20100915

Another side of theorem 2: Untitled


Ok, celaka betul ter-install balik Counter Strike. Dah la Ter-install Source. Sumpah gambar macam nak minta kena jilat.
Nanti bila ada idea bombastik, aku tulis.....

Bwahaha~~

20100914

They Burn the Qoran. They burn it down.

11th September. Sempena ulang tahun runtuhnya WTC, abang Pastor Terry Jones mengishtiharkan hari itu adalah hari untuk membakar Al-Quran. 

Niatnya tak kesampai. Anak dia kata abang Terry sebenarnya sakit otak. Tak boleh main api, nanti terbakar jari. Walaupun bagi pihak gereja Terry (dia buat gereja dia sendiri, kan?) dah batalkan, tapi ada juga yang teruskan membakar.

Tapi aku suka sebab aku dengar diorang bakar sampai jadi abu.

Untuk aku, dari kecik aku diajar bila ada kertas yang mempunyai ayat-ayat Al-Quran, kita tak boleh buang sesuka hati. Bimbang nanti-nanti terpijak, terkena benda-benda kotor. So yang terbaik ialah kita bakar. Itu apa yang di ajar turun temurun la dari mak aku, nenek aku. Ade juga uztazah bertauliah ajar benda yang sama.

Kalau tak, ok, korang boleh simpan di tempat yang diyakini selamat. Alhamdullillah. Cuma, jangan nanti korang jadi Hoarders. Its not really a bad thing, cuma...pandai-pandai la bila masyarakat membuang kau.

Bagi aku, tindakan memprotes sambil membakar ni, betul-betul keanakan. Macam, apa implikasi dia? Kalau betul dia rasa marah dengan umat Islam, perkara terbaik untuk dia luahkan kemarahan dia adalah dengan memurtadkan, merosakkan aqidah umat Islam.

Al-Quran itu bagi aku, tempatnya hanya lah dihati dan di akal. Sebab Al-quran bila kita tak guna, lagi bersalah dari membakar Al-Quran. 

Sebelum kita nak marah, nak buat bantahan secara keras ke apa, baik lah kita berdiri depan cermin milik Ibu tiri Cinderella (eh, ikut cerita, cermin rtu dipecahkan, tapi serpihan dia boleh buat cermin kecik kan, kan?) dan tanya

"Mirror mirror on the wall, who really guilty? Those who burn or those who said they were Islam but didnt understand the word of God?"

Some akan cakap, aku ni memang dah patut kena rejam sambil kena sula bertubi-tubi sebab tak nak pertahankan agama yang sedang dihina.

Setahu akulah, dalam Islam, peperangan dibenarkan untuk mempertahankan agama dan tempat tinggal. Ok, mungkin mengekalkan kesucian agama Islam itu juga termasuk dalam mempertahankan agama. But like I said before, kita nak menentang semua ni, kalau kita menang pun, adakah kita akan berubah menjadi lebih baik?

Langsung tak.
We all are human. kadang-kadang kita akan datang bulan, emo tak tentu pasal, takda rasional lansung. Itu buatkan manusia adalah makhluk paling teruk banding dengan haiwan. Hormatilah diri sendiri seperti mana Tuhan menghormati kita sebagai makhluk ciptaannya yang terbaik.

Pergh, boleh jadi ustaz dah ni.

20100913

Bathroom Manner Differs


Typical, typical.
Sure mereka yang berjantina lelaki pernah mengalami situasi macam ni. Tak kisah la teman kawan atau awek. Potong jari la kalau diorang masuk dan keluar sebelum orang lelaki keluar.

But, kita tak boleh salahkan perempuan. Sebenarnya kita kena bersyukur kalau ada awek (preferable isteri) yang suka duduk lama-lama dalam toilet. Kenapa?

Sebab mereka sangat menjaga tata tertib kebersihan. Semua nak kena cuci dulu. Mereka menjaga kebersihan vagina. Kalau tak nanti mungkin ada masalah keputihan, bau-bauan yang kurang menyenangkan, atau siflis (yeke??). Diorang menjaga semua ni pun untuk kaum lelaki juga. Nanti you guys gak nak pakai lama.

They have to take extra precautiouns sebab kedudukan vagina dan lubang jubor adalah dekat. Plus kalau yang jenis subur tu kadang-kadang air mazi lagi. Benda-benda tu perlu dibersihkan untuk keselesaan.

Well, yes entry ni lucah. But its the informasi that you need. Untuk adik-adik perempuan yang tak buat macam ni, sila la start buat ye. kalau tak nanti malam pertama dah kena cerai. Adik-adik tak nak kan? Adik-adik taknak  jadi macam Roslin Hashim kan? Kan?

And yeah, yang lelaki pun, kalau boleh jangan la guna tempat kencing tu. Bila you guys tembak kat situ, air kencing tu percik sikit balik. Pastu baik punya ada sisa sikit kena kat spender. Terbaik kan? Selalu plak pastu tak cuci tangan. Then usap-usap pipi awek/bini yang gebu. 

another side of theorem 1: Untitled




OK, Ill start uploading some of my work.
Feel free to critizise

More Vampire Manipulation

20100912

Generousity Without a brain is a...


Honestly, how stupid can she be?
LOL

Kamu paham kan mesej gambar ni?

Raya Questionnaire

Memang jadi resam kita akan keliru di mana Agama, di mana tradisi. Aidilfitri yang kita sambut ni bukanlah Aidilfitri yang Baginda sambut dulu. And yeah, kita takda apa-apa kitab atau Diari Rogayah yang menceritakan tentang sambutan hari raya masa Islam mula-mula masuk ke Tanah Melayu.


Honestly, takkan lah masa masuk-masuk je Islam, masa first time kita sambut raya dah ada kuih raya, ketupat dan lemang? I really dont think so. There's gotto be someone who will be credit for being a pioneer, yang memulakan juadah-juadah ni. Dia layak dapat pangkat Dato.


Dan juga baju melayu. Aku tak suka baju melayu sebab kain dia licin, buat bulu roma aku berdiri and panas bila pakai. And yes, the best thing about tradition is You must follow it or everyone will hate you. Mudah bukan? Anda tidak dibenarkan ada pandangan. Kalau anda ada, sama seperti anda memakai bendera Indonesia sewaktu hari kemerdekaan Malaysia. 


Two most typical scenery (and for me kinda stupid) in Hari Raya.

  1. Salam-salam peluk-peluk meminta maaf sambil menitiskan Air Liur Mata.
  2. Pergi ziarah kubur, sambil menangis sebab sebak
Why Daddy? Why Mummy?

Kenapa kita tak bermaafan masa bulan lain? Lebih-lebih lagi ramadhan (bak kata shamsul) sebab itu adalah ibadah? Kenapa kita tak ziarah pusara semasa tahun baru cina, krismas? 


Bagi aku, menziarah kubur tu lagi baik kalau buat pada cuti umum yang lain. Kalau pergi masa raya pertama, dapat singgah tak lama, sekejap je. Dah la baju raya and kurung tu memang terbaik jenis kain dia. Silap-silap lepas balik dari kubur orang tanya


"Yo! Mana kolam lu terjun tadi? Basah kuyup wa tengok lu? Selamat Hari Raya!"


Aku tak tau la orang lain yang jenis tak banyak berpeluh. Fine, Im sweat fucking a lot. Is that is a crime? Then, aku bukannya orang-orang kaya yang boleh tempah baju raya made by pure cotton bai. Apatah lagi sutera. Haram gitu lelaki memakainya.


Lagipun, kalau pergi kubur masa raya pertama, nanti tak leh lepak sana lama-lama. Kejap dah nak balik. Mana tahan..Mata air nak datang rumah, kena la rushing balik nak buat air, siapkan spegeti. Mak tak puas berhingus atas kubur, dah kena tarik dengan anak nak balik.


Bagi aku, kedua-dua amalan ni agak kontradiksi dengan definisi AidilFitri. Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk meraikan kemenangan, hari untuk bergembira. Wajib bergembira dan meraikan kegembiraan itu. Dalam takbir raya pun, terjemahannya


"...Tiada yang kami sembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya..." 


Ia adalah mengenai kemenangan. Ok, sesetengah akan kata, kita berjaya menundukkan ego kita dengan memaafkan orang lain. But, does it? Yang pasti, kedua-dua tradisi ni mesti menumpahkan air mata. Aku tak tahu lah kalau both scene is something yang berkaitan dengan meraikan kemenangan.


Tapi bukan untuk aku.








The truth is...benda-benda ni adalah sesuatu yang taboo. Memang  la semuanya takda yang salah. Walaupun agak bertentangan dengan maksud sebenar, both things are good thing. And bila aku cakap mengenai hal ni, somesaid aku tak matang, aku ngada-ngada benda remeh ni nak cakapkan. Aku tak ingat asal usul mana aku berasal.. derhaka pada keturunan.


Do I? Do i really that bad? Suka hati la.


And by the way, rasanya korang ikhlas ke minta ampun masa hari raya? Deep inside orang yang korang minta maaf tu, betul ke dia maafkan? aku bukan apa. Sebab kadang-kadang, orang tu belum sedia nak memaafkan. Then kena paksa maafkan sebab hari raya.


Antara senario yang mungkin:


"Pak mail, di pagi raya yang indah ini, aku menyusun 10 jari tangan minta ampun Pak Mail. Aku banyak buat dosa kat Pak Mail"
"Aih, banyak sangat ke budin?"
"Banyak Pak Mail..Kambing Pak Mail yang kena langgar lari tu, aku la yang langgar. Pastu aku selalu skodeng bini muda Pak mail"

Adakah Pak Mail akan maafkan kesalahan Budin? Mungkin yang pasal langgar kambing tu kira dah ajal la. Tapi yang menghendap bini orang mandi tu, kalau aku la Pak Mail tu, memang aku langgar Budin macam budin langgar kambing tu.


Selain itu, katakan lah jika Budin meminta maaf tanpa memberitahu apa kesalahan yang dia dah buat kat Pak Mail, adakah itu adil kepada Pak Mail?


Every year nak minta maaf, tapi rasanya sejam lepas tu, buat balik kesalahan yang lalu, kan? Macam senang je bila raya minta maaf camtu.


Fikirkan lah. Minta maaf ni bukannya benda yang simple. Bawa masuk kubur.