20100625

Utusan 24th June

Damn it...hari ni baik punya demam plak...
Memang satu badan stiff..

Ingat boleh la relax jap sambil  minum necafe...sekali buka paper semalam...perghh...
Ada dua benda aku rasa tak puas hati.


1.Anak lihat bapa maut digilis bas
Utusan Malaysia 24 Jun 2010, m/s 9.

Kisahnya seoramg ayah nak amik anak dia kat sekolah. Tapi sampai je kat sekolah, ada bas langgar dia. Accident occur daily, its something yang most of us dah rasa macam common. Yes it does. Maybe hari ni berlaku kat orang lain. Esok lusa berlaku kat kita pulak.

Cuma apa yang aku rasa sangat kesal is Utusan Malaysia paparkan gambar lelaki tu masih dibawah bas dengan anak dia di sisi,cuba kejut bapak dia. Sangat-sangat emosi. Just imagine apa perasaan anak dia time tu. Aku tak tau la niat dia apa sebenarnya nak letak gambar ni. Adakah sebagai peringatan kepada orang lain atau sekadar mahu meraih keuntungan.

Gambar ni sangat sensitif. Aku sebak bila tengok. Sedih sangat. Kalau aku kat tempat dia, mau gak aku lagi emo. I hope that they didnt buy Utusan.

Tapi dari perspektif lain, kita akan consider banyak faktor lain. Honestly to me, this is a beautiful picture, but unfortunately the subject is very sad. Gambar orang mati kot. Orang kena langgar siap ada anak kat sebelah tengah trauma dengan apa yang dia tengok.

Pendapat korang, is this picture are appropriate or not?

Bagi aku..entah la, mungkin niat Utusan baik (mungkinkah?!), sebagai peringatan, tapi pada sesetengah pihak?






2.Pendapat mengenai Pudu Jel
Masih terbaca pendapat orang-orang yang menyokong tindakan kerajaan dalam merobohkan Penjara Pudu. Penjara bukan sesuatu yang boleh dibanggakan sebab di situ menjadi transit kepada mereka yang melakukan jenayah. Tempat hukuman gantung, sebat dan pelbagai-bagai. Tempat keseksaan dan penyesalan.

Bagi aku itu adalah tempat yang mulia. Lagi mulia dari Parlimen yang dipenuhi dengan sisa-sisa ludah hipokrit so-called bangsawan,dermawan and pemikir negara. Parlimen yang menjadi medan berbincang perkara-perkara yang tak masuk akal seperti siapa Wanita Pertama Negara, berapa subsidi yang perlu ditarik dan bukannya bagaimana memberi peluang yang sama rata kepada golongan miskin.

Atleast Penjara Pudu menjadi tempat yang menukarkan orang disitu menjadi MANUSIA YANG SEBENAR berbanding Zouk yang menukar MANUSIA KEPADA HAPA BENDA ENTAH, berbanding Litar Sepang yang membazirkan PETROL demi memuaskan nafsu manusia melihat benda yang bergerak laju dan pelbagai-bagai lagi tempat yang katanya menjadi tempat manusia berlibur tetapi sebenarnya membazir terlalu banyak source.

Oleh kerana penjara itu berkumpulnya manusia yang dikatakan berdosa dan dihukum, maka mata yang memandang tempat itu adalah penuh dengan kehinaan. Tapi di tempat yang hina itulah terletaknya manusia yang lagi bersih, suci dan lebih manusia dari kebanyakan kita.

Tapi, apa pun yang nak didebatkan sekarang dah takada guna. Ia dah pun dirobohkan. It wont come back. It will never be the same, ever!

Let me ask something. Kenapa Kubu A'famosa masih kukuh berdiri?

Kubu itu dibina BUKAN UNTUK BANGSA MELAYU, kubu itu gunanya untuk MEMPERTAHANKAN TANAH MILIK PORTUGIS, bukan untuk kita. Kubu itu gunanya untuk MENYEKAT TANAH MELAYU DARI MENGAMBIL BALIK APA YANG DIMILIKINYA.

So why the fucking hell is that thing is still standing there? It doesnt make sense at all. Kalau nak roboh Penjara Pudu, robohkan sekali A'Famosa.

Cuba bayangkan kalaua A'Famosa berada di tengah Kuala Lumpur. Tak payah tengah, pinggir pun dah cukup. You'll see they use the same reason to make it gone. There's nothing bout history. Whats important is future.

4 comments:

hellioz said...

1st story is fucked up mang
dem~

Myth said...

yup...speechless bila baca

Anonymous said...

Alah orang kapir yang makan bacon & eggs kat London pun masih simpan London Tower..dulu London Tower tu adalah penjara..

Guy Fawkes je yang ada ura-ura nak letupkan British Parliament. Selain dari tu, takde pulak plan nak robohkan bangunan-bangunan bersejarah, nak tuka London jadi "LCCC" (London City City Centre) hahaha.

Semua nak maju. Semua nak pembangunan.

Semua nak POKET PENUH wat projek.

Penjara Pudu takde nilai? Baik letupkan kediaman Perdana Menteri..takde nilai gak..rakyat jelata pun payah nak masuk.

Penjara Pudu tu ada fungsi MENEGAKKAN KEADILAN, sebagai correctional facility, sebagai tempat orang insaf dan tempat mengasingkan diri dengan dunia yang penuh penipuan.

Kenapa nak letupkan? Sebab nak duit.

Sebab tu pihak berwajib tak nak restore penjara pudu tu jadi cantik..saja nak burukkan penjara tu supaya dalam keadaan 'state of despair', biar sampai tak boleh dibaiki, dan dijadikan alasan kepada rakyat kenapa tak dapat nak kekalkan Penjara Pudu.

Bak kata aku, sebelum blah masa PRU-13 nanti, baik rembat segala harta yang ada, supaya bila pembangkang menang nanti, Malaysia takde duit, then pentadbiran terbantut sebab Malaysia dah pokai.

Then, pihak 'pembangkang' yang baru kalah akan kritik 'kerajaan' baru, kata 'kerajaan' baru ni tak pandai memerintah.

Then rakyat percaya, then bila PRU-14 nanti, mereka menang semula.

Seterusnya, cycle menghabiskan duit rakyat akan bermula semula.

MALAYSIA BOLEH.

Myth said...

Good word.