20100912

Raya Questionnaire

Memang jadi resam kita akan keliru di mana Agama, di mana tradisi. Aidilfitri yang kita sambut ni bukanlah Aidilfitri yang Baginda sambut dulu. And yeah, kita takda apa-apa kitab atau Diari Rogayah yang menceritakan tentang sambutan hari raya masa Islam mula-mula masuk ke Tanah Melayu.


Honestly, takkan lah masa masuk-masuk je Islam, masa first time kita sambut raya dah ada kuih raya, ketupat dan lemang? I really dont think so. There's gotto be someone who will be credit for being a pioneer, yang memulakan juadah-juadah ni. Dia layak dapat pangkat Dato.


Dan juga baju melayu. Aku tak suka baju melayu sebab kain dia licin, buat bulu roma aku berdiri and panas bila pakai. And yes, the best thing about tradition is You must follow it or everyone will hate you. Mudah bukan? Anda tidak dibenarkan ada pandangan. Kalau anda ada, sama seperti anda memakai bendera Indonesia sewaktu hari kemerdekaan Malaysia. 


Two most typical scenery (and for me kinda stupid) in Hari Raya.

  1. Salam-salam peluk-peluk meminta maaf sambil menitiskan Air Liur Mata.
  2. Pergi ziarah kubur, sambil menangis sebab sebak
Why Daddy? Why Mummy?

Kenapa kita tak bermaafan masa bulan lain? Lebih-lebih lagi ramadhan (bak kata shamsul) sebab itu adalah ibadah? Kenapa kita tak ziarah pusara semasa tahun baru cina, krismas? 


Bagi aku, menziarah kubur tu lagi baik kalau buat pada cuti umum yang lain. Kalau pergi masa raya pertama, dapat singgah tak lama, sekejap je. Dah la baju raya and kurung tu memang terbaik jenis kain dia. Silap-silap lepas balik dari kubur orang tanya


"Yo! Mana kolam lu terjun tadi? Basah kuyup wa tengok lu? Selamat Hari Raya!"


Aku tak tau la orang lain yang jenis tak banyak berpeluh. Fine, Im sweat fucking a lot. Is that is a crime? Then, aku bukannya orang-orang kaya yang boleh tempah baju raya made by pure cotton bai. Apatah lagi sutera. Haram gitu lelaki memakainya.


Lagipun, kalau pergi kubur masa raya pertama, nanti tak leh lepak sana lama-lama. Kejap dah nak balik. Mana tahan..Mata air nak datang rumah, kena la rushing balik nak buat air, siapkan spegeti. Mak tak puas berhingus atas kubur, dah kena tarik dengan anak nak balik.


Bagi aku, kedua-dua amalan ni agak kontradiksi dengan definisi AidilFitri. Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk meraikan kemenangan, hari untuk bergembira. Wajib bergembira dan meraikan kegembiraan itu. Dalam takbir raya pun, terjemahannya


"...Tiada yang kami sembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya..." 


Ia adalah mengenai kemenangan. Ok, sesetengah akan kata, kita berjaya menundukkan ego kita dengan memaafkan orang lain. But, does it? Yang pasti, kedua-dua tradisi ni mesti menumpahkan air mata. Aku tak tahu lah kalau both scene is something yang berkaitan dengan meraikan kemenangan.


Tapi bukan untuk aku.








The truth is...benda-benda ni adalah sesuatu yang taboo. Memang  la semuanya takda yang salah. Walaupun agak bertentangan dengan maksud sebenar, both things are good thing. And bila aku cakap mengenai hal ni, somesaid aku tak matang, aku ngada-ngada benda remeh ni nak cakapkan. Aku tak ingat asal usul mana aku berasal.. derhaka pada keturunan.


Do I? Do i really that bad? Suka hati la.


And by the way, rasanya korang ikhlas ke minta ampun masa hari raya? Deep inside orang yang korang minta maaf tu, betul ke dia maafkan? aku bukan apa. Sebab kadang-kadang, orang tu belum sedia nak memaafkan. Then kena paksa maafkan sebab hari raya.


Antara senario yang mungkin:


"Pak mail, di pagi raya yang indah ini, aku menyusun 10 jari tangan minta ampun Pak Mail. Aku banyak buat dosa kat Pak Mail"
"Aih, banyak sangat ke budin?"
"Banyak Pak Mail..Kambing Pak Mail yang kena langgar lari tu, aku la yang langgar. Pastu aku selalu skodeng bini muda Pak mail"

Adakah Pak Mail akan maafkan kesalahan Budin? Mungkin yang pasal langgar kambing tu kira dah ajal la. Tapi yang menghendap bini orang mandi tu, kalau aku la Pak Mail tu, memang aku langgar Budin macam budin langgar kambing tu.


Selain itu, katakan lah jika Budin meminta maaf tanpa memberitahu apa kesalahan yang dia dah buat kat Pak Mail, adakah itu adil kepada Pak Mail?


Every year nak minta maaf, tapi rasanya sejam lepas tu, buat balik kesalahan yang lalu, kan? Macam senang je bila raya minta maaf camtu.


Fikirkan lah. Minta maaf ni bukannya benda yang simple. Bawa masuk kubur.

No comments: