sekeluarga. Mudah-mudahan dapat menyenangkan sedikit kau dan keluarga kau nanti" ujar Bilal Rashid kepada Dollah Angguk. Dollah Angguk adalah antara orang-orang susah di Kampung Pencil. Hidupnya kais pagi, makan pagi, Kais petang tapau buat makan malam. Tambahan pula, minggu lepas Dollah Angguk jatuh dalam parit sewaktu merempit dengan basikal cabuknya di depan tanah perkuburan, di waktu tengah malam. Patah kaki keluarga Dollah Angguk bila Dollah angguk tidak dapat bekerja.


"Hey Lal! Kau jangan nak hina aku dengan keluarga aku! Walaupun aku dan keluarga aku hidup susah, tak tergamak kami nak makan kulit lembu tu. Kalau kau bagi kami tulang ke, hati ke, boleh lagi la kami terima buat makan. Ini kulit Lal! Aku rebus tujuh hari tujuh malam pun liat lagi. Sampai hati kau buat aku camni Lal. Aku tau la aku ni hina lagi dina, mulia sikit dari zina" marah Dollah Angguk sambil bahunya terhinggut-hinggut menahan hingusnya yang mula meleleh keluar.


"Kau kang aku sepak pakai microfon surau tu nak? Nak emo-emo lak dah tua bangka ni. Cuba la dengar dulu apa yang aku nak cakap. Ni, kulit tu kami nak bagi kat kau, tapi kami jual la dulu kat pekan nun, Duit jualan kulit tu nanti kau amik la untuk tampung sikit hidup kau. Ya Allah..HEYY!! Aku takik gak kang pakai tanduk lembu kang!" balas Bilal Rashid. Datang bulan barangkali mereka berdua.


"Eh, owhh....boleh eh camtu Lal? Aku minta maaf la Lal. Aku tak tau. Hehe. Alolo Lal, jangan la marah. Tak chumil la abang Bilal bila marah-marah camni. I lap u la Lal"


Tapi kebiasaannya kulit lembu orang akan tanam kan? Tapi lagi elok kalau jual dan beri pada mereka yang memerlukan. Taiik lembu tu aku tak tau la camne. Nak buat baja boleh kot. Jual pun ada gak orang beli. Darah lembu? Orang afrika campur dengan susu segar lembu dan minum. Lemak berkrim siot!!

Dan dalam kesempatan ini. Saya (dan incik lumbu) ingin mengucapkan..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha!!






p/s: Biar berkorban jangan terkorban

20101112

My Last Wish

Bilakah masa yang sesuai untuk mati?

Its always being a variable to us. Hari ni kau kata kau nak mati dah esok. Sedangkan semalam kau mebuak-buak untuk mencapai cita-cita kelmarin. Dah memang manusia hatinya sentiasa berubah.

Bagi aku...aku dah fikir masak-masak. Aku nak mati bila anak-anak aku dah boleh survive, berdikari. Aku nak mati bila ahli keluarga aku dah selamat dengan hidup masing-masing.

Aku pasti arwah mak aku juga rasa macam tu. Aku kena tunaikan pandangan dia terhadap anak-anak dia.

Lagu ni aku kerap dengar sekarang. Cuba lah.
Bila aku dengar, aku rasa  mama ada kat sebelah aku. Lagu ni dicipta oleh James 'The Rev' Sullivan, few months before dia sendiri mati. Its a perfect song for those who wants to stands tall after the gone of someone important.


Now I think I understand
How this world can overcome a man
Like a friend we saw it through
In the end I gave my life for you

Gave you all I had to give
Found a place for me to rest my head
While I may be hard to find
Heard there's peace just on the other side

Not that I could
Or that I would
Let it burn
Under my skin
Let it burn

Left this life to set me free
Took a piece of you inside of me
All this hurt can finally fade
Promise me you'll never feel afraid

Not that I could
Or that I would
Let it burn
Under my skin
Let it burn

I hope it's worth it
Here on the highway, yeah
I know you'll find your own way
When I'm not with you
So tell everybody
The ones who walk beside me, yeah
I hope you'll find your own way 
When I'm not with you tonight

I hope it's worth it
What's left behind me, yeah
I know you'll find your own way
When I'm not with you
So tell everybody
The ones who walk beside me, yeah
I know you'll find your own way 
When I'm not with you tonight

20101108

Legasi Maruah Lelaki: Flirting

Sedang relax-relax kat rumah kampung tunggu nenek balik dari pergi beronggeng ke mana entah, aku blogwalking la. Ayah aku suh aku bersenam, kira blogwalking ni pun bersenam gak la, dari segi otak dan juga jari. Penat siot. Haha.

Ms. LoveyDoveyDoo ada entry baru. Quite interesting walaupun pendek je post dia. Post yang aku rasa dia agak emo masa tengah menulis. LOL.

But it catch my attention. Here's the link.



Entry tersebut adalah mengenai kecurangan si suami walaupun baru berkhawin. Entry yang agak serius sebagai lelaki. Lebih-lebih lagi bagi yang memang belum apa-apa dah ada niat nak poligami. Wau! Niat yang baik tu. Nak teruskan sunnah Nabi? Memang mulia.







Tapi tak mulia kalau dah kalau poligami berasaskan nafsu takde mata. Tapi macam mana kalau kecurangan atau niat poligami itu adalah berasaskan nilai survival yang kita tak sedar memang ada dalam setiap diri lelaki?

Dan survival itu pula biasanya akan diaktifkan selepas khawin. Bukannya sebelum khawin. Now, nak salahkan perkhawinan pula?

Apa sebenarnya survival instinct tersebut?

Maruah seorang lelaki. Lelaki memang hidupan ciptaan Tuhan yang terkenal dengan mementingkan maruah dan ego yang tinggi. Kenapa? Untuk survive. Kalau lelaki secara semulajadi tiada maruah dan ego, maka kemungkinan spesis manusia memang dah lama pupus.

Bukan nak mengeji perempuan. Tapi memang hakikatnya kudrat seorang perempuan adalah lemah. Maruah dan ego ni lahir hasil survival manusia dengan hidupan liar pada zaman dahulu. Ego dan maruah berfungsi sebagai catalyzer, bahan ransangan peransang kepada kekuatan lelaki.

Ada yang nak betah, kenapa bukan kasih sayang yang menjadi peransang kepada lelaki? Memang ada. Tapi memang lumrah manusia, fitrah untuk lebih meberatkan nilai kiri dari nilai yang kanan. Baik perlu gaya, jahat penuh gaya.

Dalam kes moden seperti ini. Lelaki tergugat dari segi segala-galanya bila pasangannya:

  • Sang Isteri mempunyai kerjaya yang lebih baik.
  • Sang Isteri mempunyai pendapatan yang lebih baik.
  • Sang Isteri seorang wanita yang dominan.
  • Sang Isteri mempunyai pangkat lagi tinggi
  • Sang Isteri beraksi lagi baik di atas ranjang. Baik tukar jantina beb!



Bila terjadi mana-mana, atau lebih dari satu, maka maruah dan ego lelaki terus tergugat dan nilai estetika lelaki jatuh menjunam. Testeron jauh berkurangan sehingga hormon estrogen hampir menguasai lelaki. Dalam keadaan camni, dalam menentukan kemandirian seseorang lelaki yang juga akan menentukan masa depan.



Sebagai respon untuk menunjukkan kelakian seseorang lelaki, dia akan flirt. Memang hasil kajian menunjukkan dengan flirting, ia akan boost up testeron lelaki, menaikkan keyakinan lelaki, dan pelbagai lagi yang menjadikan lelaki itu seorang lelaki megikut kehendak fitrah alam.

Lokman Dato Amin, kawan aku dari zaman matrix KMPK sehingga la kat UM ni, pernah buat presentation pasal flirting and its rocks! Mana dia dapat fakta aku pun tak tau, tapi fakta dia memang terbaik la. Post ni pun aku dapat banyak ilham dari dia. Dia kata, flirt tak salah selagi tak merosakkan perasaan sesiapa. Biar flirt ada limit. And flirt adalah kaedah paling mudah untuk jadikan seorang lelaki ada keyakinan yang tinggi.

Dan aku rasa, dia dan Jay Xavier John juga adalah contoh yang terbaik.

Aku akui, zaman sekarang wanita makin maju menyaingi lelaki setelah unsur genderisme kian terhapus dari stigma dunia. Tapi adakah dengan keadilan ini akan menghasilkan dunia yang lebih baik?

Aku rasa, perempuan kalau pangkat dan darjat tinggi mana pun, perlu (read: terpaksa) rendah diri terhadap si suami kalau betul pada sebab. Nak buat camne, dah memang syurga Isteri dibawah tapak kaki Suami.

Dan sebab ini juga dalam Islam, kalau memilih pasangan, pasangan haruslah sekufu. Sekufu bermaksud sama darjat, bersesuaian, serasi. Cuba bayangkan kalau Ivanka Trump jatuh cinta kat aku and kami khawin. Aku rasa seminggu pastu ade gak aku kena pecat dengan bapak dia. Aku sedar aku sapa.














Ivanka Trump Beb! Lagi tinggi darjat dari Liyana Jasmay dengan Lisa Surihani.

















I hope this can answer some of women question bout men. Dan untuk lelaki pun, ini bukan lesen kepada anda untuk flirt dan curang. Flirt takpe, curang jangan. Niat mesti betul, bukan nak jahanamkan anak dara orang.

So, nak salahkan siapa kalau si suami curang dalam hal ni?









20101105

Secara rawak tetapi tepat pada hakikat



Aku teringat masa tarikh 20.10.2010. Masa tu aku on the way ke hospital selepas dapat panggilan dari ICU. As usual, aku pasang MP3 atas scooter. Song was play by random.

And it hit me. Lagu-lagu yang terpilih memang lagu yang berpuaka untuk aku. Dari first time aku dengar lagu-lagu tu, then sampai hari ni, aku akan teringat susunan lagu yang dimainkan ketika itu.

First song: Dear God

Second Song: Warmness On The Soul

Third Song: Invisible

Hell, pastu memang sampai terus ke hospital. Kalau kau cuba baca lirik-lirik dia, memang rasa haunted sangat. Sangat-sangat haunted sebab kebetulan tu sangat menakutkan. Even sampai sekarang kalau dengar lagu-lagu ni, aku duduk diam-diam, dengar sampai habis. Selalu dengar sambil baca buku or atas motor je.

Cuba la baca lirik dia. Then imagine apa rasa bila pas tu kau dapat tahu yang orang yang kau sayang dah takde. Sentap!!!

p/s: Baru balik dari kubur. Terasa nak share benda ni lak. But papehal layankan dulu.

p/s/s: Apasal takde lagu melayu? Hanya Jauhari kenal manikam. 


20101104

Mitos Matang

Boleh tak sesiapa terangkan pada aku apa maksud matang dari perspektif anda?



Dari dulu, orang selalu cakap aku tak matang dari pelbagai aspek. Dari segi kelakuan, dan dari segi rupa. Fuck. Dah muka memang tak matang, takkan aku nak tambah tatu setompok dua, kelar-kelar sikit bagi ada parut? Nampak matang macam tu?

Perempuan mencari pasangan yang matang. Sebab matang itu kelihatan menjamin keselamatan. Seperti adiwira-adiwira khayalan metafora, seperti jutawan-jutawan CEO-CEO yang gah, yang punyai karisma, keSERIUSan muktamad.

Atas dasar yang sama, lelaki juga akan tertarik (untuk bernaung, bukan berkasih!) pada lelaki yang matang. Lelaki-lelaki matang pula lebih gemar bergaul dengan mereka yang juga dalan klasifikasi sebagai matang. Memang itu lumrah manusia. Sentiasa mahu bernaung pada orang yang lebih berkuasa. Maka matang menjadi suatu elemen yang penting.

Oh, aplikasikan benda yang sama pada kaum hawa. Takut nanti ada orang kata perempuan macam mana pulak?
Lelaki dan perempuan sama sahaja. Cuma lelaki ada taste masing-masing. Ada yang suka perempuan yang garang-garang dan matang. Ada pula yang suka pada perempuan yang comel manja-manja perangai macam 5 tahun.

Aku penat gak dengar orang kutuk aku tak matang, takde aura macam Mawi, tiada simbol kelakian. Dah la gemuk, pendek lak tu. Gua ada apa beb kalau lu tengok dari luaran? Habuk pun tarak.

Tapi betul ke ke aku tak matang? Persoalannya adakah mulut-mulut yang selalu terlebih bunyi dan perkataan itu ada semasa aku menunjukkan kematangan aku? (Sumpah kedengaran lucah, tapi aku seriu masa taip ni)

Dan yang paling penting, adakah aku kena tunjuk kematangan aku selalu? Kenapa aku harus buat camtu?

Bagi aku, matang itu selalunya akan membantutkan kegembiraan. Perlu ke nak serius sepanjang masa? Bagi aku, tekanan camtu sangat tinggi. Tak mampu aku nak tangani. Lagipun dengan adanya kematangan yang tinggi, anda perlu ingat. Anda sudah ada suatu kuasa yang tinggi. Dan kuasa itu adalah suatu tanggungjawab. Cuba bila anda dah ada kuasa dan pengaruh. Kemudian, macam tak biasa la kan manusia bila dengan kuasa? Haha.

Matang ni perlu ditunjukkan bila perlu sahaja, bagi aku la. Macam bila nak tekel awek, bila nak show kat boss bahawa kau ni sangat berkaliber untuk take over tempat dia suatu hari nanti, nak show off bahawa kau calon menantu yang paling sesuai untuk Bilal Kg. Pandan. Bila dengan kawan-kawan, perlu ke nak jadi matang?

Aku rasa tak perlu la. Lain la kalau kawan tu tengah ada masalah ke. Memang patut kena pijak la kalau dalam keadaan tu kau boleh pula buat aksi-aksi monyet profesioanal Cirque de FreaK kan? Kena ikut keadaan yang sesuai, kena paham dengan keadaan di sekeliling. Macam merokok gak (yang iklan latest tak nak merokok), yang kau haram jadah merokok tak tentu hala depan orang ramai apahal? respek la sikit, pergi rokok jauh-jauh. 

"Sila jaga tatasusila kita sebagai perokok yang berdisiplin dan berwawasan!"

Sebenarnya, kalau anda melenting semasa ditegur, itu bermakna anda belum matang. Matang yang paling penting adalah menjaga emosi dan kerasionalan akal fikiran. Terutamanya pada saat-saat yang kritikal. Setiap orang pada masa yang kritikal akan jatuh. Sama ada kalah pada emosi atau tekanan yang dikenakan kepada mereka. Tapi apa membuatkan mereka manusia yang hebat, adalah berapa lama mereka jatuh sebelum mereka bangkit balik semula. Mereka mungkin jatuh agak lama, tapi emosi mereka memang di cover-line kan dengan begitu baik sampai orang ingat mereka ni tiada emosi. Memang nampak matang habest la beb! Tapi dalam hati, Tuhan je yang tahu.



Kecekapan dan effeciency dalam membuat keptuasan yang tepat juga menandakan seseorang itu matang. Selalunya orang akan gagal disini dimana dia kalah sebab terlalu dikawal dengan emosi. Dan Ego juga adalah satu emosi. Tak perlu la nak bohong, setiap orang kat sini mesti ada ego masing-masing.

Oleh itu, kematangan tidak seharusnya dinilai dari luaran dan pemakaian. Bukan dari sifat yang ditunjukkan atau pun yang di-cover-line-kan. Manusia ni muka je sama hijau, hati siapa tahu. Naik gunung nak bawa 3 rimau, turung gunung dengan 3 Miau. Selagi kita belum hidup dengan seseorang tu, jangan la nak tafsir dia matang atau tak.

So, kepada yang kata aku tak matang, aku tak itu aku tak ini. Bukan aku begitu dan tak juga aku begini. Cuma  kau tidak berkesempatan untuk melihat aku tukar jadi HULK! dalam situasi yang akan aku paparkan kematangan aku. Kerna kematangan ku amat berharga. Ewah!!


20101101

Adab selepas kematian : Sayang mulut kan?

Sekali lagi, bukan untuk menyakitkan hati sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi dan memberi pendapat.



Dalam dunia ni ada 2 jenis manusia. Yang mendengar, dan yang sombong.
-Sombong by Taufik Batisha

Naa...banyak lagi jenis manusia. But kalau nak state 1 by 1, memang jadi macam bacaan 30 juzuk la lagu tu. 

Aku ingat lagi masa hari rabu, 20:10:2010. Ada seorang hamba Allah ni call aku masa aku balik kat rumah nak bersiap untuk ke rawang bagi menguruskan badan jenazah mama. Gua hati masih luluh time tu beb. Tapi dia leh cakap camni lak: (Aku) (Hamba Allah)

"Weh myth, ko biar betul?"
"Apa yang betul? Apa-apa pun betul la"
"Weh, ko jangan main-main. Betul ke mak ko meninggal?"
"Em, dah nak balik ke rawang, nak kebumi kat sana"
"Wei sial, ko jangan main-main, betul ke mak ko meninggal?"
"Weh pundek, betul la sial! Takkan aku nak main-main pasal  mak aku mati!"
"Ok2, nanti aku call ko balik"

Sebenarnya, memang ramai gak yang cakap camtu. Aku nak marah balik pun tak leh sebab memang berita tu terlalu mengejutkan. Tapi tak payah r sampai nak mencarut dengan aku, memang aku mencarut balik r. Haha. 

Tapi lagi panas bila dengar macam ni. Berbulu aku dengar yang orang cakap:

"Eh, mak awak muda lagi la"

Itu adalah kata-kata yang akan membuat aku rasa dunia ni tak adil. Aku tak tahu dengan orang. Let say kalau parents kau meninggal pada usia yang boleh cakap masih muda (46 muda kan?), apa yang kau rasa? Percaya la..kau memang rasa nak bunuh parents orang tu lak kalau parents dia masih hidup. Kau macam nak dia rasa gak penderitaan kau.

Dah la kau cuba nak sakitkan hati aku sebab kehilangan mak pada usia yang relatifnya masih muda, kau nak langgar kontrak nyawa dengan Pencipta kau lak?

Jaga la mulut bila nak bercakap dengan orang yang baru kehilangan sesorang. Bukannya hari-hari ada family member meninggal. So, timbang rasa la ye? Its a new experience, masih belum biasa dengan keadaan macam tu.



And, I save the best for the last.

Macam mana kalau ada orang cakap camni lak

"Macam mana kat rumah sekarang? Ok tak? Rumah mesti sunyi kan sebab mak dah takde?"

"Eh, takde la unty..mana ada sunyi. Meriah je everynight. Saya buat party, jemput GRO pakai duit EPF si arwah. Tak dapat la jemput unty, kacau line nanti"

Masa awal-awal dengar memang rasa nak baling scooter kat dia. But, nasib baik anak dia lawa pastu aku diam jap, mungkin dia salah cakap. Mungkin gak dia ada maksud lain. Entah. segalanya mungkin. Baik aku fikir positive. Lagipun masih berkabung time tu.

Anyhow, ramai yang selalu tak sensitive, ada pulak yang over react pasal hal kematian. Mulalah dia yang menangis-nangis masa bagi nasihat. I mean, why? Apasal mau nangis? Kami tak nangis pun,. napa nak nangis depan kami? 

Ni merujuk pada apa yang aku alami, mungkin kat luar sana sudah ada yang peka terhadap emosi orang lain.

p/s: Haha~~ Ampun acap, ni pengajaran untuk orang lain. Tak marah kan?