20100111

God Name

Macam dah lambat je nak bagi pendapat pasal isu ni..tapi ada aku kesah? Kechah? Kuchah? Tala Ku Cha Cha?

Aku tak berani nak bagi pendapat dari segi fatwa-fatwa dan agama, menggunakan dalil Naqli. Aku tau ini akan melanggar etika ilmu dari Islam kerana tidak berpaksikan pada Aqli dan Naqli. Mungkin aku adalah seorang yang liberal. Apa pun yang penting adalah niat dan keikhlasan kita dalam menjalani ibadah dan kehidupan.

Pada aku, dari segi kebebasan dan rasionalisme, adalah boleh untuk nama Allah diguna pakai oleh semua orang. Sama seperti kita mengungkapkan nama-nama Jesus, Buddha dan lain-lain (banyak sangat kot Tuhan-Tuhan dalam agama lain). Dan dalam buku teks pun ada ditulis nama-nama ini. Tak pernah menjadi isu yang tidak boleh diletakkan pada buku yang sama malah bersebelahan berselisih bahu sekalipun.

Memang benar. Jika anda adalah seorang yang beragama, maka Tuhan masing-masing adalah Tuhan semua orang. Seperti, bagi orang Islam, Allah adalah Tuhan yang menciptakan semua kehidupan, maka orang-orang yang beragama lain pun, walaupun mempercayai serta berkiblatkan Tuhan lain, tapi pada pandangan kita Tuhan kita dan Tuhan mereka adalah sama. Cuma mereka tidak menyembah Tuhan kita. Jangan salah faham yang aku kata bahawa kita menyembah pada Tuhan yang sama pulak. Itu dah jadi fahaman ayah Pin.

Maka, secara rasionalismenya, semua orang boleh menggunakan nama Allah.

Itu fahaman bebas. Tapi, apakah kesan dan akibatnya?

Kekeliruan mungkin berlaku kepada anak-anak muda. Seperti yang di petik dari blog Kereta Mayat,
Apakah yang anda rasa jika terdapat perlekat yang ditampal dibelakang kereta menulis "Jesus adalah anak Allah"? Ataupun jika Nama Allah disatukan dengan lambang salib?"
Nampak tak implikasi dia? Macamana dengan anak-anak muda yang imannya setebal hirisan bawang? Mereka mungkin menyatakan "Oh, Allah juga adalah sebahagian dari konsep Trinity. Maka Kristian itu juga agama kita" Dan disambung oleh kawan dia yang lagi sengal "Jadi, cerita Matrix itu adalah kisah benar juga lah. Eh, bila kita nak sedar dan cabut plug kat leher ni?"

Sebahagian juga berkata, Nama itu hanya mahu digunakan dalam akhbar Harold Weekly. Ok, so? Suratkhabar tu akan self destruct selepas habis dibaca? Mungkin ia akan jatuh ke tangan orang lain.

Aku ada merasakan ini semua berpunca dari Agnes Monica. Ingat isu lagu dia yang kena banned sebab sebut nama Allah sedangkan dia Kristian dan lagu itu memang ditujukan kepada Agama dia sahaja?

Indonesia membenarkan penggunaan nama Allah bagi setiap agama. Adakah kita nak follow gak? So pas ni kita gi hutan, cari buluh, asah bagi runcing dan bila jumpa orang Indo, kita cucuk tapak kaki dia. Yela, kalau dia kebal, tapak kaki la kena cucuk. Boleh mati. (Ehsan dari Puteri Bunian buluh Betong, Laksamana DoreMi).

Come on la..sedangkan sana ada Mee segera 50% halal, kubur bercampur-campur, kawen campur lain agama seperti Shah Rukh Khan. Mazhab diorang..dan kan mereka lagi bagus dari kita..heh.

Maka, rumusan dia adalah nama Allah boleh dipakai oleh semua orang asalkan tidak menyekutukan Allah, tidak menghina Allah dan tidak merujukkan nama Allah kepada entiti atau kepercayaan lain.

Tagline kat paper pada mulanya mengelirukan aku..

5 comments:

Exarina Scherbatsky said...

sokong.
penggunaan kalimah Allah akan menyebabkan lebih banyak bad sequences pada masa hadapan.
yang peliknya lagi kes ni dihandlekan oleh hakim cina,hakim bukan Islam.
pengalaman serta pengetahuan dia tentang agama Islam mungkin agak cetek berbanding orang Islam sendiri.
kalau betul2 nak adil,ambik dua orang hakim,sorang hakim Islam,sorang hakim bukan Islam.
berdebat-berdebik carik,sorang pangkah sana sorang pangkah sini sampai dah speechless baru buat keputusan.
bukannya buat keputusan senang2 gitu ikut logik akal jer.
sebab kesannya nanti mungkin akan memudaratkan di kemudian hari.
thanx for sharing.

:))

Vulpine Ninja said...

sila baca ini http://al-fikrah.net/News/article/sid=421.html

AcAp said...

nie yg aku nk lempang si kalap bertubi2 nie....isu sensitif...jgn dipersoalkan ....kalimah allah milik islam...agama lain de niat lain....

Cik Nora said...

byk soalan yg bt aku t'tanye2.antaranye:

1)ape motif dorg mintak?adekah sbb
a)keuntungan dorg yg org Islam xsdar
b)tnda2 akhir zaman,mereka mula mngaku Allah 2 tuhan semua

2)hukum membiarkn mereka m'gunakan konsep Trinity t'hadap Allah yg Maha Esa?

n aku sgt keliru skg!!!semoga Allah tunjukkan mana yg btul..

Myth said...

Acap: aku bukan persoalkan, aku mebentangkan pendapat..ko bace x?

NOra:kalau psl konspirasi, jgn tanya aku..byk gila input aku dapat, xlarat aku nk tafsir