20101104

Mitos Matang

Boleh tak sesiapa terangkan pada aku apa maksud matang dari perspektif anda?



Dari dulu, orang selalu cakap aku tak matang dari pelbagai aspek. Dari segi kelakuan, dan dari segi rupa. Fuck. Dah muka memang tak matang, takkan aku nak tambah tatu setompok dua, kelar-kelar sikit bagi ada parut? Nampak matang macam tu?

Perempuan mencari pasangan yang matang. Sebab matang itu kelihatan menjamin keselamatan. Seperti adiwira-adiwira khayalan metafora, seperti jutawan-jutawan CEO-CEO yang gah, yang punyai karisma, keSERIUSan muktamad.

Atas dasar yang sama, lelaki juga akan tertarik (untuk bernaung, bukan berkasih!) pada lelaki yang matang. Lelaki-lelaki matang pula lebih gemar bergaul dengan mereka yang juga dalan klasifikasi sebagai matang. Memang itu lumrah manusia. Sentiasa mahu bernaung pada orang yang lebih berkuasa. Maka matang menjadi suatu elemen yang penting.

Oh, aplikasikan benda yang sama pada kaum hawa. Takut nanti ada orang kata perempuan macam mana pulak?
Lelaki dan perempuan sama sahaja. Cuma lelaki ada taste masing-masing. Ada yang suka perempuan yang garang-garang dan matang. Ada pula yang suka pada perempuan yang comel manja-manja perangai macam 5 tahun.

Aku penat gak dengar orang kutuk aku tak matang, takde aura macam Mawi, tiada simbol kelakian. Dah la gemuk, pendek lak tu. Gua ada apa beb kalau lu tengok dari luaran? Habuk pun tarak.

Tapi betul ke ke aku tak matang? Persoalannya adakah mulut-mulut yang selalu terlebih bunyi dan perkataan itu ada semasa aku menunjukkan kematangan aku? (Sumpah kedengaran lucah, tapi aku seriu masa taip ni)

Dan yang paling penting, adakah aku kena tunjuk kematangan aku selalu? Kenapa aku harus buat camtu?

Bagi aku, matang itu selalunya akan membantutkan kegembiraan. Perlu ke nak serius sepanjang masa? Bagi aku, tekanan camtu sangat tinggi. Tak mampu aku nak tangani. Lagipun dengan adanya kematangan yang tinggi, anda perlu ingat. Anda sudah ada suatu kuasa yang tinggi. Dan kuasa itu adalah suatu tanggungjawab. Cuba bila anda dah ada kuasa dan pengaruh. Kemudian, macam tak biasa la kan manusia bila dengan kuasa? Haha.

Matang ni perlu ditunjukkan bila perlu sahaja, bagi aku la. Macam bila nak tekel awek, bila nak show kat boss bahawa kau ni sangat berkaliber untuk take over tempat dia suatu hari nanti, nak show off bahawa kau calon menantu yang paling sesuai untuk Bilal Kg. Pandan. Bila dengan kawan-kawan, perlu ke nak jadi matang?

Aku rasa tak perlu la. Lain la kalau kawan tu tengah ada masalah ke. Memang patut kena pijak la kalau dalam keadaan tu kau boleh pula buat aksi-aksi monyet profesioanal Cirque de FreaK kan? Kena ikut keadaan yang sesuai, kena paham dengan keadaan di sekeliling. Macam merokok gak (yang iklan latest tak nak merokok), yang kau haram jadah merokok tak tentu hala depan orang ramai apahal? respek la sikit, pergi rokok jauh-jauh. 

"Sila jaga tatasusila kita sebagai perokok yang berdisiplin dan berwawasan!"

Sebenarnya, kalau anda melenting semasa ditegur, itu bermakna anda belum matang. Matang yang paling penting adalah menjaga emosi dan kerasionalan akal fikiran. Terutamanya pada saat-saat yang kritikal. Setiap orang pada masa yang kritikal akan jatuh. Sama ada kalah pada emosi atau tekanan yang dikenakan kepada mereka. Tapi apa membuatkan mereka manusia yang hebat, adalah berapa lama mereka jatuh sebelum mereka bangkit balik semula. Mereka mungkin jatuh agak lama, tapi emosi mereka memang di cover-line kan dengan begitu baik sampai orang ingat mereka ni tiada emosi. Memang nampak matang habest la beb! Tapi dalam hati, Tuhan je yang tahu.



Kecekapan dan effeciency dalam membuat keptuasan yang tepat juga menandakan seseorang itu matang. Selalunya orang akan gagal disini dimana dia kalah sebab terlalu dikawal dengan emosi. Dan Ego juga adalah satu emosi. Tak perlu la nak bohong, setiap orang kat sini mesti ada ego masing-masing.

Oleh itu, kematangan tidak seharusnya dinilai dari luaran dan pemakaian. Bukan dari sifat yang ditunjukkan atau pun yang di-cover-line-kan. Manusia ni muka je sama hijau, hati siapa tahu. Naik gunung nak bawa 3 rimau, turung gunung dengan 3 Miau. Selagi kita belum hidup dengan seseorang tu, jangan la nak tafsir dia matang atau tak.

So, kepada yang kata aku tak matang, aku tak itu aku tak ini. Bukan aku begitu dan tak juga aku begini. Cuma  kau tidak berkesempatan untuk melihat aku tukar jadi HULK! dalam situasi yang akan aku paparkan kematangan aku. Kerna kematangan ku amat berharga. Ewah!!


4 comments:

Whoopz said...

Matang? Ntah le.. Gwa recycled teenager...

Myth said...

Eh, lu tak akhil hayy...eh silap, akil baligh lagi. mana tau benda-benda ni..

rodi said...

fine..link aku tak dak

Myth said...

Ahahaha~~ Jap2, aku letak. Lupa lak ko dah tukar link. Eleh, kecoh r lu.

Bagi komen pakai anon plak.