20100903

Death questionaire

Beberapa hari lepas aku berborak dengan Aisyah. Kakak kepada Saodah MYC. Menjurus kepada topik kematian sebab lecturer dia baru meninggal pagi tu. Nak tau ke details pasal tu? Tak payah la kot.. Privasi kot. Gi cari kakak orang lain pastu message la.

"Death wasnt so bad, ask us"


Well, aku bukan ahli yang mengkaji Kitab Al-Quran. Aku bukan ahli agama yang mampu meberi hujah-hujah naqli yang mampu membuat sesorang itu senyap dan menerima camtu je. Tak bosan ke kalau orang just bagitau apa yang kau kena buat then kau follow je? Gosh, thats not living at all. Sama macam kambing yang kena ikat , follow je ke arah mana gembala kambing suruh buat,

 So, aku hanya mampu mengaitkan dengan beberapa teori-teori yang mungkin dapat memberi pandangan serta menggalakkan seseorang itu berfikir dengan lebih luas. Atleast, dari tak buat apa-apa, dari duk diam-diam fesbuking and main Wild Ones kata fesbuk.

Mungkin sahaja, bukan pasti.

Ada 3 teori yang yang sangat membantu.

Mass-Energy Equivalance

The Big Bang Theory

The conservation of Energy:
The Energy cant be created or destroy.


Daripada Einstein, dia menjelaskan bahawa setiap yang ada jisim, adalah tenaga. Maknanya, apa sahaja yang wujud kat mukabumi ni adalah tenaga. Aku tak leh cari maksud yang lagi simple dari ni. Ye la, kalau follow kamus, ofcourse la maksud dia lain.... Jangan salah faham dengan definisi tenaga. Sehingga sekarang, tiada 1 pernyataan pun yang mampu menjelaskan apa itu tenaga.





Bak kata Dr. Reza

"If you can define me what is energy, generally, you can submit your paper to the Nobel meeting
 and win one for yourself."


Cahaya pun ada jisim. Aku suka dengan experimet yang nak buktikan bahawa cahaya tu ada jisim. Caranya hanya boleh dilakukan semasa gerhana penuh berlaku. Pada masa tu, diorang terpaksa ulang 3kali sebab ada error pada equipment. Bayangkan kena tunggu berapa tahun nak buktikan. 

Masa gerhana, matahari terselindung dan ini memberi peluang untuk melihat bintang yang ada di situ, yang kelihatan berhampiran dengan lokasi. Secara teorinya, jka cahaya adalah jisim, maka bintang yang kelihatan akan sedikit terpesong dari kedudukan asal sebab cahaya dari bintang tu melengkok akibat graviti matahari.

I believe the picture says everything


Enough said. Panjang sangat nanti.

Then tell me, apa itu roh? Apa itu Malaikat?

Bila kita mati, maka sesuatu tenaga dari badan kita akan membebaskan 1 tenaga iaitu roh. Jasad akan dikebumikan, juga mempunyai tenaga yang yang lain. Untuk aku, aku lebih suka mengatakan manusia terdiri dari 2 jenis entiti. Roh dan jasad. Keduanya adalah 2 perkara yang berbeza tetapi saling memerlukan.

Tak percaya?
Kan semasa di Hari penghakiman, tubuh akan menjadi saksi kepada roh? 

Now kita beralih kepada teori Big Bang. Ada satu hari tu aku tengok Discovery Channel, regarding Stephan Hawking. Of course dia akan explain the well known Big Bang theory. Termasuk edisi khas Big Bang Theory kat History Channel. Sangat informative.

Eh, silap gambar



Ni baru abang Stephen


Pada awalnya, semuanya adalah sesuatu yang kecil, yang sangat mampat, sangat bertenaga. Kemudian, letupan tu berlaku dan alam semesta mula terbentuk. Pada masa awalnya, alam semesta sangat panas. Kemudian, bila semakin expand, dia jadi semakin sejuk. 



Tenaga yang terhasil dari dulu, tak pernah berkurang. Ia tetap dalam satu lingkungan yang sama. Universe adalah sangat luas. Memang kita tak terjangkau. Dan ia masih mengembang. 

Tapi, kemana sebenarnya kita pergi selepas mati?

Kita masih di dalam lingkungan alam semesta. 

Kubur boleh menjadi satu taman syurga, dan boleh menjadi satu lubang neraka. How was it possible?

Supercomputer


Cuba bayangkan, dengan otak yang saiz 2 tangan manusia, kita dah boleh berfikir, berimaginasi jauh-jauh. Tak kan kubur tak boleh jadi macam tu? Bukanlah bermaksud macam betul-betul 1 taman terjadi kat situ. Tapi dalam dunia tenaga, apa-apa pun boleh terjadi. 

Plus, dalam elektronik, bumi dijadikan satu punca untuk neutralkan apa-apa keadaan sebab dikatakan kandungan elektron didalamnya adalh infininti. Nah, untuk otak berfungsi pun adalah hasil neuron-neuron yang saling bertukar cas. Dunia partikel perlu dikaji lagi sebab dalam keadaan yang sangat kecil, pelbagai benda mungkin berlaku.

Masih belum puas?

Komputer mampu menghasilkan pelbagai imej yang menarik, juga ransangan untuk manusia. bagaimana komputer berfungsi? Dengan arus eletrik. Memori tersimpan dan dijalankan dalam litar ada 2 function, sama ada on atau off. Ini adalah dunia binari.



Now,dunia sedangkan mengusahakan Quantum Computer, dimana memori disimpan dalam bentuk elektron. Bayangkan supercomputer dalam saiz tapak tangan.






Beberapa topik baru di sini akan lebih dikupas dalam entry akan datang.

Seriously, nak kena kemas rumah, lagi seminggu nak raya.

4 comments:

Neko D. 13 said...

saya nak picit button like utk entri ini.

Myth said...

biaq betui...

Neko D. 13 said...

sebab itu je yg aku boleh buat instead of berfikir...hehehe

Myth said...

ceh ceh dan menceceh