20100110

After 7th January

Here we go.

Alrite..as told in FB, My mum dah selamat menjalani pembedahan.

7th January 2010
Dia telah masuk ke OT around 9am, dan selamat masuk ke ICU pada jam 12.45pm. Tapi, masalah utamnya, kami dapat tau yang dia ada kat ICU setelah jam 4pm. Cantik sangat. Penat aku menunggu dengan penuh kelaparan kat bilik menunggu, aku tak pergi makan semua, boleh pulak dia lupa nak bagitau operation dah habis kan?

Doctors predict operation akan berlansung lebih dari 6jam. And doctor kata "Kami tak sangka boleh habis cepat". I must say I thank you, and credits must be given, Dr.Muin.

Ingat tak aku mention pasal tumor tu ada dekat-dekat dengan Epilepsy area? So, as expected, mama kena serangan epilepsi sebanyak 7kali antara 12.45pm sehingga 8pm. Yes, its on the same day after operation. Mama memang ada sejarah epilepsi, dan Alhamdullillah, serangan tu dah lama berhenti. Kali terakhir, semasa aku berada di tingkatan 5, masa tu mama dapat denggi.Dan setelah beberapa tahun dia sembuh dari epilepsi. And yeah, by that time I have fully mastered the method in handling Epilepsy patient.

Okay. After jam 8pm, doc have decide to start two type of Epilepsy medition, with the high dose. After a while, the dose will be less gradually until ther decide to stop and breaking the exponential law.

8th January 2010.
Sangat bosan dammit! Dah a terpaksa menghadap telinga mendengar perbualan kerabat DiRaja Pahang mengomen benda-benda yang nonsense. Tengku amenda ntah namanya masuk sebab gering buah pinggang (oh, aku tau menggunakan bahasa istana rupanya). Hoi...kerabat-kerabat ni tak boleh ke datang dengan penampilan yang indah mata memandang? Anda tu adalah orang-orang yang terpilh dari segi DARAH, bukan terpilih sebab buat something yang membanggakan. Sakit mata aku memandang. Lain la kalau anda to Liyana Jasmay.

Ok, back to mama. Dia dah sedar-sedar sekejap. Tapi still sangat lemah. Side effect kepada ubat epilepsi tu make her sleepy. Thats fine And pada petang, doctor decide untuk cabut mesin bantuan pernafasan.  Sebelum kena halau dari ICU pada jam 9.00pm At the end of the day, sebelum balik umah, nurse kata dia akan cuba suap mama makan..kalau tak boleh terpaksa pakai tube. Sakit kowt masuk tiub dalam tekak. Ok, berkali ganda sakit dari sakit nak buffering  YouTube guna wifi UM.

9hb Januari 2010
Hari ni sampai lewat sikit sebab terlajak tidur. Kul 10.30 aku sampai dan the first thing mama cakap
"Tolong pergi beli biskut, mama lapar sangat"
And yes, that was the most beutifull things to hear in the morning. Atleast from there we know 3 things:
  1. She can talk!!
  2. She can Eat!!
  3. She remember me and herself.
Seperti yang dijangkakan, hari ini memang akan ramai pelawat yang akan datang. And aku dah buat statistik..rasanya dalam 3hari ni, kawan-kawan aku yang ramai datang.Haha. Takpe, aku faham..ramai yang kerja hari sabtu. Lainlah kalau Sabtu minggu pertama dan ketiga. Semalamnya Syasya, acap and zarul kata nak datang pagi-pagi.


Ah ye..rombongan pertama sampai 1030.
Aust
Zarul
Rodzuan (Ah lien)
Hana (lipstick)
Dilla
Pastu group kedua, 1110
ACap
Serai
Syasya
Fidah
Aku minta maaf sangat-sangat kat 2nd group..aku kurang melayani korang..Bukan apa..budak-budak MYC ni menggoda aku dengan perbualan yang melalaikan.

Around 3pm, setelah beberapa kali berbincang dengan nurse, akhirnya kami terpaksa akur untuk mengambil Single Duluxe Bed. Bilik Double Bed dan  Single Bed is full. Hurm..other option is Four Bed, but sangat xselesa nanti..

Tadi nenek datang dan bawa sedikit juadah dari kenduri kat rumah dia malam tadi. Something make shiver.

Mama tak kenal Sambal Goreng. I mean, itu dah jadi masakan tradisi paling famous Nenek, tak pernah miss makan dalam setahun. But mama tak tau apa tu and it takes time 4 her to remember back. Then dia citer. Selepas dia sedar pagi tadi, the first thing dia tanya nurse kat ICU is "Saya kat mana ni?"

Gila ah cuak...

Maybe sebab baru lagi dari operation kowt..takpe..kita bagi masa lagi..

P/S: Thanx to Adian and Umi-nya yang berjaya sempat datang dan berbual dengan mama pada pagi 7hb itu..seb baik sempat ek Dyan? kalau ter-miss..sure ada orang kena belanja Zinger Tower

3 comments:

ko tau saper nieh said...

alhamdulillah.Syukur!

Vulpine Ninja said...

Alhamdulillah mak ko selamat.
but i hope her memory will get better.
sorry tak sempat nak visit or anything.

Myth said...

thanx guys
its ok..xpe..