20101116

Peraturan Korban yang terlupa

Owh I should post this much much earlier. Ingat nak post-kan kelmarin atau semalam. Tapi terlajak sampai malam raya. Anyway, its never too late. Kalau ada salah silap, tahun depan jangan buat.




Jumaat lepas, khatib kat Masjid Al-Azim bagi khutbah mengenai Hari Raya Korban. Selalu khutbah jumaat bosan. Sangat-sangat bosan. Tapi nasib baik khatib kali ni bukan takat baca teks khutbah.

Mungkin ada yang tak tau atau tak jelas tentang beberapa tradisi yang biasa dibuat semasa korban dijalankan. Aku sendiri baru tau tentang ni masa jumaat lepas. Tima kasih banyak-banyak abang khatib. Tanpa anda, rasanya amasih ramai yang buat kesilapa yang sama.

Rasanya macam dah kebiasaan akan terjadi semasa Raya Korban camni;

"Eh Mail, esok kau datang la eh kat balai raya. Tahun ni ada dua ekor lembu, pastu tadi boleh plak Si Sayid saudagar gula tu tambah tiga ekor kambing. Tak cukup tangan kita nanti nak semelih. Nak lapah lagi. Nak makan tu takyah citer la, ramai yang takat datang bawak badan dan mulut je" pinta Bilal Rashid.


"Aaa.. boleh-boleh Lal. Tapi kalau boleh..aku nak minta arr ekor lembu sket. Tak dapat ekor, kepala ke... Dapat lidah pun cantik gak. Tapi paling best dapat 'torpedo' arr Lal. Aku selalu sejuk-sejuk badan. Boleh Lal?" ujar Mail sambil tersengih-sengih, memandang dengan mata yang kuyu ke arah Bilal Rashid.


"Haha. Kau ni Mail.. Baru 3 bulan nikah dengan Si Timah Janda tu tak kan dah kena cari 'torpedo'? Ish..ha, boleh la. Dua 'torpedo' besar aku leh bagi. Tiga 'torpedo' kecik tu aku tak pasti lagi la. Sayid tu dengarnya nak tambah masjid lagi. Kau paham-paham la kan?" balas Bilal Rashid. Geram pula dia memikirkan tentang si Sayid tu. Tak cukup tiga, nak juga juga ikut sunnah Nabi. Sunnah lain tolak tepi.


"La..jangan la camtu Lal. Betul la badan aku sejuk-sejuk. Apa-apa pun terima kasih la Lal, Nanti esok sebelum subuh aku datang ke balai. Satu pun cukup Lal. Mana la tau ada lagi orang kampung yang sejuk-sejuk badan" jawab Mail sambil berguling-guling di atas jalan raya untuk menutup mukanya yang kemerah-merahan.


"Sebelum subuh kepala hotak kau!. Kalau ye kemaruk pun, tunggu la lepas solat sunat. Aku potong torpedo kau kang"









Torpedo yang akan diterima oleh Mail itu adalah haram. Haram hukumnya memberi upah kepada tukang sembelih, tukang lapah, atau sesiapa yang bekerja pada hari itu jika membayarnya dengan mana-mana bahagian haiwan korban. Daging korban dan mana-mana bahagian haiwan korban tersebut harus diagih sama rata tanpa prejudis, tanpa mengenal kroni. Tak kisah la walaupun dia buat banyak kerja pun, kalau nak bagi upah, perlu diberi dengan duit atau apa-apa barang lain.

Aku sendiri pernah diberi upah dengan daging korban oleh orang masjid sebab tolong tekel lembu sampai jatuh lapah daging. Aku rasa benda ni memang ramai yang tak tau pasal ni. Takpe..kalau benda dah lepas, biar la lepas.

Seeloknya, bahagian-bahagian yang limited dan mantap elok dimasak dan dinikmati bersama-sama dengan penduduk sekitar. Adalah haram juga jika yang hadir ke majlis makan ringkas tu hanya orang-orang surau dan orang-orang yang terlibat dalam kerja-kerja sembelih dan lapah, orang-orang lain tak dijemput.

Sharing is caring bebeh.

Selain itu, satu lagi insiden yang ada info menarik;

"Dollah, kulit lembu yang korban siang tadi kami pihak surau ingat nak bagi kat kau sekeluarga. Mudah-mudahan dapat menyenangkan sedikit kau dan keluarga kau nanti" ujar Bilal Rashid kepada Dollah Angguk. Dollah Angguk adalah antara orang-orang susah di Kampung Pencil. Hidupnya kais pagi, makan pagi, Kais petang tapau buat makan malam. Tambahan pula, minggu lepas Dollah Angguk jatuh dalam parit sewaktu merempit dengan basikal cabuknya di depan tanah perkuburan, di waktu tengah malam. Patah kaki keluarga Dollah Angguk bila Dollah angguk tidak dapat bekerja.


"Hey Lal! Kau jangan nak hina aku dengan keluarga aku! Walaupun aku dan keluarga aku hidup susah, tak tergamak kami nak makan kulit lembu tu. Kalau kau bagi kami tulang ke, hati ke, boleh lagi la kami terima buat makan. Ini kulit Lal! Aku rebus tujuh hari tujuh malam pun liat lagi. Sampai hati kau buat aku camni Lal. Aku tau la aku ni hina lagi dina, mulia sikit dari zina" marah Dollah Angguk sambil bahunya terhinggut-hinggut menahan hingusnya yang mula meleleh keluar.


"Kau kang aku sepak pakai microfon surau tu nak? Nak emo-emo lak dah tua bangka ni. Cuba la dengar dulu apa yang aku nak cakap. Ni, kulit tu kami nak bagi kat kau, tapi kami jual la dulu kat pekan nun, Duit jualan kulit tu nanti kau amik la untuk tampung sikit hidup kau. Ya Allah..HEYY!! Aku takik gak kang pakai tanduk lembu kang!" balas Bilal Rashid. Datang bulan barangkali mereka berdua.


"Eh, owhh....boleh eh camtu Lal? Aku minta maaf la Lal. Aku tak tau. Hehe. Alolo Lal, jangan la marah. Tak chumil la abang Bilal bila marah-marah camni. I lap u la Lal"


Tapi kebiasaannya kulit lembu orang akan tanam kan? Tapi lagi elok kalau jual dan beri pada mereka yang memerlukan. Taiik lembu tu aku tak tau la camne. Nak buat baja boleh kot. Jual pun ada gak orang beli. Darah lembu? Orang afrika campur dengan susu segar lembu dan minum. Lemak berkrim siot!!

Dan dalam kesempatan ini. Saya (dan incik lumbu) ingin mengucapkan..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha!!






p/s: Biar berkorban jangan terkorban

3 comments:

Sandy Sasaki said...

hahaha. pasal taik lembu pon nak ckp :p

Myth said...

Haha.. Asal? Xpuas ati?

Xde la...kalau kulit boleh jual and hasilnya diberi, what about the dang?

ch!natsu said...

nice... =)