20100729

Well, not advised to read.

Is it wrong to feel happy when someone is admitted into hospital?

Kalau dulu iye lah. Its a Taboo for people because hospital seems a gloomy place for Grimm. And yeah, they like it that way.

But bila masuk hospital, the patient will have the facilities and trained people who will help you in any health problem.

Is it bad for people to feel relief and happy?

Orang melayu bila dengar masuk hospital diorang akan rasa sangat bimbang sebab maknanya patient tu dah teruk.
Generalization.

Thats typical, nothing to be worried. Lagipun kita ni kan kalau sakit sikit-sikit tak nak jumpa doktor. Bila dah teruk,dah nyusahkan orang baru nak pergi.

Hey. positive. Bila kita nyusahkan orang, baru lah orang tu ada peluang nak berbakti dan bagi kasih sayang kan? Kalau tak, bila lagi nak diberi peluang menunjukkan keikhlasan menjulang ke langit.

Yeah, positive is an easy thing to say and to tell people.

"Bawak bersabar eh"
"Tuhan nak uji ko ni.."
"Tuhan nak kurangkan dosa kau ni.."

You are talking bout God to me? Which God are you referring by the way?

And by the way, siapa yang perlu kita kesian kan? Patient atau orang yang menjaga patient?

You can decide it.

Yeah, aku berbicara hanya mengikut hati.
Aku nak sangat bercerita.
Pasal 7orang yang menyamar menjadi pelajar dan masuk ke kelas lama, sebelum di tahan polis ketika sedang tekun mendengar cikgu mengajar.
pasal Ubi gadang.


A lot.

And by the way, he's probably will be back in hospital, maybe this week.
And yeah, jadi seorang tukang urut tak bertauliah, sangat sakit.

20100722

Light Mumble in Wet evening.

Life is giving me pressure and literally, pushing me to eat more, damn it


And I feel like eating people these day


And nothing feels good than smoking these day!!!
Ada masalah? Isap Okok dulu

Feel like sexy and kinky? Isap okok lagi sexy

Rasa cam nak gaduh? Kumpul tenaga dengan isap okok dulu



I had a lot to say. But I just keep my mouth shut because I cant think.

For now, lebih baik kita berdiam diri.

Well,
Last week ayah aku masuk balik hospital. Haha, bilik sama, segan kowt jumpa guard dgn nurse yang sama.
And yeah, this year present was sleeping on the chair, damn it, 1st time aku tak countdown.

Childish? Hell, yeah I am.

Setahun sekali kot, apa salahnya aku nikmati hari tu?
Lagipun its like a hell for the last 2 month, cant i just get a piece of peace a while?

Things just great honey.

Asalkau cantik sangat??!!!


20100714

Misadventure of Philosophy In Hospital Ampang

My dad was admitted into Hospital Ampang from 8th July until yesterday 13th July.

Hospital Ampang adalah hospital kerajaan. Agak lama aku tak masuk hospital kerajaan. Usually bila my mum masuk hospital, kami bernasib baik sebab pihak majikan akan menampung perbelanjaan perubatan, so we are off to private. 

Hell, memang best cuci mata kat private!

Hospital Ampang baru lagi ditubuhkan, around 4-5 years ago. Maka, luaran dia memang cantik, masih bersih.

Tapi dalaman?



Seperti yang kita suka menjadi tipikal, I know, majoriti akan condemn hospital awam sebab servis mereka. Tapi adakah memang mereka sengaja mahu berbuat begitu? Oleh kerana mereka dibawah lembayung kerajaan, mereka rasa selamat?

Aku bermalam setiap hari di hospital, teman ayah aku. Dia sakit jantung whereby jantung dia berdegup terlalu cepat. And therefore, doc tak bagi dia bergerak dengan banyak, tak boleh pergi toilet. So terpaksa pasang tiub itu dan ini.

"Itu la bah..isap rokok banyak sangat. Sekali nikotin stuck kat arteri sebab banyak sangat lemak tak tepu. Sekali lemak tu teruarai, berdesup nikotin masuk kat jantung. Tu yamg jantung jadi hiperaktif"
Everynight memang tak boleh tido. Sebab menjaga patient, then turut menjaga patient-patient yang lain, then karenah sesetangah patient lain macam gampang, then nurse BODOH borak kuat-kuat kat kaunter.

Later la aku buat entry lain pasal patient-patient yang aku kenal. But for now lets focus to the white so-called chick.

Honestly, kalau aku jadi nurse, mau aku jadi pembunuh pertama kat Malaysia yang pakai costum warna putih. Karenah patient kat sini bukan main-main. Mostly orang tua bhai, umur 50 ke atas camtu. Masing-masing ada fiil sendiri. Then, sebab ego yang tinggi (dan nyanyuk) mereka jadi lebih sukar untuk dilayan, di tenangkan.

And nurse pun bukannya ramai. Ada dalam 3-4 orang untuk kawal  30 patient gitu. Gila ke tak?
Here, we came to a court where each side blaming the others. Aku terpaksa cakap la. Sesetengah yang admit ke hospital awam is rakyat yang masih di takuk pemikiran dunia ke 3. Then mereka tak sihat, mestilah mereka nak perhatian. Dan mereka rasa mereka layak mendapat layanan yang sewajarnya sebab mereka antara pembayar cukai (mungkin).

Layanan nurse yang berjaga pada shift malam memang agak teruk. Diorang malas nak layan patient. Aku jadi sakit hati and tak keruan nak buat apa. Nak tolong, tak tau apa yang boleh tolong. 

Tapi kalau pada shift siang, jumlah nurse increase. Hence, memang dapat dilihat layanan yang makin baik dipersembahkan.

Honestly, memang macam nampak satu konspirasi. Haha. Bila siang, pelawat datang, so kena tunjuk side yang baik, tapi bila malam, biaq pi la.

Namun, aku tak nak cakap camtu. Sebab memang tak adil kalau aku cakap camtu. 

Cuma, aku rasa silapnya kat hospital Ampang, diorang patut sediakan lebih banyak nurse pada malam.

.
.
.
.
.
.
Well, im not done yet. Next thing, guard.

Hell!

Kawalan memang ketat. Ada je tanya 
"Nak pergi mana?"
"Melawat siapa?"
"Ward mana?"
What the most ironic is, 90% guard yang aku nampak ialah makcik-makcik tua umur 40 gitu. Honestly, WTF?

Adakah mereka reliable kalau terjadinya sesuatu ? Macam kes curi atau apa-apa? Bukan mengutuk, tapi nak tengok diorang jalan pun macam susah. Tapi perangai nak kerek je. Ada je nak sekat itu, sekat ini. Meghalau tak yah citer la. Banyak kali nampak pelawat kena halau bila waktu melawat habis.

Aku tak rasa diorang patut buat macam tu. 


Overall, aku rasa hospital ampang ok la...

20100709

A contradiction for a fourth year Physics student

Hell, dah masuk 4th year pun takde laptop. Haha.

Malam ni tido hospital lagi, yeah, expected with bruises in the back again. Dah la tadi boleh terlepas jumaat, bantai tido sampai kul 4, masuk lab balik memang macam cibai.

Dah brief kat doc regarding paper, tapi dia nak gak masukkan benda yang akan mencacatkan paper dia. Ah, lantak kau la. Asalkan gaji aku dapat and aku buat kerja (and nama aku ada dalam paper).

I was thinking to do some work and entry lain kat blog ni ha, tapi apakan daya...

Ada sapa-sapa rasa nak sumbangkan laptop tak?

Agak-agak kalau aku bawak pc gi Hospital, nurse marah tak?

And, takde nurse yang hot. Sume nak muka ketat, cam haram. kecewa aku sebagai seorang lelaki yang ada nafsu.

Aih..sumpah bosan...

Seems like me,my novel and mp3 je la.. Nak masuk wad perempuan, i doubt ada perempuan yang boleh dicuci mata. Lagipun guard gerek suyh..kang dia halau lak.


Oh fuck, next week sem start. Bilik tak dapat lagi.
Oh fuck, barang tak beli lagi.
Oh fuck, apa pun tak ready.
Oh fuck, cuti aku baru rasa 3 hari, out of 2 month.
Oh fuck, yes Im fuck up.

How universal the fuck word is.

Yes, I love that word. I love the word of Fuck.

It use to be mother but yesterday was father

Semalam my dad plak yang masuk hospital. Due to angin dalam badan banyak sangat. Suspect maybe sebab jantung. Sama macam kes Arwah Wan and Arwah Mamachu.

Guess, Ill be away awhile.

Gila tul semalam teman dia. Macam-macam berlaku. And now, badan aku sakit gila sebab tido atas kerusi, tak cukup tido, and now kat lab dah.

Paling best pagi tadi, ada patient baru masuk kul 2, time tu patient tu tak sedar. Kul 4.30 dia disahkan mati. 

first time nampak kot, jangan la cakap aku jakun.

Aku manusia biasa yang takde peluang nak tengok benda camtu.

Later aku sambung dengan condition hospital tu.

Banyak yang aku nak rage.

Till then.

P/s: I smoke like im breathing. I'll paint it all beneath

20100708

Circle

This song just come up in my mind, and it ringing like hell.
Ouh, I use to hear this hundreds time before.

"All of my question were answer to my sins"




20100707

Nota Bulu Kaki III

Ok, aku dah semangat nak sambung tulis NEM, sekali tertinggal plak draf kat umah.

Hahaha.

Best kan? Sori la milah, odah..

Later ill post ek?

Gi main daun dulu. Syoh2

20100706

Parenting 101: What Do's and Dont

Ok, kinda fakap, so kena la post something yang light.

Hopefully kalau ada orang baca and happy, so that aku boleh tumpang happy, semua orang happy, orang kat palestine happy, ibu bapa yang kena buang oleh anak-anak happy.

Happy tanpa batasan.

Lesson 1

Lesson 2


Lesson 3

Lesson 4

Lesson 5

Lesson 6

Lesson 7

Lesson 8

Lesson 9

Lesson 10

Lesson 11

Lesson 12

Lesson 13

Lesson 14

Lesson 15

Lesson 16

Lesson 17

Lesson 18

Lesson 19

Lesson 20

Lesson 21

Lesson 22

Lesson 23

THats al folks.

Aku serious takde mood, so, takde pandangan.
Malas jadi manusia jap.

credit to Sheyna

Hear Me, Hear Me

Terus terang la kan, aku ada beberapa benda yang nak dipostkan. Tapi aku takde mood nak menaip.

Lately semua jadi fakap. 



Some said after 3 times bad luck, then 'good' luck is on your side.

Some said "Bawak la bersabar, sabar k? Tabah ek?"

Some said  "Tuhan bagi kau hidup lagi supaya kau ada masa untuk bertaubat"

Some said " Ni semua nak cuci dosa awak yang dahulu"

Some said "Tuhan ingat kat kau, dia bagi la ujian banyak-banyak"


And the most popular answer is by using God. We always use GOD.

Why?

Because it was easy, so that let God help you get through the trouble

"Hey, dont ask me. Im not the one who put you under this. Its God. So talk to to Him. Go and solve it with God. Im not going to interfere. Blablabla..talk to the hand buddy, not my problem"

Because once you said it, then the one who facing the problem will cant argue it.
Yes, no one want to be seen as anarchy, as radical, as secular and whatnot.
And who can blame what we must believe?
And for people who doesnt fall into the pitch, please appreciate and dont complain bout your tiny problem.

Honestly people.
We can all say behind a black cloud there is a silver line.
Setiap yang jadi ada hikmahnya.

And it will be true due to any possibility, as we are human.

And I claim that is the habit of us who like to escape by reasoning.

For we are as human, some were made to be black sheep for the balance of the world.

And for cry out loud, some might say
"Stop whining bitch, thats your problem, not any of us. Everyone has their own problem"

You are right.
You are very right indeed, forget the Heisenberg Uncertenties.

P/s: The day that you doesnt feel worth to living is the good day to die

20100705

Get Logic

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya
Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik (L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah
mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macam mana ni.

L : Tentulah tidak membantu, logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana
cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.

20100703

Never Ending Myth 1: Chapter 4: Bedtime confession

"Cerita ini adalah garapan tanpa skrip, berdasarkan pengalaman silam semata digubah secukup garam dan lada berulam kan teori-teori serta mitos-mitos yang dikumpul dibalik lemak ini. Salah dan silap,saya mohon jari jemari meliuk kencang bersama jari kaki"

Aku adalah bayangan Newtonian, berdiri di hadapan penggerak Mutlak (Prime Mover) bersama beberapa saudara saudara ku. Kami diberi kelebihan untuk memerhati dan melancarkan tingkah manusia.

Kami bukan Tuhan.

Penggerak mutlak, juga adalah Pencipta Mutlak, pencipta kami.

Konsep Einstein dan Spinoza juga terdapat celanya walaupun mereka adalah insan yang istimewa. Akan tetapi mereka menyingkirkan sedikit kemanusiaan demi liberalisme yang termaktub di sebalik angka-angka utuh.. Angka-angka dan segala formula kedasaran itu masih lagi firman Pencipta Mutlak. Namun firman terjemahan manusia tidak akan tercapaui setepat yang mungkin dengan yang Mutlak. Hanya menghampiri. Dan keralatan hatta sebesar zarah akan mencipta khilaf yang tampak seadanya.

Liberalisme hanya sempurna pada hati yang kudus. Tidak perlu dinyatakan berapa insan yang punyai hati seperti ini kerna yang menentukannya ialah kamu sendiri. Kamu adalah ciptaan Teragung Nya.

Kami bersaudara hanya mampu memerhati dan menggerakkan amanat Pengerak Mutlak. Seperti gelombang, kami mematuhi segala ampiltud, reosansi dan juga vektor. Dan di tiap hujung riak gelombang, itulah kamu. Kamu berupaya berubah mengikut medium yang tersalut.

Kami tidak bisa menghakimi apa yang dosa dan pahala. Kami bukan Penghakim Mutlak. Kami hanya mengikut firmannya yang satu. Tapi kamu manusia punyai pendapat. Dan kemudian kamu mencipta mazhab-mazhab yang berbeza. Tetapi kamu tidak salah. Kamu diberi akal dan dicipta dari pelbagai kaum demi menguji penyatuan. Tiada kebenaran yang jitu melainkan Kebenaran Mutlak

Kami hanya pengerak yang digerakkan oleh Pengerak Mutlak. Kami bukan Tuhan. Bagi Amirul, deus itu hanya gelaran hormat pada kami. Kami tidak menolak sebarang panggilan dan tidak pula kami menerima dengan sepenuh hati. Walhal, tiap nama yang wujud itu sememangnya ciptaan Tuhan, dan apa yang utama, kami tahu akan kebenaran apa dan siapa kami.

Kami tidak memperanakkan. Amirul hanya lah salah seorang manusia yang terpilih untuk mempunyai resonansi dengan aku, Dia mampu mengahdirkan aku padanya.

Aku,digelar oleh dia...Deus Firdaus

20100702

Never Ending Myth 1: Chapter 3: Meet me In the Equinox

"Cerita ini adalah garapan tanpa skrip, berdasarkan pengalaman silam semata digubah secukup garam dan lada berulam kan teori-teori serta mitos-mitos yang dikumpul dibalik lemak ini. Salah dan silap,saya mohon jari jemari meliuk kencang bersama jari kaki"



Amirul Fakhrul setelah lelapnya mata akibat anestatik tidak pernah tidur di dalam tidurnya. Dia punyai keistimewaan dalam mengawal resonans otaknya ketika dalam keadaan Delta. Kali ini, dia memilih untuk menziarahi sesorang yang berdiri di luar hijab manusia. Dia mencari Deus Firdaus.

"Semoga kesejahteraan melimpah ke atas mu, Ayah Deus" ucap Amirul Fakhrul  di dalam kegelapan.

"Semoga selamat sejahtera juga kepadamu, Anakku" satu suara membalas doa itu.

Kegelapan itu menghala ke arah satu cahaya suram. Cahaya lampu mentol yang berwarna kuning jingga. Sayup-sayup kedengaran bunyi mesin taip usang menghentak-hentak aksaranya. Amirul Fakhrul memusatkan pemikirannya dan bergerak speantas kilat ke arah mentol itu.

Kelihatan satu susuk badan yang duduk di meja usang, berteman kan mentol dari lampu membaca dan juga sebuah mesin taip yang tiada kertas, tetapi bersambung dengan ribuan wayar-wayar yang berselirat diatas lantai, berpenghujung di dalam kegelapan. Dari lampu mentol itu, muncul aksara-aksara yang tidak difahami, dengan rumus-rumus yang konflik dan beberapa imej yang kabur, seperti imej 3 dimensi.

"Ayah tahu apa yang berlaku pada hari ini?" kata Amirul Fakhrul sambile bergerak ke arah susuk itu.

Semakin Amirul Fakhrul hampuir, semakin besar susuk itu kelihatan. Saiz susuk itu hampir 2 kali ganda dari manusia biasa. Susuk itu memakai jubah dan juga topeng yang menutup bahagian atas kepala. Matanya kelihatan lembut. Rambutnya panjang aras pundak.

"Sedari kecil lagi ayah tahu ia akan berlaku, tidak kira Jalan mana yang kau pilih, dan akhirnya di situ ia akan berpecah lagi kepada beberapa Jalan yang mengikut ketentuan" balas Deus Firdaus. Deus Firdaus menyandarkan badannya ke kerusi dan merapatkan jari jemarinya.

"Alhamdullillah, maknannya saya akan selamat dalam pembedahan kali ini" tenang Amirul Fakhrul mengucapkan. Sebuah kerusi terjelma dibelakang Amirul Fakhrul, lalu dia merebahkan diri sambil meletakkan tangan dibelakang kepala.

"Pandai kamu menafsir semantik. Kamu pasti? Jalan yang akan kamu tempuhi selepas pembedahan juga memiliki peratusan untuk kamu bertemu dengan dua lagi saudara ayah di Liang Lahad" Deus Firdaus cuba menduga dan memberi peringatan kepada Amirul Fakhrul.

"Kalau begitu, masakan saya ada di sini? Dan saya tidak melihat kelibat Deus Izrail"

"Kau suka memberi nama kepada saudara-saudara ku" Deus Firdaus merenung Amirul Fakhrul.

"Tidak ada salahnya saya rasa. Itu hanya gelaran dari pelbagai bangsa. Lagipun, kita semua adalah makhluk ciptaanNya. Setiap bahasa yang wujud juga adalah ciptaanNya" sekali lagi Amirul Fakhrul tenang berkata-kata.

"Amirul Fakhrul, doktor itu juga punyai Jalannya yang sendiri. Kini dia sedang bergelut berusaha memastikan dia mendapat Jalan itu. Dan ketentuan itu bergantung pada kehendakmu, kehendak doktor itu, kehendak pakar anestatik dan pelbagai kehendak mereka yang lain, seperti yang ditentukan oleh Pengkehendak Yang Mutlak" Deus Firdaus cuba menekan emosi Amirul Fakhrul.

"Dan saya percaya pada kepakaran mereka, dan saya masih punyai keinginan untuk hidup. Saya juga berserah pada qada' dan qadar Nya" Amirul Fakhrul memandang Deus Firdaus dengan air muka yang tenang. Cahaya mata nya mempamerkan keyakinan dan ketenangan yang tinggi.

"Berprasangka Baik itu adalah yang terbaik dalam kesangsian" Deus Firdaus mengendurlkan suaranya. Itu lah yang ingin diuji kepada anaknya. Dalam segala hal, adalah lebih baik kita memberi pandangan yang baik dari menuduh dengan melulu. Kita tidak layak menilai dan menjadi hakim.

"Tidak ayah, saya memang benar-benar percaya akan kebolehan mereka, dan saya berserah segalanya. Saya tawakal" hujah Amirul Fakhrul. gayanya masih tenang, masih bersandar dengan tangan di belakang kepala.

"Kau semakin matang" akui Deus Firdaus

"Tengok lah siapa sifu. Haha. Manusia kelebihan pada rasional. Kami bukan para Deus yang sudah nampak dengan hati" Amirul Fakhrul merendah diri.

"Dan manusia tetap menjadi makhluk ciptaan teragungNya" Deus Firdaus mengingati. Lumrah sebagai orang yang berakal, saling mengingati antara satu sama lain. "Dahulu kau ketakutan bila bertemu dengan ayah"

"Kerna Ayah Deus seperti hakim yang tiada penghukuman" Amirul Fakhrul tersenyum sinis kepada Deus Firdaus.

"Dan sekarangkau berkata-kata seperti ayah" sindir Deus Firdaus kepada Amirul Fakhrul.

"Aku lebih selesa berkata begini" Amirul Fakhrul megakui hakikat itu. Dia tersenyum melihat Deus Firdaus.

"Ayah hairan dengan perilaku ibu bapa kandung mu. Mengapa mereka membuang anak seperti mu" keluh Deus firdaus sambil menekan satu butang di mesin taip usang itu. Dengan serta merta suatu fail muncul di mentol, gambar ketika seorang bayi. "Lihat, comelkan kau pada masa dahulu?"

"Dan seorang Deus merasakan manusia itu cantik. Alangkah peliknya. Biarkan mereka Ayah Deus. Aku redha dengan Jalan Permulaan yang ditunjukkan kepada ku. Jalan Pengakhiran tetap akan sama tempatnya." AMirul Fakhrul bangun dari bersandar..memandang tepat ke gambar itu sambil tersenyum.

"Syukurlah. Anakku, sudah hampir tiba masanya untuk kau kembali memilih Jalan. Kelak jika ada jalan bersimpang, jenguk lah Ayah" kata Deus Firdaus.

"Aku akan" janji Amirul Fakhrul "Aku berjanji"

Mumbo wumbo rumble mumble

Lately busy sikit..macam-macam hal berlaku. Kerja, penukaran tajuk projek, heroes yang sakit...

2 month bercuti baru akhirnya semalam, khamis, aku berpeluang nak enjoy cuti dengan kawan-kawan. kejam kan? pastu yela kena la komen bagai-bagai. Aku sombong la, itu la, ini la.
Dear friends, seriously kalau korang tau condition aku...takkan korang cakap camtu.

So, regarding heroes, aku umpama tukang urut tak bertauliah. Almost everyday aku akan mengurut, and yeah, bila aku mengurut, angin tu akan datang pada aku lak. Selalu seharian pastu baru aku ok balik. Tapi kalau hari-hari urut, angin kat badan aku lak tak nak hilang.
Great.

Life is..equal, more or less, some said. Maybe certain orang kata aku gifted dengan itu, dengan ini, but at the end of the day, everything crumble up in front of my eyes. Im not perfect, my life is not beautiful to be told. I had less travel, enjoying the moment of youth. Yes Im wasted. The only journey I could take is by reading.

That still, sucks in the end.

New post is on the way. few relevant chapter of NEM, maybe 1 topic on the way.. I dont know.
Lately kurang isu yang membangkitkan Minda aku. Banyak hal remeh yang tak membuat aku nak berfikir. Entah lah, maybe condition badan aku yang buat otak aku masuk angin kot.

Ni baru balik dari INSTUN again. Hari terakhir Fatin dan Yan. So pergi ambil barang lab yang tertinggal dengan receiver untuk repair, arrangment untuk pembinaan station radioastronomi yang official (selama ni menumpang) dan preparing untuk Bengkel Radioastronomi  yang bakal membawa perubahan pada negara.

Better get moving.

20100701

Nota Bulu Kaki II

Semalam Dr. Zamri luluskan wa punya chuti. Wa manyak happy. Wa sayang sama lu doc, wa tau lu bila dah khwin lu jadi lagi baik. Bini lu memang cantik.

Finally, finally...after 2 months cuti sem, baru la hari ni aku bercuti sebagai manusia normal. Sengsara mental aku hari-hari kerja...serius fakap tahap hanj kurr.

So, there wont be any entry regarding Never Ending Myth sebab buku draft tertinggal kat lab. Hahaha. Sapa-sapa yang rajin nak pergi amik buku draft tu, aku doakan korang berjaya baca tulisan aku. Aku menulis sambil terlentang, just imagine the scratch is.

So far ada 3 draft dah siap, and hey! Where the line should show me?
No wonder novelis buat research sume... Damn, aku kena buat something else...kena buat something else.

Kalau aku restart NEM ok x?  Atau buat NEM2?