Sila rujuk juga di sini, ada pandangan dari ahli biologist, di SEKSyen komen.
Mengurut boleh dikatakan seperti kita membantu otot untuk bergerak. Why do we want the freakin muscle to move? Merujuk pada post sebelum ini, merujuk pada properties vena, adalah perlu untuk mengurut jika anda jenis malas bergerak.
Tapi kalau anda rajin bergerak, golek-golek turun naik bukit, senang cerita seperti anak kucing yang tak reti duduk diam la, tak perlu la anda nak mengurut kalau lenguh, melainkan sakit itu adalah sakit yang berpanjangan. Sesetengah orang ngada-ngada, lenguh sikit nak mengurut. Lebih-lebih lagi kalau di ajak pergi rumah mengurut kat Jalan Pasar.
Mengurut adalah sama dengan kita bergerak, quite a tips kalau ada orang yang malas gerak tapi nak melancarkan aliran darah, bertujuan nak mengeluarkan sisa kumbahan dan juga lapisan-lapisan lemak yang terpecah sewaktu urut mengurut dijalankan. Urut batin gua tak tau apa yang pecah dan apa yang keluar. Jangan tanya, aku masih suci.
Bila kita mengurut, kita mengerakkan otot supaya menduplikasikan kejadian otot mengecut dan mengendur. Kejadian ini la yang akan menduplikasi jantung di bahagian otot dimana ia akan megepam darah untuk kembali ke jantung. So its the same as we get up and move.
Ada beberapa pencanggahan berlaku bila kita berbincang mengenai urutan:
1. Ke arah mana kita mengurut?
Lazimnya, tukang urut, jika mengurut tangan dan kaki, mereka akan mengurut ke arah hujung jari. Dari segi logiknya, supaya angin-angin itu akan sampai ke hujung jari dan jejari jemari itu di letupkan
But is it true?
As we known, meletupkan jejari jejari anda kan menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat penyakit radang tulang sebab perbuatan itu akan menghauskan lapisan lemak yang bertindak sebagai alas di antara tulang. Dan memakan lebih banyak lemak tidak akan menggantikan lemak di antara tulang. Kata Dr.Zulhazrin, Haram dari segi agama. Aku tak tau la hukum ni. Kalau camtu, hidup kat bandar pun haram la sebab kita selalu sedut debu, umpama air yang jernih didalam bekas yang berdebu. Just imagine the lung condition. Bulu hidung anda bukan seperti filter ikan ye, melainkan anda bernama Dr. Raymond.
Selain itu, dari segi fiziknye, seperti gambar di atas, kita nampak yang salur darah semakin lama semakin kecik semakin kita ke hujung. So now, kata la anda ada choki-choki la kan, anda gigit at one end, then anda akan push choc dari hujung. Apa akan jadi jika kalau anda bagi force yang besar untuk mengeluarkan choc tu?
Bersepah.
And now just tengok pada berbezaan diameter antara arteri, vena, dan kapilari. Kalau rasa kurang paham, you can do this simple experiment. Sila amik getah paip, pasang air. Rasa tekanan air yang keluar, kemudian kecikkan mulut getah paip tu. Tengok camner air yang keluar, bersepah dan tekanan lagi tinggi.
By logically, kita menyebarkan darah pada hujung jari. One might said, yang in the same time darah kotor, karbon dioksida turut terbawa ke hujung dan oleh kerana sikap osmosis, telap and ape benda entah, karbon dioksida tu akan keluar dari situ. Tambah pulak bile letup-letupkan jari dengan rangup.
Maybe, but in the same time anda juga merosakkan tulang, kapilari darah dan sel. Congratz.
2. Betulkah angin dari pesakit akan pergi ke tukang urut?
Ha! Yang ni memang bonus.
Tak, angin tak mengalir ke badan pengurut. Ya..anda dan saya silap. Sebenarnya angin yang keluar dari pengurut itu adalah milik pengurut itu sendiri.
Dari segi logiknya tadi, bila kita banyak bergerak, kita akan melancarkan pergerakan darah dan sekali gus mengeluarkan kita punya angin. Just imagine gerak badan orang yang mengurut. Sungguh tegang badan-badan mereka..otot-otot pejal dan urat berselirat begitu mengerikan sebab kebiasaanya mereka berbadan terlalu kurus. Nampak bagaimana mereka menggunakan hampir semua otot anggota semasa mengurut?
Dan, kita boleh nampak. Kalau Indon yang urut, sakit + sedap tapi dia tak keluar angin. Tapi kalau melayu, agak susah nak jumpa yang macam indon. Kita tengok pula pekerjaan Indon tu apa waktu siang. Mana tak badan takde angin..selamba je angkat guni simen tengah matahari atas kepala.
So, falsafah mengurut? Sila berhati-hati dan kawal diri. Kalau tak mahir urut, jangan semangat sangat nak urut. Kalau gatal, jangan pergi rumah urut takde lesen.
2 comments:
Kite t0l0ng sebarkan penyakit dr p0int A ke p0int B dgn mengurut? Hahah.. Am i right mr the0rem?
bukan menyebarkan...but lebih kepada melancarkan ruang antara sel and melancarkan aliran darah so that kumuhan dan sisa mughalazoh keluar dr badan.
on the other hand, kalau tak reti ngurut, yeah, kita sebarkan.
Post a Comment