20101025

20:10:2010

I dont want to brag this in a long way. Apa yang berlaku semuanya akan terlipat dalam lipatan sejarah. Masa itu adalah satu misteri Tuhan yang tak mungkin akan dapat dirungkai.

"Walaupun wujud fabrikasi masa atas ketidak-kesempurnaan semesta, namun untuk mengikuti arus pembalikan masa yang bersaiz quantum adalah sangat mustahil"
"Dan kiranya kembali ke masa lalu adalah mungkin, sila selesaikan paradox atuk kau"
-Stephan Hawking and The Universe

Hari rabu yang lepas, 20 Oktober 2010. Aku datang ke UM selepas 2 hari bercuti sebab hari isnin aku kemalangan berhampiran Istana Negara. Luka di lutut dan tapak tangan je. Jatuh sebab ada minyak diatas selekoh jalan raya. Kata orang ramai, memang ada yang sengaja tumpahkan minyak disitu. Kempunan makan duit haram.

Terpaksa amik cuti sampai 2 hari sebab sakit gila kot kat lutut. Sekarang pun belum pulih sepenuhnya. Dah la sakit,bak kata orang, sudah jatuh ditimpa scooter (saya tidak ditimpa scooter semasa kejadian). Dah lepas jatuh, hilang pening-pening sebab golek-golek untuk kurangkan momentum dan inersia, baru sedar yang MP3 Love tu dah dikebas orang yang membantu disitu.

Macam Celaka tak? Kan? Kan?

Tamat kelas solid oleh Prof Rasat, aku pergi jumpa lecturer-lecturer untuk explain apa yang berlaku sebelum ni. Tapi aku rasa sangat tak sedap hati. Aku tak tau kenapa. Kalau masak sweet sour, goreng tepung bersama sos barbeque pun camtu gak. Entah la...susah aku nak explain.

11.45am
Aku teruskan juga ke kelas biofizik. Semasa tengah-tengah kelas, aku dapat panggilan dari ICU Hospital Ampang Puteri.

"Encik, diharap encik boleh hadir ke hospital and baca apa-apa yang perlu. Keadaan emak encik semakin teruk"

Tapak tangan kanan aku masih berdarah. Aku tak boleh nak press laju-laju. And memang aku kena tenangkan diri. Kang tak pasal-pasal, tambah lagi satu masalah kat aku dan keluarga. Cukuplah dengan apa yang ada sekarang.

Aku menggeletar naik ke ICU, kaki masih lagi bengkak. Masuk dipintu, ada seorang makcik tahan aku. Aku tak kenal sangat, tapi muka macam Kak Wani lab radioastro. Tak mungkin dia...tak mungkin lansung. Dia pun tak tau mak aku kat hospital.

"Bawak bertenang ye, bawak bersabar. Yang sudah tu, sudah la"

Haram jadah apa nak aku bersabar lagi time tu. Aku pandang memang aku rasa nak belasah dia suruh ke tepi. Lepas 2 minit dia cuba tahan aku, terpaksa la aku tolak dia. Tolak sikit je la. Kat pintu ICU memang aku dah tak boleh tahan. Polisi ICU Hospital Ampang Puteri memang kalau nak masuk tengok patient kat ICU perlu tekan Interkom, tunggu dia respon. Sial lama nak tunggu. Dekat 5minit jugak baru ada orang jawab.

Sampai kat katil mama, dia dah takde. Dia pergi pada jam 12.10 tengah hari. Aku tak sedar aku sampai pukul berapa. Mungkin aku terlewat dalam 5-10 minit. Aku salahkan juga makcik yang halang aku dan orang sial pukimak lancau yang pakai lif semata-mata nak turun satu tingkat.

Dia dikebumikan di Rawang atas permintaan Nenek, selepas waktu asar. Memang sebaiknya dikebumikan pada hari yang sama.

Memang pemergian ini dah dijangkakan. Memang dari dulu doktor pernah bagitau kemungkinan ini. Dan bukan dia suka-suka cakap. Memang aku pun boleh nampak since tumor kat kepala dia sesuka hati je membesar walaupun under kimoterapi.

Mama pun memang dah jangka..wasiat dah awal-awal disiapkan dan diupdate ikut keadaan..

Aku dah tak tau nak cakap apa dah. Aku rasa cukup la apa yang aku cerita kat sini. Yang lain-lain biarlah jadi memori aku seorang je. Terlalu peribadi untuk diluahkan.

Yang penting pengebumian dan semuanya berjalan dengan lancar tanpa cacat cela.

Untuk bacaan lanjut, sila la ke blog Sofwah, aku rasa ayat dia lagi sedih dari ayat aku. Entah, aku takleh nak sedih sangat kat sini. Macam tercalar ego aku.

Alfatihah

You might see me smile and laugh, but deep inside, it just too much pain to share

13 comments:

Neko D. 13 said...

Al-Fatihah. Semoga roh mak kau ditempatkan bersama orang beriman.

Syah Indra said...

Khalaf, al-Fatihah buat arwah ibu..

Aku mintak maaf sangat2 sebab sebelum ni tak pernah menziarah ke Hospital untuk bagi support..sem ni sangat beban bagi aku (bukan pelajaran, tapi masalah2 peribadi)..

M3sSy BuTt3RfLy said...
This comment has been removed by the author.
Myth said...

odah:thanx odah...

Shah: xpe, its ok. aku paham...

Alexia Aqram said...

takziah. :(

Myth said...

thanx alexia
thanx iqram

haifa said...

takziah khalaf...moga tabah untuk ayah dan adik-adik...

Mariam Bear-Azham said...

Alaf, I've known you since day one. I know that you are a strong person. I know that you can endure it.
I may not know what you really feel but I felt lost - just like how I felt when arwah Wan passed away back then.
You are family Alaf. Apa yang Alaf rase - kami sume rase. I know that she's in a far better place now.
Pray for her Alaf. Pray for your brothers and sister. Pray for Baba.
We're with you Alaf. Anything - just call us. We're here with you.
I love you bro.

Myth said...

Haifa: Thanx

Yam: Thanx yam. Love you too

Sandy Sasaki said...

takziah khalaf.
kau mmg sgt tabah. :)
moga ibu kau ditempatkan bersama orang beriman.
beriring doa anak-anaknye.

al-fatihah.

Myth said...

thanx sandy

LoveShak said...

Baru ko tulis psl benda ni kan? Takziah weih... kita sedekah al-fatihah ramai2..

for us it is only a news but for ur family it is an event... i know u are strong :)

Myth said...

Lovey: I like ur statement. Thanx