20101101

Adab selepas kematian : Sayang mulut kan?

Sekali lagi, bukan untuk menyakitkan hati sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi dan memberi pendapat.



Dalam dunia ni ada 2 jenis manusia. Yang mendengar, dan yang sombong.
-Sombong by Taufik Batisha

Naa...banyak lagi jenis manusia. But kalau nak state 1 by 1, memang jadi macam bacaan 30 juzuk la lagu tu. 

Aku ingat lagi masa hari rabu, 20:10:2010. Ada seorang hamba Allah ni call aku masa aku balik kat rumah nak bersiap untuk ke rawang bagi menguruskan badan jenazah mama. Gua hati masih luluh time tu beb. Tapi dia leh cakap camni lak: (Aku) (Hamba Allah)

"Weh myth, ko biar betul?"
"Apa yang betul? Apa-apa pun betul la"
"Weh, ko jangan main-main. Betul ke mak ko meninggal?"
"Em, dah nak balik ke rawang, nak kebumi kat sana"
"Wei sial, ko jangan main-main, betul ke mak ko meninggal?"
"Weh pundek, betul la sial! Takkan aku nak main-main pasal  mak aku mati!"
"Ok2, nanti aku call ko balik"

Sebenarnya, memang ramai gak yang cakap camtu. Aku nak marah balik pun tak leh sebab memang berita tu terlalu mengejutkan. Tapi tak payah r sampai nak mencarut dengan aku, memang aku mencarut balik r. Haha. 

Tapi lagi panas bila dengar macam ni. Berbulu aku dengar yang orang cakap:

"Eh, mak awak muda lagi la"

Itu adalah kata-kata yang akan membuat aku rasa dunia ni tak adil. Aku tak tahu dengan orang. Let say kalau parents kau meninggal pada usia yang boleh cakap masih muda (46 muda kan?), apa yang kau rasa? Percaya la..kau memang rasa nak bunuh parents orang tu lak kalau parents dia masih hidup. Kau macam nak dia rasa gak penderitaan kau.

Dah la kau cuba nak sakitkan hati aku sebab kehilangan mak pada usia yang relatifnya masih muda, kau nak langgar kontrak nyawa dengan Pencipta kau lak?

Jaga la mulut bila nak bercakap dengan orang yang baru kehilangan sesorang. Bukannya hari-hari ada family member meninggal. So, timbang rasa la ye? Its a new experience, masih belum biasa dengan keadaan macam tu.



And, I save the best for the last.

Macam mana kalau ada orang cakap camni lak

"Macam mana kat rumah sekarang? Ok tak? Rumah mesti sunyi kan sebab mak dah takde?"

"Eh, takde la unty..mana ada sunyi. Meriah je everynight. Saya buat party, jemput GRO pakai duit EPF si arwah. Tak dapat la jemput unty, kacau line nanti"

Masa awal-awal dengar memang rasa nak baling scooter kat dia. But, nasib baik anak dia lawa pastu aku diam jap, mungkin dia salah cakap. Mungkin gak dia ada maksud lain. Entah. segalanya mungkin. Baik aku fikir positive. Lagipun masih berkabung time tu.

Anyhow, ramai yang selalu tak sensitive, ada pulak yang over react pasal hal kematian. Mulalah dia yang menangis-nangis masa bagi nasihat. I mean, why? Apasal mau nangis? Kami tak nangis pun,. napa nak nangis depan kami? 

Ni merujuk pada apa yang aku alami, mungkin kat luar sana sudah ada yang peka terhadap emosi orang lain.

p/s: Haha~~ Ampun acap, ni pengajaran untuk orang lain. Tak marah kan?



10 comments:

malcolmx_87 said...

no hard feeling, some ppl are just insensitive. kekurangan saraf sakit, panas dan sentuh-- maka diorang numb aje

ily said...

kalap..
just kick their ass okeyh?

milah hasan said...

inilah dunia. tiada yang kekal. yang pergi biarkan pergi. yang hidup teruskan hidup. redha aje la. ape lagi. live your life kalap. kepada yang bermulut-macam-tak-boleh-nak-fikir-perasaan-orang tuh, lain kali kau kunyitkan ajeh. biar mulut dia kuning! kalau cili kan, tipikal sangat la pulak. huu~ ok, oldebes! :)

Anonymous said...

This is very fine web site, thank you and look at that [url=http;//ciufcia.pl]gry dla dzieci[/url]

Anonymous said...

hahah...sial kalap

Myth said...

Malc: Haha~~ Mana boleh no hard feeling that time

Ily: Xleh r..anak dia lawa

Milah: Kalau ku buat begitu, leh masak tak mulut dia? Naaww...aku tak rasa nak hidup untuk diri sendiri now

Anon: gapo mu kecek ni wehh?

Acap: Haha~~ sapa suh ko cakap camtu hari tu.

Anonymous said...

ye r....mesti r aku x caye ngok

Myth said...

Ah, takdenye aku nak kencing pasal tu.... Xsanggup aku nak mempermainkan hal-hal kematian ni

ily said...

WIN.

Myth said...

epic!