20101029

Dont cry over my dead body


Sedikit pendapat semasa hari pengebumian. Harap jangan di salah tafsir.

Kematian adalah sesuatu yang menyedihkan bagi seseorang. Mungkin ada yang suka, bergantung pada memori seseorang terhadap si mati. Banyak pra sangka boleh muncul sebab manusia memang hatinya lain-lain, berubah setiap masa mengikut keadaan. Muka sama hijau, hati siapa tahu. Merah itu tentu, mati siapa mahu.

Dalam kes aku, memang aku sedih pada awalnya. Tipu la kalau tak sedih kan? Kalau aku tak sedih, aku akan anjurkan majlis menendang bontot ku secara berjemaah selepas solat mahgrib di Dataran Merdeka.

Dan tipu la kalau aku cakap aku tak nangis. Masa masuk je ICU, tengok semua kabel-kabel dan tiub-tiub dah dialihkan, skrin health level dimatikan, memang burst la segalanya. Hell, aku manusia gak. Tapi 5 minit je la aku guling-guling sambil hisap jari kelingking. Pastu berhenti. Malu gak ar dengan nurse yang ada situ. Masih available ku kira.

Aku pernah berjanji dengan mama tak nak nangis depan orang kalau apa-apa jadi pada dia. Dia nak aku jadi kuat, untuk orang lain. And I did. Aku tak menangis depan orang lain (nurse and doc are not count, dammit).

Memang aku redha dengan pemergian dia. Aku even berdoa agar sekiranya mama memang tiada harapan, disegerakanlah ajalnya supaya dia tak terseksa. Dan aku pasti begitu juga dengan ayah ku dan adik-adik ku. Everyone need time.

Semasa di rumah Rawang, sedara mara dan rakan taulan datang menjenguk. Ramai. And we greet each other. But bila berjumpa, sesuatu yang sangat mengganggu berlaku.

Orang akan approach, mula-mula nampak ok. Then diorang cakap

"Bawak bersabar ye? Redha la dengan apa yang berlaku"

Ant they start to cry. Sumpah aku rasa macam nak join sekali nangis secara berjemaah dengan tone soprano. Kenapa lak nak nangis depan kami? Apa perasaan kami bila tengok korang menangis atas kematian Ibu kami?

Ok, mari ulas tanpa rasis atau pun kompromi duit kopi. Mungkin mereka memang betul-betul sayangkan mama. They really lost someone that mean to them. Dan sebab itu, memang sangat-sangat sedih. Kami paham. Sebab kami juga merasakan yang sama.

Tapi tangisan itu adalah beban kepada kami. Beban sangat-sangat sebab dah penat kami tahan airmata, but you guys senang-senang nagis depan kami. Bukan la marah, sumpah tak marah. Sikit pun tak. Cuma kalau nak menangis gak, gi la kat orang lain. Pergi nagis dekat your husband ke, sedara mara yang lain ke. Ramai lagi yang ada kat situ. Kami ada kesedihan kami sendiri, kami tak mampu berkongsi menangung kesedihan kamu buat sementara waktu.

Dan memang dalam Islam pun umatnya dilarang bersedih yang keterlaluan semasa kematian. For sure kalau semua yang datang kat situ menangis, mau boleh buat konsert percuma untuk rakyat. Vokalis utama is aku sekeluarga la.

Same things apply to every family. Aku yakin mereka juga mahu tabah sewaktu ada kematian yang berlaku. Aku yakin masing-masing ada janji masing-masing. Oleh itu kita perlu faham adab-adab menziarahi kematian. Walaupun beban emosi menebal setebal Tembok China, tapi in the same time, fikirkan mengenai orang lain. Bukan sahaja terhadap famili si mati, tetapi juga kepada tetamu lain yang ada kat situ. Mereka juga sama.

Dan yang paling penting, perasaan si mati. Apa perasaan si mati jika dia tahu ramai yang bersedih atas kematian dia? Kematiannya bukanlah sesuatu yang dia minta. Dia juga belum mahu mati (read: mungkin). Ini adalah luar dari mana-mana kekuasaan sesiapa. Sangat sakit sebab semua ini tidak dapat dikawal. Kalau kau pun, kau sakit. But then orang lain sedih yang amat sebab anda. Apa perasaan anda kepada orang itu? Kalau kau takde prasaan, memang elok la pukul kau ramai-ramai.

Yang penting, kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk si mati. Selain itu tenangkan keluarga si mati. Jangan la cuba buat lawak, nak skeluarga si mati gelak. Memang minta penerajang jarak jauh. Itu namanya tak hormat kepada si mati dan juga keluarga si mati.


2 comments:

Exarina Scherbatsky said...

Salam. Condolence for ur lost. Be strong ya. May she rest in peace, Allah Bless her. Our doa is with u. Al-Fatihah.

Sincerely, Chockey.

Myth said...

thanx chockey