20100117

Lovers Paradox

I've been thinking. Orang yang bercinta memang akan sebut yang tak masuk akal kan?

One of the paradox that crossed my mind last night, make a beautiful sense.

Selalu bila bercinta, kemungkinan besar kita akan cakap

" Saya akan jaga awak macam saya jaga nyawa saya sendiri" -premis 1.0

Dan ia akan ubah sikit bila kita berjumpa dengan bakal mertua, terutamanya si lelaki,

"Saya akan jaga anak tuan dan puan macam saya jaga nyawa saya sendiri" -premis 1.2

Walaubagaimanapun, kita juga kerap mendengar yang dia pernah bekata sebegini

"Saya sanggup bekorban apa sahaja demi awak" -premis 2.0

Atau lebih kurang

"Saya sanggup mati untuk awak" -premis 2.5

See something?




Ok, kita letak situasi begini. Katakan kita ada sepasang kekasih. Suparman dan Bibah Getah. Suparman kerap menyatakan premis 1.0, premis 2.0 dan kadangkala bila bergaduh ataupun Bibah Getah dalam kesusahan, premis 2.5.

Sewaktu bertandang di rumah Bibah Getah, Suparman berusaha untuk memenangi hati ibu bapa Bibah Getah iaitu Pak Man Rubber dan Mak Teh Dunlopp.

Apabila kita melihat kembali premis-premis tersebut, tidak kah sesuatu yang mengelirukan berlaku?  Walaupun Suparman itu sangat jujur dan niatnya baik,tetapi kata-katanya itu jika di bawa ke Mahkamah, Suparman boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan cubaan membahayakan orang lain.

Kenapa?

Premis 1 dan 2 membawa maksud yang berlainan. Oleh kerana Suparman telah memberitahu yang dia akan menjaga Bibah Getah seperti nyawanya, tetapi dia bila-bila masa akan membahayakan nyawanya, bekorban apa sahaja demi Bibah Getah.

Maknanya, anytime Suparman boleh korbankan Bibah Getah demi kebaikan Bibah sendiri. 

He put She in the jeopardize.

Its look simple and ridiculous. But macammana kalau dia berjanji dan bersumpah atas benda tu?

Dari segi semantik, atau bahasa mahkamah yang mementingkan makna, Suparman dianggap lelaki yang bahaya.

Maka, berhati-hati la semasa meluahkan kata-kata cinta.

Kisah ini tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang dah tiada.

P/s: aku terfikirkan ini sewaktu membaca 9Nyawa by Ramlee Awang Murshid. Aura dia dah kembali.

No comments: