Sorry, bukan post mengenai Pusat Urut Haram mahupun halal. Urut batin atau zahir juga tidak ditekan kan.
Aku hairan la..kenapa bila sesetengah orang bila dia mengurut kan, later dia akan rasa sengal-sengal badan and dia rasa macam angin tu dah pindah kat dia?
Aku adalah antara orang yang macam tu. Bila mengurut orang, memang rasa nak muntah sebab rasa banyak gila angin,then sendawa tak henti-henti.
Ia jadi lagi teruk kalau orang tu memang betul-betul ada angin kat dalam badan.
Bukan kepala angin.
Urut memang sedap bhai..tapi kalau orang yang mengurut tu rasa apa lak?
(aroi maksudnya sedap dalam Thailand, ok,thanx to Nikorm)
BUkan takat hilang angin macam ni..
17 comments:
weh aku pun alami situasi angin2 pindah tu..
aku pon separa alamilah...kalau org yg aku urut dlm kodisi terok, aku pon kne angin tuh...tp aku x sendawe2, aku kentot2..huhu..malunye bt confession kt sni..haha...btw, knp ia berlaku, aku pon x taw....mungkin ko kne tny pakar urut di bali. welkam tu bali~ :D
haha~~milah, rasis, aku pown kentut...auw, malunya.
ok, kawan aku dah bagi jawapan, tp kurang memuaskan ...kat fb..
"well..aku boleh explain kenapa bila diurut, kita keluar angin..tapi ko tanya tentang tukang urut kan?
pada pandangan aku la..masa mengurut tu, tangan kita panas sebab tangan bergesel dengan kulit orang yang diurut..dari segi fizik, friction kat tangan tu memanaskan tapak tangan. haba dari geseran tu berpindah ke beribu kalipari yang memang bersepah kat tapak tangan.
receptor-receptor saraf yang bertanggungjawab untuk detect temperature, pressure, sakit, dan sentuhan plak kebetulan terletak dekat pada permukaan kulit..so bila kapilari panas, darah akan panas (bukan panas macam air mendidih, maknanya temperature meningkat..kah kah kah).
Kepanasan merangsang receptor haba dan sentuhan..this explains why kita rasa sengal lepas urut orang..kerana darah yang dipanaskan tu dipam oleh sistem peredaran darah, mengalir ke urat-urat darah di tempat lain, then merangsang receptor-receptor saraf yang lain. so, kita rasa satu sensation yang macam disentuh-sentuh..macam rasa sengal..
tentang angin, aku rasa lebih berkonsep fizik. haba membuatkan isipadu gelembung-gelembung udara yang mikro dalam sistem darah bertambah. apabila bertambah, angin akan terkumpul dan dipaksa keluar apabila darah melalui organ-organ seperti perut, or body cavity (yes, badan kita ada ruang udara). bila angin berkumpul di perut, kita akan sendawa or kentut.
pening-pening pulak beprunca kerana udara dalam salur darah mengganggu peredaran darah, sama macam sistem hidraulik yang akan terganggu apabila ada udara dalam sistem bendalir..oleh kerana otak kita sangat manja dan memerlukan bekalan oksigen yang cukup, aliran darah yang terganggu disebabkan oleh udara terkumpul mengganggu oxygen intake otak (jangan confuse..otak tak bernafas..walaupun ada gelembung udara, otak kita menerima oksigen yang terlarut dalam darah. apabila otak tak cukup bekalan oksigen, kita akan pening.
harap dapat explain..kalau ada salah, boleh dibetulkan.."
ini kata2 dia...
o~ soooooooooooo unclear~ btw, tq ;p
ak pun x clear sgt...hahaha~~
lu xblaja jurus naruto
dia ade jurus pindah2 angin
nanti xde la lu rase nak muntah lagi
gyahahahahahah~
haah la..camne aku leh lupa sifu aku ni..
leh gak bg futon rasengan kat ko...
aku baru kawin, kebetulan urut wife aku belakang dia sakit... lepas dia sendawa - lega.
then esoknya experimenting lagi.. pasal urut sendawa.. yg pelik aku urut kat badan aku, then aku letak tangan yg urut ke tapak tangan dia.. dia boleh sendawa. mcm transfer ke dia utk di keluarkan udaranya. secara spontan.
aku mmg tak boleh sendawa bila mengurut atau diurut. tapi pada experiment ke 3, aku lalukan tapak tangan atas tempat yang sakit pada badan wife aku dia boleh sendawa pulak. padahal tak sentuh pun kulit.
lagi satu.. sendawa ada byk jenis bunyi, kekuatan, panjang suara dan sebagainya. wife aku kata sendawa dia sendiri lain dengan sendawa bila mengurut aku.
now aku pun tak tau kenapa dan bagaimana ia boleh berlaku.
- sekadar kongsi pengalaman
As salam.. menarik, sy pun sedang mencari jawapan yg sama.. dlm proses pencarian itu sy temui:
1) sy boleh sendawa sama ada diurut atau sy mengurut, dan biasanya klu sy sendawa adalah di tmpt yg sakit/lenguh/tegang/bengkak dan sbgnya..
2)sy amat sensitif kpd sentuhan samaada sy disentuh atau sy menyentuh org lain sbg contoh:
a)sy sentuh pd perut anak sy yg kembung dan usap2 shj dpt sendawa atau sentuh perut sy sendiri yg lapar.
b)sy disentuh menggunakan apa2 objek dan ditekan kpd badan sy yg lenguh/sakit akan sendawa.
c)membuat aktiti regangan utk pemanasan badan pun boleh sendawa.
3)ada kes hanya melihat org yg sedang diurut juga boleh buat sy sendawa
sy mmg ada keturunan mengurut dan bidan cuma sy tidak belajar secara mimpi atau secara berguru, hanya melalui pemerhatian, Insya Allah sekadar jika kelebihan ini boleh membantu sesiapa shj.
drpd seorg tukang urut yg berpengalaman memaklumkan kpd sy bahawa org yg boleh tarik angin ini jika nak keluarkan angin sendiri juga melalui urut org lain, sy mula2 tidak percaya, ternyata semasa di Mekah sy sakit dan urut badan sendiri hingga sendawa, dan kemudian kebetulan kumpulan jemaah umrah tersebut ada yg ingin minta bantuan dan slps sy bantu badan sy lebih segar.
Ada juga teori yg menyatakan apabila kita mengurut sesorg dan kita sendawa bermakna bisa tidak tersimpan di dlm badan kita(tukang urut)..
sekian dahulu, wasalam
Saya adalah tukang urut selama 20thn. Sepanjang pengalaman saya, apabila saya mengurut org, saya dan juga klien saya akan sedawa atau kentut. Tapi jika saya tak dpt melakukan demikian saya akan merana sbb bdn, perut atau dada sakit kerana byk sgt resap angin org terutama apabila saya urut klien bsru atau klien yg lama tak urut. saya rasa angin org ditransfer dr kulit ke kult iaitu dr kulit pesakit ke tapak tgn tukang urut. Positive energy tukang urut akan disalurkan pd pesakit tapi yg tak sedapnya tukang urut akan mengambil negative energy dr pesakit. Jadi klau tukang urut tak sedawa atau kentut mencukupi dia akan sakit2 bdn dsb. Utk memulihkan diri, saya akan mkn jamu, jintam dan cukup tidur utk mengembalikan tenaga.selain doa dan zikir, wallahu a'lam.
M
E
mmmelakukan fe
Sepanjang pemerhatian 2010-2016:
1)mengurut kemudian sendawa angin seumpama menyedut kesakitan dan keluar dalam bentuk angin sendawa. orang yang sendawa mungkin salah seorang atau boleh kedua2 sekali samada pesakit dan pengurut.
2)sendawa bila lihat orang lain diurut - angin kesakitan link/terhubung kat kita bila kita ada rasa simpati/bonding/ikatan dengan pesakit. hingga kalau kita usap kucing ... kita pun boleh sendawa.
3)melalui niat terhadap org yang sakit jarak jauh / bahagian yang sakit.. contoh kita bayangkan urut kaki si pesakit.
4)angin sendawa kalau kita nak buat2 sendawa memang tak boleh.. tapi bila perkara 1,2,3 di atas dilaksana baru boleh sendawa.
5)kalau kuat sakit seseorang yg diurut.. org yg berupaya sendawa akan sendawa dgn kuat/tersekat2/seperti berair/seperti buih pecah2/ kalau sampai tahap meloyakan.. urut pangkal leher bawah halkum.. sampai angin keluar.
6)angin sendawa seperti tansfer masuk dari tengah dada, tapi kalau tersekat sampai air mata mengalir, kena urut dada sendiri.. kasi lepas angin tu.
7)jangan kosong je.. urut sambil zikir, ya lathifu, bismillihillazi la yadhuru, dsb
8)kita ibarat sebab musabab je... lantaran usaha kita, Allah yg menyembuhkan.
~Sekadar perkongsian pengalaman yg sedikit.. semoga bermanfaat.
Tapi.. kalau saya, bdn saya selalu sakit. And, pena minta housemate urutkan bahu. Housemate sy kerja nurse bersalin n dia ngadu bila urut saya dia rasa panas and berpeluh2 bila urut tak smpi seminit. Kenapa ya?
Kalau sy urut orang ..orang yg sedang tengok sendawa..macamana tu
Kalau sy urut orang ..orang yg sedang tengok sendawa..macamana tu
wehhh aku pon macam tu. kalau urut mesti sendawa... kalau tak sendawa tu rasa kita pulak yang sakit ii rasa loya muntah tu takyah nak cakap ahh memang kadang ii ada. tambah pulak mak aku tengah sakit tangan sekarang nii ahh memang kerja akulah mengurut dan sendawa
Nak tnya saya bukan tukang urut tpi sya selalu bwa kwan sya pergi urut..so sya temankan kwan sya, so dlm bilik tu kami bertiga la..sblum ni dia urut aku tukang urut yg sendawa..lpas tu aku bwa 2 org kwan yg nak guna khidmat dia..tukang urut xsendawa aku plak yg sendawa n kentut..knape jdi mcm tu? Tkang urut xde sndawa..sdah 2 kli n 2 org kwan berlainan aku bawa,aku yg pun bingung..kta tukang urut aku ambik angin org..kwan aku pun ckp lpas aku sendawa angin yg dia rasa kt leher mcm sangkut pun hilang jgak..
Tpi sya bkn tukang urut..sya bwa kwan sya yg nak urut..mean dlm bilik kita bertiga..aku tukang tgok yg sendawa knape?..sblum ni klu dia urut aku tkang urut yg sndawa..skrg tukang urut relax aku plak yg sendawa,kentut bgai..then kwan sya yg kna urut tu dia ckp tiap kli aku sendawa dia bleh rsa angin yg kt leher or sebak kt dada bleh jdi hilang..
Post a Comment