20101029

Dont cry over my dead body


Sedikit pendapat semasa hari pengebumian. Harap jangan di salah tafsir.

Kematian adalah sesuatu yang menyedihkan bagi seseorang. Mungkin ada yang suka, bergantung pada memori seseorang terhadap si mati. Banyak pra sangka boleh muncul sebab manusia memang hatinya lain-lain, berubah setiap masa mengikut keadaan. Muka sama hijau, hati siapa tahu. Merah itu tentu, mati siapa mahu.

Dalam kes aku, memang aku sedih pada awalnya. Tipu la kalau tak sedih kan? Kalau aku tak sedih, aku akan anjurkan majlis menendang bontot ku secara berjemaah selepas solat mahgrib di Dataran Merdeka.

Dan tipu la kalau aku cakap aku tak nangis. Masa masuk je ICU, tengok semua kabel-kabel dan tiub-tiub dah dialihkan, skrin health level dimatikan, memang burst la segalanya. Hell, aku manusia gak. Tapi 5 minit je la aku guling-guling sambil hisap jari kelingking. Pastu berhenti. Malu gak ar dengan nurse yang ada situ. Masih available ku kira.

Aku pernah berjanji dengan mama tak nak nangis depan orang kalau apa-apa jadi pada dia. Dia nak aku jadi kuat, untuk orang lain. And I did. Aku tak menangis depan orang lain (nurse and doc are not count, dammit).

Memang aku redha dengan pemergian dia. Aku even berdoa agar sekiranya mama memang tiada harapan, disegerakanlah ajalnya supaya dia tak terseksa. Dan aku pasti begitu juga dengan ayah ku dan adik-adik ku. Everyone need time.

Semasa di rumah Rawang, sedara mara dan rakan taulan datang menjenguk. Ramai. And we greet each other. But bila berjumpa, sesuatu yang sangat mengganggu berlaku.

Orang akan approach, mula-mula nampak ok. Then diorang cakap

"Bawak bersabar ye? Redha la dengan apa yang berlaku"

Ant they start to cry. Sumpah aku rasa macam nak join sekali nangis secara berjemaah dengan tone soprano. Kenapa lak nak nangis depan kami? Apa perasaan kami bila tengok korang menangis atas kematian Ibu kami?

Ok, mari ulas tanpa rasis atau pun kompromi duit kopi. Mungkin mereka memang betul-betul sayangkan mama. They really lost someone that mean to them. Dan sebab itu, memang sangat-sangat sedih. Kami paham. Sebab kami juga merasakan yang sama.

Tapi tangisan itu adalah beban kepada kami. Beban sangat-sangat sebab dah penat kami tahan airmata, but you guys senang-senang nagis depan kami. Bukan la marah, sumpah tak marah. Sikit pun tak. Cuma kalau nak menangis gak, gi la kat orang lain. Pergi nagis dekat your husband ke, sedara mara yang lain ke. Ramai lagi yang ada kat situ. Kami ada kesedihan kami sendiri, kami tak mampu berkongsi menangung kesedihan kamu buat sementara waktu.

Dan memang dalam Islam pun umatnya dilarang bersedih yang keterlaluan semasa kematian. For sure kalau semua yang datang kat situ menangis, mau boleh buat konsert percuma untuk rakyat. Vokalis utama is aku sekeluarga la.

Same things apply to every family. Aku yakin mereka juga mahu tabah sewaktu ada kematian yang berlaku. Aku yakin masing-masing ada janji masing-masing. Oleh itu kita perlu faham adab-adab menziarahi kematian. Walaupun beban emosi menebal setebal Tembok China, tapi in the same time, fikirkan mengenai orang lain. Bukan sahaja terhadap famili si mati, tetapi juga kepada tetamu lain yang ada kat situ. Mereka juga sama.

Dan yang paling penting, perasaan si mati. Apa perasaan si mati jika dia tahu ramai yang bersedih atas kematian dia? Kematiannya bukanlah sesuatu yang dia minta. Dia juga belum mahu mati (read: mungkin). Ini adalah luar dari mana-mana kekuasaan sesiapa. Sangat sakit sebab semua ini tidak dapat dikawal. Kalau kau pun, kau sakit. But then orang lain sedih yang amat sebab anda. Apa perasaan anda kepada orang itu? Kalau kau takde prasaan, memang elok la pukul kau ramai-ramai.

Yang penting, kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk si mati. Selain itu tenangkan keluarga si mati. Jangan la cuba buat lawak, nak skeluarga si mati gelak. Memang minta penerajang jarak jauh. Itu namanya tak hormat kepada si mati dan juga keluarga si mati.


20101025

20:10:2010

I dont want to brag this in a long way. Apa yang berlaku semuanya akan terlipat dalam lipatan sejarah. Masa itu adalah satu misteri Tuhan yang tak mungkin akan dapat dirungkai.

"Walaupun wujud fabrikasi masa atas ketidak-kesempurnaan semesta, namun untuk mengikuti arus pembalikan masa yang bersaiz quantum adalah sangat mustahil"
"Dan kiranya kembali ke masa lalu adalah mungkin, sila selesaikan paradox atuk kau"
-Stephan Hawking and The Universe

Hari rabu yang lepas, 20 Oktober 2010. Aku datang ke UM selepas 2 hari bercuti sebab hari isnin aku kemalangan berhampiran Istana Negara. Luka di lutut dan tapak tangan je. Jatuh sebab ada minyak diatas selekoh jalan raya. Kata orang ramai, memang ada yang sengaja tumpahkan minyak disitu. Kempunan makan duit haram.

Terpaksa amik cuti sampai 2 hari sebab sakit gila kot kat lutut. Sekarang pun belum pulih sepenuhnya. Dah la sakit,bak kata orang, sudah jatuh ditimpa scooter (saya tidak ditimpa scooter semasa kejadian). Dah lepas jatuh, hilang pening-pening sebab golek-golek untuk kurangkan momentum dan inersia, baru sedar yang MP3 Love tu dah dikebas orang yang membantu disitu.

Macam Celaka tak? Kan? Kan?

Tamat kelas solid oleh Prof Rasat, aku pergi jumpa lecturer-lecturer untuk explain apa yang berlaku sebelum ni. Tapi aku rasa sangat tak sedap hati. Aku tak tau kenapa. Kalau masak sweet sour, goreng tepung bersama sos barbeque pun camtu gak. Entah la...susah aku nak explain.

11.45am
Aku teruskan juga ke kelas biofizik. Semasa tengah-tengah kelas, aku dapat panggilan dari ICU Hospital Ampang Puteri.

"Encik, diharap encik boleh hadir ke hospital and baca apa-apa yang perlu. Keadaan emak encik semakin teruk"

Tapak tangan kanan aku masih berdarah. Aku tak boleh nak press laju-laju. And memang aku kena tenangkan diri. Kang tak pasal-pasal, tambah lagi satu masalah kat aku dan keluarga. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang.

Aku menggeletar naik ke ICU, kaki masih lagi bengkak. Masuk dipintu, ada seorang makcik tahan aku. Aku tak kenal sangat, tapi muka macam Kak Wani lab radioastro. Tak mungkin dia...tak mungkin lansung. Dia pun tak tau mak aku kat hospital.

"Bawak bertenang ye, bawak bersabar. Yang sudah tu, sudah la"

Haram jadah apa nak aku bersabar lagi time tu. Aku pandang memang aku rasa nak belasah dia suruh ke tepi. Lepas 2 minit dia cuba tahan aku, terpaksa la aku tolak dia. Tolak sikit je la. Kat pintu ICU memang aku dah tak boleh tahan. Polisi ICU Hospital Ampang Puteri memang kalau nak masuk tengok patient kat ICU perlu tekan Interkom, tunggu dia respon. Sial lama nak tunggu. Dekat 5minit jugak baru ada orang jawab.

Sampai kat katil mama, dia dah takde. Dia pergi pada jam 12.10 tengah hari. Aku tak sedar aku sampai pukul berapa. Mungkin aku terlewat dalam 5-10 minit. Aku salahkan juga makcik yang halang aku dan orang sial pukimak lancau yang pakai lif semata-mata nak turun satu tingkat.

Dia dikebumikan di Rawang atas permintaan Nenek, selepas waktu asar. Memang sebaiknya dikebumikan pada hari yang sama.

Memang pemergian ini dah dijangkakan. Memang dari dulu doktor pernah bagitau kemungkinan ini. Dan bukan dia suka-suka cakap. Memang aku pun boleh nampak since tumor kat kepala dia sesuka hati je membesar walaupun under kimoterapi.

Mama pun memang dah jangka..wasiat dah awal-awal disiapkan dan diupdate ikut keadaan..

Aku dah tak tau nak cakap apa dah. Aku rasa cukup la apa yang aku cerita kat sini. Yang lain-lain biarlah jadi memori aku seorang je. Terlalu peribadi untuk diluahkan.

Yang penting pengebumian dan semuanya berjalan dengan lancar tanpa cacat cela.

Untuk bacaan lanjut, sila la ke blog Sofwah, aku rasa ayat dia lagi sedih dari ayat aku. Entah, aku takleh nak sedih sangat kat sini. Macam tercalar ego aku.

Alfatihah

You might see me smile and laugh, but deep inside, it just too much pain to share

20101014

Quick notes

My mum is in Hospital Ampang Puteri 4th floor bed number 422

She is paralyzed on the right sight of the body, a stroke due to the brain tumor

We dont know whetehr she is awake or not. Either she know us or not

We need a miracle. Doc said this is serious case since not a usual stroke

Any info, contact at 0123610795.


20101012

Persepsi Interpretasi Imaginasi Pasif

Hari ni (11th october 2010), dalam kelas Biofizik, Dr. Zul telah menyentuh sesuatu yang agak tabu bagi manusia yang kontemperari. Tak, bukan pasal seks. Tapi persepsi manusia yang dibiaskan dengan kebiasaan oleh turun temurun.

Blur?
BM aku memang kadang-kadang macam celaka kan?

Ok, let me explain. Maksud aku is, kita manusia macam dah diajar untuk menghadapi sesuatu yang sama. Apa-apa yang kita tak biasa pandang adalah sesuatu yang salah. That's a taboo. The simple exhibition ialah, apa yang korang rasa bila nampak lelaki drive Kancil  kaler Pink dengan gambar Hello Kitty dan patung Hello kitty bersepah dalam kereta? (Ni kisah benar, memang hari-hari aku nampak kat belakang rumah)

What will you say when you saw a car like this?



Goddamn it Yer Faggot pedophile!!




Owh hell yeah, first time nampak memang aku mencarut. Masa first aku ingat dia pinjam ke apa, but bila dah lama-lama, takkan pinjam kot kalau almost everyday pakai? Kalau aku, sanggup la aku naik LRT dari pinjam sekejap pun.

But, is it a sin for a guy to adore Hello Kitty? Macam kau tanya pada lelaki yang berbeza, tanya nafsu dia. Some nak khawin dengan perempuan yang petite, some nak yang badan gebu montok. Tiada salah mana pun nafsu dia kat perempuan macam mana pun (unless kalau dia nak perempuan yang lagi tua 70 tahun dari dia, memang tu something yang kena aware).

Ia melawan normaliti yang tertanam dalam pemikiran manusia. Senang citer, dalam kes ni kita lagi merujuk pada melayu la. Kan melayu mmang terkenal dengan pantang larang, ikut telunjuk bagai-bagai orang dahulu. Memang kata-kata nasihat tu perlu diambil iktibar, tapi bukan semuanya betulkan? Macam jangan potong kuku waktu malam. Dulu memang la masuk akal sebab malam lampu takde, pakai lilin je. Sekarang orang pakai lighter zippo, dah selamat dah. Windproof shiot.

Sir, here's your extra fire


Kenapa perkara yang tabu ni adalah sesuatu yang kita susah nak terima? I admit yang memang ada tabu tu buruk, tiada faedah. But bukan semua.

1. Mata
Apa yang kau pandang, itu lah yang kau rasa betul. Mata memainkan peranan penting dalam pemahaman seseorang. Apa yang dipandang itulah yang benar dan selagi kita tak nampak, selagi itu ianya tidak benar. Thats common untuk manusia. Memang tak boleh nak salahkan sesiapa pun. Tapi disebabkan malas dan tiada perasaan ingin tahu, tu yang ramai jadi bingai suka tuduh fitnah manusia lain.



2. Ego
Manusia memang dilahirkan dengan sikap ego atas dasar survival. Dan ini juga dipercayai ada kait rapat dengan hasil evolusi permikiran manusia. Cuba kalau perasaan ego tu tiada. Manusia akan mudah ditindas oleh manusia lain. Ego itu perlu, dan kita adalah tuan kepada Ego (bukan scoot EGO). Masalahnya, ego dah berevolusi terlalu sofistikated dalam otak kebanyakan manusia dan manusia menjadi hamba kepada ego. Thats make you a douche bag, Mr douche bag.

3. Memori Sel
Ini lagi satu ciri-ciri yang penting dalam manusia. Kalau takde memori sel, memang manusia dah lama pupus. Basicly, sel memori akan tanam apa yang kita rasa supaya bila benda yang sama berlaku, kita akan bertindak dengan secepat mungkin. Sama dengan otak yang tidak dilatih untuk diam dan berfikir dahulu apa dan kenapa. Maka bila dia nampak sesuatu yang janggal, they label it as sin and every blame that a world could stand.

Apa yang menariknya, bagi aku kadang-kadang orang yang mengaku open minded ni sebenarnya adalah orang yang sangat jumud. Pernah tak kau jumpa budak-budak emo, punk.. Cuba kau komen sikit seperti orang yang tabu. Sumpah dia melenting macam kau curi duit dia. Well, kalau tak boleh nak terima pandangan orang, jangan la nak cakap kau tu orang yang open minded. Tak payah la nak mengaku dengan pakai yang ikut aliran mana tong sampah kau jumpa, dengan lagu yang kau tak paham maksud dia, toksah nak hina orang lain tu ketinggalan.

20101008

Singing in the wind

Korang seorang penunggang motor? 


Apa yang korang buat masa menunggang? Sure bosan yang amat kan?Kalau bawak awek kat belakang pun, dengan dia peluk kuat-kuat sampai angin pun takleh nak lepas masuk, apa ada? Nak berborak susah sebab angin and halaju motor menyebabkan suara merdu persik awek lu jadi cam suara nobita kerana fenomena redshift.


Nak isap rokok pun susah, sebab rokok cepat habis then kalau motor clutch, boleh barai tengah jalan. Scoot leh bersepah sambil jilat tar jalan raya. Nak-nak pulak rokok dah naik harga. Kimmak tul kan? Kan?


Tapi..nasib baik la manusia dah ciptakan MP3. Kalau aku jumpa la Kane Kramer, aku salam cium -cium tangan dia. Tu belum lagi kalau jumpa abang Akio Morita, cium kaki ah dia. Kalau takde diorang ni, ramai penunggang motor dah mati keras bila menunggang.


Terima kasih kepada Sony kerana membuat silap dengan memberi adik saya dengan Mp3 nwz-w252 (MP3 love bak kata Asyraf Aziz) percuma yang berharga Rm299. Maka, MP3 itu sekarang jatuh ke tangan saya since masing-masing dah ada MP3 dan MP4 masing-masing.


MP3 love!


Camni r lebih kurang aku bila bawak scoot. Cuma aku hodoh banyak dari dia.





Puas hati dengan clarity sound. bass pun ok, bukan heavy macam clubbing. Kalau dengar lagu jazz memang masyuk. Walaupun feature banyak yang takde sebab di-minimize kan untu dengar lagu dalam bentul digital sahaja, no recording radio what so ever, but praktikal sebab takde wayar-wayar yang menjerut.


Tambah pulak MP3 lama leh kata nazak sebab batt tak tahan lama, skrin dah macam black hole. Terpaksa la aku lantik yang lama jadi pendrive sahaja. Sedihkan? Nostalgia beb pakai 2tahun. Sebelum ni dia la nyawa, dia la badan. boleh demam bila dia takda.


Bini ku yang dah menopouse



Nampak tak macam mana dari topik motor kita beralih ke MP3?








The problem now is..aku suka karok. Nak buat camne, habit dari dari lahir lagi. Keluar-keluar dari perut mak aku je, aku dah buat konsert solo pertama. Audience yang ada mak aku dengan doktor and nurse ar... konsert solo kena la buat private-private. Special kowt. Nanti kalau bini aku dah nak bersalin, aku siap-siap dengan handycam and recorder. Anak buat konsert solo pertama beb, mana gua nak lepaskan. Konsert Paramore leh r aku ignore.


Habit karok tu terbawa-bawa ke atas motor. Seronok kot nyanyi atas motor. Ingat dalam keter je leh karok? Fine r, aku takde keter, so tak leh r nak lagak-lagak sikit kan? Takpe-takpe, tunggu r aku dah ada keter nanti. 


Kenapa karok atas motor boleh jadi satu masalah?



  1. Orang sekeliling pandang semacam bila orang atas motor bercakap sorang-sorang. Kalau kereta, takpe, sebab dia mungkin pakai handsfree. Tapi atas motor handsfrree amendanya?
  2. Bila karok, mulut sure ada nganga nak follow gaya Jac. tak kisah la motor ada vixor ke tak, habuk and kuman serta azzap kenderaan lain memang akan jadi santapan istimewa r. Tu yang kadang-kadang yang bawak motor ni bijak lain sikit. Tak caya? Tengok Ragib and Mat Toi.
  3. Dah nama mulut nganga, ada lagi satu elemen akan masuk. Angin. Tujahan angin yang datang dari luar akan mempunyai daya yang cukup untuk mengatasi pressure perut lalu menyebabkan perut masuk angin. Best beb. Angin masak lemak manis.
Now perut maskin senang masuk angin sebab makan dah tak menentu,asap rokok berlebihan, selalu atas scoot sebab pergi UM, IJN, belum kira lagi kalau nak kena settle bil dan beli barang. Bosan and penat. So rokok dan MP3 la yang jadi peneman setia aku sekarang. 

But with every good things, come with the badass.

Pesanan penaja: Jangan la karok atas motor. Sakit syial bila perut masuk angin. Cam nak pecah rasa.

20101007

Astophysics lecture 7th October 2010

We are talking about big bang, the origin of the universe.
 This is my notes

20101005

Tricuspid effect

Kenapa jantung memerlukan dua jenis injap yang berbeza?

Trikuspid dan bikuspid.




Now, untuk analisis perbezaan ini, kita kena tengok manusia as a whole, secara keseluruhan, bukan tertumpu hanya pada jantung. 

Now, dengan normal, jantung berdenyut dengan design yang optimum untuk pengedaran darah. Salur darah dalam badan manusia kalau dibentangkan, ia boleh mencapai sehingga lebih dari ratusan kilometer. So, just imagine dengan jantung yang sebesar 1.5 penumbuk anda digunakan untuk pam darah sejauh tu?
Do you believe in evolution? Dont ask my opnion,yet. But jantung yang ada sekarang dah pun dispesifikasikan se-optimum yang boleh untuk penggunaan manusia yang normal. Jantung manusia tak sama dengan jantung Cheetah untuk memburu pada halaju 110km/j, jantung kita bukan untuk penyu Galapagos untuk hidup 200tahun.

Kenapa jantung ada dua jenis injap? The secret lies in their shape. At first, bayangkan kita ada satu aliran darah haid. untuk menghasilkan darah yang mempunyai tekanan tinggi supaya ia mampu bergerak jauh sepanjang salur darah dalam badan manusia,kita perlukan satu kawasan yang ada isipadu, dan satu tiub yang kecil secara relatif


Lets take rocket exhaust for example. Untuk meningkatkan daya tujah roket,hanya satu modifikasi ditambah dan daya tujah roket meningkat berkali-kali ganda. That is let the outport to be small. Sama dengan jantung, dari chamber jantung ke salur darah, kita boleh nampak perbezaan yang ketara mengenai saiz dia.

Dengan konsep yang sama, sebab itu terjadinya bikuspid dan trikuspid. Now, tengok balik rajah kedua injap tu. Bayangkan terdapat satu aliran darah yang melalui kedua injap. Untuk trikuspid, ia hanya perlu buka sedikit sahaja dan aliran darah yang terhasil akan jadi kosentrated, dengan halaju dan pressure yang tinggi. Berbeza dengan bikuspid, design dia memang untuk mengurangkan tekanan darah. design yang menyerupai satu garisan akan menyebabkan darah tersebar,dispersion supaya darah dengan kurang tekanan akan kembali ke dalam jantung sebelum dipam kembali.

So, in my dad case, of of his bicuspid were forming into bicuspid. Untuk memastikan tekanan darah cukup supaya sampai ke ujung jari kaki, jantung kena mengepam dengan lebih kuat. Seperti yang dinyatakan awal tadi, jantung adalah optimum untuk manusia sahaja,manusia yang normal. Bukan untuk orang yang terlebih tinggi atau terlalu rendah. Yes people, bukan bias, bukan rasis, bukan diskriminasi, but thats the fact. Orang-orang begitu sebenarnya perlu lebih menjaga kesihatan diri.

Faham?


p/s: dah nak jadi blog medic aku rasa dah ni...mana leh budak fizik tulis pasal ni.

20101001

He has no tricuspid

"Nurse, bila saya boleh jumpa doktor"
"Hah? Tadi kan dah jumpa?"
"Em..i know. Tapi diorang tak tanya details. I wanna ask something, and a full brief if the doctor are free"
"Ok..wait arr...i find the doctor"



Babah masuk OT kul 12 tengah hari, hari khamis (lewat 5 jam. tak pe la, mana tau ada patient yang lagi kronik) dan keluar dari OT sekitar 5petang. The first few people yang masuk dalam ICU is aku, mama and nenek. Baru seminit tengok dah kena halau sebab hanya 2 pelawat yang dibenarkan. Haha. tak kisah la.

"Arr...Encik arr... Doktor sudah balik la. Dia kata kalau you nak jumpa dia, esok pagi la pukul 7"
"...serius 7pagi?'
"Haha..I know it was too early, but time tu je doctor available"
"Ok, Ill be here"

Masa tengok dia time tu, condition dia sama dengan pesakit lain yang baru lepas operate. Tak dapat tengok badan dia sebab dah dilitupi dengan selimut dan belon udara panas. Dekat leher ada kesan jahitan. Probaly due to Endo-what-was-it-i-cant-recall-damnit. Ala...procedur yang masukkan camera dalam  salur darah utama untuk tengok keadaan jantung.

And he was sleeping like a dreaming baby. Macam mengigau pun ada.

And, today, seperti yang dijanjimelayukan, aku sampai tepat 7pagi, dapat jumpa doktor kul 7.30pagi. And he explain everything.

" Your father actually, memang agak kritikal. Jantung dia dah lemah sangat sebelum operation. Normal person punya keadaan jantung yang boleh dianggap sihat ialah 65% functional. But your father, sebelu m operation semalam, dia punya jantung hanya 32%. Memang dia sangat lemah, and dia terpaksa stay lama sikit dekat ICU

"Actually, semua ni sebab jantung dia bekerja dengan sangat kuat for the rest of his life. One of injap kat your father punya jantung, ada abnormality. Let say injap tu macam pintu. And pintu tu ada 3 daun pintu. now, your dad, sejak dia lahir, dia hanya ada 2 daun pintu sahaja. So his heart dah kerja keras for the rest of his life






Bukan jantung ayah saya, confirm! But this is how the valve should be look like

"Now kami dah buang injap tu dan ganti dengan injap mechanical, dari fibre glass. But still, jantung dia kena banyak rehat and it'll takes month for him to recover normally"

Aku teringat pesanan babah pasal injap yang dibuang tu. Dia nak balik, nak buat souveneir,framekan tanam kat rumah. So, aku tanya la doktor tu....

"Ayok...kami sangat-sangat busy time tu. Keadaan sangat kritikal. You imagine la dengan penemuan baru ni, nak tukar and buang lagi. Sorry, tapi kami dah dispose injap tu"

Nada dia cakap cam pressure gila. tibe-tibe rasa aura ketakserasian antara physicist and medic. Entah kenapa memang medic dengn physicist takleh nak ngam kalau discuss. Gedik lebih masing-masing. bagi yang amik kelas Biofizik bawah Dr.Zulhazrin, ha, paham-paham la yer.

Then just untuk confirmkan balik, aku tanya confirm petang ni dia akan sedar@disedarkan. (Sedar lah kamu sebelum kamu disedarkan)

"Eh, your father dah sedar la. Pergi cakap dengan dia."

"Ek eleh...part ni tak nak postponed lak? Ingatkan janji petang nak sedar, nanti postponed lagi" for sure la aku cakap ni dalam hati. Kang kalau aku cakap depan-depan, dia cucuk aku dengan endorphin, mampus pecah jantung aku.

Yes he was awake. Hari ni dah boleh nampak tempat pembedahan since  belon tu dah dialahkan. Kat dada dia ada kesan dipotong, dekat tengah-tengah, tempat pertemuan tulang rusuk.  Kawasan tu tak dijahit, tapi di-selotape-kan. And betul-betul at the end of the cut area, ada 2 tiub besar jari telunjuk masuk ke dalam dada.

That was  MADNESS!!

Ngeri syial. Kalau takat IV kat tangan, normal lagi la. Dia dah sedar, tapi nak cakap tak leh. Dia minta kertas dan pen untuk comunicate.

Aku teringat Dr.Zul penah nasihat, 
"Most patient jantung yang baru lepas opration mungkin akan dapat paru-paru berair. So, akan kena tebuk lagi kat dada untuk keluarkan air tu"

Memang aku senyapkan jela hal ni. Kang kalau dapat tau, masalah besar lak kat emosi patient.

P/S:I MIGHT heir something from my parents in the future. But I DEFINITELY will heir the ancestor disease. You see, it was a goddamn list. Heart, abnormality of heart,cancer, high pressure, migrain, and a lot of things. 

P/s/s: For 52 years he live, no one know he has this abnormality. Check your heart, you might hit the jackpot.