20101012

Persepsi Interpretasi Imaginasi Pasif

Hari ni (11th october 2010), dalam kelas Biofizik, Dr. Zul telah menyentuh sesuatu yang agak tabu bagi manusia yang kontemperari. Tak, bukan pasal seks. Tapi persepsi manusia yang dibiaskan dengan kebiasaan oleh turun temurun.

Blur?
BM aku memang kadang-kadang macam celaka kan?

Ok, let me explain. Maksud aku is, kita manusia macam dah diajar untuk menghadapi sesuatu yang sama. Apa-apa yang kita tak biasa pandang adalah sesuatu yang salah. That's a taboo. The simple exhibition ialah, apa yang korang rasa bila nampak lelaki drive Kancil  kaler Pink dengan gambar Hello Kitty dan patung Hello kitty bersepah dalam kereta? (Ni kisah benar, memang hari-hari aku nampak kat belakang rumah)

What will you say when you saw a car like this?



Goddamn it Yer Faggot pedophile!!




Owh hell yeah, first time nampak memang aku mencarut. Masa first aku ingat dia pinjam ke apa, but bila dah lama-lama, takkan pinjam kot kalau almost everyday pakai? Kalau aku, sanggup la aku naik LRT dari pinjam sekejap pun.

But, is it a sin for a guy to adore Hello Kitty? Macam kau tanya pada lelaki yang berbeza, tanya nafsu dia. Some nak khawin dengan perempuan yang petite, some nak yang badan gebu montok. Tiada salah mana pun nafsu dia kat perempuan macam mana pun (unless kalau dia nak perempuan yang lagi tua 70 tahun dari dia, memang tu something yang kena aware).

Ia melawan normaliti yang tertanam dalam pemikiran manusia. Senang citer, dalam kes ni kita lagi merujuk pada melayu la. Kan melayu mmang terkenal dengan pantang larang, ikut telunjuk bagai-bagai orang dahulu. Memang kata-kata nasihat tu perlu diambil iktibar, tapi bukan semuanya betulkan? Macam jangan potong kuku waktu malam. Dulu memang la masuk akal sebab malam lampu takde, pakai lilin je. Sekarang orang pakai lighter zippo, dah selamat dah. Windproof shiot.

Sir, here's your extra fire


Kenapa perkara yang tabu ni adalah sesuatu yang kita susah nak terima? I admit yang memang ada tabu tu buruk, tiada faedah. But bukan semua.

1. Mata
Apa yang kau pandang, itu lah yang kau rasa betul. Mata memainkan peranan penting dalam pemahaman seseorang. Apa yang dipandang itulah yang benar dan selagi kita tak nampak, selagi itu ianya tidak benar. Thats common untuk manusia. Memang tak boleh nak salahkan sesiapa pun. Tapi disebabkan malas dan tiada perasaan ingin tahu, tu yang ramai jadi bingai suka tuduh fitnah manusia lain.



2. Ego
Manusia memang dilahirkan dengan sikap ego atas dasar survival. Dan ini juga dipercayai ada kait rapat dengan hasil evolusi permikiran manusia. Cuba kalau perasaan ego tu tiada. Manusia akan mudah ditindas oleh manusia lain. Ego itu perlu, dan kita adalah tuan kepada Ego (bukan scoot EGO). Masalahnya, ego dah berevolusi terlalu sofistikated dalam otak kebanyakan manusia dan manusia menjadi hamba kepada ego. Thats make you a douche bag, Mr douche bag.

3. Memori Sel
Ini lagi satu ciri-ciri yang penting dalam manusia. Kalau takde memori sel, memang manusia dah lama pupus. Basicly, sel memori akan tanam apa yang kita rasa supaya bila benda yang sama berlaku, kita akan bertindak dengan secepat mungkin. Sama dengan otak yang tidak dilatih untuk diam dan berfikir dahulu apa dan kenapa. Maka bila dia nampak sesuatu yang janggal, they label it as sin and every blame that a world could stand.

Apa yang menariknya, bagi aku kadang-kadang orang yang mengaku open minded ni sebenarnya adalah orang yang sangat jumud. Pernah tak kau jumpa budak-budak emo, punk.. Cuba kau komen sikit seperti orang yang tabu. Sumpah dia melenting macam kau curi duit dia. Well, kalau tak boleh nak terima pandangan orang, jangan la nak cakap kau tu orang yang open minded. Tak payah la nak mengaku dengan pakai yang ikut aliran mana tong sampah kau jumpa, dengan lagu yang kau tak paham maksud dia, toksah nak hina orang lain tu ketinggalan.

3 comments:

ciK giNcu said...

saya baca sebab hello kitty. kalau dia muda dan hensem dan kaya dan baik. saya nak kawen dengan dia. bagi ade dua kereta hello kitty. YA ALLAH cute nye lah.

Myth said...

hah! gedis elitis.

Nnt dah kerja renovate r keter sendiri...letak wonderpet plak

cHoCOLaTe said...

I've a friend who have a kancil like dis.
he even appeared in tv1 once for what d hell ar..but something related with his freak with hello kitty.
n it won many times in auto show. :)