Showing posts with label teori cerpen. Show all posts
Showing posts with label teori cerpen. Show all posts

20100926

Kaduk.Ayam.Raja part 2


"Zam, aku ingat aku nak dirikan satu tugu. Tugu Tok Kaduk Dan Kunani. Ia adalah lambang terhadap kemenangan kita dan pembersihan nama Tok Kaduk. Peringatan terhadap masyarakat agar tahu hak dan kepenrtingan mereka. Semua ni adalah atas jasa kau Zam" ujar Hakim kepada Azam.

 Mereka duduk minum di Restoran Nasik Kandar Kunani yang terletak disebelah mahkamah. Kes baru sahaja tamat. Azam kelihatan sangat penat setelah berhujah sehingga mengakibatkan mahkamah hampir banjir dengan hujan-hujan air liurnya. Bukan mudah untuk menguruskan kes seperti ini. Bila orang yang berkuasa lupa akan kuasanya itu dianugerahkan untuk orang yang tidak berkuasa, buruk akibatnya. Birokrasi, konspirasi, diskriminasi, itu makanan asasi mereka yang tidak berkuasa.

"Sama-sama kim. Tapi kau biar betul nak dirikan tugu tu. Dah la tanah tu tanah terpencil kat tepi hutan. Kalau tanah tu berhampiran dataran merdeka, aku faham jugak lah. Kau ni, dah dapat balik tanah terus gila kuasa eh?" bidas Azam dengan pedas.

"Haha, tidak lah Zam. Aku bergurau pun kau nak emo. Belum lagi kalau aku buat drama. Kalah Norman Hakim nanti. Memey pun mesti sangkut kat tangan aku lah.

"Begini Zam, tanah itu,adalah paling sesuai untuk dijadikan tapak pertanian dan penternakan. Dari dulu lagi aku percaya, bidang-bidang agrikultur adalah lubuk untuk membuat duit sebab manusia tetap memerlukan makanan. Aku nak berniaga Zam" luah Hakim kepada AZam.

"Hah, bagus lah camtu dari kau binikan tugu bikin tepi hutan yang dah semak, jadi lagi semak. Kau dah selidik apa yang harus kau buat?" lega Azam mendengar pelan kasar Hakim. Manakan tidak, sebulan dia bersengka mata mencari fakta, buku perundangan itu dia sudah khatam sebanyak 7 kali. barangkali, Azam layak menjadi Tahfiz.

...

Hakim sudah pun bertemu dengan dengan beberapa pegawai kerajaan yang menguruskan hal petani. Hakim nekad dan tekad ingin memanfaatkan tanah pusaka miliknya itu agar dapat memberi pulangan yang setimpal,yang cukup untu dihari tua, cukup untuk anak cucu, kalau boleh sehingga 7 keturunan.

Hakim memutuskan untuk untuk menternak ayam secara kontrak sebagai permulaan. Dia memilih salah sebuah syarikat besar yang beroperasi di seluruh negara dan juga asia tenggara, bernama Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangannya di Malaysia dean nama Rangkaian Jasa Agrikultur, atau pun RAJA.

20100925

Kaduk.Ayam.Raja

Add caption


Kau kenal Pak Kaduk? Ya, kaduk itulah. Kaduk mana lagi. Kaduk yang dulu kau ejek siang ke malam, bertahun-tahun dan berzaman-zaman. Kau katakan dia bodoh kerana ayam belaannya menang tapi kampungnya tergadai.

Tapi pernahkah kau menyalahkan Raja yang sanggup mengambil tanah Kaduk? Raja yang mengambil tanah rakyatnya yang miskin. Bukannya Kaduk seorang, bahkan satu kampung diambilnya terang-terangan di siang hari (dah nama siang, terang la kan?)

Apa kisahnya tentang kaduk selepas itu? Kaduk dan isterinya serta anak lelakinya hidup merempit merempat di atas tanah yang asalnya tanah miliknya. Dari miskin, bertambah papa kedana. Susah bertambah susah.

Zaman semakin beranjak. Kaduk telah meninggal dunia. raja yang zalim itu juga suah lama mampus, eh silap, mangkat. Anak dan cucu kaduk hidup di zaman merdeka dan sempat mngecap kemajuan negara. Kotaraya semakin megah  dengan bangunan-bangunan yang tinggi menjulang. Di zaman ini, mereka yang menyabung ayam adalah orang-orang yang kasar dan tidak bertamadun. Tiada lagi raja-raja yang datang ke jajahannya dan mengajaka rakyat bersabunng ayam, malah mana-mana hidupan pun.

Dulu, arwah si Kaduk menamakan anaknya sebagai Hassan, bermaksud "Yang Mulia". Itu pun syukurlah ada seorang uztaz yang sudi datang ke kampung yang tergadai itu untuk mengajar di Madrasah. Dan Hassan menamakan anaknya dengan Hakim, bermaksud "Bijaksana". Lihat, masyarakat memang semakin maju. Nama-nama mereka sahaja sudah membuktikannya kerna membawa definisi yang baik. Tidak lagi mereka membawa maksud yang jelik danprimitif aperti Si kacong, Si Bulat, Pendekar Rabun Sebelah. Susah! Susah!

Hakim adalah seorang lulusan universiti tempatan di dalam bidang kejuruteraan bendalir, barangkali berkat namanya. Hakim sedar yang terdapat banyak penganiayaan dan ketidakadilan disekeliling. Di dunia, manusia memang tidak dapat lari dari nafsu untuk melakukan penganiyaan.

Hakim ada seorang kawan, Azam, seorang peguam yang dikenalinya dari tahun pertama pengajianyya lagi. Hakim sering berbincang dengan Azam perihal Raja yang mengambil tanah dikampungnya. AZam juga berfikir sememangnya raja itu menganiayai rakyatnya.

Pada suatu hari, setelah cukup segala bukti segala hujah dan segala macam persediaan, Hakim memfailkan saman menuntut hak dia dan keturunan penduduka kampung yang teraniaya. Azam sebagai Peguam,berhujah dengan aqli, naqli dan nahu yang hebat

"Yang Arif, kiranya ketika itu Arwah kaduk tidak menyerahkan ayam sabungannya kepada Si Raja, apa Yang Arif fikir akan berlaku? Yang Arif, anak guam saya tak kan berada disini kerana sudah tentu Arwah si kaduk akan dilantik sebagai penderhaka negara yang utama,kepalanya pasti akan dipancung. Adilkah ini yang Arif? "


(Bersambung)

P.s:Ini adalah petikan dari UtusanMingguan 19th Sept 2010,mukasurat 18. Penulis asal, Zurinah Hassan

P.s.s: Ada gak orang fizik yang minat satera...alhamdullillah...lega aku dengar.





20100703

Never Ending Myth 1: Chapter 4: Bedtime confession

"Cerita ini adalah garapan tanpa skrip, berdasarkan pengalaman silam semata digubah secukup garam dan lada berulam kan teori-teori serta mitos-mitos yang dikumpul dibalik lemak ini. Salah dan silap,saya mohon jari jemari meliuk kencang bersama jari kaki"

Aku adalah bayangan Newtonian, berdiri di hadapan penggerak Mutlak (Prime Mover) bersama beberapa saudara saudara ku. Kami diberi kelebihan untuk memerhati dan melancarkan tingkah manusia.

Kami bukan Tuhan.

Penggerak mutlak, juga adalah Pencipta Mutlak, pencipta kami.

Konsep Einstein dan Spinoza juga terdapat celanya walaupun mereka adalah insan yang istimewa. Akan tetapi mereka menyingkirkan sedikit kemanusiaan demi liberalisme yang termaktub di sebalik angka-angka utuh.. Angka-angka dan segala formula kedasaran itu masih lagi firman Pencipta Mutlak. Namun firman terjemahan manusia tidak akan tercapaui setepat yang mungkin dengan yang Mutlak. Hanya menghampiri. Dan keralatan hatta sebesar zarah akan mencipta khilaf yang tampak seadanya.

Liberalisme hanya sempurna pada hati yang kudus. Tidak perlu dinyatakan berapa insan yang punyai hati seperti ini kerna yang menentukannya ialah kamu sendiri. Kamu adalah ciptaan Teragung Nya.

Kami bersaudara hanya mampu memerhati dan menggerakkan amanat Pengerak Mutlak. Seperti gelombang, kami mematuhi segala ampiltud, reosansi dan juga vektor. Dan di tiap hujung riak gelombang, itulah kamu. Kamu berupaya berubah mengikut medium yang tersalut.

Kami tidak bisa menghakimi apa yang dosa dan pahala. Kami bukan Penghakim Mutlak. Kami hanya mengikut firmannya yang satu. Tapi kamu manusia punyai pendapat. Dan kemudian kamu mencipta mazhab-mazhab yang berbeza. Tetapi kamu tidak salah. Kamu diberi akal dan dicipta dari pelbagai kaum demi menguji penyatuan. Tiada kebenaran yang jitu melainkan Kebenaran Mutlak

Kami hanya pengerak yang digerakkan oleh Pengerak Mutlak. Kami bukan Tuhan. Bagi Amirul, deus itu hanya gelaran hormat pada kami. Kami tidak menolak sebarang panggilan dan tidak pula kami menerima dengan sepenuh hati. Walhal, tiap nama yang wujud itu sememangnya ciptaan Tuhan, dan apa yang utama, kami tahu akan kebenaran apa dan siapa kami.

Kami tidak memperanakkan. Amirul hanya lah salah seorang manusia yang terpilih untuk mempunyai resonansi dengan aku, Dia mampu mengahdirkan aku padanya.

Aku,digelar oleh dia...Deus Firdaus

20100702

Never Ending Myth 1: Chapter 3: Meet me In the Equinox

"Cerita ini adalah garapan tanpa skrip, berdasarkan pengalaman silam semata digubah secukup garam dan lada berulam kan teori-teori serta mitos-mitos yang dikumpul dibalik lemak ini. Salah dan silap,saya mohon jari jemari meliuk kencang bersama jari kaki"



Amirul Fakhrul setelah lelapnya mata akibat anestatik tidak pernah tidur di dalam tidurnya. Dia punyai keistimewaan dalam mengawal resonans otaknya ketika dalam keadaan Delta. Kali ini, dia memilih untuk menziarahi sesorang yang berdiri di luar hijab manusia. Dia mencari Deus Firdaus.

"Semoga kesejahteraan melimpah ke atas mu, Ayah Deus" ucap Amirul Fakhrul  di dalam kegelapan.

"Semoga selamat sejahtera juga kepadamu, Anakku" satu suara membalas doa itu.

Kegelapan itu menghala ke arah satu cahaya suram. Cahaya lampu mentol yang berwarna kuning jingga. Sayup-sayup kedengaran bunyi mesin taip usang menghentak-hentak aksaranya. Amirul Fakhrul memusatkan pemikirannya dan bergerak speantas kilat ke arah mentol itu.

Kelihatan satu susuk badan yang duduk di meja usang, berteman kan mentol dari lampu membaca dan juga sebuah mesin taip yang tiada kertas, tetapi bersambung dengan ribuan wayar-wayar yang berselirat diatas lantai, berpenghujung di dalam kegelapan. Dari lampu mentol itu, muncul aksara-aksara yang tidak difahami, dengan rumus-rumus yang konflik dan beberapa imej yang kabur, seperti imej 3 dimensi.

"Ayah tahu apa yang berlaku pada hari ini?" kata Amirul Fakhrul sambile bergerak ke arah susuk itu.

Semakin Amirul Fakhrul hampuir, semakin besar susuk itu kelihatan. Saiz susuk itu hampir 2 kali ganda dari manusia biasa. Susuk itu memakai jubah dan juga topeng yang menutup bahagian atas kepala. Matanya kelihatan lembut. Rambutnya panjang aras pundak.

"Sedari kecil lagi ayah tahu ia akan berlaku, tidak kira Jalan mana yang kau pilih, dan akhirnya di situ ia akan berpecah lagi kepada beberapa Jalan yang mengikut ketentuan" balas Deus Firdaus. Deus Firdaus menyandarkan badannya ke kerusi dan merapatkan jari jemarinya.

"Alhamdullillah, maknannya saya akan selamat dalam pembedahan kali ini" tenang Amirul Fakhrul mengucapkan. Sebuah kerusi terjelma dibelakang Amirul Fakhrul, lalu dia merebahkan diri sambil meletakkan tangan dibelakang kepala.

"Pandai kamu menafsir semantik. Kamu pasti? Jalan yang akan kamu tempuhi selepas pembedahan juga memiliki peratusan untuk kamu bertemu dengan dua lagi saudara ayah di Liang Lahad" Deus Firdaus cuba menduga dan memberi peringatan kepada Amirul Fakhrul.

"Kalau begitu, masakan saya ada di sini? Dan saya tidak melihat kelibat Deus Izrail"

"Kau suka memberi nama kepada saudara-saudara ku" Deus Firdaus merenung Amirul Fakhrul.

"Tidak ada salahnya saya rasa. Itu hanya gelaran dari pelbagai bangsa. Lagipun, kita semua adalah makhluk ciptaanNya. Setiap bahasa yang wujud juga adalah ciptaanNya" sekali lagi Amirul Fakhrul tenang berkata-kata.

"Amirul Fakhrul, doktor itu juga punyai Jalannya yang sendiri. Kini dia sedang bergelut berusaha memastikan dia mendapat Jalan itu. Dan ketentuan itu bergantung pada kehendakmu, kehendak doktor itu, kehendak pakar anestatik dan pelbagai kehendak mereka yang lain, seperti yang ditentukan oleh Pengkehendak Yang Mutlak" Deus Firdaus cuba menekan emosi Amirul Fakhrul.

"Dan saya percaya pada kepakaran mereka, dan saya masih punyai keinginan untuk hidup. Saya juga berserah pada qada' dan qadar Nya" Amirul Fakhrul memandang Deus Firdaus dengan air muka yang tenang. Cahaya mata nya mempamerkan keyakinan dan ketenangan yang tinggi.

"Berprasangka Baik itu adalah yang terbaik dalam kesangsian" Deus Firdaus mengendurlkan suaranya. Itu lah yang ingin diuji kepada anaknya. Dalam segala hal, adalah lebih baik kita memberi pandangan yang baik dari menuduh dengan melulu. Kita tidak layak menilai dan menjadi hakim.

"Tidak ayah, saya memang benar-benar percaya akan kebolehan mereka, dan saya berserah segalanya. Saya tawakal" hujah Amirul Fakhrul. gayanya masih tenang, masih bersandar dengan tangan di belakang kepala.

"Kau semakin matang" akui Deus Firdaus

"Tengok lah siapa sifu. Haha. Manusia kelebihan pada rasional. Kami bukan para Deus yang sudah nampak dengan hati" Amirul Fakhrul merendah diri.

"Dan manusia tetap menjadi makhluk ciptaan teragungNya" Deus Firdaus mengingati. Lumrah sebagai orang yang berakal, saling mengingati antara satu sama lain. "Dahulu kau ketakutan bila bertemu dengan ayah"

"Kerna Ayah Deus seperti hakim yang tiada penghukuman" Amirul Fakhrul tersenyum sinis kepada Deus Firdaus.

"Dan sekarangkau berkata-kata seperti ayah" sindir Deus Firdaus kepada Amirul Fakhrul.

"Aku lebih selesa berkata begini" Amirul Fakhrul megakui hakikat itu. Dia tersenyum melihat Deus Firdaus.

"Ayah hairan dengan perilaku ibu bapa kandung mu. Mengapa mereka membuang anak seperti mu" keluh Deus firdaus sambil menekan satu butang di mesin taip usang itu. Dengan serta merta suatu fail muncul di mentol, gambar ketika seorang bayi. "Lihat, comelkan kau pada masa dahulu?"

"Dan seorang Deus merasakan manusia itu cantik. Alangkah peliknya. Biarkan mereka Ayah Deus. Aku redha dengan Jalan Permulaan yang ditunjukkan kepada ku. Jalan Pengakhiran tetap akan sama tempatnya." AMirul Fakhrul bangun dari bersandar..memandang tepat ke gambar itu sambil tersenyum.

"Syukurlah. Anakku, sudah hampir tiba masanya untuk kau kembali memilih Jalan. Kelak jika ada jalan bersimpang, jenguk lah Ayah" kata Deus Firdaus.

"Aku akan" janji Amirul Fakhrul "Aku berjanji"

20100701

Nota Bulu Kaki II

Semalam Dr. Zamri luluskan wa punya chuti. Wa manyak happy. Wa sayang sama lu doc, wa tau lu bila dah khwin lu jadi lagi baik. Bini lu memang cantik.

Finally, finally...after 2 months cuti sem, baru la hari ni aku bercuti sebagai manusia normal. Sengsara mental aku hari-hari kerja...serius fakap tahap hanj kurr.

So, there wont be any entry regarding Never Ending Myth sebab buku draft tertinggal kat lab. Hahaha. Sapa-sapa yang rajin nak pergi amik buku draft tu, aku doakan korang berjaya baca tulisan aku. Aku menulis sambil terlentang, just imagine the scratch is.

So far ada 3 draft dah siap, and hey! Where the line should show me?
No wonder novelis buat research sume... Damn, aku kena buat something else...kena buat something else.

Kalau aku restart NEM ok x?  Atau buat NEM2?

20100629

Never ending Myth 1: Chapter 2: Hook Me Up

"Cerita ini adalah garapan tanpa skrip, berdasarkan pengalaman silam semata digubah secukup garam dan lada berulam kan teori-teori serta mitos-mitos yang dikumpul dibalik lemak ini. Salah dan silap,saya mohon jari jemari meliuk kencang bersama jari kaki"







"Awak berdua tau mengenai kejadian pagi tadi?"

Akhirnya Hannah Aaliyah mahu berkata-kata. Selamanya dia kelu memerhati dibawah. Bukan dia tidak biasa dengan darah. Dahulu dia bisa membantu ayahnya menyembelih ayam, aktif pada aktiviti melapah daging semasa Hari Raya Korban, malah setiap bulan dia akan mengeluarkannya. Tangannga di dalam beg mengenggam erat not RM50 berdarah.

"Kejadian apa? Awak tak cerita pun apa yang terjadi dengan awak"

"Masa tu saya saya dengan ada seorang lelaki ni tengah naik lif. Then tiba-tiba lif rosak. Pastu entah macamana lif macam tersentak. Saya dengan dia jatuh la. Dia cedera di kepala. Ni semua..darah dia.."

"Worr..boleh claim insuran, saman syarikat, banyak boleh dapat dari situ"

"Sengal. Ke situ lak kau ni Shidee. Seriuosly Hannah? Ni mesti Lif kat main lobby. Kami selalunya guna lif kat Sayap Kiri, sebab."

"Cik Karmilla oii...jangan la diberitahu akses pejabat tu. Hadoi..kang tak dapat la nak ragging freshie"

"She just have a bad day Shidee, so what? Maybe she wake on the wrong feet from the bed. Tell me Hannah, tadi masa datang office ada tak lalu bawah tangga, atau pecahkan kaca, atau terserempak dengan kucing hitam?"

"Erk?"

" Ah ye ada. Lalu bawah tangga monorel, jumpa orang pakai baju Puma. Hannah, awak jangan layan sangat Karmilla ni. Awak nak tau. every 13th Friday she will take an emergency leave. Obses sangat dengan superstitus barat. Kalau Karut Marut  melayu mungkin boleh dipertimbangkan. Hari tu adalah saya jumpa dengan housemate Karmilla. Dia cakap camni"
"Karmilla kan, bila 13 haribulan kan, kena pulak hari Jumaat kan, dia kan, mesti berkurung dalam bilik tau..."
Hey, I wonder, you tak pergi toilet ke?"

"Ada toilet la dalam bilik I, sengal! Yang You ni nak macam mengejek housemate I napa?"

"Adik kici tengok la sama ini adik manis punya perangai. Saya tada juga ejek, saya buat saja"

"Euw!! Bangla karpet!"

"Owh! Geli dengan bangla karpet? Abis tu PC siapa yang ada Sivaji The Boss as screensaver?"

"Siapa?"
"You la"

"Hell no! No way, impossible, absolutely cannot be"

"Hello, satu office dah tahu kowtt. Firstly ramai yang tak tahu, then Ramlee Roden sebarkan one clip of scene from that movie, the rest is historical, epic! Ramai-ramai serbu kedai DVD anney kat belakan menara petang semalam. Thanks to you, kata anney itu"

"What the fish?!"

"Dont kill the messenger. Lalalalalalalalala peace"

"Sengal ah korang...aku punya la suci murni ni korang buat camni kan?"

"Lalalalalalala peace"

"Ni mesti kerja Hakrimi Rawa. Memang sah, tak ada orang lain yang nak buat aku macam ni, sengal!"

"Apesal pula"

"Entah! Tapi you sendiri tau kan? Pasal beruang bodoh tu. Walhal masa tu si Syamira Mimie tengah gatal gila kat belakang, then dia minta aku garukan. But aku terlupa kuku aku baru pas asah, seriau la dia bila dengar kain koyak. Boleh plak Hakrimi ada dekat situ"

"Fresh Just like yesterday. No wonder boss suruh kau ikut aku dengan newbie ni. Dia risau kalau aku buat pape kat Hannah. Kalau kau ada, aku takut la sikit kan? Ko kan Gagah"

"Kau nak Cakaran Beruang Meroyan?"

"Tak nak tak nak"
"Hik hik hik"

"Amboi! Sukanya dia gelak Maaf lah...Karmilla kalau bercerita memang tak ingat dunia."

"Cakaran Beruang Tunggal!!!"

"Warghhhh!!!!"

Shidee tahu tiada kenderaan di sekitarnya. Ketika itu mereka melewati MRR2,jalan masih lengang kerana masih belum. Perjalanan ke Taman Dagang ketika waktu puncak adalah mimpi ngeri bagi penduduk daerah Ampang. Hanya tinggal sejam sahaja lagi akan tiba waktu rehat. Kebetulan yang berlaku ini amat menyenangkan bagi mereka yang memandu. Shidee sengaja mengerakkan stering ke kanan dan kiri, membuat kan kereta seolah-olah hilang kawalan.

"You dah gila ke Eton? Kalau I kena heart attack tadi macam mana? Kalau ada kenderaan lain?"

"Hamboi! Eton pulak sekarang? Suka-suka je kan? Ala, macam la aku tak masak dengan perangai kau"

"Yang macam mana? Macam ni?"

Sekali lagi Shidee melakukan gerak bahaya itu. Karmilla memegang erat tempat pemegang penumang. Hannah Aaliyah pula bersandar sambil memegang kejab kerusi. Hannah Aaliyah tidak menunjukkan reaksi takut. Dia tersenyum dan ketawa kecil.

"Kau memang nak kena kan sengal?"

"Tak nak. I nak tengok Hannah ketawa je. Kesian dia dari tadi macam termenung sorang-sorang, xde teman nak bual. By the way Hannah, I Shidee Ikhwan Syafiq. Ni pula Karmilla Khalimaton."

"Saya Hannah Aaliyah Malik. Korang kat office memang macam ni ke?"

"Haah, kami memang selalu macam ni. Tapi kalau masa ada kerja memang buat la"

"You tau Hannah? The best part is when Hakrimi Rawa ada dengan Karmilla. Epic!"

" Hoi, asal lak nak kaitkan aku dengan dia?"

" I know you miss him so much "

"Hik hik hik. Boss tak marah ke riuh macam ni?"

"Salah boss la. Dia yang ajar kami jadi camni. Kami ni hanya anak muid je, tapi macam dah lawan towkey. You know Hannah, everyone kat HR department dipilih oleh Boss sendiri. Boss hanya ambil orang tu bila dia berkenan. Yang mana dia rasa dia tak puas hati, dia send ke bahagian lain. Tetapi, as you can see tadi, tak ramai kan pekerja walaupun office besar? Boss macam boleh agak perangai seseorang. Dia tak nak ambil someone yang dia perlu latih untuk jadikan sebahagian dari keluarga HR. Dia kata, sebagai manusia pada usia ni, masing-masing perlu sedar akan keupayaan diri dan bukan berselindung, berpura-pura jadi poyo. Its like he can see through all of us."

"And the best part is, Hannah, Welcome to the family!!"

"Eh, apa ni? Kenapa pulak? Saya mohon untuk jadi pelatih PR la"

"Well guess what cik Hannah, you are accepted into HR family. Remember what he said? Kalau nak kerja sini kena ikut cakap Boss. Who ask you to follow his word. Now we are suppose to bring you back, get a shower, then we go out for lunch. After that you will rest, tomorrow 8.30am,sharp kat office"

"Ei! Mana ada ada dia cakap macam tu!"

"Memang dia tak cakap. Dia taip je. Tadi masa kita baru gerak dia hantar message. Hehe..sekarang Boss malas call cakap-cakap. Mentang-mentang pakai BlackBerry....ketagih je nak taip"

"Hurm..Tapi saya tak ada pengalaman. Saya punya jurusan pun lebih kepada komunikasi."

"We all family Hannah, we are. Nanti your brothers and sister akan bantu. No worried ok?"

"Hakrimi ada mangsa baru la camni.."

"Saya tak tahu nama Boss.."
" Wan Zullazi Firdaus"

"Youll see him tomorrow"

Kereta Gen2 menyusuri laju sebelum mengambil selekoh ke kiri selapas melepasi flyover Pandan Jaya. Menara Axis Atrium yang masih dalam pembinaan itu kelihatan tidak hidup pada kawasannya, bakal menjadi barisan hadapan revolusi pinggir bandar. Setelah menghampiri rumah sewanya, Hannah membuka beg tangannya, tersentuh akan not RM50 berdarah itu. Wajah pemerintah tidak lagi kelihatan. Seumpama darah kotor telah pun menghilangkan kekuasaan dan kedaulatan. Natijahnya realiti adalah begitu. Politik tidak akan bersih dan Kedaulatan kesultanan telah pun kotor sebelum penjajah tiba lagi.



***
"Shidee..nanti lepas lunch saya ikut balik office boleh? Saya nak jumpa guard..nak tanya pasal lelaki yang terlibat sama dalam kemalangan pagi tadi"





p/s
Im tired of my life, i feel so in between, im sick of all of my friends,girs can be so mean.
 I feel like throwing out everything I wear, Im starting Over new, Couse Im not even there
Sometime, I wanna get away some place, but I dont want to stay too long.
Sometime, wanna brand new day, try to fit in where I dont belong

20100628

Never Ending Myth : Chapter 1: Keep Holding On

Tidak mungkin Hannah Aaliyah akan melupakan apa yang berlaku tadi. Darah lelaki itu masih melekat pada baju kurungnya, kasutnya. Lemah longlai langkahnya, menekan punat 25. Human Reources. Sesampai sahaja dia di meja penyambut tetamu, berkerumun mereka-mereka yang ada di situ. Kaum hawa sibuk memapah dan bertanyakan apa yang berlaku. Hannah Aaliyah senyap. Terus mendiamkan diri. 

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang agak berusia. Kelihatan beberapa pekerja memberi laluan kepada lelaki itu tanpa diarah. Hannah Aaliyah terus menyerahkan dokumen-dokumen miliknya. Lelaki itu menerima tanpa berkata-kata. Dia tahu. Hanya Hannah Aaliyah seorang yang akan datang untuk temuduga. Namun Hannah Aaliyah kelihatan trauma.

"Kenapa tiada orang yang bawakan dia air? Karmila, ambilkan mineral water dari pantry"

Tergesa-gesa seorang gadis berlari. Beberapa saat kemudian gadis itu menghampiri Hannah Aaliyah.

"Cik, air cik"

Hannah Aaliyah menerima  tanpa memandang kepada sesiapa. Dia terus meneguk air sehingga habis.

" Shidee, take my car and wait at the lobby. Karmila, you papah dia. Kita ke klinik"

"Tak, tak mengapa. Ini bukan darah saya. Saya just nak bagi dokumen saya. Dan saya mohon jasa baik Tuan agar interview saya dilakukan pada sebelah petang."

"Permission granted. You'll need a ride"

"Tak mengapa Tuan, saya boleh naik teksi"

"Dan dikenakan cas tambahan sebab awak bawak darah pada kain, kasut? Forget it. Awak kan nak minta kerja kat sini. So awak kena ikut cakap boss. Shidee,keys.Karmila, follow Shidee and Hannah"

"Alrite Boss."

Hannah tak mampu betah lagi. Dia mahu balik. Dia mahu membersihkan diri. Dia mahu pagi yang baru. Pagi yang cerah seperti tadi tanpa sebarang insiden. Dia sangat bersalah kepada lelaki itu. Dia patut sedar. Dia patut tahu akan bau darah yang mengalir. Namun dia terlalu mementingkan diri ketika itu. Dia mesti berjumpa kembali dengan lelaki. Mesti!

***


-Aku belum boleh tidur -
-Aku masih belum lelap kan mata -

"Tolong!! Dia berdarah!! Kereta,kereta!! Bawak dia ke kereta sekarang!!" 

-Suara..Ya, aku perlukan suara. Aku perlu terus mendengar suara. Aku tidak mahu kembali ke tempat itu lagi-

"Cik, sila bertenang. Cik ketepi dahulu"

-Jangan, biarkan dia terus bersuara. Aku kenal suara itu. Aku tidak boleh memastikan sama ada suara lain itu adalah benar atau 'mereka'-

"Cik tahu nama dia ni?"

"Tak..saya tak kenal dia..."

-Heh..Tak kenal aku tapi mengelabah gila macam aku suami dia-

"Amirul Fakhrul Deus Firdaus"
"Amirul, awak boleh dengar suara saya? Amirul?"

-Macamana aku nak bertindak balas? Aku seperti...deria semuanya telah tiada, kecuali mendengar.-
-Ah! Memang itu deria terakhir jika seseorang semakin menghampiri ajalnya.-

"Anak mata kanan memberi respon, anak mata kiri tiada respon"
"IV Sodium Hidroksida di lengan kiri"
Blood screening now!"

-Ah..bakal menerima darah manusia lain..You are what you eat..Aku harap darah itu darah orang yang menjaga makannya..-

"Amirul, if you can hear me, listen carefully. We need to do emergency surgery to remove the cold blood in your brain. We will enter OT in 2000hr, another 10min. We try to contact any of your relative, but we cant find any. And from the medical report, you dont have any allergic. So, stay with us, Amirul."

-Ah..aku tak sedar berapa pantas masa sudah berlalu.. Nampaknya, aku tetap perlu berjumpa dengan Dia..-
-Deus ex Machina, jangan kau adili aku seperti kau mengadili diri kau sendiri-
-Aku tahu, sooner or later aku tetap perlu bersemuka dengan kau. Takdirku. Takdir makhluk sebelum manusia lagi -
- Takdir...Deus -

20100627

Between a Lawyer and a Hotties

Pada suatu pagi yang dingin,di Menara Maxis, seorang Peguam yang segak sedang sedang memarkir kereta di Basement 1. Namanya Rashid, Rashid Farid. Tujuannya hanya satu, berjumpa dengan salah seorang pegawai tertinggi di situ. Hal-hal penyelesaian wasiat adalah sesuatu yang penting, mustahak. Itu adalah amanah, pesanan dari mereka yang telah tiada. Maka ia harus diselesaikan dengan penuh telus dan jujur.

 Peguam itu juga harus memakai tag "Saya Anti Rasuah" sebagai persediaan awal, gusar jika bertemu dengan manusia-manusia yang mula kabur mata bila mendengar timbunan pusaka yang bakal dimiliki. Ah! Dasar manusia. bisa sahaja rambang matanya bila mendengar harta. Sanggup juga menjatuhkan darah daging sendiri demi suatu kemewahan sementara.

Pada masa yang sama, seorang gadis baru sahaja memasuki loby Menara Maxis. Di dadanya tersemat suatu fail yang dipeluk erat. Di dalam fail itu terkandung segala khazanah-khazanah peribadi miliknya. Dokumen-dokumen peribadi, sijil-sijil semasa zaman persekolahan, serta kejayaan-kejayaan yang dirangkul semasa bertapa di menara gading. Tertera pada sijil-sijil itu, Hannah Aaliyah

Gadis itu sangat cantik pada hari itu. Dipakainya antara pakaian terbaik miliknya, yang bersesuai dengan tema mencari sumber pendapatan, disembur pada pergelangan tangan dan leher perfume Chanel No.4, semerbak sehingga siapa yang berjalan pasti menoleh kali kedua hanya untuk menghidu lagi wangian itu.Kalau nak tengok sekali lagi gadis itu, maka sang lelaki harus lah membuat U-turn agar tidak terlepas peluang yang amat jarang sekali datang ini. Gadis itu juga memakai gincu yang berwarna jingga,oren. Suatu warna yang agak liberal, tetapi sesuai dengan penampilannya pada hari ini. Dia nampak anggun, dan sangat dipercayai.

Tapi itu hanya luaran. Di dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu betapa hatinya berdegup kencang. Mukanya nampak sahaja gebu tetapi disebalik pakaiannya itu, peluh sejuk sentiasa mengalir dan mengalir. Hampir sahaja dia tidak beradu pada malam tadi, sibuk mempraktikan Mass Communication yang jerih dipelajari hingga mendapat Ijazah Sarjana Muda. Masih segar majlis konvo yang berlansung dua bulan lepas. Dan selama dua bulan lepas juga dia memanjakan diri, menikmati kejayaan dan menikmati kebebasan yang sementara ini. Menghilang segala duka dan tdak kepercayaan pada kaum lelaki yang tidak pernah serasi dan juga memahami hatinya.

Rashid Farid telah berpuas hati dengan barang-barang yang dibawa, melangkah masuk ke dalam lif. Mempersiapkan mental agar dapat menyelsaikan urusan ini sebaikmungkin. Gusar juga jika ada klien yang tiba-tiba meroyan akibat tidak puas hati dengan peratusan yang dimiliki. Rashid menekan punat bernombor 22. Nombor itu tiba-tiba menyentap sanubarinya. Itu lah umur ketika dia mendapat sekeping ijazah sebagai haluan dirinya. Sekeping kertas yang menterjemahkan perit yang perlu dilaluinya untuk mendapat pengiktirafan ini. Dan akibat terlalu tekun bekerja, dia tidak ada masa untuk sosialnya. dia menidakkan kehendak hatinya dalam mencapai naluri kelakiannya. Dan setiap malam dia keseorangan. Merenung siling tanpa siapa dihati. Dia benar-benar sunyi. Sebatang kara sejak sekian lama.

Tiba-tiba lif berhenti di tingkat G. Hannah Aaliyah masuk, sambil tersenyum pada Rashid Farid. Rashid Farid tersenyum kembali. Namun kemesraan itu hanya seketika. Masing-masing terlalu fokus pada niat masing-masing. Malah masing-masing mempunyai falsafah sendiri menghindari soal hati. Hannah Aaliyah menekan punat tingkat 25.

Sedang Lif pantas mendaki, tiba-tiba lif itu tersentak, melambungkan dua manusia yang kerdil itu. Hannah Aaliyah menjerit seketika, hatinya sangat kecut. Sekecut asam warna merah. Rashid Farid hanya diam, mengaduh sesuadah kepalanya terhentak pada lantai. Suasana menjadi sangat gelap. Lif dirasakan tidak bergerak. Rashid pantas bangkit,mengeluarkan pemetik api dan mencari butang kecemasan. Ditekan ditenyeh-tenyeh butang itu, tiada respon. Tidak berfungsi. Dia menghalakan api itu ke arah Hannah Aaliyah.

Hannah sekali lagi menjerit. Nyaris-nyaris lighter itu menimpa solekan yang dipakainya.

"Maaf, saya tak sengaja. Saya tak perasan awak betul-betul dibelakang saya. Awak ok?"

"Awak dah gila ke? Awak ingat muka saya ni hot dog ke awak nak bakar-bakar sambil sapu dengan madu?"

"Maaf..saya benar-benar tak sengaja.. Awak tak apa-apa?"

"Saya tak okay lah!! Awak tak nampak ke dengn keadaan gelap camni, lepas tu ada orang nak bakar muka saya. Dah la butang kecemasan tu rosak. Saya ada Interview kerja tak lama lagi. Awak rasa saya okay tak sekarang? Awak ni ada otak tak?!"

"Maaf...saya tak sengaja dan tak tahu. Maksud saya, awak ada kecederaan apa-apa tak?"

"Ada! Muka nyaris-nyaris terbakar!"

Rashid Farid membisukan diri. Diam seribu bahasa termasuk bahasa isyarat. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memeriksa jika terdapat line di dalam lif. Tiada. Hannah Aaliyah tergamam apabila cahaya yang keluar dari telefon bimbit Rashid Farid menyinari wajah Rashid Farid.

"Awak! Kepala awak berdarah!"

"owh, yeke? Haha..biarla.."

Hannah Aaliyah lekas-lekas mengeluarkan bungkusan tisu, dikeluarkan semua tisu yang ada, lalu diberi pada Rashid Farid.

"Awak, baik awak lap cepat pastu awak tekap pada kepala tu."

"Eh, taknak la. Bagus juga camni, nanti boleh saya minta cuti lebih"

"Eii!! Jangan ngada-ngada la awak! Lempang nak?"

Rashid Farid kelu. Kelakiannya seakan mengendur. Bukan apa, dia tidak mahu bergaduh dengan Hannah Aaliyah, atleast bukan pada masa ini. Tiada guna dia berdebat mengenai hal yang sememangnya dia tewas.

10 minit berlalu. 10 minit itu dirasakan seperti sejam. Cukup lama. Mereka masih belum diselamatkan.Rashid mula rasa mengantuk, impak dari darah yang keluar itu, dia mula merasakan segalanya berputar. Tidak! Dia harus bertahan. Dia harus gagah. Dia tidak mahu jatuh tertidur. Kelak jika tidak bangun lagi, dia akan kehilangan segala-galanya. banyak lagi yang belum dia rasakan dalam hidupnya.

" Awak, awak kerja sini ke?"

"Awak ni pekak ke? Tadi kan saya dah cakap ada interview kat sini"

"Owh, maaf. Saya terlupa. Awak ni, garang betul. Awak orang negeri sembilan ek?"

"TAK!"

"Owh..hehe. Err..awak,kita main teka teki nak?"

"Tak nak"

"Ala, boleh la.."

"TAK NAK"

"How bout this. If I cant answer your question, Ill give you RM50. But If you cant answer my question, you pay me RM5"

"Serius?"

"Serius giler ah ding dong"

"Ok, kalau awak tipu, saya bakar awak pakai lighter tadi"

"Saya mulakan dulu ye? Aaa....Ikan apa yang lagi besar dari ikan paus?"

"Ala, Ikan paus goreng tepung"

"Tet!!!! Salah~~ Jawapan dia IKANo Power Centre"

"Bodoh la awak ni"

Hannah Aaliyah mengeluarkan RM5 dari dompetnya dan menghulur ke Rashid Farid dengan rasa yang bengang. Rashid Farid mengeletar menerimanya. Dia semakin lemah. Rashid Farid semakin longlai, dan kabur. Dia antara tidak merasakan lantai yang diduduknya. Dinding yang disandarnya umpama tilam. Dia sangat selesa untuk tidur. Tapi kesedarannya masih kuat. Dia kena kuat.

"Sekarang saya pulak tanya. Binatang apa yang naik bukit berkaki 4, tapi bila turun bukit, berkaki 3"

Rashid Farid cuba berfikir. Mengorek kembali semua teka teki yang pernah didengar. Satu persatu melintas di dalam kepala hotaknya tapi tiada yang mampu menghubungkan pada jawapannya itu. Sayup-sayup Rashid mendengar suara di luar lif. Orang mula sedar yang lif rosak. Derapan-derapan kaki sekuriti mula menghampiri mereka.

"Eh awak, cepat la jawap teka teki saya"

Rashid Farid mengeluarkan dompetnya, 2 keping not RM50 dikeluarkan. Hannah Aaliyah mungkin tidak sedar bahawa Rashid Farid terhutangnyawa dengan dia. Rashid sangat beterima kasih. Hanya Rm100 sahaja yang ada di dalam dompetnya. Dia tidak gemar membawa duit yang banyak di dalam dompet.

"Saya tak tahu. Tapi sebelum saya bagi duit, awak kena bagitau dulu jawapannya"

Hannah Aaliyah terus mengeluarkan 5 keping not RM1

"Saya pun tak tahu"

Pintu lif pun terbuka. Dan Rashid Farid tersenyum, terus melelapkan mata. Hannah Aaliyah sekali lagi menjerit untu hari itu, melihat darah yang terlalu banyak tubuh pada Rashid Farid