20100702

Never Ending Myth 1: Chapter 3: Meet me In the Equinox

"Cerita ini adalah garapan tanpa skrip, berdasarkan pengalaman silam semata digubah secukup garam dan lada berulam kan teori-teori serta mitos-mitos yang dikumpul dibalik lemak ini. Salah dan silap,saya mohon jari jemari meliuk kencang bersama jari kaki"



Amirul Fakhrul setelah lelapnya mata akibat anestatik tidak pernah tidur di dalam tidurnya. Dia punyai keistimewaan dalam mengawal resonans otaknya ketika dalam keadaan Delta. Kali ini, dia memilih untuk menziarahi sesorang yang berdiri di luar hijab manusia. Dia mencari Deus Firdaus.

"Semoga kesejahteraan melimpah ke atas mu, Ayah Deus" ucap Amirul Fakhrul  di dalam kegelapan.

"Semoga selamat sejahtera juga kepadamu, Anakku" satu suara membalas doa itu.

Kegelapan itu menghala ke arah satu cahaya suram. Cahaya lampu mentol yang berwarna kuning jingga. Sayup-sayup kedengaran bunyi mesin taip usang menghentak-hentak aksaranya. Amirul Fakhrul memusatkan pemikirannya dan bergerak speantas kilat ke arah mentol itu.

Kelihatan satu susuk badan yang duduk di meja usang, berteman kan mentol dari lampu membaca dan juga sebuah mesin taip yang tiada kertas, tetapi bersambung dengan ribuan wayar-wayar yang berselirat diatas lantai, berpenghujung di dalam kegelapan. Dari lampu mentol itu, muncul aksara-aksara yang tidak difahami, dengan rumus-rumus yang konflik dan beberapa imej yang kabur, seperti imej 3 dimensi.

"Ayah tahu apa yang berlaku pada hari ini?" kata Amirul Fakhrul sambile bergerak ke arah susuk itu.

Semakin Amirul Fakhrul hampuir, semakin besar susuk itu kelihatan. Saiz susuk itu hampir 2 kali ganda dari manusia biasa. Susuk itu memakai jubah dan juga topeng yang menutup bahagian atas kepala. Matanya kelihatan lembut. Rambutnya panjang aras pundak.

"Sedari kecil lagi ayah tahu ia akan berlaku, tidak kira Jalan mana yang kau pilih, dan akhirnya di situ ia akan berpecah lagi kepada beberapa Jalan yang mengikut ketentuan" balas Deus Firdaus. Deus Firdaus menyandarkan badannya ke kerusi dan merapatkan jari jemarinya.

"Alhamdullillah, maknannya saya akan selamat dalam pembedahan kali ini" tenang Amirul Fakhrul mengucapkan. Sebuah kerusi terjelma dibelakang Amirul Fakhrul, lalu dia merebahkan diri sambil meletakkan tangan dibelakang kepala.

"Pandai kamu menafsir semantik. Kamu pasti? Jalan yang akan kamu tempuhi selepas pembedahan juga memiliki peratusan untuk kamu bertemu dengan dua lagi saudara ayah di Liang Lahad" Deus Firdaus cuba menduga dan memberi peringatan kepada Amirul Fakhrul.

"Kalau begitu, masakan saya ada di sini? Dan saya tidak melihat kelibat Deus Izrail"

"Kau suka memberi nama kepada saudara-saudara ku" Deus Firdaus merenung Amirul Fakhrul.

"Tidak ada salahnya saya rasa. Itu hanya gelaran dari pelbagai bangsa. Lagipun, kita semua adalah makhluk ciptaanNya. Setiap bahasa yang wujud juga adalah ciptaanNya" sekali lagi Amirul Fakhrul tenang berkata-kata.

"Amirul Fakhrul, doktor itu juga punyai Jalannya yang sendiri. Kini dia sedang bergelut berusaha memastikan dia mendapat Jalan itu. Dan ketentuan itu bergantung pada kehendakmu, kehendak doktor itu, kehendak pakar anestatik dan pelbagai kehendak mereka yang lain, seperti yang ditentukan oleh Pengkehendak Yang Mutlak" Deus Firdaus cuba menekan emosi Amirul Fakhrul.

"Dan saya percaya pada kepakaran mereka, dan saya masih punyai keinginan untuk hidup. Saya juga berserah pada qada' dan qadar Nya" Amirul Fakhrul memandang Deus Firdaus dengan air muka yang tenang. Cahaya mata nya mempamerkan keyakinan dan ketenangan yang tinggi.

"Berprasangka Baik itu adalah yang terbaik dalam kesangsian" Deus Firdaus mengendurlkan suaranya. Itu lah yang ingin diuji kepada anaknya. Dalam segala hal, adalah lebih baik kita memberi pandangan yang baik dari menuduh dengan melulu. Kita tidak layak menilai dan menjadi hakim.

"Tidak ayah, saya memang benar-benar percaya akan kebolehan mereka, dan saya berserah segalanya. Saya tawakal" hujah Amirul Fakhrul. gayanya masih tenang, masih bersandar dengan tangan di belakang kepala.

"Kau semakin matang" akui Deus Firdaus

"Tengok lah siapa sifu. Haha. Manusia kelebihan pada rasional. Kami bukan para Deus yang sudah nampak dengan hati" Amirul Fakhrul merendah diri.

"Dan manusia tetap menjadi makhluk ciptaan teragungNya" Deus Firdaus mengingati. Lumrah sebagai orang yang berakal, saling mengingati antara satu sama lain. "Dahulu kau ketakutan bila bertemu dengan ayah"

"Kerna Ayah Deus seperti hakim yang tiada penghukuman" Amirul Fakhrul tersenyum sinis kepada Deus Firdaus.

"Dan sekarangkau berkata-kata seperti ayah" sindir Deus Firdaus kepada Amirul Fakhrul.

"Aku lebih selesa berkata begini" Amirul Fakhrul megakui hakikat itu. Dia tersenyum melihat Deus Firdaus.

"Ayah hairan dengan perilaku ibu bapa kandung mu. Mengapa mereka membuang anak seperti mu" keluh Deus firdaus sambil menekan satu butang di mesin taip usang itu. Dengan serta merta suatu fail muncul di mentol, gambar ketika seorang bayi. "Lihat, comelkan kau pada masa dahulu?"

"Dan seorang Deus merasakan manusia itu cantik. Alangkah peliknya. Biarkan mereka Ayah Deus. Aku redha dengan Jalan Permulaan yang ditunjukkan kepada ku. Jalan Pengakhiran tetap akan sama tempatnya." AMirul Fakhrul bangun dari bersandar..memandang tepat ke gambar itu sambil tersenyum.

"Syukurlah. Anakku, sudah hampir tiba masanya untuk kau kembali memilih Jalan. Kelak jika ada jalan bersimpang, jenguk lah Ayah" kata Deus Firdaus.

"Aku akan" janji Amirul Fakhrul "Aku berjanji"

No comments: