20091215

Perfect Coverage

Pada suatu ketika dahulu, Noora, Farah, Fatin, Linda dan juga Ily telah terperangkap di dalam Lif Blok Bayang, Jabatan Fizik UM. Sadisnya mereka terperangkap selama sejam lebih dan mengadu kesesakan nafas.

Ironik kerana telefon bimbit mereka tidak dapat digunakan kerana tidak mendapat coverage dan mereka berada di Jabatan Fizik. Lain la kalau mereka berada dia dalam Lab Radiasi kerana Lab Radiasi telah dibina dengan lapisan Plumbum yang mampu menghalang pandangan Clark Kent dari menembusi lab itu.

Motif?

Of course la nak halang sinaran Bahan radioaktif tersebut..kalau takat nk halang pandangan Clark Kent,tak payah la buat tingkap. Dan binaan itu telah banyak menghalang gelombang-gelombang telekomunikasi dengan orang luar melainkan anda menggunakan Telekom, sebab dia pakai wayar.

Selain dari bahan binaan, terdapat juga alat yang direka untuk menghalang Gelombang ini. Sangat annoying. Sebagai contoh, di 7th collage, kat Dewan Makan. Apa motif aku pun tak tau. Tapi sangat menyusahkan.

Kenapa menyusahkan?

Sebab masakan situ tak sedap. So selalunya akan ada wakil pergi tengok dan bagi report. But masalahnya kalau line tak dapat, tak kan nak bagi report pakai burung merpati? Maskot Digi pun tak ley nak tembus.

Di dalam lif, masalah ini berlaku kerana perubahan latitud yang memeningkan receiver.

Hakikatnya, ketiadaan coverage bagi Handphone adalah bermaksud sia-sia anda membeli handphone. tetapi jangan risau. Penyelesaian tetap ada.

The Messiah is wang kertas RM2. Anda ingat kemajuan sains di negara kita ni lembap, mundur? Anda silap. Kerajaan amat prihatin kepada keperluan rakyatnya. Anda fikirkan bgaimana jika negara kita diserang oleh anasir luar dan ketika itu telefon bimbit Menteri Pertahanan berada di luar kawasan yang mendapat liputan.

Ataupun jika Orang Atas telah membunuh model Mongolia, bagaimana nak menghubungi balaci beliau kiranya dia berada di Kawasan Tinjau Ampang?

denagn mengunakan RM2 ini, masalah akan dapat diselesaikan. Kementerian Sains dan Teknologi dan Kementerian Kewangan serta Bank Negara telah membuat Perjanjian Rahsia dimana wang kertas RM2 telah diinstalkan dengan cip yang mampu menguatkan signal dari handphone anda.



Step 1: Off your handphone. (bunuh telefon bimbit anda dengan apa-apa cara sekalipun)

Step 2: Lipat dan selitkan duit itu mana-mana di bahagian bateri. Kalau nak lagi berkesan, balut bateri dengan duit itu. Ini kerana dengan lebih besar luas permukaan, ia akan menerima lebih banyak boost dan signal akan dihantar dengan lebih kuat.

Step 3: Hidupkan, revive balik telefon anda. Kiranya terdapat kod "ID.10T", maka telefon anda telah pun mengalami peningkatan dari segi signal output.


Tahniah dan sila nikmati Handphone anda yang lebih berkuasa dari mereka yang tidak membaca blog ini dan blog Skycrewz.

Hahaha~~hoi! sapa caya masa awal-awal? Cam celaka je aku kena dulu..walaupun tauimemang tujuan nak prank, tapi aku folow je sebab dia sangat ~~serius~~.

Hehe~~aku nak letak post baru yang bermakna, tapi cam xdapat kumpul fakta (ok, aku malas mencari. Ada masalah?)

Kerajaan rajin nak buat inovasi camtu? Tuih! Dah la kedekut. Makan duti rakyat lebeyh-lebeyh lak. Agak-agak la nak makan pun, tak payah banyak meraban camtu.

4 comments:

Vulpine Ninja said...

siooot sape yg tprangkap dlm lif tu?? HAHAHA

woi bijak la sgt paka duit RM2. tp wang kertas tu dah jrg jumpe la. sape yg simpan lg tu btuah la.

walopun cam merepek, tp sgt menarik cara ko tulis ;D

Myth said...

aku ada lagi duit tu.
hhahha~~

2 la...aku rasa memang kena jadi sinikal gila la

Cik Nora said...

apasal lmbat bg maklumat ni bang...

epul said...

haha..kalap ni ngok la..