Pagi itu..sedang enak aku golek-golek atas katil dengan bantal peluk..Mama call dengan suara yang marah-marah. Dia suh turun and join gotong-royong yang dianjurkan oleh Pas Cawangan Pandan..
Wattheheck? Sedang aku teruja melabuhkan punggung di sebelah Jessica Alba (ok, aku tipu. Aku tak ingat aku mimpi apa, but it was something yang susah untuk aku bangun dari tido)
3 kali mama call suh bangun..memang dia hangin gila ah..
Hasil dari gotong royong di pagi yang dingin umpama peti ais Haagen Danz atau pun aiskrim potong dan tido yang tidak efisyen, aku demam.
Petangnya..mama suh aku gi Tesco gi barang dapur. Ye, saya mempunyai kelayakan untuk membeli-belah barang dapur seperti suri rumah dan berkebolehan membawa amount barang yang banyak hanya bertemankan Suzy ( Scooter saya..beliau namanya Suzy, bukan Suzian).
Dengan jaket trademark saya (kaler cokelat, brand china..kata Pedo, jaket itu menyerlahkan V-shape aku..yeke? Lantakla) dan Sammy (bukan Sami kat tokong..tetapi Mp3 aku) aku pun menjalani latihan untuk menjadi seorang suami yang mithali dan bapa yang caring.
All was clear..sampai la kat cashier. Harus dingatkan, kepala saya mantong ketika ini. Diulangi mantong.
Aku angkat barang. Aku letak atas meja cashier. Aku usha awek cashier. Aku tengok tangan dia lemah gemalai scan barang. Aku tengok harga di skrin. Aku tengok dia masukkan barang-barang dalam plastik. Sungguh lemah gemalai. Lalu, aku menghulurkan duit yang sepadan dengan nilai yang tertera pada skrin.
Aku pasang balik mp3, aku blah.
Pas 10 langkah, aku rasa tak sedap hati. Aku rasakan berbiji-biji mata memandang aku dengan perasaan berbulu. Kenapakah aku merasakan perasaan ini? Aku bukan Sully yang berbulu-bulu.
Dan aku juga bukan Sammy Vellu.
Ataupun Sammy Vellu yang membuat orang berbulu bila mendengar namanya. Ha, kan dah berbulu dah aku...ko berbulu tak?
Di saat itu aku dengar suara yang manja tetapi meloyakan memanggil" Abang ensem, abang ensem!" (sila keluarkan perkataan ensem). Aku buka earphone dan ak pandang ke kiri kanan..dan juga bawah. Aku seolah mendapat intuisi yang menyuruh aku pandang ke bawah.
Kenapa aku pandang bawah? sebab kadang-kadang zip seluar aku terbuka. Sama ada aku terlupa nak tutup atau dia akan buka dengan auto separuh jalan. Hebatkan? Rasa cam ada awek yang follow aku dan dia pasang remote kat semua zip aku..which dia leh control nak buka atau tutup zip aku. Terpulang pada budi pekerti beliau (khayal..khayal). Dan alasan aku untuk cover.."panas la, saje biar buka, biar angin masuk" (alasan ini memang benar)
Dan semasa aku melihat kebawah..baru aku sedar. Korang sedar tak masa baca kat atas tadi?
Ya..aku tertinggal barang-barang di kaunter.
Come on la..kalau tertinggal baki still dimaafkan. Tapi ni tertinggal barang kowt. Patut la ramai yang berbulu..sure bengang kat aku.
Dan rupanya suara manja tapi meloyakan yang memangil-mangil "abang, abang!" itu ialah cashier di sebelah yang mempunyai perwatakan perempuan walaupun jantina dia adalah lelaki. Aku tak bias pada golongan ini, tetapi aku fobia kerna aku menetap di 12th college, UM. Anda tau la kan apa kes di situ.
Kalap tertinggal barang di kaunter setelah membayar secara tunai. Wat can i say..
Sumpah segan gila dengan mata-mata berbulu-bulu memandang-mandang ke arah ku..
Ala...takpe...aku tengah demam..
5 comments:
hye..
nice post..
gelak2 sy bce..
bole plak trtggl brg.. apekah..
xpnah lg dgr org trtggl brg kt kaunter..
byk plak tu kn
trimas...trimas...
lawak btol la ko ni XD
aku nak tambah ayt ko kt ats tuh:
"Kalap tertinggal barang di kaunter setelah membayar secara tunai dan kalau takde si pondan yang panggil kalap, kalap tak perasan semua tuh"
*peace*
motif?
Post a Comment