20100622

Pudu Gaol (continued)

Aku baru balik...lalu dekat jalan Hang Tuah. Rasa sayu sangat pasal dinding dah mula dirobohkan. Great. Honestly great.

Later, aku balik umah, aku buka Utusan, memang sentap baca syial. Syial gila babi hanjeng laknat. Go utusan and malaysiakini


Dan ini dari jabatan penjara sendiri.


And suprisingly, here.



WTF?!

So bagi kerajaan, bangunan ini adalah sesuatu yang memalukan? And Im sorry for not realizing this 5years ago, since I was still noob in School, taking SPM.

Kita tengok balik PERANAN Penjara Pudu. Kalau takda Penjara Pudu, para-para banduan tu kita nak letak kat mana? Sewa bilik kat Federal Hotel? Tumpang kat masjid? 

Bagus gak cadangan tu, boleh banduan rasa insaf dengan kadar yang lagi cepat kalau kat masjid. 

Mural Penjara Pudu pernah dinobatkan dalam Guiness Book, adakah itu bukan sesuatu yang pernah berjasa pada negara? So dont be shock if anyone that use to make the country proud were lefted and forgotten unless that person is POLITICIAN.

Its true what. As I remember, the politician always been given priority in everything. Ok, aku tak tahu politik pada zaman dahulu, sama ada mereka bekerja untuk rakyat atau untuk duit. So Im not going to talk about them.

What else? Ok, sejarah mengenainya memang la tak bombastik seperti Stadium Merdeka, tidak gempak seperti Dataran Merdeka yang menjadi SAKSI KEPADA KEMERDEKAAN NEGARA, SEBAGAI BUKTI BAHAWA UMNO SEBAGAI PIHAK YANG MEMERDEKAKAN NEGARA.

Maka, Penjara Pudu tak layak mendapat tempat. Sama juga dengan kes Istana Negara yang selama ini juga menjadi trademark kepada Institusi Perlembagaan Beraja.

No wonder, nilai Istana negara pun tak dipandang dari segi warisan,tempat raja-raja. Inikan pulak tempat banduan yang dipandang hina oleh masyarakat.

Dimana silapnya? Nak kata rakyat malaysia tidak pandai menilai sejarah, lebih kurang 1000 orang berkumpul pada malam tadi semasa perobohan dinding Penjara Pudu. Ramai yang mengambil batu-batu disitu sebagai barangan kenangan. Maka, masih ada yang menyayangi Penjara Pudu.

Hishamudin rais juga hadir. Melaungkan syair kepada mereka yang belum sedar, menangisi kehilangan satu sejarah.. I present to you, from TukarTiub


Seribu Tahun Dari Hari Ini.
maka tembok tembok a farmosa itu pun diruntuhkan

satu demi satu dindingnya diletupkan

tuan farquhar melihat betapa bahaya kota ini

maka tembok tenbok itu wajib dirobohkan

yang ditingglkan hanya pintu 

untuk jadi ingatan kepada anak cucu




maka tembok itu pun akan dirobohkan

semenjak 1895 tegak berdiri

kini akan diruntuhkan pintu demi pintu

batu demi batu

satu demi satu





seribu tahun dari hari ini

anak kepada anak kepada anak kepada anak

kepada anak kepada anak kepada anak kepada akan

melihat bahawa kami yang berdiri dihadapan tembok ini

malam kelmarin ada sejarah





seribu tahun dari hari ini

maka anak kepada anak kepada anak kepada

anak kepada anak kepada anakan kepada anak

akan menangis hingga keluar air mata darah

maka menangislah mereka beramai ramai 

hingga lahir intan dan berlian

dari cucuran air mata





menangisi jejak sejarah 

waktu dan sejarah yang tidak akan berulang

detik detik yang pergi 

tembok tembok yang dihancurkan

hanyalah debu debu ingatan yang akan pudar





apabila tembok ini mula retak

zeus di kayangan bersama dewa dan dewi

melihat betapa angkuh dan bodohnya manusia

yang tidak mengetahui jalan cerita

yang tidak mengetahui makna sejarah bangsa

yang tidak mengethaui bahawa tembok itu adalah paku negara





malam kelmarin kami mendongak keatas langit

demi zeus

agar roh roh yang terkorban dalam tembok ini

akan tenteram dan selasa berkeliaran 

bersama angin subuh sejuk dan menyegarkan





berapa ramai yang telah gugur

ketika tembok tembok ini dibuat

berapa ramai yang tewas di gantung penjajah

berapa ramai nasionalis gugur saheed menuntut merdeka

berapa ramai gelandangan miskin digantung tanpa peguam





untuk mereka buta sejarah

untuk mereka yang tidak tahu menilai erti bangsa

untuk mereka yang tidak tahu melihat tanda dan makna

untuk mereka yang mata hanya melihat emas dan tinta

demi zeus seribu tahun dari hari ini

anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak mereka

akan menangis dan menyumpah betapa bebal ibu ayah keturunan mereka





demi zeus seribu tahun dari hari ini

kami tahu

kami yang berkumpul malam kelmarin di tembok itu

adalah sejarah yang tidak akan berulang lagi.





esok ketika kau buka mata

semua nya telah pergi

semuanya telah terlambat





dunia ini musnah bukan kerana

ramai orang jahat

tetapi kerana ramai orang baik

tidak mahu melakukan apa apa





seribu tahun dari hari ini

yang kau lihat nanti hanyalah gambar

dan puisi ini


4 comments:

Ocen said...

dude sokong lu punya artikel...kali ni bes...

Hellioz said...

gwa xtau sgt ah nilai dia
myb sbb gwa xtau cerita kowt

Myth said...

yuu: thanx.. (maknanya selama ni tak best la...xpe, aku amik steroid pas ni, mesti best)

Hellioz: aku lebih memandang kepada nilai sejarah dia, jasa dia sebelum ni. And nostalgia sebab aku kerap sangat lalu kat situ, tengok penjara tu..

radzie said...

ala..aku nak pegi sangat
at least ambik batu dari penjara tuh pun da rase betuah..tapi aku kat terengganu hari tuh..ko ade amik batu penjara tu tak? ak nak sket..