20100627

Between a Lawyer and a Hotties

Pada suatu pagi yang dingin,di Menara Maxis, seorang Peguam yang segak sedang sedang memarkir kereta di Basement 1. Namanya Rashid, Rashid Farid. Tujuannya hanya satu, berjumpa dengan salah seorang pegawai tertinggi di situ. Hal-hal penyelesaian wasiat adalah sesuatu yang penting, mustahak. Itu adalah amanah, pesanan dari mereka yang telah tiada. Maka ia harus diselesaikan dengan penuh telus dan jujur.

 Peguam itu juga harus memakai tag "Saya Anti Rasuah" sebagai persediaan awal, gusar jika bertemu dengan manusia-manusia yang mula kabur mata bila mendengar timbunan pusaka yang bakal dimiliki. Ah! Dasar manusia. bisa sahaja rambang matanya bila mendengar harta. Sanggup juga menjatuhkan darah daging sendiri demi suatu kemewahan sementara.

Pada masa yang sama, seorang gadis baru sahaja memasuki loby Menara Maxis. Di dadanya tersemat suatu fail yang dipeluk erat. Di dalam fail itu terkandung segala khazanah-khazanah peribadi miliknya. Dokumen-dokumen peribadi, sijil-sijil semasa zaman persekolahan, serta kejayaan-kejayaan yang dirangkul semasa bertapa di menara gading. Tertera pada sijil-sijil itu, Hannah Aaliyah

Gadis itu sangat cantik pada hari itu. Dipakainya antara pakaian terbaik miliknya, yang bersesuai dengan tema mencari sumber pendapatan, disembur pada pergelangan tangan dan leher perfume Chanel No.4, semerbak sehingga siapa yang berjalan pasti menoleh kali kedua hanya untuk menghidu lagi wangian itu.Kalau nak tengok sekali lagi gadis itu, maka sang lelaki harus lah membuat U-turn agar tidak terlepas peluang yang amat jarang sekali datang ini. Gadis itu juga memakai gincu yang berwarna jingga,oren. Suatu warna yang agak liberal, tetapi sesuai dengan penampilannya pada hari ini. Dia nampak anggun, dan sangat dipercayai.

Tapi itu hanya luaran. Di dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu betapa hatinya berdegup kencang. Mukanya nampak sahaja gebu tetapi disebalik pakaiannya itu, peluh sejuk sentiasa mengalir dan mengalir. Hampir sahaja dia tidak beradu pada malam tadi, sibuk mempraktikan Mass Communication yang jerih dipelajari hingga mendapat Ijazah Sarjana Muda. Masih segar majlis konvo yang berlansung dua bulan lepas. Dan selama dua bulan lepas juga dia memanjakan diri, menikmati kejayaan dan menikmati kebebasan yang sementara ini. Menghilang segala duka dan tdak kepercayaan pada kaum lelaki yang tidak pernah serasi dan juga memahami hatinya.

Rashid Farid telah berpuas hati dengan barang-barang yang dibawa, melangkah masuk ke dalam lif. Mempersiapkan mental agar dapat menyelsaikan urusan ini sebaikmungkin. Gusar juga jika ada klien yang tiba-tiba meroyan akibat tidak puas hati dengan peratusan yang dimiliki. Rashid menekan punat bernombor 22. Nombor itu tiba-tiba menyentap sanubarinya. Itu lah umur ketika dia mendapat sekeping ijazah sebagai haluan dirinya. Sekeping kertas yang menterjemahkan perit yang perlu dilaluinya untuk mendapat pengiktirafan ini. Dan akibat terlalu tekun bekerja, dia tidak ada masa untuk sosialnya. dia menidakkan kehendak hatinya dalam mencapai naluri kelakiannya. Dan setiap malam dia keseorangan. Merenung siling tanpa siapa dihati. Dia benar-benar sunyi. Sebatang kara sejak sekian lama.

Tiba-tiba lif berhenti di tingkat G. Hannah Aaliyah masuk, sambil tersenyum pada Rashid Farid. Rashid Farid tersenyum kembali. Namun kemesraan itu hanya seketika. Masing-masing terlalu fokus pada niat masing-masing. Malah masing-masing mempunyai falsafah sendiri menghindari soal hati. Hannah Aaliyah menekan punat tingkat 25.

Sedang Lif pantas mendaki, tiba-tiba lif itu tersentak, melambungkan dua manusia yang kerdil itu. Hannah Aaliyah menjerit seketika, hatinya sangat kecut. Sekecut asam warna merah. Rashid Farid hanya diam, mengaduh sesuadah kepalanya terhentak pada lantai. Suasana menjadi sangat gelap. Lif dirasakan tidak bergerak. Rashid pantas bangkit,mengeluarkan pemetik api dan mencari butang kecemasan. Ditekan ditenyeh-tenyeh butang itu, tiada respon. Tidak berfungsi. Dia menghalakan api itu ke arah Hannah Aaliyah.

Hannah sekali lagi menjerit. Nyaris-nyaris lighter itu menimpa solekan yang dipakainya.

"Maaf, saya tak sengaja. Saya tak perasan awak betul-betul dibelakang saya. Awak ok?"

"Awak dah gila ke? Awak ingat muka saya ni hot dog ke awak nak bakar-bakar sambil sapu dengan madu?"

"Maaf..saya benar-benar tak sengaja.. Awak tak apa-apa?"

"Saya tak okay lah!! Awak tak nampak ke dengn keadaan gelap camni, lepas tu ada orang nak bakar muka saya. Dah la butang kecemasan tu rosak. Saya ada Interview kerja tak lama lagi. Awak rasa saya okay tak sekarang? Awak ni ada otak tak?!"

"Maaf...saya tak sengaja dan tak tahu. Maksud saya, awak ada kecederaan apa-apa tak?"

"Ada! Muka nyaris-nyaris terbakar!"

Rashid Farid membisukan diri. Diam seribu bahasa termasuk bahasa isyarat. Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memeriksa jika terdapat line di dalam lif. Tiada. Hannah Aaliyah tergamam apabila cahaya yang keluar dari telefon bimbit Rashid Farid menyinari wajah Rashid Farid.

"Awak! Kepala awak berdarah!"

"owh, yeke? Haha..biarla.."

Hannah Aaliyah lekas-lekas mengeluarkan bungkusan tisu, dikeluarkan semua tisu yang ada, lalu diberi pada Rashid Farid.

"Awak, baik awak lap cepat pastu awak tekap pada kepala tu."

"Eh, taknak la. Bagus juga camni, nanti boleh saya minta cuti lebih"

"Eii!! Jangan ngada-ngada la awak! Lempang nak?"

Rashid Farid kelu. Kelakiannya seakan mengendur. Bukan apa, dia tidak mahu bergaduh dengan Hannah Aaliyah, atleast bukan pada masa ini. Tiada guna dia berdebat mengenai hal yang sememangnya dia tewas.

10 minit berlalu. 10 minit itu dirasakan seperti sejam. Cukup lama. Mereka masih belum diselamatkan.Rashid mula rasa mengantuk, impak dari darah yang keluar itu, dia mula merasakan segalanya berputar. Tidak! Dia harus bertahan. Dia harus gagah. Dia tidak mahu jatuh tertidur. Kelak jika tidak bangun lagi, dia akan kehilangan segala-galanya. banyak lagi yang belum dia rasakan dalam hidupnya.

" Awak, awak kerja sini ke?"

"Awak ni pekak ke? Tadi kan saya dah cakap ada interview kat sini"

"Owh, maaf. Saya terlupa. Awak ni, garang betul. Awak orang negeri sembilan ek?"

"TAK!"

"Owh..hehe. Err..awak,kita main teka teki nak?"

"Tak nak"

"Ala, boleh la.."

"TAK NAK"

"How bout this. If I cant answer your question, Ill give you RM50. But If you cant answer my question, you pay me RM5"

"Serius?"

"Serius giler ah ding dong"

"Ok, kalau awak tipu, saya bakar awak pakai lighter tadi"

"Saya mulakan dulu ye? Aaa....Ikan apa yang lagi besar dari ikan paus?"

"Ala, Ikan paus goreng tepung"

"Tet!!!! Salah~~ Jawapan dia IKANo Power Centre"

"Bodoh la awak ni"

Hannah Aaliyah mengeluarkan RM5 dari dompetnya dan menghulur ke Rashid Farid dengan rasa yang bengang. Rashid Farid mengeletar menerimanya. Dia semakin lemah. Rashid Farid semakin longlai, dan kabur. Dia antara tidak merasakan lantai yang diduduknya. Dinding yang disandarnya umpama tilam. Dia sangat selesa untuk tidur. Tapi kesedarannya masih kuat. Dia kena kuat.

"Sekarang saya pulak tanya. Binatang apa yang naik bukit berkaki 4, tapi bila turun bukit, berkaki 3"

Rashid Farid cuba berfikir. Mengorek kembali semua teka teki yang pernah didengar. Satu persatu melintas di dalam kepala hotaknya tapi tiada yang mampu menghubungkan pada jawapannya itu. Sayup-sayup Rashid mendengar suara di luar lif. Orang mula sedar yang lif rosak. Derapan-derapan kaki sekuriti mula menghampiri mereka.

"Eh awak, cepat la jawap teka teki saya"

Rashid Farid mengeluarkan dompetnya, 2 keping not RM50 dikeluarkan. Hannah Aaliyah mungkin tidak sedar bahawa Rashid Farid terhutangnyawa dengan dia. Rashid sangat beterima kasih. Hanya Rm100 sahaja yang ada di dalam dompetnya. Dia tidak gemar membawa duit yang banyak di dalam dompet.

"Saya tak tahu. Tapi sebelum saya bagi duit, awak kena bagitau dulu jawapannya"

Hannah Aaliyah terus mengeluarkan 5 keping not RM1

"Saya pun tak tahu"

Pintu lif pun terbuka. Dan Rashid Farid tersenyum, terus melelapkan mata. Hannah Aaliyah sekali lagi menjerit untu hari itu, melihat darah yang terlalu banyak tubuh pada Rashid Farid

6 comments:

ciK giNcu said...

hahahhahhaha. sengal2. sambung la lagi. hik3

AkU said...

aoittt..!! asal nama aku xdak..asyik LIPs je..
btw..kesinambunggan??

hellioz said...

hampagas lu
kalau xde sambungan ni
mau gwa rage 1 malaysia
gyahahahahhaah~

Myth said...

Wutt??!!! Kena ada kesinambungan ke?
Aku ingat messege aku kat dalam tu dah cukup dah.
Fine r...nanti aku buat..

Who: yela..esok lusa aku letak nama ko lak....jgn sampai aku buat bahan, muahahahaha

ciK giNcu said...

who : jeles ea? pdn muke. muahahahha. inilah kuasa gincu. hik3.

myth : see. sume nak mintak sambung. sbb hannah aaliyah okay. bkn sbb cite awk. (tbe* jd riak)

Myth said...

Who: aku sokong lipstik. Pas ni ko pakai gincu, SUMPAH aku buat post pasal ko. Kau akan aku jadikan superstar!!

Lips: Ah ye, sebab Hannah Aaliyah ek?