20100130

Black-Book Project (and issues)

So far dalam seminggu ni, aku dah aktif melukis semula. Aku buat pun ada sebab.. I wanna make something special for  someone.

Ok, bakat aku belum sampai tahap illustrator pujaan ku.. Tapi dari pemerhatian aku, bukan bakat je yang penting, tetapi idea, ketekunan, sabar dan teliti. Dengan itu, sesuatu karya akan menjadi Boom Boom Pow walaupun bakat melukis anda adalah seperti kanak-kanak riang ria.

Wait, what was the criteria again? Idea, ketekunan, sabar dan teliti. Thats look like the ideal principle in study. You may not be gifted with higher level IQ, but this will put you in the list of someone 'luarbiasa'. From nobody to become somebody.

Akan tetapi, kriteria-kriteria ini memerlukan minat yang mendalam supaya ia dapat disebatikan dalam jiwa, minda dan hati. Bagaimana caranya untuk menjadikan Atom, Statastical Physics, Mathematical Method dan Statistic menjadi sebahagian dari jiwa?

Kan bagus kalau aku mampu baca AL-Quran nota-nota serta reference subjek ini seperti membaca novel, kreko.. Aku mampu menghabiskan novel dalam sehari. Tapi bila bertemu dengan ayat-ayat ideologi serta fakta yang abstrak, aku terkulai setelah beberapa jam.

Eleh, korang pun sama..takyah nak perli aku.

Berbalik kepada projek tadi. Aku boleh kata kan aku masih ditahap antara beginner dan intermediate. And aku rasa aku dah tak melukis dengan serius selama hampir setahun. Banyak yang aku perlu belajar.

Masalahnya sekarang, aku seperti obses untuk mencari idea. Damn, bila nak study ni. 


Kadangkala, aku selalu mendengar kritikan orang-orang memerli minat seseorang. Aku tak paham. Ok, bakat belum cukup, tapi itu la MELAYU. Selalu nak Condemned. Apa salahnya kalau bagi galakan? 

Akan tetapi, kita tak boleh nak salahkan mereka. Historically, orang melayu dibesarkan dengan nilai-nilai seni yang bersifatkan alam. Contoh terbaik ialah Batik, Pua Kumbu, dan pelbagai lagi jenis teunan. Selain itu, dari segi ukiran dan barang-barang seperti Bikar, Keris, Perahu.

Aku bukannya tak suka pada semua ni. Aku admirer pada ketelitian semuanya. Namun, aku juga ada perasaan. Aku suka elemen-elemen in dinaikkan ke Zaman Baru, New World. Elemen-elemen seni kita adalah mahal. Salah satu yang berjaya dinaikkan ialah Modern Batik.

Bila dah dikomersialkan, baru la semua mula mengila-gilakan rekaan itu. Aku memang melihat orang melayu ni kebanyakannya adalah orang yang terikat dengan aliran mainstream. Apa-apa yang dikomersialkan, tak kisah la dari luar negara atau dalam sekali pun, itu la yang akan menjadi mimpi-mimpi indah.

Berbalik pada kisah asal, aku agak terasa bila seorang sahabat ni menegur " Kalap, buat apa ko melukis ni? aku rasa tak da faedah lansung. Buang masa"

Ya sahabat. Aku tau minat ini adalah sesuatu yang memerlukan masa. Sama seperti bermain bola, tak kira di padang ataupun di laptop. Semua ini memerlukan masa kan? Kau ada minat kau. Aku ada minat aku. Mungkin kau melihat ini dari segi duit. Sahabat, sekarang boleh la kata macam tu..nanti bila kau nak upgrade komputer kau, bila masanyta sudah tiba untuk kau membayar bil elektrik, tidakkah itu sedikit mengecilkan wallet anda?

Aku dah biasa mendengar kritikan-kritikan yang tak membina. Kalau macam "lukisan kau buruk" atau "kau tiru lukisan siapa ni?", bagi aku, itu semua adalah membina kerana ia akan membuat aku cuba untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Tapi kalau nak kritik bukan dasar untuk menaikkan semangat aku, CURSES.

This is something that I face since i was very liitle, since i fall in love with arts and comic (ok, mostly comic).Its like semua orang suruh aku berhenti, berhenti dan berhenti. Well, I dont.

Aku tertarik dengan zaman Renaissance. Karya-karya yang dihasilkan pada masa itu, dihasilkan oleh orang-orang yang berfikir, oleh orang-orang yang mempunyai nama dalam bidang sains. Sumbangan mereka tidak boleh dipertikaikan. Siapa yang mencipta gunting? Siapa yang memberi idea yang praktikal dalam penghasilan kapal terbang dan heli?

Go figure guys. And yeah, those guy were also devoted to the religion.

Ok, ayat-ayat aku semakin emo. Haha. Its time to flee. By the way, siapa yang terasa kat atas tadi tu, aku minta maaf la. Tujuan aku bukan nak menyalahkan korang, cuma cara korang tak betul. Terguris hati I. Bukan sebab kau condemned apa yang aku buat, tetapi kau juga memperlekehkan usaha-usaha orang pada zaman dahulu, mempertikaikan yang sains dan seni tidak mapu bergerak seiringan. Jangan sampai aku report  kat WATWA, dia timbalan dekan.

20100127

Strangers


Some strangers make an announcement.

"Someone need blood donation. All B+ type please donate"

I dont know them at all. But, I think its my call. I did this for my mum.

During the operation, she must take some people blood. Alright Bank-Blood, Im paying it back.

Esok tengahari Ill go to Subang Jaya Medical Centre untuk blood test.

Anyone wanna stop me?

New Order

I feel very disturbed since yesterday.

We have a new definition of TUTORIAL and new rules in tug of war.

1. According to Dr. Daefalla, Tutorial = Test. Damn! Hancur markah aku tadi. Tak study complete..

2. Setiap kumpulan tarik tali haruslayh mempunyai berat badan MAKSIMUM 640kg. Ini bermaksud purata berat seorang is 80kg. WTF.

Marah gila la. Dah la dipanggil untuk pendaftaran secara mendadak. Aku baru lepas baik punya Big Breakfast. So lepas 3jam, makanan tu dah serap baik punya dalam salur darah..dah jadi lemak bergumpal-gumpal, boleh plak kan gi daftar masuk dan berat badan diambil. Hish..dah la sekali dengan jeans berat dengan buckle. Mateila.

uh...tadi gi office fizik...Prof Karim kantoi tengah maijn solitaire.. nak je aku instal kan dia game lain. Sedih jap.

20100123

Lectures #2. Heart

Its been a long week. A lot of things happen. And its a good things.

I having a new life. A new year without resolution is great. You'll be surprised with your changes because you did not see its coming. And Surprise is good for you and the people around you.

I am sticking to my Principe.
Make an effort for the best and expect the worse. Negative is good because it has no faillure.

I wake up early. Im having a breakfast. The day just feel full of it.

But something missing from my heart. Im becoming greedy. It feels like I deserve what I want. What I have in hand, it just feel it wasnt enough. Damn it.

The truth is, in this life, how can You know whats the best for You?

You are not God to justify it,. You cant see the future, at all. So then how are you going to know it?

Follow Your heart?
Don't lend me your hand
I can't trust my self
So how can you trust me?
- Demons, Avanged Sevenfold

What is your heart? Do you believe it?

I only believe in God. I cant believe in my heart and my decision.

20100117

Lovers Paradox

I've been thinking. Orang yang bercinta memang akan sebut yang tak masuk akal kan?

One of the paradox that crossed my mind last night, make a beautiful sense.

Selalu bila bercinta, kemungkinan besar kita akan cakap

" Saya akan jaga awak macam saya jaga nyawa saya sendiri" -premis 1.0

Dan ia akan ubah sikit bila kita berjumpa dengan bakal mertua, terutamanya si lelaki,

"Saya akan jaga anak tuan dan puan macam saya jaga nyawa saya sendiri" -premis 1.2

Walaubagaimanapun, kita juga kerap mendengar yang dia pernah bekata sebegini

"Saya sanggup bekorban apa sahaja demi awak" -premis 2.0

Atau lebih kurang

"Saya sanggup mati untuk awak" -premis 2.5

See something?




Ok, kita letak situasi begini. Katakan kita ada sepasang kekasih. Suparman dan Bibah Getah. Suparman kerap menyatakan premis 1.0, premis 2.0 dan kadangkala bila bergaduh ataupun Bibah Getah dalam kesusahan, premis 2.5.

Sewaktu bertandang di rumah Bibah Getah, Suparman berusaha untuk memenangi hati ibu bapa Bibah Getah iaitu Pak Man Rubber dan Mak Teh Dunlopp.

Apabila kita melihat kembali premis-premis tersebut, tidak kah sesuatu yang mengelirukan berlaku?  Walaupun Suparman itu sangat jujur dan niatnya baik,tetapi kata-katanya itu jika di bawa ke Mahkamah, Suparman boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan cubaan membahayakan orang lain.

Kenapa?

Premis 1 dan 2 membawa maksud yang berlainan. Oleh kerana Suparman telah memberitahu yang dia akan menjaga Bibah Getah seperti nyawanya, tetapi dia bila-bila masa akan membahayakan nyawanya, bekorban apa sahaja demi Bibah Getah.

Maknanya, anytime Suparman boleh korbankan Bibah Getah demi kebaikan Bibah sendiri. 

He put She in the jeopardize.

Its look simple and ridiculous. But macammana kalau dia berjanji dan bersumpah atas benda tu?

Dari segi semantik, atau bahasa mahkamah yang mementingkan makna, Suparman dianggap lelaki yang bahaya.

Maka, berhati-hati la semasa meluahkan kata-kata cinta.

Kisah ini tiada kena mengena kepada yang hidup atau pun yang dah tiada.

P/s: aku terfikirkan ini sewaktu membaca 9Nyawa by Ramlee Awang Murshid. Aura dia dah kembali.

20100115

Mikroprocessor dan Pengkomputeran




 Professor Madya Dr. Burhanuddin Kamaluddin


Aku hanya sempat mengikuti 2 kelas Dr Burhan (Batch aku panggil abang Burhan). Lab Mikro-P dan juga Kelas Mikro-P sebagai subjek pilihan.

Pagi ni, sebaik sahaja aku bersiap untuk pergi ke hosp, nisa call and bagitau Dr.Burhan dah tiada..

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital 2 hari yang lalu. Kata orang,ada urat di otak dia putus. This may due to a lot of pressure.

Baru kelmarin (khamis) aku bersama-sama Wan, Farezwan, Fadh, Ifwat, Nadia, Shamim, Marlinda, Sayed, Linda, Farha, Fatin, Illy, Yam, Farah, Fizin,Sofwah melawat Dr Burhan di PPUM.

Malangnya sedari dia masuk ke hospital, dia memang dalam keadaan koma.

Kebetulan ketika itu Dr, Zainol juga datang melawat. Setelah melihat keadaan beliau, Dr.Zai mencadangkan kami membuat (3rd Year) membuat Solat hajat dan bacaan yasin.

A short meeting concludes that it will be conduct today. However aku tak dapat datang sebab urusan keluarga.

Namun segalanya sudah terlambat. Sebelum sempat mereka memulakan majlis, Beliau telah pun pulang ke Rahmatullah.

Aku tersentak pagi-pagi.

Walaupun tersentak, aku masih perlukan rokok.

Maka..damai dan tenag lah kamu di sana, Abang Burhan. Segala ilmu yang pernah kau ajar kepada ku, akan aku semaikan kepada mereka yang lain.

Alfatihah.






p/s: ily mengingatkan aku...yamg Allahyarham tak dapat baca tulisan-tulisan semoga cepat sembuh dari kami, yang dilekatkan di bersebelahan beliau. Segalanya sudah terlambat.

Im just talking to me

"There are a lot things to  share. But my mind didnt walk with my body."
"This neck was a hell stiff. Hold on."

"Hold for another day?"

"No, make that 5days. You have Physics Statistic Test coming this Teusday."

"That wont be very hard. 2 chapters only."

"And let me remind again. Statistic is on chapter 3 now. Just think what will happen if you take for granted."

"Fine!"

"And the assigment from Atom and Mathematical Method. Oh ya, another tutorial."

"Enuff!! But not today. Im not sure bout tomorrow and saturday. I may free on sunday"

"I wish You luck. Better be on bed or facing those work."

"Decide for me"

20100111

God Name

Macam dah lambat je nak bagi pendapat pasal isu ni..tapi ada aku kesah? Kechah? Kuchah? Tala Ku Cha Cha?

Aku tak berani nak bagi pendapat dari segi fatwa-fatwa dan agama, menggunakan dalil Naqli. Aku tau ini akan melanggar etika ilmu dari Islam kerana tidak berpaksikan pada Aqli dan Naqli. Mungkin aku adalah seorang yang liberal. Apa pun yang penting adalah niat dan keikhlasan kita dalam menjalani ibadah dan kehidupan.

Pada aku, dari segi kebebasan dan rasionalisme, adalah boleh untuk nama Allah diguna pakai oleh semua orang. Sama seperti kita mengungkapkan nama-nama Jesus, Buddha dan lain-lain (banyak sangat kot Tuhan-Tuhan dalam agama lain). Dan dalam buku teks pun ada ditulis nama-nama ini. Tak pernah menjadi isu yang tidak boleh diletakkan pada buku yang sama malah bersebelahan berselisih bahu sekalipun.

Memang benar. Jika anda adalah seorang yang beragama, maka Tuhan masing-masing adalah Tuhan semua orang. Seperti, bagi orang Islam, Allah adalah Tuhan yang menciptakan semua kehidupan, maka orang-orang yang beragama lain pun, walaupun mempercayai serta berkiblatkan Tuhan lain, tapi pada pandangan kita Tuhan kita dan Tuhan mereka adalah sama. Cuma mereka tidak menyembah Tuhan kita. Jangan salah faham yang aku kata bahawa kita menyembah pada Tuhan yang sama pulak. Itu dah jadi fahaman ayah Pin.

Maka, secara rasionalismenya, semua orang boleh menggunakan nama Allah.

Itu fahaman bebas. Tapi, apakah kesan dan akibatnya?

Kekeliruan mungkin berlaku kepada anak-anak muda. Seperti yang di petik dari blog Kereta Mayat,
Apakah yang anda rasa jika terdapat perlekat yang ditampal dibelakang kereta menulis "Jesus adalah anak Allah"? Ataupun jika Nama Allah disatukan dengan lambang salib?"
Nampak tak implikasi dia? Macamana dengan anak-anak muda yang imannya setebal hirisan bawang? Mereka mungkin menyatakan "Oh, Allah juga adalah sebahagian dari konsep Trinity. Maka Kristian itu juga agama kita" Dan disambung oleh kawan dia yang lagi sengal "Jadi, cerita Matrix itu adalah kisah benar juga lah. Eh, bila kita nak sedar dan cabut plug kat leher ni?"

Sebahagian juga berkata, Nama itu hanya mahu digunakan dalam akhbar Harold Weekly. Ok, so? Suratkhabar tu akan self destruct selepas habis dibaca? Mungkin ia akan jatuh ke tangan orang lain.

Aku ada merasakan ini semua berpunca dari Agnes Monica. Ingat isu lagu dia yang kena banned sebab sebut nama Allah sedangkan dia Kristian dan lagu itu memang ditujukan kepada Agama dia sahaja?

Indonesia membenarkan penggunaan nama Allah bagi setiap agama. Adakah kita nak follow gak? So pas ni kita gi hutan, cari buluh, asah bagi runcing dan bila jumpa orang Indo, kita cucuk tapak kaki dia. Yela, kalau dia kebal, tapak kaki la kena cucuk. Boleh mati. (Ehsan dari Puteri Bunian buluh Betong, Laksamana DoreMi).

Come on la..sedangkan sana ada Mee segera 50% halal, kubur bercampur-campur, kawen campur lain agama seperti Shah Rukh Khan. Mazhab diorang..dan kan mereka lagi bagus dari kita..heh.

Maka, rumusan dia adalah nama Allah boleh dipakai oleh semua orang asalkan tidak menyekutukan Allah, tidak menghina Allah dan tidak merujukkan nama Allah kepada entiti atau kepercayaan lain.

Tagline kat paper pada mulanya mengelirukan aku..

I shoul get back to business, And Physics Night

Her condition are getting better. Just now on this afternoon, she done the Physiotherapy. Sebab dia still susah nak balance masa berjalan. Its quite normal since sedikit otak dia mungkin terganggu and for sure the fluid inside there belum balance.

After a month, she will start the  Chemotherapy. But this time, no MP3-therapy Radiotherapy. Yeah..she just sit there and listen to the radio, since chemotherapy is a therapy based on chemicals. Haha.

She expect to get back to work in 6 month. I wish to quite this study and replace her place. Maybe I dont want to continue in master..yet. Philosopher Doctor? Belum sampai seru.

Well, I guess I have to be mean. I must restart the booster. And it seems I need to see Dek Non (Pedo  term for Dr.Zainol. You'll be suprise to know that there a lot of nicknames we given  to the society of UM) regarding the Physics Night. I need to start "ribut otak" (or "otak ribut"..wait, is it brain-storming? Then it should be Meributkan Otak. Waduh-waduh, kok bingit saja kamu ini).

Anyone who wants to be a Production Team, please tell me. And please, give respond and show some attitude.

Come on!! We are late about 6 month guys! Physics night should be on Sem 1, not 2. This is embarrassing my batch.

The Idea of 5th year (batch 05/06) was amazing. I envy them. And please support if there were t-shirt to be sell.

God! This week was really excruciating. Urgh..

20100110

After 7th January

Here we go.

Alrite..as told in FB, My mum dah selamat menjalani pembedahan.

7th January 2010
Dia telah masuk ke OT around 9am, dan selamat masuk ke ICU pada jam 12.45pm. Tapi, masalah utamnya, kami dapat tau yang dia ada kat ICU setelah jam 4pm. Cantik sangat. Penat aku menunggu dengan penuh kelaparan kat bilik menunggu, aku tak pergi makan semua, boleh pulak dia lupa nak bagitau operation dah habis kan?

Doctors predict operation akan berlansung lebih dari 6jam. And doctor kata "Kami tak sangka boleh habis cepat". I must say I thank you, and credits must be given, Dr.Muin.

Ingat tak aku mention pasal tumor tu ada dekat-dekat dengan Epilepsy area? So, as expected, mama kena serangan epilepsi sebanyak 7kali antara 12.45pm sehingga 8pm. Yes, its on the same day after operation. Mama memang ada sejarah epilepsi, dan Alhamdullillah, serangan tu dah lama berhenti. Kali terakhir, semasa aku berada di tingkatan 5, masa tu mama dapat denggi.Dan setelah beberapa tahun dia sembuh dari epilepsi. And yeah, by that time I have fully mastered the method in handling Epilepsy patient.

Okay. After jam 8pm, doc have decide to start two type of Epilepsy medition, with the high dose. After a while, the dose will be less gradually until ther decide to stop and breaking the exponential law.

8th January 2010.
Sangat bosan dammit! Dah a terpaksa menghadap telinga mendengar perbualan kerabat DiRaja Pahang mengomen benda-benda yang nonsense. Tengku amenda ntah namanya masuk sebab gering buah pinggang (oh, aku tau menggunakan bahasa istana rupanya). Hoi...kerabat-kerabat ni tak boleh ke datang dengan penampilan yang indah mata memandang? Anda tu adalah orang-orang yang terpilh dari segi DARAH, bukan terpilih sebab buat something yang membanggakan. Sakit mata aku memandang. Lain la kalau anda to Liyana Jasmay.

Ok, back to mama. Dia dah sedar-sedar sekejap. Tapi still sangat lemah. Side effect kepada ubat epilepsi tu make her sleepy. Thats fine And pada petang, doctor decide untuk cabut mesin bantuan pernafasan.  Sebelum kena halau dari ICU pada jam 9.00pm At the end of the day, sebelum balik umah, nurse kata dia akan cuba suap mama makan..kalau tak boleh terpaksa pakai tube. Sakit kowt masuk tiub dalam tekak. Ok, berkali ganda sakit dari sakit nak buffering  YouTube guna wifi UM.

9hb Januari 2010
Hari ni sampai lewat sikit sebab terlajak tidur. Kul 10.30 aku sampai dan the first thing mama cakap
"Tolong pergi beli biskut, mama lapar sangat"
And yes, that was the most beutifull things to hear in the morning. Atleast from there we know 3 things:
  1. She can talk!!
  2. She can Eat!!
  3. She remember me and herself.
Seperti yang dijangkakan, hari ini memang akan ramai pelawat yang akan datang. And aku dah buat statistik..rasanya dalam 3hari ni, kawan-kawan aku yang ramai datang.Haha. Takpe, aku faham..ramai yang kerja hari sabtu. Lainlah kalau Sabtu minggu pertama dan ketiga. Semalamnya Syasya, acap and zarul kata nak datang pagi-pagi.


Ah ye..rombongan pertama sampai 1030.
Aust
Zarul
Rodzuan (Ah lien)
Hana (lipstick)
Dilla
Pastu group kedua, 1110
ACap
Serai
Syasya
Fidah
Aku minta maaf sangat-sangat kat 2nd group..aku kurang melayani korang..Bukan apa..budak-budak MYC ni menggoda aku dengan perbualan yang melalaikan.

Around 3pm, setelah beberapa kali berbincang dengan nurse, akhirnya kami terpaksa akur untuk mengambil Single Duluxe Bed. Bilik Double Bed dan  Single Bed is full. Hurm..other option is Four Bed, but sangat xselesa nanti..

Tadi nenek datang dan bawa sedikit juadah dari kenduri kat rumah dia malam tadi. Something make shiver.

Mama tak kenal Sambal Goreng. I mean, itu dah jadi masakan tradisi paling famous Nenek, tak pernah miss makan dalam setahun. But mama tak tau apa tu and it takes time 4 her to remember back. Then dia citer. Selepas dia sedar pagi tadi, the first thing dia tanya nurse kat ICU is "Saya kat mana ni?"

Gila ah cuak...

Maybe sebab baru lagi dari operation kowt..takpe..kita bagi masa lagi..

P/S: Thanx to Adian and Umi-nya yang berjaya sempat datang dan berbual dengan mama pada pagi 7hb itu..seb baik sempat ek Dyan? kalau ter-miss..sure ada orang kena belanja Zinger Tower

20100106

Jutaan Terima Kasih

Kepada kawan-kawan dari UM yang bawak aku ke Ampang Puteri dan juga melawat mak aku walaupun korang nakal gila.
Farezwan
Ifwat
Ikhwan
Fadh
Ali

Kepada kawan-kawan MYC yang sudi datang dengan buah tangan.
Zakie
Aust
Zarul
Who
Eton
Mira
Mimie

Aku tak tau nak cakap apa dah..but aku sangat berterima kasih.
Seb baik xkena halau dr ward malam td. Hahaha

Ok, after Atom class ill be there until monday. Apa-apa hal contact la saya ye..kalau nak num phone nurse ke.. Zarul tak boleh.

20100105

Lawatan sambil belajar

Lokasi: Bilik 422. Tingkat 4. Hospital Ampang Puteri.

Tarikh dan Masa. 5 Januari 2010. 8.30mlm.

Tadi Ifwat, Ikhwan, Farezwan, Fadh kata nak pergi melawat mama. So, aku akan follow diorang (kalau takda masalah). Naik 2 keter, so it should have some space more if 1-2 people nak follow.

Hari ni xpayah bawak Pizza sebab aku pun tak lama sangat kat hospital. Cuma esok and lusa la baru lama.

Kepada yang nak follow dengan transport sendiri, inform la awal-awal, leh konvoi.
 
Nak datang esok pun boleh..aku ada je kat hospital nnt. Cuma hari ni ramai sikit.

Hari khamis xpayah la datang kalau nak jenguk mak aku..kalau degil gak, contact aku. Sebab operation tak tau habis kul brapa and after that dia akan masuk ICU. Nak melawat dalam ICU leh..tapi sanggupkah anda masuk ICU? Aku sangat tak suka masuk ICU sebab tak boleh ngorat nurse ada satu perasaan yang buat aku sangat tak selesa. Honestly cam rasa ada malaikat maut bersiar-siar.

Aku berdoa sangat-sangat kalau dia ada kat situ, mama belum masuk dalam list dia lagi. Tolong la..lanjutkan la lagi umur dia. Dia belum tengok aku berjaya dan ada cucu.

It start to feels like the long day have begun.

P/S
"Bosan tak pergi kelas pagi-pagi? Haa...sebab tu la aku grad awal-awal. Gila seronok bila dah grad, buat master. Tak payah pergi kelas. Kau bila nak grad?"
Petikan dari Ragib, lokasi kawasan parking antara blog Ambang dan Cerun, seawal 8.25 pagi.
Student Physics 3 tahun yang dah Grad dengan Pointer yang membanggakan. Mateila ko...mentang-mentang dah grad, boleh la cakap camtu.

20100103

Im very full, seriously

Do you believe this?

Seorang guru yang mengajar muridnya yang ketika itu sedang berada di dalam darjah 5, kembali berjumpa anak muridnya setelah 36tahun  tidak berjumpa.

Dan dia berjaya tracking balik pelajar dia melalui Faceboook.

Thats what happen today, 2th January 2010, 10.20am.

My mum teachers datang ..and the best part is dia cari rumah ni guna Google Map. Aku pernah try track address rumah ni melalui GPS Lab Elektronik, tapi tak wujud. Haha. Dulu, dalam setahun lepas jugak, Burung  Hafiy, Esmat pernah datang ke rumah aku, berpandukan Google Map gak. Kagum dengan teknologi.

Lama aku tak mop rumah. Rasa nak patah pinggang mop tadi. Dah la batang mop tu patah, so menjadi lagi pendek. Ini memaksa aku membongkok lebih 30 darjah.

Kena ganti mop.

Kenapa aku mop? Sepatutnya Nenek datang tadi dengan Nek Long and Nek Busu serta nyiang Rapik kerepek. Tapi tetiba last minit ubah plan and ajak kami sekeluarga makan di Ampang Park, Cozy Corner. Restoran ini bagi aku, biasa-biasa sahaja..tapi sebab arwah atuk dan nenek suka sangat lepak tempat ini, so boleh kata tiap tahun kami akan datang tempat ni beberapa kali.



Aku agak terkesima bila dia ubah plan. Sakit belakang aku mop dapur.

Malamnya kami pergi ke Seksyen 14th, PJ. Keluarga Umi organize makan malam dan pertemuan ahli-ahli keluarga di Restoran apa entah. Tapi restoran Pakistan. Dia tempah separuh kedai tu dan makan secara bufet. Lauk yang sangat pelbagai, dan juga kambing seekor. Pok pernah berjanji (banyak kali) untuk buat makan malam di mana ada seekor kambing bakar. And kami dapat tadi. Aku tak tau berapa blood pressure aku sekarang. Tapi tadi memang mantong gila...

Later selepas Yam pass gambar kat aku (atau bila dia upload kat fb..which is aku rasa dia dah buat pun), aku akan post kat sini gak. It was fun. Sebab terhibur gak di kala jantung berdebar-debar ditambah debaran daging kambing bakar..

Ines, Thanx a lot. It wasalways been fun to have a chat with you.

Its a long day.

And 7th January is much longer.
Seperti pembedahan yang lepas, aku akan stay sampai mama keluar OT and masuk ICU. And aku adalah orang yang menunggu sampai dia sedar kat ICU, tak tidur. Aku rasa, itu je yang mampu aku buat. Kalau boleh masuk ICU lama-lama, mau Nurse tu cubit aku. Aku tak boleh biarkan itu berlaku. Sebab nanti ada orang marah. (Anda tahukan perbezaan nurse goverment dan swasta?)

Leh kata hari ini agak menarik

And penat.

20100101

Countdown to 7 January

Serious shit. Lately semenjak Isnin lepas, aku kurang lena tidur..walaupun lebih lama dari biasa. Dan bila tidur, aku akan bermimpi yang bukan-bukan.

What if this is the last moment, the last that I can appreciate with her?

Damn. Aku kena positive.

Positive?

Maslahnya aku dah biasakan diri aku untuk berfikir secara negatif. Aku akan berfikir mana-mana kemungkinan yang buruk yang mana mungkin berlaku. Dengan itu, secara automatik aku akan ada back up plan, must always have because everything was Heisenberg Uncertainty.

But dengan my mum case.. Back up plan? Gila ko nak cari mak baru.

Aku mulai pasrah. Aku kena tabah dengan apa yang akan melanda. Aku kena terima segala keputusan dan hasil-hasil yang akan berlaku nanti. Aku kena pasrah seperti menerima result exam, atau ketika menjawap paper Fizik Statistik tempoh hari. Segalanya akan tetap datang gak.

ok..better dari semalam.

Nightmare? Let it come. Misery was my company.

Aku rasa..nak jumpa Prof Saadah. Hopefully dia tak marah result QM aku. Hahaha.

Yup..tempoh bersedih dah luput. Sila bungkus dalam suratkhabar lama dan buang dalam jamban. Flush sekali dengan puntung rokok.

Cuma..tempoh debaran akan bermula minggu depan.

Beb, buka kepala kowt. Kalau takat buka perut ke, buka selipar ke tak pe la. Ni kepala, agak-agak la.

Oh ya, semalam mama update pasal meeting dngan Dr. Moin. The Tumor isnt effect a lot right now to life. But how ever, the position is very near to Medula Oblongata. And they cant predict in which path is that tumor is moving. Kalau dia membesar ke arah Medula, ritma pernafasan dan degupan jantung mama akan terganggu.

It can be worst. It can stop.

Trouble is a friend.