Cuti ni aku akan kumpulkan sebanyak informasi yang mungkin untuk dijadikan bahan. Bila baru habis exam je....rasa cam nak liar memanjang. Haha, dah nama pun remaja....
Blog ni pun masih belum cukup dari segi Appereance, banyak lagi yang aku harus belajar dan kutip. Aku juga harus lah mulai sekarang rajin mengambil gambar dengan menggunakan telefon selular yang sudah klasik ni.
Adakah nama Blog ni harus mematuhi isi-isi kandungan didalamnya? Ini adalah seperti jika buku teks Pendidikan Seni Visual yang mempunyai isi kandungan pelajaran Matematik Tambahan. Apakah motif sewaktu tangan melakar karya-karya bersifat ekspresi naluri jiwa yang terpendam dalam hati, tetapi dilihatkan dalam bentuk-bentuk numerikal dan formula-formula yang tidak mematuhi nilai-nilai murni manusia kerana ia adalah kaedah yang harus di patuhi. Disini, matematik tidak harus dipertuhankan kerana ianya hanyalah sesuatu alat yang digunakan untuk menakrifkan sesuatu yang bersifat alam agar kita dapat menjangka sebab dan akibatnya, tidak kira pada masa hadapan ataupun yang sudah terjadi (face it, bintang yan kita lihat dilangit,cahayanya dah berusia beriban-riban,jutan-jutan tahun pun ada. Apa yang kita lihat adalah tayangan dari zaman purba). Sama seperti pistol yang digunakan untuk menembak pemuda yang sedang mengamuk di Arau baru-baru ini. Kiranya Polis itu tahu menggunakan senjata itu, maka pemuda itu masih hidup lagi kini. Sepert itu juga lah matematik.
Walaubagaimanapun, matematik dan seni bukanlah sesuatu yang kontradaksi seperti hitam dan putih. Matematik adalah alat, manakala seni adalah cermin. Kedua-duanya adalah untuk menunjukkan bayangan akal, apa yang kita rasa, apa yang kita mahukan.
Akan tetapi, mengikut minda yang diterapkan dengan orientasi pendidikan sistem pendidikan tinggalan jajahan British yang mempunyai iltizam dimana mereka mahukan generasi baru sebagai adalah generasi yang hanya lebih baik dari ibu bapa mereke mengikut bidang yang telah dihadkan oleh Penjajah, kita akan melihat pencampuran silibus ini sebagai WHAT THe FUCK???!!!
Mazhab pendidikan Malaysia memerlukan revolusi di mana ia akan menukarkan paradigma anak-anak yang masih mentah. Ini adalah sangat perlu bagi kita mengubah semasa mereka masih lembut, bukan bila seperti simen yang sudah kering, bukan seperti doh kuih yang telah dibakar, dan bukan seperti zakar orang tua yang perlu dikhatan. Tetapi, menteri tidak pun memandang ini sebab mereka pun adalah seperti penjajah. Mereka adalah orang yang perlu kita kerja dibawahnya (kerja bersama-sama? Paklah?). Tidakkah kamu melihat senario ini sama seperti zaman penjajahan? Menteri-menteri dibayar supaya mereka mentadbir, menyelengarakan, maka mereka adalah orang yang harus bertindak kepada masyarakat, bukan tunggu rakyat mengadu baru terhegeh-hegeh nak pikir sama ada nak bantu atau tidak dengan pada masa yang sama, meneliti jadual kalendar bila nak pilihanraya. kalau dah dekat dengan tarikh, boleh lah bantuan dihulurkan. Sebab itu mereka dibayar gaji yang tinggi kerana mereka seharusnya bekerja dengan sangat kuat, mental dan fizikal, tidak pada batin. Faktor tambahan mengapa mereka harus berkerja dengan lebih kuat UNTUK rakyat ialah "Dari mana datangnya duit-duit gaji mereka?".
DUIT-DUIT RAKYAT
Duit cukai rokok, duit harga minyak yang di mark up, cukai kenderaan import yang melampau2, mark up kereta nasional yang tidak setaraf dengan harga dan pelbagai lagi cukai-cukai yang dirasakan berbaloi untuk dikenakan agar gaji mereka bertahan. Bila mana gaji dah tingi, tapi hasil kerja tidak setaraf dengan gaji, haruskah?
Mentaliti pemimpin sedikit sebanyak akan membantu mentaliti rakyat.
Kenapa aku lari topik?
Asalnya aku nk bagitau pasal konstruksi je.....
Oh ya...kredit kepada Farah Wahida kerana turut sama-sama memulakan blog serentak dengan blog ini dan juga mula ber'facebook'
2 comments:
wei..ko nie khalaf kan??
nice n keep in touch dlm berbloging yer..hahahaha....
wei lagi satu...kalau ko nak suh aku selalu jenguk blog ko la.heheheh...
aku tak suke entry2 yg panajg2..jenuh nak baca....make it simple but full of info....
baru seronok membaca....heheheheh
argh~~
leceh r camtu...
fine r...kalau yg pendek2 ak tulis nama ko kat title...haha~~
Post a Comment