20100622

Pudu Gaol, farewell.

Sewaktu kecil dahulu, aku selalu menggunakan perkhidmatan bas awam untuk ke area Bukit Bintang. 60C kalau naik rapid (dulu bukan rapid, hapa nama ntah) and 30 kalau Metro. memang naive gila time tu. Macam-macam ragam orang boleh nampak. Jumpa awek cute gila babi, MILF, macam-macam. Tapi lately, macam nampak ramai Indon pulak yang naik. Illiegal or legal, still kinda sore since diorang macam Kelantanese gak.

Anyway.
Malam tadi, setelah seratus lebih Penjara Pudu gagah berdiri menampung dan mengajar mereka yang terpesong di dunia ini...akhirnya ia dirobohkan untuk perlebaran jalan. Tetapi, menurut akhbar Kosmo pada hari ini. Bukan sahaja Dinding Mural itu yang dirobohkan, tetapi disertakan dengan bahagian-bahagian lain secara berperingkat-peringkat.



Sebab-musabab?




Maknanya bangunan yang bersejarah ni akan dirobohkan demi memajukan kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur. Selebihnya akan dibangunkan sebagai jalan bawah tanah bagi melincirkan pergerakan di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah. Read: Bernama



So..there you go. Adakah kamu rasa yang ianya memang untuk meluaskan jalanraya disitu? Atau sebenarnya untuk membuka lagi satu Gunung Emas? And kenapa hanya KOSMO! yang berani mengatakan bahawa kawasan itu akan dibangunkan kepada BBCC (Bukit Bintang City Centre)? 

Apa ada pada Penjara Pudu?

Bagi orang-orang yang memang lahir di Kuala Lumpur, membesar di Kuala Lumpur atau pun telah bermaustatin seegitu lama di Kuala Lumpur, Penjara Pudu merupakan suatu trademark yang tak mungkin dapat diganti dengan apa-apa bangunan lain. Ia sendiri adalah antara prasarana yang paling awal muncul di Kuala Lumpur.



Kadang-kadang semasa kecil, parents aku akan ugut aku and adik-adik untuk hantar kami ke penjara ni kalau nakal sangat. Its very nostalgic. Aku membesar dengan melihat penjara ni.

Sejarah mengenai Penjara ni tak perlu dipertikaikan. Design dia, mural dia, Blok Keramat D, dan pelbagai kisah yang panjang lebar..rasanya berbaloi ke kalau dirobohkan demi BBCC? Kalau untuk melebarkan jalanraya aku paham. Maybe kita boleh ATLEAST angkat Mural tu and place it somewhere else. Atleast, the Mural can be somewhat form yang kita boleh ingat tentang kewujudannya.

Tapi TIDAK!

It'll cost more and why the government, instead of using that money to move it? Its cheaper if we just demolish everything. We can sell the land and make it something for the tourist to come and spend their money. Its gonna give more money, to feed the minister.

Ada beberapa bekas banduan dan warden yang datang semasa perobohan itu. Masing-masing sebak sebab Penjara itu menyimpan pelbagai kisahnya yang tersendiri. But, disini siapa yang berkuasa?

Personnaly, aku rasakan adalah tidak patut Penjara Pudu dirobohkan. Ia adalah monumen negara. Ia adalah sebahagian dari negara. Ia adalh trademark, sejarah Kuala Lumpur itu sendiri. Adakah ia dipandang hina dengan statusnya sebagai tempat menyimpan banduan pada suatu masa ketika dahulu?

Bolehkah kita sebagai manusia mengecop sebagai tempat yang menempatkan banduan sebagai tempat yang dicerca dan disumpah?

Its equal as we cursed the inmate their-self. Shame. Kita sama-sama manusia ada buat silap. Kita sama-sama hidup dengan pelbagai sebab dan alasan. Kita adalah kita. Sama-sama manusia, sama-sama buat silap. 

Tapi sekarang semuanya sudah terlambat.

Penjara Pudu is too late to be save.

Memory will remain as memory.

Aku harap hantu-hantu yang ada kat Penjara Pudu akan lakukan tugas mereka sepanjang pembinaan BBCC. Yang baru tu aku boleh la faham lagi...

 P/s: Pasni kalau main Saidina, atau monoply versi Malaysia, dah tabley letak penjara Pudu. Sebab dah takde...huhuhu

4 comments:

Anonymous said...

Semua nak mencari jalan untuk dapat duit masyuuuukkkk dalam poket. Dah tak peduli apa kejadah itu sejarah.

Dasar kerajaan nak untung banyak.

BBCC akan jadi tempat yang paling berhantu di Malaysia. Tunggu.

Myth said...

memang aku nak sgt tempat tu jadi berhantu. Boleh tarik perlancong gak kan?

jane said...

HOOOOHOHOHOHOHO

SISNI TEMPAT MMG TEMPAT BERSEJARAH BG BANDUAN2 DAN SEJARAH KEPOLISAN NEGARA

Myth said...

but sejarah mengajar kita yang sejarah tu xleyh bagi kita makan dengan banyak. Shopping mall boleh jana duit yang sangat banyak.

Dont suprise kalau nanti ia merebak ke flat Hang Tuah, balaibomba Hant tuah