20100130

Black-Book Project (and issues)

So far dalam seminggu ni, aku dah aktif melukis semula. Aku buat pun ada sebab.. I wanna make something special for  someone.

Ok, bakat aku belum sampai tahap illustrator pujaan ku.. Tapi dari pemerhatian aku, bukan bakat je yang penting, tetapi idea, ketekunan, sabar dan teliti. Dengan itu, sesuatu karya akan menjadi Boom Boom Pow walaupun bakat melukis anda adalah seperti kanak-kanak riang ria.

Wait, what was the criteria again? Idea, ketekunan, sabar dan teliti. Thats look like the ideal principle in study. You may not be gifted with higher level IQ, but this will put you in the list of someone 'luarbiasa'. From nobody to become somebody.

Akan tetapi, kriteria-kriteria ini memerlukan minat yang mendalam supaya ia dapat disebatikan dalam jiwa, minda dan hati. Bagaimana caranya untuk menjadikan Atom, Statastical Physics, Mathematical Method dan Statistic menjadi sebahagian dari jiwa?

Kan bagus kalau aku mampu baca AL-Quran nota-nota serta reference subjek ini seperti membaca novel, kreko.. Aku mampu menghabiskan novel dalam sehari. Tapi bila bertemu dengan ayat-ayat ideologi serta fakta yang abstrak, aku terkulai setelah beberapa jam.

Eleh, korang pun sama..takyah nak perli aku.

Berbalik kepada projek tadi. Aku boleh kata kan aku masih ditahap antara beginner dan intermediate. And aku rasa aku dah tak melukis dengan serius selama hampir setahun. Banyak yang aku perlu belajar.

Masalahnya sekarang, aku seperti obses untuk mencari idea. Damn, bila nak study ni. 


Kadangkala, aku selalu mendengar kritikan orang-orang memerli minat seseorang. Aku tak paham. Ok, bakat belum cukup, tapi itu la MELAYU. Selalu nak Condemned. Apa salahnya kalau bagi galakan? 

Akan tetapi, kita tak boleh nak salahkan mereka. Historically, orang melayu dibesarkan dengan nilai-nilai seni yang bersifatkan alam. Contoh terbaik ialah Batik, Pua Kumbu, dan pelbagai lagi jenis teunan. Selain itu, dari segi ukiran dan barang-barang seperti Bikar, Keris, Perahu.

Aku bukannya tak suka pada semua ni. Aku admirer pada ketelitian semuanya. Namun, aku juga ada perasaan. Aku suka elemen-elemen in dinaikkan ke Zaman Baru, New World. Elemen-elemen seni kita adalah mahal. Salah satu yang berjaya dinaikkan ialah Modern Batik.

Bila dah dikomersialkan, baru la semua mula mengila-gilakan rekaan itu. Aku memang melihat orang melayu ni kebanyakannya adalah orang yang terikat dengan aliran mainstream. Apa-apa yang dikomersialkan, tak kisah la dari luar negara atau dalam sekali pun, itu la yang akan menjadi mimpi-mimpi indah.

Berbalik pada kisah asal, aku agak terasa bila seorang sahabat ni menegur " Kalap, buat apa ko melukis ni? aku rasa tak da faedah lansung. Buang masa"

Ya sahabat. Aku tau minat ini adalah sesuatu yang memerlukan masa. Sama seperti bermain bola, tak kira di padang ataupun di laptop. Semua ini memerlukan masa kan? Kau ada minat kau. Aku ada minat aku. Mungkin kau melihat ini dari segi duit. Sahabat, sekarang boleh la kata macam tu..nanti bila kau nak upgrade komputer kau, bila masanyta sudah tiba untuk kau membayar bil elektrik, tidakkah itu sedikit mengecilkan wallet anda?

Aku dah biasa mendengar kritikan-kritikan yang tak membina. Kalau macam "lukisan kau buruk" atau "kau tiru lukisan siapa ni?", bagi aku, itu semua adalah membina kerana ia akan membuat aku cuba untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Tapi kalau nak kritik bukan dasar untuk menaikkan semangat aku, CURSES.

This is something that I face since i was very liitle, since i fall in love with arts and comic (ok, mostly comic).Its like semua orang suruh aku berhenti, berhenti dan berhenti. Well, I dont.

Aku tertarik dengan zaman Renaissance. Karya-karya yang dihasilkan pada masa itu, dihasilkan oleh orang-orang yang berfikir, oleh orang-orang yang mempunyai nama dalam bidang sains. Sumbangan mereka tidak boleh dipertikaikan. Siapa yang mencipta gunting? Siapa yang memberi idea yang praktikal dalam penghasilan kapal terbang dan heli?

Go figure guys. And yeah, those guy were also devoted to the religion.

Ok, ayat-ayat aku semakin emo. Haha. Its time to flee. By the way, siapa yang terasa kat atas tadi tu, aku minta maaf la. Tujuan aku bukan nak menyalahkan korang, cuma cara korang tak betul. Terguris hati I. Bukan sebab kau condemned apa yang aku buat, tetapi kau juga memperlekehkan usaha-usaha orang pada zaman dahulu, mempertikaikan yang sains dan seni tidak mapu bergerak seiringan. Jangan sampai aku report  kat WATWA, dia timbalan dekan.

1 comment:

Myth said...

terkedu dan terpana