20100925

Kaduk.Ayam.Raja

Add caption


Kau kenal Pak Kaduk? Ya, kaduk itulah. Kaduk mana lagi. Kaduk yang dulu kau ejek siang ke malam, bertahun-tahun dan berzaman-zaman. Kau katakan dia bodoh kerana ayam belaannya menang tapi kampungnya tergadai.

Tapi pernahkah kau menyalahkan Raja yang sanggup mengambil tanah Kaduk? Raja yang mengambil tanah rakyatnya yang miskin. Bukannya Kaduk seorang, bahkan satu kampung diambilnya terang-terangan di siang hari (dah nama siang, terang la kan?)

Apa kisahnya tentang kaduk selepas itu? Kaduk dan isterinya serta anak lelakinya hidup merempit merempat di atas tanah yang asalnya tanah miliknya. Dari miskin, bertambah papa kedana. Susah bertambah susah.

Zaman semakin beranjak. Kaduk telah meninggal dunia. raja yang zalim itu juga suah lama mampus, eh silap, mangkat. Anak dan cucu kaduk hidup di zaman merdeka dan sempat mngecap kemajuan negara. Kotaraya semakin megah  dengan bangunan-bangunan yang tinggi menjulang. Di zaman ini, mereka yang menyabung ayam adalah orang-orang yang kasar dan tidak bertamadun. Tiada lagi raja-raja yang datang ke jajahannya dan mengajaka rakyat bersabunng ayam, malah mana-mana hidupan pun.

Dulu, arwah si Kaduk menamakan anaknya sebagai Hassan, bermaksud "Yang Mulia". Itu pun syukurlah ada seorang uztaz yang sudi datang ke kampung yang tergadai itu untuk mengajar di Madrasah. Dan Hassan menamakan anaknya dengan Hakim, bermaksud "Bijaksana". Lihat, masyarakat memang semakin maju. Nama-nama mereka sahaja sudah membuktikannya kerna membawa definisi yang baik. Tidak lagi mereka membawa maksud yang jelik danprimitif aperti Si kacong, Si Bulat, Pendekar Rabun Sebelah. Susah! Susah!

Hakim adalah seorang lulusan universiti tempatan di dalam bidang kejuruteraan bendalir, barangkali berkat namanya. Hakim sedar yang terdapat banyak penganiayaan dan ketidakadilan disekeliling. Di dunia, manusia memang tidak dapat lari dari nafsu untuk melakukan penganiyaan.

Hakim ada seorang kawan, Azam, seorang peguam yang dikenalinya dari tahun pertama pengajianyya lagi. Hakim sering berbincang dengan Azam perihal Raja yang mengambil tanah dikampungnya. AZam juga berfikir sememangnya raja itu menganiayai rakyatnya.

Pada suatu hari, setelah cukup segala bukti segala hujah dan segala macam persediaan, Hakim memfailkan saman menuntut hak dia dan keturunan penduduka kampung yang teraniaya. Azam sebagai Peguam,berhujah dengan aqli, naqli dan nahu yang hebat

"Yang Arif, kiranya ketika itu Arwah kaduk tidak menyerahkan ayam sabungannya kepada Si Raja, apa Yang Arif fikir akan berlaku? Yang Arif, anak guam saya tak kan berada disini kerana sudah tentu Arwah si kaduk akan dilantik sebagai penderhaka negara yang utama,kepalanya pasti akan dipancung. Adilkah ini yang Arif? "


(Bersambung)

P.s:Ini adalah petikan dari UtusanMingguan 19th Sept 2010,mukasurat 18. Penulis asal, Zurinah Hassan

P.s.s: Ada gak orang fizik yang minat satera...alhamdullillah...lega aku dengar.