20100105

Lawatan sambil belajar

Lokasi: Bilik 422. Tingkat 4. Hospital Ampang Puteri.

Tarikh dan Masa. 5 Januari 2010. 8.30mlm.

Tadi Ifwat, Ikhwan, Farezwan, Fadh kata nak pergi melawat mama. So, aku akan follow diorang (kalau takda masalah). Naik 2 keter, so it should have some space more if 1-2 people nak follow.

Hari ni xpayah bawak Pizza sebab aku pun tak lama sangat kat hospital. Cuma esok and lusa la baru lama.

Kepada yang nak follow dengan transport sendiri, inform la awal-awal, leh konvoi.
 
Nak datang esok pun boleh..aku ada je kat hospital nnt. Cuma hari ni ramai sikit.

Hari khamis xpayah la datang kalau nak jenguk mak aku..kalau degil gak, contact aku. Sebab operation tak tau habis kul brapa and after that dia akan masuk ICU. Nak melawat dalam ICU leh..tapi sanggupkah anda masuk ICU? Aku sangat tak suka masuk ICU sebab tak boleh ngorat nurse ada satu perasaan yang buat aku sangat tak selesa. Honestly cam rasa ada malaikat maut bersiar-siar.

Aku berdoa sangat-sangat kalau dia ada kat situ, mama belum masuk dalam list dia lagi. Tolong la..lanjutkan la lagi umur dia. Dia belum tengok aku berjaya dan ada cucu.

It start to feels like the long day have begun.

P/S
"Bosan tak pergi kelas pagi-pagi? Haa...sebab tu la aku grad awal-awal. Gila seronok bila dah grad, buat master. Tak payah pergi kelas. Kau bila nak grad?"
Petikan dari Ragib, lokasi kawasan parking antara blog Ambang dan Cerun, seawal 8.25 pagi.
Student Physics 3 tahun yang dah Grad dengan Pointer yang membanggakan. Mateila ko...mentang-mentang dah grad, boleh la cakap camtu.

1 comment:

Vulpine Ninja said...

good luck to your mom.
hope everything is ok.