20100925

Maaf, saya mungkir janji

Aku moody lately.
Pasal yang preview aku kata aku nak sambung tu, aku dah hilang akal. Aku rasa kelakar gila event tu, tapi sekarang dah tak kelakar. Macam dah takde ape yang kelakar.

Honestly pagi tadi aku dah berkobar-kobar nak menulis. Last night aku stay up tengok
"Into the Universe with Stephen Hawking"
Poyo syial


Ada 3 perkara yang sangat menarik aku rasa aku nak mencarut, but dengan keadaan sekarang, entah la. Semua macam seronok sangat.

And, sekali lagi tarikh operation di tukar. Final date, 27th September. Tarikh ditukar sebab babah masuk CCU di IJN. Come on la, kalau patient yang dihantar ke IJN tu dah kira pesakit yang teruk , macam mana pulak pateint di CCU IJN?

Dan keadaan Mama pun tak seperti semakin baik. Aku kagum sebab dia masih kuat. Tadi dia jatuh lagi, dia kata sekali lagi macam nak pitam.

Esok, aku nak kena pergi IJN, nak uruskan hal bayaran surgery, dan selesaikan hal di Unit Taksiran Khas kementerian Kesihatan Malaysia. Monday masa operaion tu diadakan, aku nak kena settle hal di SOCSO. Hpefully layak dapat pencen.

Tapi kadang-kadang aku meluat sangat bila kita mencuba, kita berharap dan berdoa, kita dah usaha, tapi masih tak berjaya. Macam kes aku minta bantuan di Yayasan Pendidikan Selangor. Macam haram. Aku dah dapat rasa memang tak kan dapat,tapi stuill kena buat.

Then kes babah pergi berubat kat Banting. Last week, dia pergi ke Banting 3hari berturut-turut,untuk berubat dengan kaedah mengurut. Berbuih mulut aku cakap, tapi dia akan patahkan hujah aku dengan menggunakan hujah agama. Aku dah tunjuk bahawa mengurut tu tak baik untuk untuk jantung, plus yang problem ialah injap. 

Dalam diam, aku turut berharap keajaiban akan berlaku walaupun aku tahu ia adalah mustahil.

End up. hari Selasa lepas masuk Hosp Ampang, terus masuk CCU baik punya servis, and now dekat CCU IJN. Aku nak marah dia tak leh. Kang aku maki orang yang citer gebang tak hengat pasal bomoh kat banting tu, dah aku kena cop jadi keturunan derhaka kat Rawang.

Aku penat dengan semua ni.
Dan EM1 ada 2 asignment kena submit selasa ni. 
Tekanan tu dah macam makanan asasi kan?

2 comments:

sandy said...

smoge kamu tabah ye. sy pon stress lately..=(

Myth said...

thanx adik juniour ku~~~