20100914

They Burn the Qoran. They burn it down.

11th September. Sempena ulang tahun runtuhnya WTC, abang Pastor Terry Jones mengishtiharkan hari itu adalah hari untuk membakar Al-Quran. 

Niatnya tak kesampai. Anak dia kata abang Terry sebenarnya sakit otak. Tak boleh main api, nanti terbakar jari. Walaupun bagi pihak gereja Terry (dia buat gereja dia sendiri, kan?) dah batalkan, tapi ada juga yang teruskan membakar.

Tapi aku suka sebab aku dengar diorang bakar sampai jadi abu.

Untuk aku, dari kecik aku diajar bila ada kertas yang mempunyai ayat-ayat Al-Quran, kita tak boleh buang sesuka hati. Bimbang nanti-nanti terpijak, terkena benda-benda kotor. So yang terbaik ialah kita bakar. Itu apa yang di ajar turun temurun la dari mak aku, nenek aku. Ade juga uztazah bertauliah ajar benda yang sama.

Kalau tak, ok, korang boleh simpan di tempat yang diyakini selamat. Alhamdullillah. Cuma, jangan nanti korang jadi Hoarders. Its not really a bad thing, cuma...pandai-pandai la bila masyarakat membuang kau.

Bagi aku, tindakan memprotes sambil membakar ni, betul-betul keanakan. Macam, apa implikasi dia? Kalau betul dia rasa marah dengan umat Islam, perkara terbaik untuk dia luahkan kemarahan dia adalah dengan memurtadkan, merosakkan aqidah umat Islam.

Al-Quran itu bagi aku, tempatnya hanya lah dihati dan di akal. Sebab Al-quran bila kita tak guna, lagi bersalah dari membakar Al-Quran. 

Sebelum kita nak marah, nak buat bantahan secara keras ke apa, baik lah kita berdiri depan cermin milik Ibu tiri Cinderella (eh, ikut cerita, cermin rtu dipecahkan, tapi serpihan dia boleh buat cermin kecik kan, kan?) dan tanya

"Mirror mirror on the wall, who really guilty? Those who burn or those who said they were Islam but didnt understand the word of God?"

Some akan cakap, aku ni memang dah patut kena rejam sambil kena sula bertubi-tubi sebab tak nak pertahankan agama yang sedang dihina.

Setahu akulah, dalam Islam, peperangan dibenarkan untuk mempertahankan agama dan tempat tinggal. Ok, mungkin mengekalkan kesucian agama Islam itu juga termasuk dalam mempertahankan agama. But like I said before, kita nak menentang semua ni, kalau kita menang pun, adakah kita akan berubah menjadi lebih baik?

Langsung tak.
We all are human. kadang-kadang kita akan datang bulan, emo tak tentu pasal, takda rasional lansung. Itu buatkan manusia adalah makhluk paling teruk banding dengan haiwan. Hormatilah diri sendiri seperti mana Tuhan menghormati kita sebagai makhluk ciptaannya yang terbaik.

Pergh, boleh jadi ustaz dah ni.

2 comments:

milah hasan said...

bila nak daftar darul quran? :P

Myth said...

Tunggu sampai seru