20100928

Unbalance Serebrum

Again, she fell again today. This time she fell in the toilet.

She always wear slipper to against the slippery the slippery toilet. But that wasnt enough precautions I think. Today she was resting at home. It must be a bang inside her head.

Today Ive settle everything, the bank, the hospital bill,the SOCSO letter, the every little and absurd thing.

Today, again , searching for a shop that capable in wielding and solder the aluminium. Sunway, Kelana Jaya, Pudu to buy Fatin Malim radio.

The aluminium is for Aliaa's antenna and Asyraf Discone. Off!

20100927

Hey doc! What's Your condition?



Hari ni aku bangun dengan penuh semangat walaupun ngantuk gila sebab semalam tengok "Into the Universe With Stephan Hawking". Bukan la semangat sebab bapak aku nak operation, tapi nak tak nak, ada banyak tangungjawab menanti, dan aku kena positive. Kalau tak, kang bersepah tepi jalan terlanggar side mirror.

Aku turun je bawah lepas siap2 pakai baju semua, tengok mma ada kat bawah. Aik, kata kerja dulu baru gi ofis? So, found out yang rupanya surgery operation kena postpone hari khamis ni kul 7.30am.

Apahal?

"Maaf incik, pakar bedah yang patut bedah Incik hari ini demam. Kita postponed hari khamis ni kul 7.30 pagi ye"

Aku paham doctor ni juga manusia....diorang pun leh sakit gak. Mana ada manusia yang imun perfek...
Cuma mungkin kita perlu ada polisi something, dont we?

Cuba imagine kat tempat aku. Mindset dah baik punya, dah siap bagi-bagi wasiat, kira pertemuan yang penuh emosi. Cuma tak nangis guling-guling. kang ada yang kena defibrillator walaupun tak pengsan lagi.

So, aku terlepas kelas solid, tapi sempat pergi biofizik. Mechanic? Sori la Dr. Malik, gua penat r hari ni scooter-thon 1 KL. Pastu lak hujan petang.

Sekian~~

p/s: Oh ya, operation tu ada 3 prosedur. Jangan tanya aku ape benda alah tu. Then, the main thing is to change the valve with something like fibre glass. Cool eh? tapi Dr.ZulHazrin mamac terkejut gila bila aku cakap. And dia cakap jangan datang kelas hari Rabu ni. Amacam? Best tak lecturer camni? haha

20100926

Kaduk.Ayam.Raja part 2


"Zam, aku ingat aku nak dirikan satu tugu. Tugu Tok Kaduk Dan Kunani. Ia adalah lambang terhadap kemenangan kita dan pembersihan nama Tok Kaduk. Peringatan terhadap masyarakat agar tahu hak dan kepenrtingan mereka. Semua ni adalah atas jasa kau Zam" ujar Hakim kepada Azam.

 Mereka duduk minum di Restoran Nasik Kandar Kunani yang terletak disebelah mahkamah. Kes baru sahaja tamat. Azam kelihatan sangat penat setelah berhujah sehingga mengakibatkan mahkamah hampir banjir dengan hujan-hujan air liurnya. Bukan mudah untuk menguruskan kes seperti ini. Bila orang yang berkuasa lupa akan kuasanya itu dianugerahkan untuk orang yang tidak berkuasa, buruk akibatnya. Birokrasi, konspirasi, diskriminasi, itu makanan asasi mereka yang tidak berkuasa.

"Sama-sama kim. Tapi kau biar betul nak dirikan tugu tu. Dah la tanah tu tanah terpencil kat tepi hutan. Kalau tanah tu berhampiran dataran merdeka, aku faham jugak lah. Kau ni, dah dapat balik tanah terus gila kuasa eh?" bidas Azam dengan pedas.

"Haha, tidak lah Zam. Aku bergurau pun kau nak emo. Belum lagi kalau aku buat drama. Kalah Norman Hakim nanti. Memey pun mesti sangkut kat tangan aku lah.

"Begini Zam, tanah itu,adalah paling sesuai untuk dijadikan tapak pertanian dan penternakan. Dari dulu lagi aku percaya, bidang-bidang agrikultur adalah lubuk untuk membuat duit sebab manusia tetap memerlukan makanan. Aku nak berniaga Zam" luah Hakim kepada AZam.

"Hah, bagus lah camtu dari kau binikan tugu bikin tepi hutan yang dah semak, jadi lagi semak. Kau dah selidik apa yang harus kau buat?" lega Azam mendengar pelan kasar Hakim. Manakan tidak, sebulan dia bersengka mata mencari fakta, buku perundangan itu dia sudah khatam sebanyak 7 kali. barangkali, Azam layak menjadi Tahfiz.

...

Hakim sudah pun bertemu dengan dengan beberapa pegawai kerajaan yang menguruskan hal petani. Hakim nekad dan tekad ingin memanfaatkan tanah pusaka miliknya itu agar dapat memberi pulangan yang setimpal,yang cukup untu dihari tua, cukup untuk anak cucu, kalau boleh sehingga 7 keturunan.

Hakim memutuskan untuk untuk menternak ayam secara kontrak sebagai permulaan. Dia memilih salah sebuah syarikat besar yang beroperasi di seluruh negara dan juga asia tenggara, bernama Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangannya di Malaysia dean nama Rangkaian Jasa Agrikultur, atau pun RAJA.

20100925

Kaduk.Ayam.Raja

Add caption


Kau kenal Pak Kaduk? Ya, kaduk itulah. Kaduk mana lagi. Kaduk yang dulu kau ejek siang ke malam, bertahun-tahun dan berzaman-zaman. Kau katakan dia bodoh kerana ayam belaannya menang tapi kampungnya tergadai.

Tapi pernahkah kau menyalahkan Raja yang sanggup mengambil tanah Kaduk? Raja yang mengambil tanah rakyatnya yang miskin. Bukannya Kaduk seorang, bahkan satu kampung diambilnya terang-terangan di siang hari (dah nama siang, terang la kan?)

Apa kisahnya tentang kaduk selepas itu? Kaduk dan isterinya serta anak lelakinya hidup merempit merempat di atas tanah yang asalnya tanah miliknya. Dari miskin, bertambah papa kedana. Susah bertambah susah.

Zaman semakin beranjak. Kaduk telah meninggal dunia. raja yang zalim itu juga suah lama mampus, eh silap, mangkat. Anak dan cucu kaduk hidup di zaman merdeka dan sempat mngecap kemajuan negara. Kotaraya semakin megah  dengan bangunan-bangunan yang tinggi menjulang. Di zaman ini, mereka yang menyabung ayam adalah orang-orang yang kasar dan tidak bertamadun. Tiada lagi raja-raja yang datang ke jajahannya dan mengajaka rakyat bersabunng ayam, malah mana-mana hidupan pun.

Dulu, arwah si Kaduk menamakan anaknya sebagai Hassan, bermaksud "Yang Mulia". Itu pun syukurlah ada seorang uztaz yang sudi datang ke kampung yang tergadai itu untuk mengajar di Madrasah. Dan Hassan menamakan anaknya dengan Hakim, bermaksud "Bijaksana". Lihat, masyarakat memang semakin maju. Nama-nama mereka sahaja sudah membuktikannya kerna membawa definisi yang baik. Tidak lagi mereka membawa maksud yang jelik danprimitif aperti Si kacong, Si Bulat, Pendekar Rabun Sebelah. Susah! Susah!

Hakim adalah seorang lulusan universiti tempatan di dalam bidang kejuruteraan bendalir, barangkali berkat namanya. Hakim sedar yang terdapat banyak penganiayaan dan ketidakadilan disekeliling. Di dunia, manusia memang tidak dapat lari dari nafsu untuk melakukan penganiyaan.

Hakim ada seorang kawan, Azam, seorang peguam yang dikenalinya dari tahun pertama pengajianyya lagi. Hakim sering berbincang dengan Azam perihal Raja yang mengambil tanah dikampungnya. AZam juga berfikir sememangnya raja itu menganiayai rakyatnya.

Pada suatu hari, setelah cukup segala bukti segala hujah dan segala macam persediaan, Hakim memfailkan saman menuntut hak dia dan keturunan penduduka kampung yang teraniaya. Azam sebagai Peguam,berhujah dengan aqli, naqli dan nahu yang hebat

"Yang Arif, kiranya ketika itu Arwah kaduk tidak menyerahkan ayam sabungannya kepada Si Raja, apa Yang Arif fikir akan berlaku? Yang Arif, anak guam saya tak kan berada disini kerana sudah tentu Arwah si kaduk akan dilantik sebagai penderhaka negara yang utama,kepalanya pasti akan dipancung. Adilkah ini yang Arif? "


(Bersambung)

P.s:Ini adalah petikan dari UtusanMingguan 19th Sept 2010,mukasurat 18. Penulis asal, Zurinah Hassan

P.s.s: Ada gak orang fizik yang minat satera...alhamdullillah...lega aku dengar.





Maaf, saya mungkir janji

Aku moody lately.
Pasal yang preview aku kata aku nak sambung tu, aku dah hilang akal. Aku rasa kelakar gila event tu, tapi sekarang dah tak kelakar. Macam dah takde ape yang kelakar.

Honestly pagi tadi aku dah berkobar-kobar nak menulis. Last night aku stay up tengok
"Into the Universe with Stephen Hawking"
Poyo syial


Ada 3 perkara yang sangat menarik aku rasa aku nak mencarut, but dengan keadaan sekarang, entah la. Semua macam seronok sangat.

And, sekali lagi tarikh operation di tukar. Final date, 27th September. Tarikh ditukar sebab babah masuk CCU di IJN. Come on la, kalau patient yang dihantar ke IJN tu dah kira pesakit yang teruk , macam mana pulak pateint di CCU IJN?

Dan keadaan Mama pun tak seperti semakin baik. Aku kagum sebab dia masih kuat. Tadi dia jatuh lagi, dia kata sekali lagi macam nak pitam.

Esok, aku nak kena pergi IJN, nak uruskan hal bayaran surgery, dan selesaikan hal di Unit Taksiran Khas kementerian Kesihatan Malaysia. Monday masa operaion tu diadakan, aku nak kena settle hal di SOCSO. Hpefully layak dapat pencen.

Tapi kadang-kadang aku meluat sangat bila kita mencuba, kita berharap dan berdoa, kita dah usaha, tapi masih tak berjaya. Macam kes aku minta bantuan di Yayasan Pendidikan Selangor. Macam haram. Aku dah dapat rasa memang tak kan dapat,tapi stuill kena buat.

Then kes babah pergi berubat kat Banting. Last week, dia pergi ke Banting 3hari berturut-turut,untuk berubat dengan kaedah mengurut. Berbuih mulut aku cakap, tapi dia akan patahkan hujah aku dengan menggunakan hujah agama. Aku dah tunjuk bahawa mengurut tu tak baik untuk untuk jantung, plus yang problem ialah injap. 

Dalam diam, aku turut berharap keajaiban akan berlaku walaupun aku tahu ia adalah mustahil.

End up. hari Selasa lepas masuk Hosp Ampang, terus masuk CCU baik punya servis, and now dekat CCU IJN. Aku nak marah dia tak leh. Kang aku maki orang yang citer gebang tak hengat pasal bomoh kat banting tu, dah aku kena cop jadi keturunan derhaka kat Rawang.

Aku penat dengan semua ni.
Dan EM1 ada 2 asignment kena submit selasa ni. 
Tekanan tu dah macam makanan asasi kan?

20100922

(preview) Short Brief of history of 21st September 2010

Semalam Ayah AKu ajak aku pergi hospital.

Pap! Now kat CCU.

Operation postponed to 29th september.

Ingat, ini preview.
Aku sedih tengok takde post baru, esok la aku edit.

20100920

Let the sugar run through your vein, or die.

Saturday
18th September 2010



"Alaf, mama rasa nak pitam.."

Masa tu mama baru lepas zohor. Its been ages she have to solat on a chair. Aku ada kat sebelah. Well, rumah aku takde la besar macam rumah arwah Sosilawati. Due to lack of space, komputer terpaksa letak disebelah port mama solat. But this is good, atleast orang yang leka tengah pakai komputer sedar sikit bila dah masuk waktu solat.

I was online, download lagu.

"What? Ma? Ok tak?"

Dia baru balik dari hospital. Baru lepas kimoterapi. Usually lepas kimoterapi lately, dia start rasa kebas-kebas,numb. Sebab bahagian yang target kimo tu akan bengkak sedikit, then implies to nerve yang kawal sensor tangan. its lucky since it was hand. Kalau kaki, mau tak boleh jalan. Kalau dia nak pergi toilet, masalah jugak.

Lepas dia panggil aku, dia mula mamai. Mata dia asyik pandang ke kiri. Aku panggil dia banyak kali. Sekejap dia sedar dan pandang aku, kemudian pandang ke kiri lagi.

Kepala dia terhangguk-hangguk, kemudian lentok ke belakang. Nafas dia kedengaran keroh (betul ke ayat ni?). Mata dia terbeliak. Aku panggil dia banyak kali, aku pegang pergelangan tangan dia, cuba cari nadi. Well, now aku rasa bodoh sebab nadi adalah terbaik cek kat leher.

Masa tu babah tengah tidur kat ruang tamu. I cant blame him since patient jantung memang susah sangat nak tidur malam. Dia jarang tidur malam.

Aku pegang lagi tangan mama, lengan dia lembik. Nadi masih tak jumpa.

Keadaan kelihatan sangat kritikal. Aku bimbang kalau dia mula lumpuh, atau worst, MATI.



Babah terjaga lepas aku panggil mama banyak kali. Kelam kabut dia berlari ke arah kami. He start to sound very wet and croaky. Aku panggil jiran sebelah. Bila dia sampai, dia pun sama. Masing-masing suruh mama mengucap.

Aku call doctor. Dia pun sama kelam kabut. Dia cakap tadi masa check up, mama kurang gula. It is the best to bring her to hospital.

Kami angkat Mama pergi ke tilam. Mama mula sedar-sedar sedikit (ok, belum nak mati). Bagi dia minum air gula, and glukosa (nasib baik jiran ada Glucose). Then mama sambung tido.



She was having a Hypoglycemia. Kekurangan gula dalam badan. For the information, dalam masa 3-4bulan lebih ni, kalau dikumpulkan balik nasi, lauk and apa-apa yang dia makan, aku berani jamin tak cukup pun satu pinggan. Dia susah nak telan makanan dan juga ada batuk yang kuat. Semua ni adalah side effect kimoterapi. She was lucky Id say sebab kimo tu effect kat leher, Kalau effect kat mata, ada kes yang terus jadi buta.

Since then, dia selalu depend pada Susu kambing, kan ada produk yang terus bancuh tu. And kebetulan baru in the same day doc supply kan dengan susu nutrien yang memang khas lengkap serba serbi untuk patient yang tak boleh nak makan.

Everything and everyone still dalam keadaan terkejut. Baru first time. Lain la kalau memang dah ada sejarah kurang gula dalam badan, atau orang yang ada kencing manis sedang mengawal pengambilan gula.

Sebenarnya memberikan pesakit gula is a good thing, tapi jangan banyak. Sebab dia still take times. Amount yang ideal is around 20g gula. Biarkan dia hadam dulu gula tu. Yang terbaik juga adalah gula ringkas. nak suap nasi dengan roti boleh, tapi sapa nak tolong kunyah?

But still, yang terbaik is hantar ke hospital after that sebab takut kalau ada implikasi lain atau kandungan gula yang diber tidak betul. Tapi mama degil, oh well. Now dia dah getting better.

Let this be a lesson for all of us.

By the way, aku blame cerita melayu lately. Sebab suka masukkan elemen mati. My subliminal mind have been intercept with your faulty script, you dumbass director. masa tu memang aku tak fikir apa melainkan dah nak mati. Cerita melayu banyak yang bodoh.



And I blame my dad sebab suka sangat tengok cerita melayu bodoh.

P/s: Killing time , Pop Shuvit
  People always ask me "How you do it Mr. Moots?"
I said "I put my mind on it and work it your fool"
Now now you said you cant handle the pressure,
You gotto gotto learn to keep it together.

20100918

Implikasi Pemergian M.Rajoli

M.Rajoli bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Dia hanya salah seorang penghibur yang kerap muncul di TV pada suatu masa ketika dahulu. Dia versatile. Dia adalah dia dan hanya dia. 

Namun begitu, malangnya dia tak sihat. Dia menghidap penyakit barah otak. Dan semalam dia dah meninggal dunia.

Mati ialah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Bila tiba masa, datang la ia tanpa terawal, atau terlewat. Mati itu harus. Tetapi adakah manusia itu harus menderita sebelum mati? Derita sakaratulmaut itu juga harus. Tetapi derita penyakit? Yang dia alami selama beberapa bulan sebelum ni?

Some will said, sakit itu menghapuskan dosa-dosa seseorang itu. And its undeniable.

But what with orang yang menderita tengok orang sakit?

Fikirkanlah orang yang tersayang,fikir sebelum buat

p/s: Kalau korang kuar tak ajak aku takpe, tapi tak payah la kantoi depan mata. Kalau korang dah plan awal-awal and bagitau last minit, memang tak payah la bagitau. Aku bukan macam korang. Korang tak paham and tak pernah nak amik tau pun.

20100915

Another side of theorem 2: Untitled


Ok, celaka betul ter-install balik Counter Strike. Dah la Ter-install Source. Sumpah gambar macam nak minta kena jilat.
Nanti bila ada idea bombastik, aku tulis.....

Bwahaha~~

20100914

They Burn the Qoran. They burn it down.

11th September. Sempena ulang tahun runtuhnya WTC, abang Pastor Terry Jones mengishtiharkan hari itu adalah hari untuk membakar Al-Quran. 

Niatnya tak kesampai. Anak dia kata abang Terry sebenarnya sakit otak. Tak boleh main api, nanti terbakar jari. Walaupun bagi pihak gereja Terry (dia buat gereja dia sendiri, kan?) dah batalkan, tapi ada juga yang teruskan membakar.

Tapi aku suka sebab aku dengar diorang bakar sampai jadi abu.

Untuk aku, dari kecik aku diajar bila ada kertas yang mempunyai ayat-ayat Al-Quran, kita tak boleh buang sesuka hati. Bimbang nanti-nanti terpijak, terkena benda-benda kotor. So yang terbaik ialah kita bakar. Itu apa yang di ajar turun temurun la dari mak aku, nenek aku. Ade juga uztazah bertauliah ajar benda yang sama.

Kalau tak, ok, korang boleh simpan di tempat yang diyakini selamat. Alhamdullillah. Cuma, jangan nanti korang jadi Hoarders. Its not really a bad thing, cuma...pandai-pandai la bila masyarakat membuang kau.

Bagi aku, tindakan memprotes sambil membakar ni, betul-betul keanakan. Macam, apa implikasi dia? Kalau betul dia rasa marah dengan umat Islam, perkara terbaik untuk dia luahkan kemarahan dia adalah dengan memurtadkan, merosakkan aqidah umat Islam.

Al-Quran itu bagi aku, tempatnya hanya lah dihati dan di akal. Sebab Al-quran bila kita tak guna, lagi bersalah dari membakar Al-Quran. 

Sebelum kita nak marah, nak buat bantahan secara keras ke apa, baik lah kita berdiri depan cermin milik Ibu tiri Cinderella (eh, ikut cerita, cermin rtu dipecahkan, tapi serpihan dia boleh buat cermin kecik kan, kan?) dan tanya

"Mirror mirror on the wall, who really guilty? Those who burn or those who said they were Islam but didnt understand the word of God?"

Some akan cakap, aku ni memang dah patut kena rejam sambil kena sula bertubi-tubi sebab tak nak pertahankan agama yang sedang dihina.

Setahu akulah, dalam Islam, peperangan dibenarkan untuk mempertahankan agama dan tempat tinggal. Ok, mungkin mengekalkan kesucian agama Islam itu juga termasuk dalam mempertahankan agama. But like I said before, kita nak menentang semua ni, kalau kita menang pun, adakah kita akan berubah menjadi lebih baik?

Langsung tak.
We all are human. kadang-kadang kita akan datang bulan, emo tak tentu pasal, takda rasional lansung. Itu buatkan manusia adalah makhluk paling teruk banding dengan haiwan. Hormatilah diri sendiri seperti mana Tuhan menghormati kita sebagai makhluk ciptaannya yang terbaik.

Pergh, boleh jadi ustaz dah ni.

20100913

Bathroom Manner Differs


Typical, typical.
Sure mereka yang berjantina lelaki pernah mengalami situasi macam ni. Tak kisah la teman kawan atau awek. Potong jari la kalau diorang masuk dan keluar sebelum orang lelaki keluar.

But, kita tak boleh salahkan perempuan. Sebenarnya kita kena bersyukur kalau ada awek (preferable isteri) yang suka duduk lama-lama dalam toilet. Kenapa?

Sebab mereka sangat menjaga tata tertib kebersihan. Semua nak kena cuci dulu. Mereka menjaga kebersihan vagina. Kalau tak nanti mungkin ada masalah keputihan, bau-bauan yang kurang menyenangkan, atau siflis (yeke??). Diorang menjaga semua ni pun untuk kaum lelaki juga. Nanti you guys gak nak pakai lama.

They have to take extra precautiouns sebab kedudukan vagina dan lubang jubor adalah dekat. Plus kalau yang jenis subur tu kadang-kadang air mazi lagi. Benda-benda tu perlu dibersihkan untuk keselesaan.

Well, yes entry ni lucah. But its the informasi that you need. Untuk adik-adik perempuan yang tak buat macam ni, sila la start buat ye. kalau tak nanti malam pertama dah kena cerai. Adik-adik tak nak kan? Adik-adik taknak  jadi macam Roslin Hashim kan? Kan?

And yeah, yang lelaki pun, kalau boleh jangan la guna tempat kencing tu. Bila you guys tembak kat situ, air kencing tu percik sikit balik. Pastu baik punya ada sisa sikit kena kat spender. Terbaik kan? Selalu plak pastu tak cuci tangan. Then usap-usap pipi awek/bini yang gebu. 

another side of theorem 1: Untitled




OK, Ill start uploading some of my work.
Feel free to critizise

More Vampire Manipulation

20100912

Generousity Without a brain is a...


Honestly, how stupid can she be?
LOL

Kamu paham kan mesej gambar ni?

Raya Questionnaire

Memang jadi resam kita akan keliru di mana Agama, di mana tradisi. Aidilfitri yang kita sambut ni bukanlah Aidilfitri yang Baginda sambut dulu. And yeah, kita takda apa-apa kitab atau Diari Rogayah yang menceritakan tentang sambutan hari raya masa Islam mula-mula masuk ke Tanah Melayu.


Honestly, takkan lah masa masuk-masuk je Islam, masa first time kita sambut raya dah ada kuih raya, ketupat dan lemang? I really dont think so. There's gotto be someone who will be credit for being a pioneer, yang memulakan juadah-juadah ni. Dia layak dapat pangkat Dato.


Dan juga baju melayu. Aku tak suka baju melayu sebab kain dia licin, buat bulu roma aku berdiri and panas bila pakai. And yes, the best thing about tradition is You must follow it or everyone will hate you. Mudah bukan? Anda tidak dibenarkan ada pandangan. Kalau anda ada, sama seperti anda memakai bendera Indonesia sewaktu hari kemerdekaan Malaysia. 


Two most typical scenery (and for me kinda stupid) in Hari Raya.

  1. Salam-salam peluk-peluk meminta maaf sambil menitiskan Air Liur Mata.
  2. Pergi ziarah kubur, sambil menangis sebab sebak
Why Daddy? Why Mummy?

Kenapa kita tak bermaafan masa bulan lain? Lebih-lebih lagi ramadhan (bak kata shamsul) sebab itu adalah ibadah? Kenapa kita tak ziarah pusara semasa tahun baru cina, krismas? 


Bagi aku, menziarah kubur tu lagi baik kalau buat pada cuti umum yang lain. Kalau pergi masa raya pertama, dapat singgah tak lama, sekejap je. Dah la baju raya and kurung tu memang terbaik jenis kain dia. Silap-silap lepas balik dari kubur orang tanya


"Yo! Mana kolam lu terjun tadi? Basah kuyup wa tengok lu? Selamat Hari Raya!"


Aku tak tau la orang lain yang jenis tak banyak berpeluh. Fine, Im sweat fucking a lot. Is that is a crime? Then, aku bukannya orang-orang kaya yang boleh tempah baju raya made by pure cotton bai. Apatah lagi sutera. Haram gitu lelaki memakainya.


Lagipun, kalau pergi kubur masa raya pertama, nanti tak leh lepak sana lama-lama. Kejap dah nak balik. Mana tahan..Mata air nak datang rumah, kena la rushing balik nak buat air, siapkan spegeti. Mak tak puas berhingus atas kubur, dah kena tarik dengan anak nak balik.


Bagi aku, kedua-dua amalan ni agak kontradiksi dengan definisi AidilFitri. Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk meraikan kemenangan, hari untuk bergembira. Wajib bergembira dan meraikan kegembiraan itu. Dalam takbir raya pun, terjemahannya


"...Tiada yang kami sembah kecuali Allah
Dengan ikhlas kami beragama kepadaNya
Walaupun orang-orang kafir membenci

Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya
Benar janjiNya
dan Dia mengurniakan kemenangan kepada hambaNya
Dia mengusir musuh NabiNya dengan sendiriNya..." 


Ia adalah mengenai kemenangan. Ok, sesetengah akan kata, kita berjaya menundukkan ego kita dengan memaafkan orang lain. But, does it? Yang pasti, kedua-dua tradisi ni mesti menumpahkan air mata. Aku tak tahu lah kalau both scene is something yang berkaitan dengan meraikan kemenangan.


Tapi bukan untuk aku.








The truth is...benda-benda ni adalah sesuatu yang taboo. Memang  la semuanya takda yang salah. Walaupun agak bertentangan dengan maksud sebenar, both things are good thing. And bila aku cakap mengenai hal ni, somesaid aku tak matang, aku ngada-ngada benda remeh ni nak cakapkan. Aku tak ingat asal usul mana aku berasal.. derhaka pada keturunan.


Do I? Do i really that bad? Suka hati la.


And by the way, rasanya korang ikhlas ke minta ampun masa hari raya? Deep inside orang yang korang minta maaf tu, betul ke dia maafkan? aku bukan apa. Sebab kadang-kadang, orang tu belum sedia nak memaafkan. Then kena paksa maafkan sebab hari raya.


Antara senario yang mungkin:


"Pak mail, di pagi raya yang indah ini, aku menyusun 10 jari tangan minta ampun Pak Mail. Aku banyak buat dosa kat Pak Mail"
"Aih, banyak sangat ke budin?"
"Banyak Pak Mail..Kambing Pak Mail yang kena langgar lari tu, aku la yang langgar. Pastu aku selalu skodeng bini muda Pak mail"

Adakah Pak Mail akan maafkan kesalahan Budin? Mungkin yang pasal langgar kambing tu kira dah ajal la. Tapi yang menghendap bini orang mandi tu, kalau aku la Pak Mail tu, memang aku langgar Budin macam budin langgar kambing tu.


Selain itu, katakan lah jika Budin meminta maaf tanpa memberitahu apa kesalahan yang dia dah buat kat Pak Mail, adakah itu adil kepada Pak Mail?


Every year nak minta maaf, tapi rasanya sejam lepas tu, buat balik kesalahan yang lalu, kan? Macam senang je bila raya minta maaf camtu.


Fikirkan lah. Minta maaf ni bukannya benda yang simple. Bawa masuk kubur.

20100907

Let the hand talk, literally

Aku ada satu impian. Ku pikir ini adalah satu impian yang suci murni, tetapi berpotensi jadi haram jadah yang bila disakah guna memang best. Aku rasa cita-cita ni harus aku capai sebelum aku pecahkan dara orang khawin gitu..

Aku nak belajar bahasa isyarat tangan.



Yezza...bahasa isyarat yang digunakan oleh orang-orang yang bisu dan pekak. Bukan bahasa isyarat yang anda nampak di lapangan terbang which they use to direct the mumbo wumbo aircraft.

Bagi aku, bahasa isyarat yang digunakan oleh golongan-golongan ini adalah sangat cantik. Ia seolah-olah melambangkan konsep komunikasi yang sangat ideal, yang perlu diaplikasikan dalam mantra hukum komunikasi

Why?

Ok, one of the idealism in using the hand sign is silents. Walaupun ada dua pihak yang bercakap, tetapi kondisi yang kita dengar hanyalah sepi. Kalau bergaduh pun takdenye bertikam lidah...bertikam tangan guna garpu Tony Roma.

Bila bercakap dalam bahasa isyarat, both side kena pay full attention to each other. Salah interprete, naya kena repeat back. Penat kot nak rewind, sian la kat member yang dah berusaha sedaya upaya menunjukkan apa yang dia nak sampaikan. Kalau bercakap pakai lidah senang sebab takde tulang yang perlu digerakkan. Bendalir pelincir kat sendi pun tak kurang. kalau tak, jadi macam Pedo. Dah kena beli ubat untukl replace bendalir tu kat lutut kiri dia.

Then, kalau guna hand sign, hanya seorang sahaja dibenarkan  meluahkan isi hati dia sebelum disambung oleh manusia lain. Cuba kalau 3-4 orang buat camtu sekali, buat la, memang perhatian tetap hanya pada seorang dan pe'lihat' tak terganggu.

Cuba dalam situasi manusia yang lengkap dengan deria bercakap tapi  takde deria kesedaran sivik. Orang tu bercakap, dia menyampuk potong cerita. Orang tu baru nak bagi hujah, dia dah menangkan hujah dia dengan alasan yang entah haprak mana dia kutip. Pendengar setia pula confirm bingit tak tau nak dengar yang mana satu dulu.

Hoi, kalau aku, memang aku sepak sorang-sorang dulu. Macam kurang ajar kot semua berebut nak cakap. Kau ingat kau sorang ada mulut?

Aku rasakan adalah sesuatu yang mulia and sangat generous kalau kita yang normal ni tahu communicate dengan bahasa isyarat. Its shows respect and understanding to each other. And awek yang bisu kadang-kadang sweet gak sebab tengok kesungguhan dia nak bercakap. Yes, aku kagumi diorang.

Selain itu, dengan menggunkana bahasa isyarat juga kita boleh mengumpat seseorang tu depan-depan tanpa dia paham. Tak ke seronok? Ngumpat belakang-belakang dosa, Hah, amik ko caci hina umpat keji carca marba. Kalau belakang-belakang, mau dapat sebakul dua dosa kering.

Why the hell Im talking bout this?

Semalam aku keluar berbuka dengan family kat Taman Dagang. Then boleh pulak kat sebelah tu ada saloon. Dah dekat seminggu aku disuruh potong rambut, but you know what am I regarding this. Its a principe, bukan aku nak tiru kaum hawa bila berambut panjang. So, sementara menunggu waktu berbuka, aku disuruh la pergi saloon tu.

Masuk-masuk je, ada la 4-5 orang macam baru lepas bergosip. Tapi suasana sangat sepi, yang dengar hanya suara TV.

"Err..kak, potong rambut boleh?"

"Emm...oughkayh"

What? What ? Memang dah start rasa aura lain since orang yang ada kat situ stare kat aku semacam. Macam aku ni baru lepas isap rokok di tempat awam.

Rupanya semua yang dekat situ ialah oarang pekak dan Bisu. Well, ada yang bisu sahaj, go figure. Then yang bercakap dengan aku hanya seorang, itu pun dengan susah payah. She's cute, tapi macam dah khawin. Kecewa aku.

Due to lot of miscommunication, my hair sucks, and pendek. Nak blame siapa pun tak tahu. Tapi, salah aku sendiri sebab tak reti bahasa isyarat.

20100905

Grimm's Makeover

Who doesnt know Grimm's Brother?

Right, selalu memang orang akan blur bila dengar nama ni. Blur macam Ikan emas dibawa belayar. Masak seekor di atas dapur (hell, do people eat gold fish?)

Tapi bila sebut Cinderella, Sleeping Beauty, Hell!! Sapa tak kenal. Kisah-kisah dia mesti melibatkan kehhidupan yang terbaik, yang menjanjikan nikmat dunia.They are dangerous, a fantasy if you know what I mean.

Apa kelas dengar cerita-cerita rakyat kita sendiri kan? Balik-balik penuh dengan nasihat berbagai. Ah, karut, Karut! Dah la pakai baju kurung yang longgar dan tebal. takde geli-geli. Malas ah nak layan. Bila adaptasi dalam cerita drama pun sama, hampas.

Tapi yang peliknya bila Indon buat,ramai je rakyat maleis tengok kan? Kenapa?

Aku berani bet. generasi yang ada sekarang ni ialah generasi yang dibesarkan, dididik dan disemai dengan kisah-kisah dongeng barat. Masa kecik pun bila nak tidur tengok cerita Barney, nak kena nyanyi lagu "Kelip-Kelip Sang Bintang"

But then kan...can you see how do we fall apart now?




I Present to you....feast your eyes!!!




Behold!!!!
































Hell!!

Dont you just love how art make everthing look very nice?

Haha...jangan tengok masa puasa. Hilang pahala. Aku buat ni waktu malam. takpe...selamat lagi.
Rosak aku ni lately kan?
Korang tak nak nasihat aku ke?




Source

Beneath Ever After

Every fairy tail will have an ending that says,

Happily Ever After

Well, do they?

Kalau hidup simple macam tu...seronok kan? But we all live bonded by karma.
This few picture just a spinn off, but maybe boleh gelak-gelak sikit, and really thinking a bit, do happily ever after really existed?


Snow White, well, kahwin dengan putera raja doesnt solve anything.




Kalau tak silap aku, dari Beuty and the Beast. But spin off here doesnt ring any bell.


Ariel Peterporn, haha, memang sadis




Cinderella, what if dia tak pergi test kasut tu or ada orang lain yang sama saiz kasut dengan dia?


Goldstein. An epic if she had to go chemotheraphy


No, Aladdin and Genie cant be real, but Jasmine will always be



What if the princes never want to wake up?


Can you guess from which story they were came from?

Ok, post ni memang takde motive apa pun..saja je nak share something. Lagipun raya dah nak dekat. See..memang takde kaitan.




Source

20100903

Death questionaire

Beberapa hari lepas aku berborak dengan Aisyah. Kakak kepada Saodah MYC. Menjurus kepada topik kematian sebab lecturer dia baru meninggal pagi tu. Nak tau ke details pasal tu? Tak payah la kot.. Privasi kot. Gi cari kakak orang lain pastu message la.

"Death wasnt so bad, ask us"


Well, aku bukan ahli yang mengkaji Kitab Al-Quran. Aku bukan ahli agama yang mampu meberi hujah-hujah naqli yang mampu membuat sesorang itu senyap dan menerima camtu je. Tak bosan ke kalau orang just bagitau apa yang kau kena buat then kau follow je? Gosh, thats not living at all. Sama macam kambing yang kena ikat , follow je ke arah mana gembala kambing suruh buat,

 So, aku hanya mampu mengaitkan dengan beberapa teori-teori yang mungkin dapat memberi pandangan serta menggalakkan seseorang itu berfikir dengan lebih luas. Atleast, dari tak buat apa-apa, dari duk diam-diam fesbuking and main Wild Ones kata fesbuk.

Mungkin sahaja, bukan pasti.

Ada 3 teori yang yang sangat membantu.

Mass-Energy Equivalance

The Big Bang Theory

The conservation of Energy:
The Energy cant be created or destroy.


Daripada Einstein, dia menjelaskan bahawa setiap yang ada jisim, adalah tenaga. Maknanya, apa sahaja yang wujud kat mukabumi ni adalah tenaga. Aku tak leh cari maksud yang lagi simple dari ni. Ye la, kalau follow kamus, ofcourse la maksud dia lain.... Jangan salah faham dengan definisi tenaga. Sehingga sekarang, tiada 1 pernyataan pun yang mampu menjelaskan apa itu tenaga.





Bak kata Dr. Reza

"If you can define me what is energy, generally, you can submit your paper to the Nobel meeting
 and win one for yourself."


Cahaya pun ada jisim. Aku suka dengan experimet yang nak buktikan bahawa cahaya tu ada jisim. Caranya hanya boleh dilakukan semasa gerhana penuh berlaku. Pada masa tu, diorang terpaksa ulang 3kali sebab ada error pada equipment. Bayangkan kena tunggu berapa tahun nak buktikan. 

Masa gerhana, matahari terselindung dan ini memberi peluang untuk melihat bintang yang ada di situ, yang kelihatan berhampiran dengan lokasi. Secara teorinya, jka cahaya adalah jisim, maka bintang yang kelihatan akan sedikit terpesong dari kedudukan asal sebab cahaya dari bintang tu melengkok akibat graviti matahari.

I believe the picture says everything


Enough said. Panjang sangat nanti.

Then tell me, apa itu roh? Apa itu Malaikat?

Bila kita mati, maka sesuatu tenaga dari badan kita akan membebaskan 1 tenaga iaitu roh. Jasad akan dikebumikan, juga mempunyai tenaga yang yang lain. Untuk aku, aku lebih suka mengatakan manusia terdiri dari 2 jenis entiti. Roh dan jasad. Keduanya adalah 2 perkara yang berbeza tetapi saling memerlukan.

Tak percaya?
Kan semasa di Hari penghakiman, tubuh akan menjadi saksi kepada roh? 

Now kita beralih kepada teori Big Bang. Ada satu hari tu aku tengok Discovery Channel, regarding Stephan Hawking. Of course dia akan explain the well known Big Bang theory. Termasuk edisi khas Big Bang Theory kat History Channel. Sangat informative.

Eh, silap gambar



Ni baru abang Stephen


Pada awalnya, semuanya adalah sesuatu yang kecil, yang sangat mampat, sangat bertenaga. Kemudian, letupan tu berlaku dan alam semesta mula terbentuk. Pada masa awalnya, alam semesta sangat panas. Kemudian, bila semakin expand, dia jadi semakin sejuk. 



Tenaga yang terhasil dari dulu, tak pernah berkurang. Ia tetap dalam satu lingkungan yang sama. Universe adalah sangat luas. Memang kita tak terjangkau. Dan ia masih mengembang. 

Tapi, kemana sebenarnya kita pergi selepas mati?

Kita masih di dalam lingkungan alam semesta. 

Kubur boleh menjadi satu taman syurga, dan boleh menjadi satu lubang neraka. How was it possible?

Supercomputer


Cuba bayangkan, dengan otak yang saiz 2 tangan manusia, kita dah boleh berfikir, berimaginasi jauh-jauh. Tak kan kubur tak boleh jadi macam tu? Bukanlah bermaksud macam betul-betul 1 taman terjadi kat situ. Tapi dalam dunia tenaga, apa-apa pun boleh terjadi. 

Plus, dalam elektronik, bumi dijadikan satu punca untuk neutralkan apa-apa keadaan sebab dikatakan kandungan elektron didalamnya adalh infininti. Nah, untuk otak berfungsi pun adalah hasil neuron-neuron yang saling bertukar cas. Dunia partikel perlu dikaji lagi sebab dalam keadaan yang sangat kecil, pelbagai benda mungkin berlaku.

Masih belum puas?

Komputer mampu menghasilkan pelbagai imej yang menarik, juga ransangan untuk manusia. bagaimana komputer berfungsi? Dengan arus eletrik. Memori tersimpan dan dijalankan dalam litar ada 2 function, sama ada on atau off. Ini adalah dunia binari.



Now,dunia sedangkan mengusahakan Quantum Computer, dimana memori disimpan dalam bentuk elektron. Bayangkan supercomputer dalam saiz tapak tangan.






Beberapa topik baru di sini akan lebih dikupas dalam entry akan datang.

Seriously, nak kena kemas rumah, lagi seminggu nak raya.

Time Travel Advert

Do you know how I love the past?
I like it alot!


Dear smokers, dont you just wish this is true? Boleh tak kalau aku jumpa sama itu Liyana Jasmay pastu hembus asap-asap beracun ni? 
"Tolong la ikut abang sayang~~"


Hey, cant beat this. 

A free supply for a year




This picture sure'll show how much they meant to me.
Bukan apa...tapi entah la. Sometimes aku just harap aku dilahirkan lebih awal. Yeah, berpisah dengn teknologi-teknologi yang ada sekarang. But the past always seems greener. Dont you think so?

Fenomena Ikan Emas Mata bulat tapi kaler oren

Its been almost a week. And yet, banyak benda nak cakap, tapi idea selalu hilang begitu je. Its like fenomena Ikan Emas

"Oh GOD! That's brilliant! Mesti menarik kalau bawak bincang ni...kencang ah wa cakap sama lu"
 and a few second later, merely 30 second Id say

"OH Crap!! What was I think just now? Damn it! Whaa...wait, where am I?"

Its call a Gold Fish Fenomena.




Ikan emas diketahui hanya mempunyai memori sebanyak 21 saat sahaja. So jangan risau kalau anda rasa kesian kat ikan emas dalam akuarium itu, hapuskan sahaj air mata mu kerna air mata mu itu sia-sia. Dia tak rasa jemu, lemas pun dalam tempat tu. Macam every 21 seconds dia rebirth and says

Dude. where the fuck I am?

Well, Fatin Malim expert dalam hal ni. Haha.



But, anyway, fenomena ni selalunya hanya untuk short term punya memories. Its like your brain capacity is sesak atau line nak ke memory tu jammed, then asa menunggu waktu berlepas tu, some memory give up sebab kena tunggu lama and ada memory baru datang. Lebih-lebih lagi memory yang lagi penting. Sama macam anda tengah dalam kereta, jalan jamm. Tambah pulak traffic light merah menyala. Tiba-tiba ada Kereta Menteri yang anda tak tahu pun sapa menteri tu datang dari belakang. Anda terpaksa memberi jalan, kalau tak polis saman.

Its not really a bad thing..dont worry, a lot of people experience it. Tapi kalau nak atasi, ada je cara dia. Tumpukan lebih perhatian.

However, selepas 3 tahun dekat Dept Physics dengan belum grad-grad lagi. Memory wasnt the bestest thing ever. Apa yang penting ialah faham sesuatu konsep. Dan bila faham, its like benda tu akan melekat kat sanubari anda.

See, tak pasal-pasal aku dah bebel lagi benda yang tak penting.

Tapi kalau macam ni penting tak?

Pasca Merdeka 53

Ada apa dengan malam merdeka?

Apa pengertian merdeka?

kenapa kita perlu sambut merdeka?

Mantot dah explain segala-galanya di sini.
And yetbila kita membincangkan semua ni, ramai yang tuli dan jumud menerima segalanya,apa yang disuap, bukan nak fikir akan mana salah silapnya.